Translate: Choose your language :-)

Sunday 30 August 2015

Makan Angin di Hatyai & Songkla (Part 3)

17hb Ogos 2015. Hari ke-3 dan terakhir kami di Hatyai, Thailand. Untuk tengok aktiviti kami pada hari pertama klik di sini, dan hari ke-2 boleh klik di sini.

#SARAPAN.
Kami mulakan hari dengan sarapan ringkas di balkoni bilik hotel kami. Kami dah beli sebuku roti dan sebotol jem strawberi semalam di 7eleven berdekatan hotel.
Roti & Jem Thai. Sebelum beli check tanda Halal ye.

#CHECK-OUT.
11.50am kami pun melangkah keluar dari bilik hotel kami yang best ni. Nak baca detail review tentang hotel kami di Hatyai ni boleh klik di sini :) 
Selfie dulu sebelum check-out ;) Wafiy dan secured buckled dalam baby carrier. Cara paling mudah, selesa  dan selamat untuk travel dengan anak kecil.

Selepas check-out, kami minta tumpang beg kami di reception hotel. Baik staff hotel ni. Tolong simpankan beg kami. Van untuk balik ke Penang akan jemput kami di hotel pukul 3pm nanti. Jadi sekarang kami nak lunch dan round-round Hatyai buat kali terakhir.

#MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN SALMA.
Dengan cuma 6minit berjalan kaki, kami sampai di Restoran Salma. Kami makan nasi dan green curry, bubur nasi ikan tenggiri, air pegaga, dan air serai. Total 185Baht: Untuk review lengkap tentang restoran ini boleh baca di entri Makan-makan di Hatyai & Songkla.


Air Pegaga, Air Serai, Nasi dan Green Curry.
Bubur nasi ikan tenggiri.

#JALAN-JALAN SEKITAR HATYAI.
Setelah kenyang, kami pun berjalan-jalan sekitar kota Hatyai, masuk ke Lee Garden, Cental, dan banyak kedai lagi mencari-cari kalau ada sesuatu yanh menarik untuk dibeli.
Inilah tuktuk yang akan bawa kita ke mana sahaja di Hatyai.
Syurga kasut di Lee Garden. Memang murah-murah dan cantik-cantik.
Pejabat pos bergerak di tengah-tengah Hatyai.
Pisang bakar memang terkenal di Thailand. Dimakan dengan sos caramel Thai. Sedap!!! Saya ada juga cuba buat sos caramel butterscotch ala Thai ni bila pulang ke rumah. Boleh klik di sini untuk resipi :)
Kami dapat beli seluar Muay Thai untuk Wafiy. Cukup lah pencarian kami.

#SOLAT DI SURAU CENTRAL SHOPPING MALL, HATYAI.
Terdapat surau di Central Shopping Mall, Hatyai. Bersebelahan Lee Garden. Naiklah ke tingkat atas sekali, dan pergi ke kaunter customer service. Maklumkan kepada pegawai di situ bahawa anda ingin menggunakan surau. Mereka akan meminta pasport kita, dan akan ditunjukkan surau. Solatlah dengan tenang.
Central Hatyai. Sumber imej: Google.

#SELAMAT TINGGAL HATYAI
Kami kembali ke hotel sekitar jam 2.45pm untuk menanti van pulang ke Malaysia pada jam 3pm.

Di lobi hotel menunggu van untuk kembali ke Malaysia. Bawalah bekalan air yang mencukupi terutama untuk anak kita ye. P
Kami di dalam van untuk balik ke Malaysia. RM40 / 400 Baht sehala.
Sekitar suasana sempadan Thai-Malaysia

SELAMAT TINGGAL HATYAI
Insyaallah jika dimurahkan rezeki, kami akan kembali lahi ke Thailand di masa hadapan.
Terima kasih Allah.

Video amatur kami ketika di Hatyai & Songkla

Resipi: Pancake Senang

Home made pancake

RESIPI PANCAKE

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu tepung
1 sudu besar gula
1 cubit garam
   air secukupnya

CARA-CARA

#1
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.

#2
Tambah sedikit demi sedikit air hingga semua bahan larut dan sebati. Tekstur yang kita mahukan adalah likat seperti susu pekat.

#3
Panaskan non-stick pan. Setelah cukup panas, tuangkan ke dalam pan. Banyak mana nak tuang, mengikut kesukaan masing-masing. Mahu besar atau kecil. Alih-alihkan sehingga masak.

#4
Ulang langkah #3 sehingga bancuhan habis.

#5
Siap~!!!
Bolehlah dimakan dengan madu, susu pekat, atau sos butterscotch. Untuk resipi sos butterscotch, boleh klik disini.

SELAMAT MENCUBA

Wafiy suka makan pancake dengan sos butterscotch.

Resipi: Sos Butterscotch Sedap

RESIPI SOS BUTTERSCOTCH
(inspirasi dari Thai)

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim masakan / santan
1/4 buku mentega (butter)
1/4 cawan gula pasir (jika perlu)
       Secubit garam

CARA-CARA

#1
Cairkan gula perang

#2
Masukkan krim masakan / santan
(Resipi mat salleh biasanya pakai krim masakan. Jika tiada, boleh guna santan, bagi yang pernah ke Thailand mungkin pernah cuba pisang bakar yang di makan dengan sos butterscotch ala Thai. Akan ada rasa santan. Unik dan sedap)

#3
Kacau sehingga tiada ketulan, masukkan butter. Gaul hingga sebati.

#4
Sesi touch-up. Masukkan secubit garam. Jika terlalu pekat boleh tambah air. Jika terlalu cair atau kurang manis boleh tambah gula pasir. Boleh juga tambah tepung untuk likatkan.

#5
Siap~!!!
Bolehlah buat untuk makan dengan roti, pancake dan sebagainya. Nak buat pisang bakar ala Thai pun sedap juga makan dengan sos butterscotch ni.
Rupa sos butterscotch saya. Macam seri kaya kan?
Saya simpan sos buterscotch dalam balang. Boleh makan dengan roti atau pancake macam dalam gambar.
Wafiy pun suka makan pancake dengan sos butterscotch ni :-)

Untuk resipi pancake, boleh klik di sini :)
Nak baca pengalaman saya ke Thai boleh klik di sini :)

SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday 29 August 2015

Review: Perkhidmatan LAZADA - Terbaik~!!!

Ini adalah pengalaman pertama saya membuat pembelian dari LAZADA. Dengan perkhidmatannya yang baik ini, mungkin ini bukanlah kali terakhir saya membeli secara online di LAZADA.

#1
MEMBUAT TEMPAHAN
Saya telah menempah sebuah mesin jahit jenama XMA dengan harga RM159 + Postage RM6 pada 6hb Ogos 2015.
Apabila anda membuat tempahan di LAZADA, anda akan mendapat ringkasan tempahan seperti ini di akaun LAZADA anda.

#2
MEMBUAT BAYARAN
Terdapat pelbagai cara membuat bayaran, antaranya: kredit card, e-banking, dan paypal. Saya memilih membayarnya melalui maybank2u. Setelah bayaran dibuat pada 6hb Ogos 2015, saya menerima email notifikasi.

Serta merta, notifikasi email memaklumkan transaksi pembayaran telah diterima.

#3
BARANG DIKIRIM
Daripada notifikasi awal, barang dijangka saya terima pada 17-20 Ogos 2015 dengan standard shipping. Pada 10hb Ogos 2015 (4hari selepas membuat bayaran) saya menerima notifikasi dari SMS menyatakan bahawa barang telah dikirim.

Notifikasi dari SMS memaklumkan barang telah dipos.

#4
BARANG SELAMAT SAMPAI
Pagi sekitar jam 9.30am, 13hb Ogos 2015 saya mendapat notifikasi email yang barang telah sampai dan diambil. Saya menggunakan alamat permis penerima barang. Jadi bererti barang telah diterima di sana. Jika anda menggunakan alamat rumah, pasti notifikasi ini diterima setelah orang di rumah anda menerima barang tersebut.
Inilah notifikasi email yang saya terima memaklumkan barang telah sampai. Jadi, jika ada orang lain telah menerimanya bagi pihak kita, maka kita akan tahu ianya telah sampai.


#5
MULA GUNAKAN BARANG
Setelah barang diterima, mari kita gunakan~!!! Alhamdulillah mesin jahit saya berfungsi dengan baik. Saya 'test drive' dengan menjahit baju suami yang terkoyak dan seluar saya yang terkoyak. Seronoknya :-D Kemudian saya simpan rapi kembali di dalam kotak.
Inilah mesin jahitnya :-D

***5hari kemudian***

Pada 18hb Ogos 2015 (Selasa) Setelah pulang dari Hatyai, Thailand (jika nak baca pengalaman saya ke Hatyai boleh klik di sini) saya nak memulakan projek menjahit saya. Namun...belum sempat saya siapkan satu helai projek saya tu, tiba-tiba mesin jahit itu stuck~!!! Tersangkut~!!! Haishhh terbantut keseronokan menjahit. Setelah cuba mengatasinya beberapa kali, tapi masih gagal. Saya berputus asa dan menyimpannya kembali ke dalam kotak

#6
PEMULANGAN SEMULA (RETURN)
Setelah menemui jalan buntu dalam cubaan membolehkan mesin jahit tersebut untuk kembali berfungsi semula, saya buka semula laman web LAZADA pada 21hb Ogos 2015 (Jumaat) dan mengisi Return Form yang disediakan. Untuk memulangkan semula, LAZADA memberi pilihan untuk meminta mesin jahit yang baru atau voucher pembelian barangan lain dengan nilai barang yang hendak ditukar atau ganti dengan barang lain yang sama nilai atau pulangan 100% wang dan akan di transfer ke akaun bank pilihan kita.

Saya memilih untuk kembalian wang 100% ke akaun bank saya. Antara dokumen lain yang mereka perlukan ialah bukti bayaran dan slip order untuk dilampirkan bersama barang. Terakhir, LAZADA akan memberikan alamat untuk kita hantar semula barang tersebut.

Namun, saya tidak serta merta menghantarnya kerana saya tiada kertas pembalut dan dokumen yang diperlukan saya perlu print di kedai :p Pada hari Isnin, 1.55pagi, 24hb Ogos 2015 LAZADA menghantar SMS reminder seperti di bawah:

SMS reminder dari LAZADA untuk menghantar semula barang yang ingin dipulangkan.

#7
LAZADA MENERIMA SEMULA BARANG
Saya mengepos semula barang tersebut pada Isnin, 24hb Ogos 2015 pada jam 4petang. Keesokan harinya, Selasa 25hb saya menerima notifikasi email bahawa barang yang saya pos kepada mereka telah sampai.
Notifikasi email memaklumkan bahawa barang yang saya pos telah sampai di LAZADA dan mereka akan memprosesnya.

#8
PEMULANGAN WANG
Pada hari yang sama barang sampai, LAZADA meluluskan permohonan pemulangan tersebut. Mungkin mereka dah test mesin jahit tersebut, betul rosak :p LAZADA juga memaklumkan bahawa pemulangan wang dalam tempoh 2hari. Pada 28hb Ogos 2015 (Jumaat) akaun saya menerima wang masuk sebanyak RM165.00 :)

Inilah notifikasi dari LAZADA melalui SMS menyatakan wang telah dimasukkan ke akaun saya pada 27 Ogos 2015 (Khamis).

Setelah itu saya ada menerima email untuk menyatakan jumlah kos penghantaran barang tersebut ke LAZADA untuk tujuan pemulangan. Mereka juga meminta bukti pembayaran yang telah dibuat. Saya tidak mempunyai resit, hanya slip dari City Link yang tidak menyatakan harga pos. Jadi jika mereka tidak memberi pulangan wang pengeposan saya pun tidak mengapalah. Saya pun pada awalnya tidak menyangka yang ianya boleh dituntut semula kerana LAZADA pun tidak mengiklankan pemulangan percuma secara besar-besaran seperti ZALORA. Jika ZALORA kita memang tidak perlu bayar untuk pemulangan, kerana harga pengeposan akan dibilkan terus ke akaun ZALORA. Untuk LAZADA, kita perlu bayar dahulu, claim/tuntut kemudian.

Secara keseluruhan, SAYA AMAT BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN LAZADA. Walaupun barang yang saya beli tidak berfungsi dengan baik, tetapi SERVIS LAZADA ADALAH TERBAIK. Jadi, saya tidak akan takut atau ragu untuk membeli lagi di LAZADA kerana servisnya yang amat baik ini.

Pesanan dari saya, jika nak selamat, belilah barang yang terjamin kualitinya supaya anda tak perlu mengembalikannya jika tidak berpuas hati. Tapi jika ingin juga mencuba nasib seperti saya, membeli sesuatu yang tidak jelas kualitinya, anda tak perlu takut kerana anda akan mendapat semula 100% wang anda jika ingin memulangkannya.

Tahniah dan terima kasih LAZADA atas perkhidmatan yang cepat dan baik ini.

Friday 28 August 2015

Makan Angin di Hatyai & Songkla (Part 2)

Entri ini tentang hari ke-2 kami di Hatyai dan berjalan-hingga ke Songkla. Untuk kisah keberangkatan kami dan hari pertama kami di Hatyai boleh tengok di entri ini: Makan Angin di Hatyai & Songkla (Part 1). Untuk cerita makan di mana yang menarik boleh tengok di sini: Makan-makan di Hatyai & Songkla. Manakala review tentang hotel yang kami menginap di entri ini: Review: Hotel P-Residence - Hatyai, Thailand.
Kami mulakan hari ini pada jam 9pagi (waktu Thai). Di perkarangan hotel, Kami menunggu driver van tour yang telah kami tempah dengan harga 1500Baht untuk melawat Hatyai & Songkla hari ini, 16 Ogos 2015 (Ahad).

Di perkarangan hotel yang comel.
Ruang reception hotel. Pekerja hotel sedang bantu kami telefon company pakej tour dan maklumkan kami sudah menungu. Bagus servis hotel ni. Lima Bintang kami bagi pada P-Residence :) Nak travel senang? Pakai baby carrier yang best macam kami ok? Nak beli satu? klik di sini :)

Van tiba sekitar jam 9.15am. Mari kita mulakan!!! Selamat pagi Hatyai~

#1
TUKAR DUIT
Kadar tukaran wang di sini lebih baik dari di Malaysia. Jadi ada baiknya tukarlah di sini, iaitu Hatyai. Tidak semestinya cari money changer ni juga. 

Tukar duit di money changer Hatyai. Pastikan duit Thai Baht anda mencukupi untuk perjalanan yang tenang :p

#2
SARAPAN DI KAK SAH MUSLIM KITCHEN (HATYAI)
Kami minta driver van kami, Winit namanya untuk bawa kami sarapan di sini. Pagi ini kami memilih untuk sarapan dengan roti telur dan minuman panas. Total 60Baht.

Kak Sah Muslim Kitchen: Sarapan Roti Telur 15Baht. Sedap, lain lah sikit dari roti telur di kedai mamak.

#3
HATYAI MUNICIPAL PARK
Kalau anda google image park ni, anda akan nampak patung budha yang pelbagai. Van tour kami bawa kami ke sini. Kami turunlah juga tengok-tengok. Menariklah juga, ada Laughing Buddha, ada kuil yang menempatkan patung 12ekor binatang ikut tahun seperti harimau, arnab, ular dan sebagainya. Di sini juga ada Hatyai Ice Dome. Tapi kami tak masuk, Wafiy pun kecil lagi. Takut dia tak tahan sejuk dan mungkin pun belum mengerti. Insyaallah nanti dia dah besar sikit, kami bawa dia ke Ice Dome pula :)
Antara permandangan menarik di kawasan temple.

#4
HATYAI CABLE CAR
Hatyai Cable Car ini sebenar sebahagian daripada Hatyai Municipal Park. Terletak nun jauh di atas bukit. Dari sini boleh melihat permandangan indah seluruh Hatyai dari atas. Terdapat juga temple dan patung Buddha emas yang besar dan tinggi di sini. Ini kali ke dua saya sampai ke sini. Dulu pada tahun 2012, bersama suami. Wafiy belum ada lagi. Pada masa itu cable car berfungsi dengan baik, tapi kami tak naik. Datang kali ini ia ditutup. Tidak pasti kenapa kerana keterangannya Bahasa Thai.
Tulisan Hatyai Cable Car: jangan lupa bergambar :p
Antara yang menarik: tulisan Thai itu bermaksud Hatyai 0km, Kuala Lumpur 950km dari sini. Nikmati permandangan indah.

Walaupun cable car tidak beroperasi, kafe anjung bukit ala-ala di Ladang Teh Boh Cameron Highland tetap buka. Jadi bolehlah duduk minum sambil nikmati permandangan.


Kafe di stesen cable car.
Bergambarlah di permandangan indah ini. Wafiy tak beri kerjasama, dia sibuk nak berlari :p
Ayah & anak. Menikmati keindahan Hatyai.

#5
CHANG PUAK CAMP (HATYAI)
Jika di Malaysia tempat ni umpama Kuala Gandah, Pahang; iaitu pusat konservasi gajah. Menariknya kita boleh menaiki gajah tour sekitar 30minit dengan bayaran 500Baht. Kami tak naik kalini, Insyaallah akan kembali untuk naik gajah bila Wafiy dah besar sikit. Selain dari gajah, terdapat pelbagai aktiviti lain seperti menunggang ATV, menembak dan lain-lain.


Entrance Chang Puak Camp, Hatyai.
Senarai harga aktiviti yang ditawarkan.
Pisang dijual dengan harga 100Baht untuk bagi gajah makan.
Bukan senang nak bagi gajah makan. Anak-anak pasti suka aktiviti ini.

#6
DRAGON SCULPTURE (NAG) - TIP OF SAMILA BEACH
Seterusnya, kira-kira 40minit perjalanan dari tempat gajah tadi, kami tiba di Songkla. Driver van bawa kami ke statue naga ini di mana ianya di hujung Samila Beach. Kami tidak lama di sini. Ambil beberapa gambar kenangan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Dragon sculpture (Nag) - tip of Samila Beach

#7
SONGKLA AQUARIUM
Pukul 12pm tepat kami tiba di sini. Setelah membeli tiket (300Baht seorang untuk dewasa, Wafiy percuma), kami diiring terus oleh pegawai akuarium ke ruangan 'The Unseen Show' kerana pertunjukan baru bermula. Ia adalah satu pertunjukan oleh seorang juruselam di dalam sebuah akuarium yang sangat besar memberi makan ikan-ikan seperti jerung dari pari. Ada juga penyu. Juruselam tersebut turut menari mengikut muzik iringan ketika persembahan tersebut. Memang menghiburkan. Wafiy tak lekang menonton sekitar 15-20minit pertunjukan tersebut. Setelah pertunjukan selesai, barulah kami melawat ikan-ikan yang lain :p Oh ya... pertunjukan tersebut diadakan setiap satu jam. Jadi jika terlepas, akan ada pertunjukan berikutnya. Melawat akuarium ini satu yang berbaloi buat kami kerana Wafiy memang sangat sukakan ikan :)


Songkla Aquarium: 300Baht Dewasa, 200Baht Kanak-kanak.
The Unseen Show: Juruselam bagi makan dan menari dengan penyu :)
Wafiy memang suka ikan. Agaknya kalau duduk sini satu hari pun dia sanggup :)
Sebelum balik, kami sempat tengok show kali ke-dua dan bergambar dengan juruselam. Terima kasih Songkla Akuarium~ kami amat bergembira di sini :)

#8
SAMILA BEACH (SONGKLA)
Jika ke Songkla tidak sah jika tidak ke Samila Beach. Laut membiru, pasir memutih, dan langit nan cerah memberi permandangan yang sangat indah. Antara mercu utama pantai ini adalah patung duyung (mermaid). Apa sejarahnya saya tak pasti. Tapi jika ke sini, semua orang pasti bergambar dengannya :p Di bawah terang matahari jam 1.30pm, kami tak berlama-lamaan di situ. Kami melewati gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderahati dan makanan ringan. Sambil menikmati bayu laut dan redup rimbun pepohonan...ewah :p
Tidak sah kalau ke Songkla jika tak jumpa si duyung ini :p
Saya beli fridge magnet di sini. Murah dari di Floating Market atau Hatyai. Belilah di Samila Beach, 4biji 100Baht. Jika di tempat lain saya lihat 3biji 100Baht. Nak senang travel, pakailah baby carrier macam kami ni ok? 
Antara permandangan sekitar Samila Beach. Beg cuma 50Baht. Cantik-cantik. Ada juga telur bakar. Saya tak cuba. Menyesal pula :p

#9
SURAU (SONGKLA)
Sewaktu kami sedang mencari restoran muslim untuk makan tengah hari di Samila Beach, kami ternampak papan tanda seakan-akan surau. Jadi kami pun bertanya pada orang yang ada di situ. Rupa-rupanya memang surau. Dikendalikan oleh warga bukan Islam di situ. Untuk solat, seorang 10Baht. Jika hanya untuk guna tandas 5Baht. Kebetulan memang telah masuk waktu Zuhur. Jadi kami pun berehat dan solat di situ.
Inilah dia papan tanda surau tersebut. Memang lain macam sikit...hehe...tp ok lah, suraunya lengkap dengan telekung.

#10
RESTORAN BANG FALUK (SONGKLA)
Masih di Samila Beach, ada deretan restoran pesisir pantai. Tapi tidak banyak yang muslim. Mungkin cuma dua. Alhamdulillah dipertemukan dengan restoran ini. Total kami makan di sini 410Baht, tapi tauke bagi diskaun, jadi 400Baht. Untuk review lengkap tentang restoran ini boleh tengok di entri saya: Makan-makan di Hatyai & Songkla.
Duduk makan dengan permandangan indah Samila Beach, Songkla.
Tak pantailah kalau tak minum air kelapa :p

#11
TANG KUAN HILL LIFT (SONGKLA)
Sekitar jam 3.15pm driver van bawa kamu ke sini. Harga tiket tak mahal, 30Baht sahaja untuk dewasa dan 20Baht untuk kanak-kanak. Tapi kami rasa tak berminat nak naik, mungkin terlalu kenyang makan tadi, jadi rasa malas :p Kami konon-konon nak rehat bawah pokok, memang tersedia kerusi untuk orang duduk-duduk. Tapi di sini banyak monyet~!!! Mula-mula ok, Wafiy pun seronok tengok monyet-monyet tu. Tapi kerana Wafiy terlebih berani, dia nak kejar pulak monyet tu. Jadi mungkin mereka rasa terancam dan nak serang kami...monyet jantan yang garang kejar saya...fuh...memang penuh debaran... Kami cepat-cepat beredar :(
Inilah entrance Tang Kuan Hill Lift. Sumber gambar dari Google. Saya tak sempat nak tangkap gambar sendiri masa tu.
Inilah dia keluarga monyet yang rasa terancam dengan kami. Mereka lebih ramai dari dalam gambar ni :p

#12
KLONGHAE FLOATING MARKET (HATYAI)
Ini kali ke-dua kami ke sini. Semalam kali pertama :p Tapi semalam kami datang dengan tuktuk. Hari ini dengan van tour kami. Ini adalah destinasi terakhir kami untuk trip package tour kami. Kali ini kami tiba lewat sikit, sekitar jam 4petang. Untuk details review tentang floating market ini boleh baca di entri saya yang ini: Makan-makan di Hatyai & Thailand.
Sign board Klonghae Floating Market. Jangan lupa bergambar. Bukti kehadiran :p
Di Floating Market, Wafiy tidur lena dalam carrier :)
Suasana di floating market, kalau beli, dia sua bakul macam tu untuk bagi makanan dan kita pun letak duit dalam tu :)
Ini pun kawasan floating market. Kawasan jualan atas darat pun banyak.

#13
CIMB ATM (HATYAI)
Duit dah habisss :p Jadi kami pun minta driver bawa kami ke ATM CIMB untuk keluarkan duit. Jika anda ada akaun CIMB, setkan atm kad anda untuk pengeluaran antarabangsa sebelum ke luar negara. Tiada sebarang bayaran tambahan dikenakan. Tukaran wang lebih telus mengikut kadar tukaran wang semasa. Anda juga boleh menyemak baki dalam Thai Baht dalam akaun anda :) Terima kasih encik driver van tour, Winit namanya. memang baik hati dan melayan kami satu hari dari pagi hingga ke petang. Kami tiba ke hotel sekitar jam 6.00pm :)
Inilah rupa slip dari ATM CIMB THAI. Memaparkan nilai Baht dan RM yang kita keluarkan. Untuk baki akaun dipaparkan di skrin atm.

#14
RESTORAN KAI TOD DECHA (HATYAI)
Malam ini kami makan malam di sini. Pergi sendiri, dengan tuktuk 40Baht dari Lee Garden. Malam ni kami nak cuba apa yang menarik lagi di sini. semalam kami makan tengah hari di sini, dah cuba nasi ayam pulut dan lain-lain. Review lengkap tentang restoran ini boleh baca di entri saya: Makan-makan di Hatyai & Songkla. Total kami makan malam ini 635Baht.
Ikan goreng sedap. Tak ingat apa nama menu ni. Tapi sedap. 400Baht.

Khaeng Som (asam pedas Thai) patut anda cuba. Di Malaysia sukar ditemui. 120Baht.

#15
ATM CIMB (HATYAI)
Kami kehabisan duit lagi...hehe..tapi memang kami keluarkan sikit-sikit aje. Sebab takut overspend. Budget la katakan :p Tidak jauh dari restoran Kai Tod Decha, pergi ke arah kanan, berjalanlah lurus hingga ke hujung akan ada ATM CIMB THAI. Jadi kami keluarkan 500Baht (RM58.85) sahaja lagi untuk belanja makan tengah hari esok dan beli apa-apa yang berkenan di hati :)


Muka gembira dapat keluarkan duit. Kalau tak, tak makan lah kami esok sampai balik Malaysia :p

#16
SEKITAR LEE GARDEN (HATYAI)
Setelah ada duit sikit, kami tengok-tengoklah di sekitar Lee Garden banyak yang berjualan di waktu malam, dari makanan, cenderahati, dan juga baju-baju. Kami dalam kerangka percutian budget, cuma fikir nak beli satu T-Shirt untuk Wafiy. Kami jumpa satu T-Shirt comel, ada tulisan Thailand, gambar gajah dan berlampu. Unik kan? Harga pertamanya 200 Baht, suami saya tawar, hinggalah dapat 100Baht sahaja. Alhamdulillah. Kemudian kami ke 7eleven berdekatan hotel untuk beli roti buat sarapan esok. Kemudian kami pun pulang ke hotel sekitar jam 9.15 malam dengan berjalan kaki, sekitar 6-7minit sahaja dari Lee Garden.  SELAMAT MALAM HATYAI. Nantikan entri saya tentang hari ke-3 dan terakhir di Hatyai.
Inilah dia baju berlampu tu. Comel kan? sesuailah untuk anak-anak yang sel otak sedang berhubung ni :p

Video amatur kami ketika di Hatyai & Songkla