Translate: Choose your language :-)

Thursday, 13 October 2016

Kisah Speech Therapy #3


Alhamdulillah, Wafiy dengan gembira telah menjalani sesi speech therapy bersama Puan Ruby untuk kali ke-tiga. Jika ada yang berminat untuk mengetahui kisah speech therapy yang terdahulu, boleh klik di sini (kisah #1) dan klik di sini (kisah #2).

Seperti sesi sebelum ini, Wafiy masuk ke bilik Puan Ruby dengan happy sekali. Saya dan suami tunggu di luar saja. Hampir satu jam kemudian, Puan Ruby memanggil kami masuk. Waktu tu, memang kelihatan Wafiy seronok sekali sedang pegang cawan dan dinosour permainan :-)

Berikut antara nota penting berkaitan maklumbalas Puan Ruby untuk sesi therapy kali ini:

#1 - Echolalia Wafiy masih berlarutan. Dia tetap suka mengulang apa sahaja yang kita tuturkan. Malah jika kita menukar nada atau berbisik, dia juga mengikuti nada tersebut dan ikut berbisik.

#2 - Wafiy mempunyai kosa kata yang banyak. Dia tahu semua nama perbuatan juga selain nama benda dan binatang. Dia boleh menyebutnya dengan baik. Contoh, apabila ditunjuk flash card kanak-kanak yang sedang menggosok gigi, dia akan sebut "gosok gigi". Begitu juga untuk pelbagai perbuatan lain yang terdapat pada flash cards.

#3 - Walaubagaimanapun, Wafiy tidak boleh membuat ayat mahupun menyambung ayat walau cuma satu perkataan. Contoh: apabila kita tunjuk gambar flash card kanak-kanak makan epal, dia tahu sebut "makan epal". Apabila kita sebutkan "kakak makan epal", dia boleh mengulang ayat itu dengan penuh juga. Namun, apabila kita sebut "kakak makan.....pause" (kita berharap untuk dia sambung), namun dia sangat susah untuk menyambung ayat tersebut walau cuma satu perkataan, iaitu epal.

#4 - Menurut Puan Ruby, seorang kanak-kanak perlulah mampu menyambung ayat dengan satu perkataan dahulu, kemudian diikuti dengan dua, tiga, empat perkataan dahulu hingga menjadi ayat sebelum kita boleh expect dia boleh menjawab soalan dan berbual.

#5 - Homework untuk kami, kena banyak praktis untuk ajak Wafiy sambung ayat. Caranya ialah, contoh macam tadi, "kakak makan epal", jadi kita pause pada "kakak makan....." berhenti dan paksa dia sambung dengan cara ulang-ulang ayat tu. Jangan tanya kakak makan apa? Nanti dia cuma menjawab "epal", bukan melengkapkan ayat. Kita perlu latih untuk membina ayat. Puan Ruby demo juga pada kami caranya...memang berjaya. Setelah ulang ayat yang sama3/4kali, akhirnya Wafiy sambung juga ayat tu ;-) Insyaallah kami akan praktikkan.

#6 -Wafiy selalu menambah bunyi untuk satu-satu perkataan. Contoh: "bola", Wafiy akan sebut "bola wettt". "Main" jadi "main ettt" dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dia boleh sebut betul tanpa penambahan perkataan aneh tu, tapi sering juga dia tambah-tambah macam tu. Menurut Puan Ruby, ini kes yang agak rare. Tak pernah dia jumpa lagi :-p

#7 - Untuk kes ini, Puan Ruby ajarkan cara nak membetulkan sebutan dan membiasakan yang betul. Contoh: jika dia nak bola, minta dia sebut "bola". Jika dia sebut "bola wettt" atau apalah penambahan bunyi lain, jangan beri. Minta dia ulang dan beri apabila ia disebutkan dengan betul. Selain itu, jika dalam perbualan seharian, kalau dia sebut salah, tunjukkan reaksi bahawa ianya salah dan tidak benar. Kerana kita khuatir dia fikir apa yang dia cakap itu betul. Jadi perlu betulkan serta merta. Betul juga, Wafiy kan susah sangat nak keluarkan perkataan sebelum ni, jadi bila dia boleh sebut walaupun ada tambahan bunyi, dah pastilah kami seronok. Jadi mungkin dia pun rasa itu cara yang betul nak sebut.

#8 - Secara umum, Wafiy adalah Speech Delay yang unik, tapi normal tanpa sebarang abnormality yang lain seperti Autism dan sebagainya. Insyaallah. Cuma perlu banyakkan latihan bertutur selepas ini.

Begitulah hasil maklumbalas sesi ke-tiga Speech Delay Therapy Wafiy yang dibuat 3minggu berturut-turut. Seminggu satu kali bersama Puan Ruby. Kami akan kembali untuk sesi yang ke-4 dua minggu lagi. Insyaallah :-)
Oh ye, ini satu permainan yang kami jumpa di Ikea. Dilengkapi tukul kayu dan batang-batang kayu yang dicacakkan. Wafiy seronok menukul. Saya lihat permainan ini baik untuk motor skill dan komunikasi :-) Kami bagi tahu dia untuk ketuk warna merah/biru/kuning/hijau dan dia pun ikut. Bukan tu saja, kadang kala kami bergilir. Dia pula bagi arahan pada kami untuk ketuk warna yang mana. Secara tak langsung aktiviti ni merangsang komunikasi yang positif. Alhamdulillah :-)

Kisah Speech Therapy #2

Alhamdulillah, Wafiy telah menjalani speech therapy untuk kali ke dua. Bagi yang nak baca kisah speech therapy #1 boleh klik di sini. 

Setibanya kami di luar bilik therapy, Wafiy excited sangat dan tak sabar nak masuk ke dalam. Tapi tak boleh masuk terus, maklumlah, kena tunggu giliran :-p

Apabila tiba masanya, Puan Ruby buka pintu, Wafiy dah meluru masuk sambil berlari pantas. Satu petanda baik, yang Wafiy sangat seronok untuk menjalani terapi dengan Puan Ruby. Alhamdulillah. Untuk sesi terapi kali ini, Wafiy sahaja yang masuk ke dalam. Saya dan suami tunggu saja di luar. Di ruangan kelas. Ada banyak tempat duduk disediakan.

Oh ya, untuk makluman, bilik terapi Puan Ruby ni terletak di dalam kelas Al Quran Al Baghdadi. Jadi sementara Wafiy di dalam bilik terapi, kami duduklah baca pamplet-pamplet berkaitan Al Baghdadi. Selepas 45minit, Puan Ruby pun memanggil kami masuk. Wafiy kat dalam tengah seronok main, sikit pun tak kisah saya tak ada. Alhamdulillah terapi berjalan lancar.

Berikut antara maklumbalas dari Puan Ruby berkaitan terapi Wafiy pada kali ini:

#1- Hari ini Wafiy nak ikut kebanyakan perkataan yang diajarkan.

#2- Tapi sangat susah nak suruh dia cakap 'nak' apabila kalau dia nakkan sesuatu. Dia akan tetap cakap words yang undetactable...haha betul ke eja camtu... Maksudnya Wafiy tetap gunakan perkataan yang tak jelas untuk replace perkataan 'nak'. Dia taknak sebut dia 'nak' something macam nak makan atau nak minum. Dia cuma akan cakap makan atau minum. Jadi kita kena paham sendiri la dia nak apa. Contoh lain, dia akan cakap 'air lemon' kalau nak minum air lemon. Dia tak cakap 'nak air lemon'.

#3- Wafiy ada echolalia. Bermaksud dia akan ikut atau ajuk apa yang di cakap dan tak pasti sama ada dia faham atau tidak perkataan-perkataan tu. Contoh; kita cakap "makan apa tu?" Dia akan ulang ayat tu tanpa menjawab soalan.

#4- Wafiy kenal banyak benda. Puan Ruby test dengan pelbagai gambar benda/binatang, semua Wafiy tahu. Bererti kosakatanya /vocab nya banyak. Alhamdulillah. Wafiy pun mudah ingat kalau di ajar nama benda/haiwan. Jadi sekarang apa yang perlu difokuskan ialah mengajarnya membuat ayat dengan baik dan betul.

#5- Antara yang penting, adalah kebolehan menggerakkan lidah. Rupanya ada kaitan dengan pertuturan. Puan Ruby bagitahu, Wafiy boleh menggerakkan lidah ke bawah, kiri dan kanan. Tapi tak boleh ke atas. Jadi perlu sering praktis. Ohh...baru kami tahu. Puan Ruby kata, ajak dia duduk depan cermin, dan ajak dia cuba-cuba gerakkan lidah ke atas terutamanya. Kerana setakat ini, Wafiy belum boleh.

Ini antara contoh gambar senaman lidah. Haha...taktau pun selama ni wujud. Ok, kalau ada anak yang speech delay juga, boleh cuba ye. Ini gambar saya google je. Tak lengkap sebenarnya. Tapi boleh faham kot. Caranya jelirkan lidah ke bawah, bawah kanan & kiri. Begitu juga ke atas, atas kanan & kiri.

#6- Suara Wafiy kuat. Puan Ruby tanya, pernah buat pemeriksaan ENT? Kadang-kadang budak suara kuat ni ada masalah tahi telinga keras...jadi dia tak dapat dengar suaranya sendiri, jadi dia cakap kuat...hehe, rasanya Wafiy tak ada masalah tu kot.. Wafiy cakap kuat sebab keturunan maybe :p Jadi jika anak anda bersuara kuat berbanding kakak/abangnya, boleh cuba check telinga mereka ye :-)

#7- Last but not least, mainlah bersama-sama. Waktu di bilik terapi tu, Wafiy khusyuk main satu mainan ni, saya pun cakap, nanti nak beli jugalah macam ni. Puan Ruby pun kata, yang penting, main dengan dia, kacau dia main, contoh ambil sebentar mainannya dan minta dia cakap 'nak' atau sebagainya. Insyaallah membantu.
Lebih kurang macam ni lah permainannya. Mungkin di Toy R Us ada la kot ;-)

Jadi, lepas balik je dari sesi terapi, kami pun singgah satu kedai mainan dekat-dekat rumah kami...

Tapi kedai ni takdak la pulak jual mainan yang seperti dihajati. Masuk kedai je terus nampak Arlo & Spot ni. Wafiy memang peminat setia diorang ni. So, beli lah kat dia...sebab dah excited sangat bila jumpa Arlo & Spot dalam bentuk nyata, bukan sekadar visual dalam video :p Dia punya seronok tu macam kita jumpa artis yang kita minat la kot. Selalu tengok dalam tv aje, ni jumpa betul-betul. Macam tu lah kot perasaannya :p By the way, dah seminggu genap Wafiy tak menonton video youtube. Moga boleh berterusan agar Wafiy terhindar dari masalah ketagihan gajet atau screen over expose. Ya Allah, permudahkanlah dan berikanlah yang terbaik kepada Wafiy.

Satu hari, pergi tesco jumpa ni set raket ni, RM15. Jadi apa lagi, belilah kan. Excited lah dia bila tengok ni. Tapi tak sempat main betul-betul lagi. Baru sesi pengenalan. Sebab masa nak main tu, Wafiy distracted dengan makanan. Lapar kot. Baru balik dari Taska masa tu. Terus tak jadi sambung main, kami pun naik ke rumah. Insyaallah akan cari masa untuk ajar main badminton ni :-)
Kalini ke Daiso pulak. Jumpa toys ni. Memang.murah sangatlah RM5.30 aje satu barang kan... So saya beli dua benda, mainan pancing-pancing ikan dan set tanah liat :-)
Jadi saya buka mainan pancing ikan dulu. Bagusnya yang Daiso punya ni sebab tak pakai bateri. Dia pakai pusing manual. Wafiy pun seronok nak pusing benda tu. Banyak interaksi boleh dibuat bila main permainan ni. Mengenal warna, ketangkasan dan juga fokus.
Few days later, start buka set tanah liat pulak. Dalam satu bucket ni ada 10warna. Harganya cuma RM5.30 di Daiso. Ok lah, sebab sebelum ni beli PlayDoh aje, mahal kan... Rasanya macam sama je dengan yang murah ni. Tepung gandum jugak bahan asasnya :-)
Hasil kreativiti ayah si Wafiy :-) Seronok boleh ajar Wafiy cakap dan faham yang cili pedas dan lemon masam. Macam-macam lagi boleh sembang dan ajar dia dengan aktiviti macam ni. Alhamdulillah :-)

Pada satu malam, saya tunjuk gambar tok, wan, paksu, dan paklang Wafiy di handphone. Dia dah mula kenal dan boleh sebut siapa orang-orang tu :-) Lepas tu secara tak sengaja saya terbuka video-video MSQD Wafiy dengan topeng Batman, Harimau, Bear, dan lain-lain yang pernah dirakam suatu masa dahulu. Secara tak langsung, play jugalah beberapa video seperti twinkle-twinkle little stars dan wheelson the bus. Memang seronoklah dia. Nampak muka bahagia campur rindu mungkin kepada video-video tu. Memang dia taknak stop play, repeat dan repeat dan repeat. Saya dah susah hati...adakah usaha kami untuk 'video free' kan Wafiy hampir 2minggu ni akan gagal? Saya berdoa agar ia tidak berpanjangan :-( Malam tu, terpaksa berhentikan tontonannya secara paksa. Menangislah dia. Tapi tak lama, lepas tu dia tertidur. Alhamdulillah :) Namun saya tak putus berdoa agar esok Wafiy lupa akan video yang dia tonton di handphone saya dan tak minta untuk buka video.
Esoknya saya terjumpa mainan ni di mall. Saya teruslah beli supaya sekurang-kurangnya adalah mainan baru apabila dia pulang dari taska nanti. Nervous saya, takut dia minta tengok video di handphone. Mainan telur dinosour :-)

Kisah Speech Therapy #1

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.

Saya bukanlah yang arif tentang speech therapy, apa lagi pakar speech therapy. Saya hanya seorang ibu yang memiliki seorang anak lelaki; Wafiy, yang mengalami 'speech delay' atau 'late talker' atau bahasa melayunya, lewat bertutur. Di sini, saya ingin berkongsi secebis pengalaman saya dalam menjalani speech therapy buat Wafiy.

Sebelum itu, apa itu speech delay?
Secara ringkasnya speech delay adalah apabila seorang kanak-kanak tidak bertutur atau menggunakan perkataan dalam komunikasinya sepertimana kebanyakan kanak-kanak seumurnya.

Macam mana saya sedar Wafiy mengalami speech delay?

Pertama: Sekitar Wafiy berumur 2tahun, Saya tengok posting2 kawan-kawan saya di FB yang ada anak seumur Wafiy dan yang lebih muda. Ada yg sering up status perbualan dengan anak mereka. Malah ada yang rajin upload video anak mereka bercakap dan sebagainya. Dari situ saya perasan, eh... Wafiy kenapa tak macam ni pun. Tapi saya tak gusar sangat masa tu. Dalam fikiran, perkembangan budak lain-lain. Alahh...budak perempuan memang cepat bercakap. Kalau nampak budak lelaki pulak yang petah bercakap...oh anak dia memang jenis cepat dari biasa ni... Budak-budak umur-umur ni takdela nak kena cakap sebanyak tu. Jadi, saya masih bertenang dan beranggapan sampai masa, Wafiy akan bercakap seperti mereka yang lain juga.

Kedua: Wafiy memang tak suka nak ikut apa yang kita ajar sebut. Walaupun perkataan susu pun dia refuse untuk sebut. Dia akan sebut lah sesuka dia apa-apa bunyi. Bahasa jerman kata orang. Tapi kalau lagu Ya Hanana (waktu tu tengah top kat TV, hari-hari tv Al-Hijrah pasang), selawat-selawat, dia boleh ikut pulak nyanyi. Lepas tu lagu kanak-kanak kat youtube tu rata-rata dia boleh ikut walaupun ada sebutan yang tak jelas. Tapi kalau kami yang ajar perkataan, dia sangat susah nak ikut. Jadi bila dia nak cakap sesuatu, dia dengan bahasa dia saja. Walaubagaimanapun menjengah usia 2tahun 6bulan, Wafiy faham arahan ringkas yang diberikan seperti suruh simpan sesuatu atau buang sampah. Dia juga boleh menyebut dan mengenal anggota badan, binatang-binatang, dan juga spesis-spesis dinosour. Namun, di usia 2tahun 10bulan, ia bukan perkembangan yang wajar. Wafiy tak boleh buat ayat lebih dari 2 perkataan. Kosa katanya terhad pada dua perkataan sahaja seperti 'gosok gigi' atau 'roti canai'. Oh ye, dia tahu bezakan roti canai & roti biasa. Tapi dia takkan cakap 'nak roti canai'. Dia cuma akan cakap 'roti canai' kalau dia nak roti canai. Walaupun ada peningkatan, namun ianya tidak signifikan dan agak lambat. Tidak sesuai dengan umurnya yang akan menyambut ulang tahun ke-3 nya tidak lama lagi.

Ketiga: Pada usia 2tahun 4bulan, kami mula hantar Wafiy ke taska. Sebelum ni 24jam hanya bersama saya di rumah setiap hari. Kami berharap di taska Wafiy dapat belajar berkawan dan tidaklah bosan di rumah kerana di taska banyak aktiviti. Setelah 3bulan dia dihantar ke taska, saya sempat berbual dengan salah seorang pengasuhnya. Pengasuhnya beritahu, nak ikutkan usia, Wafiy dah agak tua lah untuk berada di bilik/kelas ini. Tapi Wafiy masih belum boleh bercakap, jadi mereka tak tukarkan lagi kelas Wafiy sebab khuatir Wafiy dibuli atau modul kelas sana tak dapat Wafiy catch-up kerana Wafiy sepertinya belum bersedia walaupun umurnya sudah hampir 3tahun.Taska Wafiy ni memang bagus. Mereka sangat prihatin dan teliti betul dengan perkembangan anak-anak di situ. Dengan erti kata lain, Wafiy macam tak boleh naik kelas sebab tak perform...hehe... Camtu lah kan analoginya. Tapi cikgu-cikgu tu terkejut juga bila mereka pasang selawat di kelas Wafiy boleh ikut selawat satu persatu dengan baik. Walaubagaimanapun, dari segi pertuturan dan komunikasi, ia tetap tidak normal untuk Wafiy yang hampir berusia 3tahun.

Faktor Wafiy lambat bercakap:

Pertama: Bila balik rumah mak (tok Wafiy), mak saya cakap Paksu Wafiy, iaitu adik saya yang bongsu pun macam ni lah dulu masa kecik-kecik. Bercakap tak faham apa. Bila ke rumah sepupu, sepupu saya pun cakap Wafiy ni macam adik saya yang bongsu tu jugak. Masa kecik-kecik cakap banyak, tapi orang tak faham. Lepas tu, kalau ke rumah pakcik saya, dia kata Wafiy macam kakak saya pulak. Cakap mulut banyak tapi tak paham apa. Okey. Dari situ saya beranggapan speech delay Wafiy sebab keturunan? Haha...mungkin. Tapi itu cuma memberi kelegaan yang sementara. 

Kedua: Faktor yang paling famous ialah pendedahan terhadap gajet/video yang terlalu awal dan mungkin berlebihan. Alhamdulillah Wafiy tidak addicted atau ketagihan terhadap gajet. Malah jika di luar, dia sangat aktif dan lasak. Dia bukan budak yang boleh diumpan dengan gajet/video untuk duduk diam kalau kami nak makan di kedai dengan tenang. Dia takkan layan. Dia akan melawat kawasan sini dan sana. Jadi saya dan suami perlu makan secara bergilir. Seorang makan dan seorang lagi perlu escott Wafiy. Namun, apabila di rumah dia mungkin kebosanan. Mainan yang sama dan sedikit mungkin membosankan. Jadi dia akan meragam. Menangis. Budak-budak apa lagi yang dia boleh buat kan? Oleh itu, cara mudah untuk mengisi masanya ialah dengan tontonkan dia dengan video-video. Dari umurnya lebih kurang setahun, hinggalah kini hampir 3tahun. Walaupun Wafiy tidak ketagihan, dia cuma menonton apabila bosan di rumah, setelah semua mainan dah habis main sahaja, namun saya tidak dapat menafikan ia mungkin menjadi faktor lewatnya Wafiy bertutur ditambah faktor keturunan tadi. Haha...mungkin lah kan~

Atas kesedaran dan kerisauan, kami telah mendaftarkan Wafiy untuk menjalani speech therapy. Bermulalah kisah speech therapy Wafiy bersama Puan Ruby Izyan Atika, seorang pakar speech therapy di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ini ialah speech therapy swasta, dengan bayaran RM80 sejam. Perlu buat temujanji juga. Tak boleh main redah aje ok~

Setibanya kami ke dalam bilik Puan Ruby, Wafiy terus di ajak duduk untuk bermain permainan seperti dalam gambar ini. Ada butang, bila ditekan akan keluarlah haiwan-haiwan itu. Ini bertujuan untuk melihat bagaimana Wafiy memahami tentang cause & effect. Untuk pertemuan pertama ini adalah lebih kepada sesi screening atau mengesan sebarang masalah pada Wafiy. Sedikit soal jawab antara kami juga dibuat untuk Puan Ruby mendapat gambaran bagaimana keadaan pertuturan Wafiy.

Ini antara aktiviti yang dilakukan pada sesi pertama speech therapy tersebut:

1- Permainan cause-effect. Wafiy Lulus.
2- Pemainan memasukkan permainan berbentuk bulat/bintang/segiempat ke lubang mengikut bentuk. Wafiy Lulus.
3- Permainan sort barang ikut bentuk/warna yang sama untuk menguji tumpuan. Wafiy Lulus.
4- Permainan ajak sebut nama binatang dari gambar-gambar dan patung. Separa lulus sebab Wafiy agak berminat sebahagian haiwan sahaja. Terutamanya harimau.
5- Cubaan ajak berbual dengan tanya benda-benda, kadang-kadang dia jawab, kadang-kadang dia sebut sesuka hati, bahasa yang tak diketahui.
6- Puan Ruby tanya-tanya dengan kami beberapa soalan seperti kebolehan Wafiy terima arahan, ada apa-apa tabiat Wafiy di rumah dan sebagainya. Ia penting untuk mengesan gejala autism. Alhamdulillah, Wafiy setakat ini tidak mempunyai petanda autism menurut pemerhatian Puan Ruby. Namun ada beberapa kekhuatiran apabila Wafiy kelihatan agak obses dengan patung harimau dan apabila kami memaklumkan yang Wafiy sering mengajuk apa yang orang cakap atau tanya kepadanya. Contoh, kita tanya siapa tu? Dia akan ulang, siapa tu? Tanpa menjawab itu ayah atau sebagainya.
7- Kami diminta untuk meninggalkan Wafiy dan Puan Ruby di bilik therapy dan menunggu di luar. Sekitar 15minit, kami dipanggil masuk semula. Kata Puan Ruby, tadi dia tunjukkan/baca buku dengan Wafiy. Setakat ini boleh ikut apa yang disebut. Tapi bukan semua dia nak ikut. Dan dia tidak spontan untuk menyebut sesuatu yang dilihatnya di buku melainkan di tanya atau disebut dahulu. 
8- Sebelum wrap-up, kami juga diberi saranan bagaimana untuk meransang seorang kanak-kanak untuk bercakap. Kami akan praktikkan. Insyaallah.

Demikianlah 1jam sesi pertama speech therapy Wafiy. Lebih kepada untuk mengesan apa kelemahannya dan insyaallah sesi therapy yang bersesuaian akan dirangka oleh Puan Ruby untuk sesi yang akan datang.

Jadi, setelah pulang dari sesi tersebut, berkobar-kobarlah kami nak melakukan perubahan dalam rutin harian agar Wafiy lebih cepat dapat bertutur dengan baik. Langkah pertama, adalah sibukkan dia, agar dia tak ingat langsung untuk minta buka video di laptop. Bagaimana? Ya kena mainlah dengan dia.

Wafiy bukan gajet addicted (Alhamdulillah). Dia cuma speech delay. Dan ramai kanak-kanak yang gadget addicted tapi tak speech delay. Dan ramai juga yang kedua-duanya sekali :-(

Tapi kenapa taknak bagi Wafiy tengok video/laptop/youtube buat sementara ini? sebab video-video ni one-way-communication sahaja. Wafiy ikut apa dialog-dialog dan lagu. Tapi sekadar apa yang dia dengar sahaja lah. Video-video ni biasanya bercakap dalam bahasa inggeris dan laju. Jadi Wafiy imitate apa yang video cakap. Tapi bila salah, video takkan tegur dia. betul tak?Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang bila tengok cerita omputeh ada certain words yang kita tak pasti apa yang diorang sebut. Apatah lagi budak-budak macam Wafiy. Dia ikut je lah apa yang dia rasa dia dengar. Jadi memang ntah apa-apa lah perkataan yang keluar kan. Saya tak menafikan, dengan video Wafiy belajar banyak perkara. Memang banyak. Dia kenal binatang-binatang dan bunyi-bunyinya, menyanyi, dan pelbagai lagi. Dia boleh cakap "Let's Go", "Awesome", dan lain-lain juga hasil dari video. Dia boleh berlakon semula apa yang dari video tontonannya. Sebagai ibu, saya berbangga melihat gelagatnya.

Namun, untuk membolehkan dia bertutur, berkomunikasi dengan baik dengan orang lain, tontonan video bukanlah medium terbaik. Jadi kami telah mengikuti nasihat dari Puan Ruby dan hasil bacaan di internet tentang tip-tip untuk menggalakan anak bercakap. Berikut aktiviti-aktiviti yang kami lakukan:

#1 Tambah koleksi buku
Menurut Puan Ruby, dengan membaca buku bersama dengan anak, akan membantunya. Buku yang penuh gambar-gambar yang menarik lebih memudahkan mereka memahami, seperti melihat ikan berenang di laut dan sebagainya. Lepas aje keluar dari kelas therapy, kami terus ke kedai buku Popular, di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya. Kebetulan ada sale pulak. Alhamdulillah :-)
Memandangkan Wafiy suka sangat tengok video dinosour dan kartun ni, jadi kami pun belilah buku ni. Memang berseri-serilah muka dia bila tengok buku-buku ni :p

So far ini antara koleksi buku yang Wafiy ada setakat entri ini ditulis. Letak di rak yang rendah, mudah dicapai oleh Wafiy. Dia selalu jugak tarik buku-buku ni dan 'baca'. Kemudian saya atau ayahnya akan temani dia baca dan berinteraksi dengannya berdasarkan apa yang dilihat pada buku :-)

#2 Main, main, dan main dalam rumah.
Saya akui, sebelum ni kami jarang main dalam rumah. Alasan utama, rumah kami kecik. Tak ada ruang nak main. Mainan tak banyak, sebab kalau beli taktau nak letak mana nanti. Fuhhh... Sangatlah salah cara berfikir macam ni ye :-( Sebenarnya budak-budak terutamanya yang macam Wafiy ni boleh main kat mana-mana pun. Walaupun rumah kami kecik, Wafiy susah nak duduk diam walaupun 10minit. Walaupun dia sebelum ni tengok video youtube, dia akan bergerak sana-sini sama ada berlakon ikut video atau menyanyi dan ikut pergerakan video yang ditontonnya.

Inilah salah satu aktiviti baru kami. Melompat dari pulau ke pulau :p Starting point dari tikar, lompat ke tanda-tanda X dan sampai ke tikar satu lagi. Ya Allah...gembiranya Wafiy waktu pertama kali kami main sama-sama benda ni. Oh ye. Main sama-sama ye. Mak ayah semua lompat jugak ok? Alhamdulillah, memang aktiviti macam ni bukan sahaja menggembirakan Wafiy, saya pun berpeluh-peluh jadinya. Sihat tubuh badan. Insyaallah :-)

#3 Tambah mainan dan buku dari semasa ke semasa.
Saya ikut tips kebanyakan orang share di FB, beli mainan baru secara berterusan dan pelbagai. Supaya ada variasi dan tidak bosan. Rupanya, mainan-mainan lah yang merangsang minda anak untuk menjadi lebih cerdas. Jangan fikir beli mainan ni manjakan anak atau membazir. Jangan sama sekali. Pilihlah mainan yang bersesuaian dengan umur dan minatnya. Kita akan lihat perkembangan positifnya nanti. Insyaallah :-)

Shopping mainan, buku dan poster di Mydin. 

Setup dan hiasan dinding terbaru. Sebelum ni kami memang tak hias apa-apa pun kat dinding, maklumlah rumah sewa aje kan. Alasan lagi...huhu.. Kami setup ni masa Wafiy kat taska. Bila dia balik je, tengok benda ni... Excited sangat dia. Alhamdulillah, sejak ada ni, senang nak ajar perkataan baru :-) Yang atas meja tu pulak wooden puzzle yang simple ;-)

Budak-budak zaman sekarang mesti semua tahu lagu finger family kan? Jadi saya pun belilah finger puppets ni. Alhamdulillah, seronok sangat dia dan dia kenal serta boleh sebut semua 10 nama binatang ni serta bunyi sekali :-)

Finger puppet ni saya beli online, direct dari China tau. Kat Malaysia ni taktau la ada ke tak yang jual. Sapa-sapa yang nak, boleh roger saya, meh nak tolong belikan ;-)

#4 Buat aktiviti baru bersama.
Tiap-tiap hari perah otak jugalah saya memikirkan apa yang nak dibuat agar masa terisi dengan baik. Bila ada kelapangan, saya pun selit-selit lah masa untuk ke kedai macam Mr. DIY untuk cari mainan yang berbajet rendah :p
Untuk set colouring ni RM3.90 je. Ada 8 warna dan 4 blok design utk diwarnakan dan setiap blok tu ada 2 pattern which mean menjadikan 8 pattern semua sekali. 

Ini antara hasilnya. Pastinya mak Wafiy lah yang buat finishing ni :p Colour ni bukan water colour biasa rupanya. Yang pasti kita tak perlu susah-susah nak bancuh. Dari pack, terus je boleh kaler. Dan uniknya, kaler ni bila kering jadi macam lilin. Jadi kalau macam tumpah-tumpah di meja tu, boleh kopek aje terus. Tanggal semua ;-) Oh ye, blok-block hasil seni ni dah disertakan ring untuk buat keychain. Jadi kalau nak, bolehlah guna untuk letak kunci hasil seni anak sendiri ;-)

Ini antara permainan simple tapi menyoronokkan. Ajak anak untuk sort ikut warna. Pasti anda sangat bangga melihat anak anda mampu melakukannya. Ini antara kemahiran asas untuk merangsang daya tumpuan anak :-)

Walkie talkie~ dah lama sebenarnya rancang nak beli. Selalu tengok harganya puluh2 ringgit juga kalau di tesco/giant/mydin tapi lain sikitlah dari yang ini. Saya jumpa di Mr. DIY, RM14.90 je. Terus lah beli :-) Alhamdulillah, Wafiy happy main benda ni, dia nak ikut cakap juga. Ayahnya baca Al-Fatihah guna walkie talkie ni dari dalam bilik, dia di ruang tamu, dia ikut satu persatu. Harapnya dia akan lebih banyak nak bercakap nanti :-)

#5 Mainan lama jangan dilupakan.
Tak dinafikan budak-budak ni cepat boring. Dia akan main mungkin sehari dua atau sejam dua atau beberapa minit je mainan baru tu. Waktu ni lah kita repeat mainan lama. Mungkin yang dah seminggu tak main atau yang dah sebulan tak main. Pasti dia akan main macam mainan baru juga :-)
Ini antara mainan lama Wafiy. Shape blocks ni Mak Long Wafiy hadiahkan sempena birthday Wafiy yang ke-2 tahun lepas. Memang awal-awal dulu tak expert. Sekarang dah terer dah. Seminggu sekali macam tu bagi dia main. Memang nampak skill developing secara signifikan ;-)

Tower blocks ni Wafiy masih tak pas sampai sekarang. Insyaallah getting better lepas ni ;-)

Inilah antara aktiviti dalam seminggu ini sejak pulang dari sesi speech therapy pertama yang dapat saya kongsikan. Mungkin hanya 50% dari keseluruhan usaha saya. Sebab tak sempat nak dokumentasikan semuanya :-p Saya akan sambung di entri akan datang setelah sesi therapy speech delay seterusnya ya ;-) Kisah Speech Therapy #2.

Moga bermanfaat~

P/S: Anda mencari baby carrier yang ergonomik, selesa dan selamat? Boleh visit: www.facebook.com/bobitamalaysia ;-)

Tuesday, 4 October 2016

Berniaga sendiri: Daftar LHDN

Setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, membuka akaun perniagaan, mendaftar di KWSP, kini saya melangkah pula ke LHDN untuk urusan berkaitan cukai. Jika kita serius dalam perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan, kita perlu menguruskan perniagaan dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang agar tidak menghadapai masalah di kemudian hari.
  • Apa pentingnya mendaftarkan diri dengan LHDN? Buat apa sukarela nak bayar cukai. Diam-diam dah lah, elok-elok kerajaan tak cari, kita saja nak pi bagi kerajaan duit kita nak buat apa? Hahaaa….ini mungkin yang berada dalam fikiran kita sebagai peniaga kecil-kecilan. Pendapatan tak banyak mana, nak bayar cukai pula. Ye tak?
  • Betul, jika anda ingin kekal sebagai peniaga kecil-kecilan sampai bila-bila, mungkin anda tak perlu nak fikir tentang LHDN dan sebagainya. TAPI, jika anda bercita-cita untuk memajukan perniagaan, membina empayar mungkin, inilah langkah pertama yang perlu kita lakukan. Iaitu, daftarkan diri di LHDN. Okey? kenapa perlu?
  • #1 Jika ingin membuat pinjaman dengan bank atau mana-mana agensi yang sah, mereka akan lihat rekod kita di LHDN. Ia termasuk permohonan pinjaman perniagaan/perumahan/peribadi. Kalau anda nak pinjam dengan ahlong, mungkin tak perlulah 😛
  • #2 Ia adalah rekod rasmi. Jadi bila dah ada rekod dari seawal-awal perniagaan, tiada alasan untuk anda dikenakan tindakan undang-undang atau denda oleh mana-mana pihak kelak apabila anda dah berkembang maju di masa depan.
  • #3 Ini adalah tanggungjawab. Buatlah dengan rasa tanggungjawab untuk bangsa dan negara. Kita hidup bermasyarakat yang bertamadun. Ikutilah peraturan 🙂 Dan pasti ada keberkatannya Insyaallah. Zakat? saya akan update nanti tentangnya.
  • #4 Antara syarat untuk memohon pelbagai bentuk bantuan kewangan dari kerajaan seperti BSH, BPN dan sebagainya. Jika kita tiada rekod LHDN, kita tidak layak untuk memohon apatah lagi menerima bantuan tersebut.

 

Walaubagaimanapun, setiap peniaga yang berdaftar dengan LHDN dan membuat ‘declaration’ setiap tahun tidak semestinya perlu bayar cukai. Jangan takut, jika perniagaan kita masih kecil, untung tak seberapa, kita tidak perlu pun membuat sebarang pembayaran. Cukai hanya dikenakan jika pendapatan tahunan kita melebihi jumlah tertentu. Jika masih dibawah paras minima, kita tak perlu bayar cukai. Malah mungkin kita akan memperolehi bantuan di masa hadapan kerana rekod LHDN  tersebut.

BAGAIMANA NAK DAFTAR DI LHDN?
  • Langkah #1
  • Pergilah ke pejabat LHDN terdekat dengan tempat anda. Seperti saya, LHDN Cawangan Pulau Pinang adalah yang terdekat. Parking pun mudah.

 

  • Langkah #2
  • Terus saja ke kaunter pertanyaan. Saya maklumkan pada pegawai yang bertugas “Assalamualaikum puan, saya berniaga sendiri, saya nak tahu apa yang perlu saya lakukan untuk urusan berkaitan LHDN?” dengan ramah dan senyum mesra, puan tu tanya, dah daftar SSM? jadi saya diminta untuk beri MyKad dan dokumen SSM yang 3muka surat tu. Dari situ, puan tersebut menyemak dari nombor IC kita. Oh rupanya saya dah terdaftar di dalam LHDN kerana saya sempat attach dengan sebuah agensi kerajaan suatu masa dulu. Saya sendiri tak tahu yang saya dah ada rekod LHDN sebab tak sempat kerja pun masa tu. Tapi ntah kenapa saya didaftarkan. Saya pun tak faham. Jadi, puan itu terus print maklumat berkaitan LHDN saya yang dilengkapi nombor cukai pendapatan.
  • Langkah #3
  • Selsesai urusan di pejabat LHDN. Seterusnya log in lah di website LHDN untuk melihat maklumat tentang LHDN. Sebelum beredar, tanyalah apa-apa saja yang anda ingin tahu pada pegawai LHDN ok? Saya sempat tanya beberapa maklumat. antaranya:

 

  • Soalan 1: Cukai ni di kira cukai perniagaan ke? Sebab yang terdaftar dulu tu saya sebagai pekerja kan? itu bukan ke cukai pendapatan?
  • Jawapan: Untuk perniagaan persendirian, pemilik tunggal, cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan. Jadi saya boleh gunakan nombor cukai pendapatan yang sama untuk bayar cukai perniagaan kita kerana perniagaan persendirian dianggap semua keuntungan adalah pendapatan kita.
  • Soalan2: Jadi macam mana nak buat pembayaran?
  • Jawapan: Pembayaran cukai adalah pada bulan Mac-Jun pada setiap tahun. Jadi dalam tempoh itu, kita perlu log-in ke website, pilih BORANG-B. Di situ akan ada maklumat-maklumat yang perlu di isi. Yang penting, sediakan maklumat jumlah wang masuk, wang keluar, dan untung untuk setiap bulan dalam tempoh setahun dengan jelas.

 

  • Saya tanya dua soalan tu aje. Saya tak tanya berapa kena bayar dan sebagainya sebab saya percaya maklumat itu semua boleh di google dan pasti akan auto generate bila nak bayar nanti. Jadi saya tak dapat kongsikan maklumat tersebut buat masa ni 😛 Saya ada lah mula google sikit-sikit tentang kadar bayaran cukai pendapatan. Agak complicated. Jadi disarankan untuk anda google juga agar dapat baca sendiri dan lebih mengerti kelak 🙂
Waktu Operasi LHDN Cawangan Pulau Pinang. Saya pergi pukul 2.30petang, Hari Isnin. Tak ramai orang. Tak payah beratur pun 🙂
Inilah pintu masuk di tingkat 4. Kaunter pertanyaan di tengah-tengah sana.
Puan LHDN tu print kan maklumat ini kepada saya.
Sayangi Hasil Malaysia. Anda boleh jumpa mereka ni di pintu lif tingkat 4…hehehe~
Begitulah kisahnya. Moga membantu bagi anda yang ingin mendaftarkan diri di LHDN juga.
Terima kasih kepada paun pegawai yang bertugas pada hari tersebut. Anda menjalankan tanggungjawab  dengan baik sekali.  Terima kasih LHDN Cawangan Pulau Pinang 🙂
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Berniaga sendiri: Daftar LHDN kerana kita perlu bayar cukai.


Setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, membuka akaun perniagaan, mendaftar di KWSP, kini saya melangkah pula ke LHDN untuk urusan berkaitan cukai. Jika kita serius dalam perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan, kita perlu menguruskan perniagaan dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang agar tidak menghadapai masalah di kemudian hari.

Apa pentingnya mendaftarkan diri dengan LHDN? Buat apa sukarela nak bayar cukai. Diam-diam dah lah, elok-elok kerajaan tak cari, kita saja nak pi bagi kerajaan duit kita nak buat apa? Hahaaa....ini mungkin yang berada dalam fikiran kita sebagai peniaga kecil-kecilan. Pendapatan tak banyak mana, nak bayar cukai pula. Ye tak? Betul, jika anda ingin kekal sebagai peniaga kecil-kecilan sampai bila-bila, mungkin anda tak perlu nak fikir tentang LHDN dan sebagainya. TAPI, jika anda bercita-cita untuk memajukan perniagaan, membina empayar mungkin, inilah langkah pertama yang perlu kita lakukan. Iaitu, daftarkan diri di LHDN. Okey? kenapa perlu?

#1 Jika ingin membuat pinjaman dengan bank atau mana-mana agensi yang sah, mereka akan lihat rekod kita di LHDN. Ia termasuk permohonan pinjaman perniagaan/perumahan/peribadi. Kalau anda nak pinjam dengan ahlong, mungkin tak perlulah :-P

#2 Ia adalah rekod rasmi. Jadi bila dah ada rekod dari seawal-awal perniagaan, tiada alasan untuk anda dikenakan tindakan undang-undang atau denda oleh mana-mana pihak kelak apabila anda dah berkembang maju di masa depan.

#3 Ini adalah tanggungjawab. Buatlah dengan rasa tanggungjawab untuk bangsa dan negara. Kita hidup bermasyarakat yang bertamadun. Ikutilah peraturan :-) Dan pasti ada keberkatannya Insyaallah. Zakat? saya akan update nanti tentangnya.

BAGAIMANA NAK DAFTAR DI LHDN?

Langkah #1
Pergilah ke pejabat LHDN terdekat dengan tempat anda. Seperti saya, LHDN Cawangan Pulau Pinang adalah yang terdekat. Parking pun mudah.

Langkah #2
Terus saja ke kaunter pertanyaan. Saya maklumkan pada pegawai yang bertugas "Assalamualaikum puan, saya berniaga sendiri, saya nak tahu apa yang perlu saya lakukan untuk urusan berkaitan LHDN?" dengan ramah dan senyum mesra, puan tu tanya, dah daftar SSM? jadi saya diminta untuk beri MyKad dan dokumen SSM yang 3muka surat tu. Dari situ, puan tersebut menyemak dari nombor IC kita. Oh rupanya saya dah terdaftar di dalam LHDN kerana saya sempat attach dengan sebuah agensi kerajaan suatu masa dulu. Saya sendiri tak tahu yang saya dah ada rekod LHDN sebab tak sempat kerja pun masa tu. Tapi ntah kenapa saya didaftarkan. Saya pun tak faham. Jadi, puan itu terus print maklumat berkaitan LHDN saya yang dilengkapi nombor cukai pendapatan.

Langkah #3
Selsesai urusan di pejabat LHDN. Seterusnya log in lah di website LHDN untuk melihat maklumat tentang LHDN. Sebelum beredar, tanyalah apa-apa saja yang anda ingin tahu pada pegawai LHDN ok? Saya sempat tanya beberapa maklumat. antaranya:

Soalan 1:
Cukai ni di kira cukai perniagaan ke? Sebab yang terdaftar dulu tu saya sebagai pekerja kan? itu bukan ke cukai pendapatan?
Jawapan:
Untuk perniagaan persendirian, pemilik tunggal, cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan. Jadi saya boleh gunakan nombor cukai pendapatan yang sama untuk bayar cukai perniagaan kita kerana perniagaan persendirian dianggap semua keuntungan adalah pendapatan kita.

Soalan2:
Jadi macam mana nak buat pembayaran?
Jawapan:
Pembayaran cukai adalah pada bulan Mac-Jun pada setiap tahun. Jadi dalam tempoh itu, kita perlu log-in ke website, pilih BORANG-B. Di situ akan ada maklumat-maklumat yang perlu di isi. Yang penting, sediakan maklumat jumlah wang masuk, wang keluar, dan untung untuk setiap bulan dalam tempoh setahun dengan jelas.

Saya tanya dua soalan tu aje. Saya tak tanya berapa kena bayar dan sebagainya sebab saya percaya maklumat itu semua boleh di google dan pasti akan auto generate bila nak bayar nanti. Jadi saya tak dapat kongsikan maklumat tersebut buat masa ni :-P Saya ada lah mula google sikit-sikit tentang kadar bayaran cukai pendapatan. Agak complicated. Jadi disarankan untuk anda google juga agar dapat baca sendiri dan lebih mengerti kelak :-)


Waktu Operasi LHDN Cawangan Pulau Pinang. Saya pergi pukul 2.30petang, Hari Isnin. Tak ramai orang. Tak payah beratur pun :-)

Inilah pintu masuk di tingkat 4. Kaunter pertanyaan di tengah-tengah sana.

Puan LHDN tu print kan maklumat ini kepada saya.

Sayangi Hasil Malaysia. Anda boleh jumpa mereka ni di pintu lif tingkat 4...hehehe~
Begitulah kisahnya. Moga membantu bagi anda yang ingin mendaftarkan diri di LHDN juga.
Terima kasih kepada paun pegawai yang bertugas pada hari tersebut. Anda menjalankan tanggungjawab  dengan baik sekali.  Terima kasih LHDN Cawangan Pulau Pinang :-)