Translate: Choose your language :-)

Showing posts with label Throwback. Show all posts
Showing posts with label Throwback. Show all posts

Monday, 24 August 2015

Duyufurrahman [Umrah Part 2] - Madinah

Kami tiba di Madinah sekitar jam 3pagi (waktu Malaysia dah pukul 8pagi) bayangkan kami dah travel hampir 20jam. Penat tu dah pasti. Tapi excited dan bersyukur semuanya lancar dan baik-baik saja :-D

Cerita perjalanan kami boleh baca di entri Duyufurrahman [Umrah Part 1].

Setelah check-in ke bilik hotel penginapan, kami pun mula susun beg dan unpack barang. Wafiy tidur lena dari dalam bas tak sedar langsung ..memudahkan saya nak uruskan diri dan bolehlah rehat :)

Alhamdulillah bilik kami view Masjid Nabawi dan Perkuburan Baki'. Seronoknya melihat Masjid Nabawi buat kali pertama dengan mata sendiri...selalu tengok dalam tv aje :p

Waktu Subuh sekitar jam 4.20am ketika itu. Mak dan ayah dah bersiap-siap nak ke masjid. Walaupun penat, tapi untuk manfaatkan peluang yang ada, semua penat hilang. Tapi Hakim dah tidur dibuai mimpi. Mak kata biarlah dia rehat dulu... saya pun sempat lelapkan mata sebentar. Jadi kami hari itu Subuh di bilik saja.

HARI PERTAMA DI MADINAH
(15 Feb 2015)
Setelah mak ayah pulang dari masjid, mereka terus sarapan di ruang makan hotel dan bawa naik sarapan untuk saya dan Hakim. Jadi kami tak perlulah nak turun ke bawah.
Lepas Wafiy pun bangun..mandi dan bersiap kami pun nak jalan-jalan tengok suasana sekitar. Pagi di Madinah memang sejuk. Macam di Cameron Highland...hehe..

Nampak wajah ceria mereka? Cukup tidur lah katakan... SELAMAT PAGI MADINAH.
Suasana kota Madinah sekitar hotel penginapan kami.
Antara supermarket di Madinah. Berbelanjalah di Madinah sesungguhnya setiap perbelanjaan kita itu mendapat ganjaran pahala.

Waktu ni kami tak membeli belah sangat pun. Sekadar nak tengok suasana. Ayah ada tukar duit RM-Riyal. Kalau nak tukar duit bagus di Madinah ni. Kita akan dapat lebih banyak Riyal berbanding di Malaysia atau Mekah.
Kami tak ada beli apa-apa lagi. Baru sampai...rasa over pulak kalau shopping beria :p Setelah selesai sesi tengok-tengok, kami pun balik ke hotel dan berehat sebentar sebelum ke masjid untuk waktu Zuhur yang akan masuk sekitar jam 12.15pm.

Kali pertama melangkah ke Masjid Nabawi memang mengujakan. Masjid yang sangat besar. Pintu masuk untuk lelaki dan wanita diasingkan sepertimana masjid-masjid di Malaysia juga. Tapi kalau saya sorang-sorang dan kali pertama nak cari pintu masuk wanita dikhuatiri sesat. Dari hotel kami pintu masuk wanita agak jauh. Harus pusing masjid 180darjah. Nasib baik ada mak. Mak dah pernah mengerjakan umrah dan haji sebelum ini. Jadi mak memang dah familiar dengan Masjid Nabawi. Alhamdulillah.

Untuk masuk ke dalam masjid, beg kita akan diperiksa oleh pegawai wanita yang menunggu di pintu masuk. Kamera adalah barang larangan. Jadi mereka akan mencari kamera dalam beg kita. Kalau tak ada, lepaslah :) Telefon bimbit berkamera tidak menjadi masalah untuk dibawa masuk ke dalam Masjid Nabawi. Nak bergambar pun tidak dilarang. Tapi berpada-padalah dengan adab ye ;)

Kasut pula letaklah di rak yang disediakan di sebelah dalam masjid. Letaklah dengan doa agar kasut kita tak hilang ye. Kadang-kadang tu bukan orang niat nak curi kasut kita, mungkin ada yang terkeliru dengan kasut yang hampir sama. Jadi mungkin terambil kita punya. Boleh juga letak kasut dalam sarung dan bawa ke dalam masjid. Ada juga rak kasut di bahagian  ruang solat. Pastikan kita ingat rak mana yang kita letak kasut ye. Ada beratus-ratus rak kasut di sana :)

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam masjid, hampir keseluruhan ruang solat berkarpet telah dipenuhi walaupun belum lagi azan zuhur pada ketika itu. Di bahagian wanita Masjid Nabawi ada dua bahagian; (1) bahagian untuk wanita tanpa membawa kanak-kanak dan (2) bahagian wanita yang membawa kanak-kanak. Akhirnya kami dapat tempat di bahagian tengah, tidak berkarpet, lantai marmar.

Azan berkumandang. Orang makin ramai memenuhi segenap ruang yang ada. Wafiy mula bosan kerana dia nampak keluasan Masjid Nabawi ni mungkin amat seronok kalau boleh berlari-lari. Dia dah tak mahu duduk diam. Nak merayau. Akhirnya meraunglah minta dilepaskan. Inilah risiko membawa bayi yang belum mengerti apa-apa.

Solat Zuhur berjemaah dimulakan. Wafiy makin tak senang duduk. Video di Tab pun dia taknak layan. Mungkin dia nampak anak-anak arab lain yang ramai. Nak join main la kot. Tapi apakandaya. Mana mungkin kita lepaskan anak pergi merayau celah-celah orang tengah solat. Di Masjid Nabawi pula tu. Jadi saya tetap dukung erat si Wafiy walaupun dia meronta dan meraung minta dilepaskan. 

Selesai solat jemaah, barulah saya solat Zuhur sendirian dan mak tolong jagakan Wafiy. Walaupun tak dapat berjemaah, solat sendirian tetaplah 1000 kali lebih baik di Masjid Nabawi berbanding tempat lain. Saya tetap bersyukur. Siap solat, kami pun keluar dari masjid untuk pulang makan tengah hari di hotel.

Suasana di dalam Masjid Nabawi.
Ikon Masjid Nabawi. Satu-satunya di dunia.
Selepas Zuhur pertama kami di Masjid Nabawi, Madinah.

Selepas makan tengah hari di hotel, terasa waktu terlalu pantas. Waktu Asar hampir tiba. Hakim, mak, dan ayah bersiap-siap nak ke masjid. Mereka bercadang untuk pulang ke hotel selepas waktu Isya' nanti. Wafiy tidur lena. Sebagai ibu dengan anak kecil saya harus akur bahawa terdapat kekangan dalam pergerakan berbanding orang lain.

Saya hanya solat di bilik dan melakukan apa yang boleh sambil menjaga Wafiy. Walaupun tidak dapat solat di masjid, positiflah bahawa segala ibadah di tanah haram ini jauh lebih baik dari di tanah halal. Menjaga anak juga satu ibadah. Saya bersyukur saya dapat ke sini walaupun tidak dapat beribadah secara maksima berbanding orang lain. Tapi sebagai ibu dengan anak kecil, inilah yang terbaik yang dapat saya capai.

Selepas solat Isya' dan makan malam jemaah perempuan berkumpul dilobi hotel dan diberi taklimat tentang ziarah dalam ke Raudhah, tempat yang paling ditunggu-tunggu.

Raudhah adalah berada di dalam Masjid Nabawi. Kawasannya adalah di antara bilik Nabi Muhammad (yang kini makamnya) dan mimbar asal. Kawasan ini ditanda dengan karper berwarna hijau berbanding karpet merah untuk kawasan lain. Raudhah ini tempat yang doanya mustajab dan tidak akan ditolak oleh Allah. Tidak hairanlah umat Islam seluruh dunia bertumpu ke sini. Raudhah juga adalah tempat di mana ada beberapa kali Nabi menerima wahyu. Tempat pertama azan dilaungkan juga berada di dalam Raudhah dan dikekalkan sehinggga kini. Bilal bin Rabah satu-satunya sahabat Nabi yang ada tempat/kawasan sendiri di dalam Raudhah.

Sekitar jam 10malam kami bergerak ke Masjid Nabawi. Wafiy ditinggalkan di bawah jagaan tokwan dan paklang nya. Memang meraung lah dia saat nak ditinggalkan.

Untuk masuk ke Raudhah bagi kaum wanita bukanlah satu yang mudah. Perlu beratur dan menunggu giliran. Lama. Ya memang lama. Tapi niatkan di hati yang kita benar-benar ingin masuk ke Raudhah. Agar Allah permudahkan penantian.

Pergerakan masuk ke Raudhah adalah berkelompok. Jadi kita akan menunggu giliran secara berkelompok. Kita akan berpindah tempat menunggu beberapa kali sebelum dapat masuk ke Raudhah. Perpindahan tempat itu akan semakin dekat dengan Raudhah. Sementara menunggu itu, ustazah mutawif akan memberi taklimat dan tazkirah agar waktu menunggu tidak sia-sia.

Ustazah juga menyuruh kami banyakkan berdoa. Jika ada yang titipkan salam pada Rasulullah, bolehlah mula menyampaikannya sebaik sahaja kita sudah dapat melihat Kubah Hijau. Jika ada doa-doa titipan sahabat handai, mulalah ingatinya. Saya ada sediakan buku doa. Sebelum pergi, ada rakan-rakan yang menitipkan doa. Jadi saya telah catatkan agar tidak terlupa. Selain itu, bawalah botol spray air. Manalah tahu wudhuk terbatal ketika menunggu yang sangat lama itu, kita mungkin tak dapat mencari tempat wudhuk kerana tiada tandas di dalam masjid.

Kubah Hijau (dalam bulatan). Tepat di bawah kubah tersebut adalah makam Rasulullah. Binaan masjid di dalam gambar tersebut adalah lebar asal masjid yang dibina oleh Rasulullah. Semua orang yang di dalam gambar adalah sebahagian daripada ratusan yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah.
Ketika ini sekitar jam 1pagi waktu Saudi. Di Malaysia jam 6pagi. Bayangkan kami belum dapat tidur malam lebih dari 24jam. Letih dan mengantuk. Tapi bersemangat. Oh ya. Dah masuk 16 Feb masa ni. Ulang tahun saya yang ke-28. Alhamdulillah disambut dalam Raudhah. Terima kasih Allah.

Sekitar jam 1.30 pagi kami akhirnya dapat menjejakkan kaki ke dalam Raudhah. Alhamdulillah dalam kepadatan orang, kami diberi ruang dan peluang untuk berada di dalam Raudhah dan berdoa. Syukur yang tidak terhingga.

Alhamdulillah. Sekitar jam 2pagi kami keluar dari Raudhah. Syukur padamu ya Allah.
Sebaik sahaja sampai ke bilik, semua mereka dah tidur lena. Terima kasih Paklang dan Tokwan tolong jaga Wafiy. Ia pasti satu malam yang sukar bagi mereka :p

HARI KE-DUA DI MADINAH
(16 Feb 2015)
Selepas sarapan, kami dibawa ziarah ke Masjid Quba. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah. Walaupun setelah baginda membina Masjid Nabawi, baginda tetap pergi menunaikan solat di Masjid Quba ini sekali seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu. Menurut riwayat, Rasulullah bersabda bahawa sesiapa yang berwuduk di rumah dan keluar menuju ke Masjid Quba dan menunaikan solat 2rakaat di dalamnya, akan diberi pahala seperti mengerjakan umrah. Oleh itu, sebelum kita keluar dari bilik hotel, dinasihatkan untuk berwudhuk untuk merebut ganjaran ini :)
Mak dan ayah di perkarangan Masjid Quba.
Di dalam Masjid Quba bahagian atas untuk wanita.

Seterusnya kami di bawa melihat tempat-tempat bersejarah Islam yang lain seperti Masjid Qiblatain, dan sekitar Madinah. Tak semua kami turun, kebanyakannya hanya lihat dari atas bas. Tempat yang kami tuju seterusnya ialah Medan Peperangan Uhud dan Ladang Kurma milik keluarga Abdul Rahman Auf.

Makam para syahid Peperangan Uhud. Tanda berbatu adalah makam Saidina Hamzah.
Suasana sekitar Jabal Uhud. Banyak yang berjualan. Di sini kebanyakannya lebih murah dan segar. Jadi jika ada yang teringin nak beli rempah-rempah, buah zuriat, bolehlah beli di sini.

Seterusnya kami ke Ladang Kurma. Kurma Madinah adalah yang terbaik. Jadi jangan lupa membeli kurma Madinah yang terkenal seperti Kurma Nabi (Kurma Ajwa). Kenapa ia dipanggil kurma nabi? Kerana nabi sendiri pernah menanamnya dan bersabda, sesiapa yang memakannya (Kurma Ajwa) 7biji setiap pagi, makan akan terhindarlah dia dari sihir. Jadi tidak hairanlah harga Kurma Ajwa ini agak mahal. Sekitar RM60-80 sekilo jika di beli di sini. Jika di Malaysia beratus ringgitlah sekilo. Kata ustaz mutawif kami, ada juga kurma Ajwa yang dijual dengan harga  sekitar RM45. Awas, ia mungkin kurma Ajwa tapi bukan dari Madinah. Ia mungkin dari negara lain seperti Jordan dan Syria. Kualitinya juga mungkin berbeza. Alang-alang di Madinah, belilah yang dari Madinah. Balik Malaysia nanti banyak kurma dari tempat lain boleh kita beli.

Group photo dengan jemaah Pens Travel yang best di ladang kurma;)
Ini ladang kurma ye. Bukan ladang kelapa sawit :p
Di ladang kurma juga disajikan teh arab secara percuma kepada jemaah.
Kedai kurma di ladang kurma. Selain daripada itu ada juga coklat arab yang sedap, kismis, dan pelbagai manisan serta kacang-kacangan.
Inilah family tauke besaq Pens Travel. Terima kasih kerana telah menguruskan perjalanan kami dengan baik. Moga Pens Travel terus berkembang maju dan diberkati. Insyaallah.
Kami tiba semula di hotel ketika hampir Zuhur. Jadi semua terus ke masjid, Wafiy pun dah tertidur, Saya balik ke bilik. Selfie jap dalam lift yang cantik ni :p Nak baby carrier macam Wafiy? boleh beli dari sini: Bobita Baby Carrier - Malaysia. 

Pada hari itu juga saya ke Masjid bersama mak dan Wafiy dari waktu Asar hingga Isya' dan berniat I'tikaf ketika berada di dalam masjid. Moga tiap saat kami berada di dalam masjid dihitung sebagai kebaikan di sisi Allah s.w.t. Insyaallah. Walaubagaimanapun, dengan membawa anak kecil ni saya akui, ibadah kita tidaklah dapat dilakukan secara maksima. Mak duduk mengaji Al Quran, solat sunat dan sebagainya. Saya 'mengiringi' Wafiy 'melawat' seluruh Masjid Nabawi. Untuk ibu-ibu seperti  saya yang mungkin tak berpeluang untuk duduk dan mengaji, maka berzikirlah. Sambil tengok anak, apa yang boleh saya lakukan hanyalah berzikir dan membaca surah-surah yang dihafal.

Wafiy dan deretan tong air Zamzam.
Wafiy melawat seluruh Masjid Nabawi.
Wafiy teman tok ber'iktikaf :)

HARI KE-TIGA (TERAKHIR) DI MADINAH
(17 Feb 2015)
Masa berlalu pantas. Tapi memang masa di Madinah singkat saja. Kami akan bertolak ke Mekah selepas solat Zuhur. Jadi pagi itu, saya, Hakim, dan Wafiy jalan-jalan cari kedai nak beli roti-roti untuk bekalan perjalanan yang akan mengambil masa 5-6jam nanti.

Selamat pagi Madinah. Paklang Hakim carry Wafiy untuk kali pertama ;)
Giordano Madinah. Ada jual kain ihram tau.
Kain ihram Giordano. SR199 kini offer SR149 :P
Suasana bandar Madinah. Nampak macam panas terik. Tapi sejuk.
Antara permandangan sekitar pasar sekitar Masjid Nabawi.

Setelah dapat beli roti-roti arab yang sedap, kami terus ke Masjid Nabawi untuk saya melakukan Ziarah Wida'. Ziarah Wida' ialah ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah. Sebaiknya jika lelaki ziarahlah makam Rasulullah, dan wanita masuklah ke Raudhah. Itu yang sebaiknya jika berkesempatan. Tetapi jika terdapat kekangan, memadailah kita ke perkarangan masjid dan melihat kubah hijau di mana kita tahu jasad Rasulullah berada tepat dibawahnya.

Kami memilih untuk duduk di satu sudut yg menghadap ke kubah hijau. Hakim awasi Wafiy sambil makan roti cicah cheese arab. Sedap. Saya buka buku doa dan mengikut apa yg telah diajarkan tentang ziarah wida' ini di kursus umrah dan juga buku panduan umrah yang pihak Pens Travel telah sediakan. Alhamdulillah, dengan rasa sayu, saya ucapkan salam terakhir buat baginda dan melangkah pulang ke hotel. Hakim belum buat ziarah wida kerana dia akan kembali ke masjid untuk solat Zuhur dan setelah itu barulah dia melakukan ziarah wida'.
Wafiy + Hakim ketika menemani saya untuk Ziarah Wida'.

Belum sempat kami meninggalkan perkarangan masjid, Azan Zuhur berkumandang. Dengan segera Hakim mengiringi kami pulang ke hotel yang jaraknya sekitar 200meter dari masjid dan dia kembali ke masjid. Saya solat Zuhur di bilik dan bersiap-siap packing untuk berangkat ke Mekah selepas Zuhur nanti.
Wafiy juga seakan mengerti bahawa dia akan meninggalkan Madinah dan Masjid Nabawi. Wafiy termenung di jendela melihat Masjid Nabawi dari bilik kami.

Selepas semua jemaah pulang dari masjid selepas Solat Zuhur, kami makan tengah hari terakhir di hotel. Sekitar jam 3petang kami bertolak ke Mekah. Selamat tinggal Madinah. Selamat tinggal ya Rasulullah. Kami singgah di Meqat Bir Ali untuk berniat umrah dan meneruskan perjalanan ke Mekah.

Dalam perjalanan kami singgah di perhentian untuk solat jamak Maghrib dan Isya'.
Kami juga disediakan makan malam oleh pihak Pens Travel. Sangat sejuk di sini. Tabahlah bagi lelaki yang telah berihram ;)

Sepanjang perjalanan, masa diisi dengan bacaan talbiah yang diketuai oleh mutawif kami, Ustaz Solah. Diselang seli dengan tazkirah, kisah sirah, dan cerita-cerita penuh tauladan walaupun adakalanya lucu dan mencuit hati. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan Wafiy juga tak banyak kerenah. Dia makan, tonton video di tab dan akhirnya tidur.

Sekitar jam 10malam kami tiba di kota Mekah Al-Mukarramah. Alhamdulillah. Nantikan entri saya yang akan datang tentang perjalanan umrah kami di Mekah sebagai Duyufurrahman, tetamu Allah. Insyaallah. Umrah Part 3 - Di Mekah manakala Umrah Part 4 - Di Mekah dan Kepulangan.

Video kenangan sekitar keberangkatan dan Madinah.
Dirakam secara amatur 100% dengan telefon bimbit sahaja ;-)

Friday, 21 August 2015

Makan-makan di Thailand: Hatyai & Songkla

Sebut sahaja Hatyai, Thailand pasti ia sangat sinonim dengan makanan asli Thai yang ingin kita cuba seperti Tom Yam, Som Tam, dan Pulut Mangga. Sebenarnya makanan Thai lebih dari itu. Di entri ini saya ingin kongsikan pengalaman kami (saya, suami, dan anak saya Wafiy berumur 1tahun 11bulan) makan-makan di Thai sepanjang 3hari 2malam di Hatyai & Songkla pada 15-17 Ogos 2015 yang lalu ;)

#1
RESTORAN KAI TOD DECHA (HATYAI)
Ini tempat makan pertama yang kami tuju sebaik sahaja tiba di Hatyai untuk makan tengah hari. Tidak jauh dari pusat beli belah Hatyai seperti Lee Garden dan Central Hatyai. Jika berjalan kaki sekitar 8minit sahaja. Tapi kalau takut sesat, naik sahaja tuk tuk dgn harga 40baht. Yang terbaik, printscreen gambar papan tanda restoran, tunjuk pada pemandu tuk tuk. Mereka akan tahu. Insyaallah :)

Makan tengah hari pertama kami total 190baht untuk dua orang. Saya tak ingat harga makanan setiap satu. Rasanya sekitar 60baht ke 70baht untuk setiap hidangan. Air teh tarik ais mungkin sekitar 30baht.
Papan tanda Restoran Kai Tod Decha
Menu makan tengah hari kami: Nasi Pulut Ayam Thai, Nasi Kuning Thai, dan Teh Tarik Ais Thai. 190Baht.
Suasana: Makan bawah pondok bambu ;)
Kawasan restoran yang luas. Anak pun tak boring, boleh jalan-jalan. Tapi awasilah anak anda ye.
Restoran di buka dari pukul 11pagi hingga 10malam. Ada wifi juga.

Seterusnya kami kembali lagi ke restoran ini pada keesokan harinya untuk makan malam. Kali ini makan malam mewah sikit dengan ikan, Khaeng Som (asam pedas Thai dengan rebung dan udang) dan Kailan ikan masin dengan harga total 635 Baht.

Ikan goreng sedap..hehe..sebab tak ingat apa nama sebenar menu ni. Tapi memang sedap dengan sos istimewa, potongan ikan macam diamond tu memudahkan kita makan. Tulang pun takda. Senang suap anak makan ikan ni. Harga: 400 Baht. Portion boleh makan 4orang.
Khaeng Som (asam pedas Thai dengan rebung dan udang). Ini memang rare. Tak pernah makan di Malaysia. Memang sedap tapi pedas. Jaga-jaga ye. Harga: 120 Baht. Portion boleh makan 4orang.
Kailan Ikan Masin. Rasa macam di Malaysia, tapi  portion besar. Boleh makan 4orang tapi harga tak ingat :p

#2
KLONGHAE FLOATING MARKET (HATYAI)
Jika lihat di Google Map, floating market ini terletak sekitar 17km dari pusat bandar Hatyai. Kami ke sana 2kali, 2hari berturut-turut sebab satu hari tak puas. Folating market ini hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad dari jam 5pm-9pm waktu Thai. Untuk hari pertama kami menaiki tuk tuk dari Lee Garden dengan harga 300 Baht untuk pergi dan balik ke hotel. Harga tuk tuk boleh di tawar. Asalnya ada yang 600 Baht. Dengan tuk tuk lain kami di tawar 500 Baht. Apabila kami seperti tidak berminat, dia turunkan harga ke 400 Baht, hinggalah ke 300 Baht. Perjalanan dengan tuk tuk mungkin bergantung kepada keadaan trafik. Dan yang pasti ia tidak kurang dari 20minit perjalanan dari pusat bandar Hatyai.

Terdapat pelbagai variasi makanan dan minuman. Harga dari 15 Baht hinggalah 40 Baht. Ini antara yang dapat saya kongsikan:
Inilah papan tanda Klonghae Floating Market. Jangan lupa bergambar di sini :p
Permandangan dari atas jambatan.
Tempat jualan tidak terhad hanya di atas air. Terdapat banyak lagi ruang jualan di atas darat di kawasan floating market ini.
Antara juadah yang di jual.
Air dalam bekas tembikar 30 Baht. Bekas air boleh bawa balik. Inilah souvenir pertama kami di sana. Nak refill air sahaja pun boleh, 15 Baht.
Kami beli air fresh orange. Memang sedap. Wafiy minum dengan berselera sampai kami terpaksa pergi refill :p
Nak cuba yang ekostik boleh juga.
Ini yang kami beli bawa balik dan makan di hotel. Grilled Seafood 20 Baht, Sotong Bakar dengan telur sotong didalamnya 20 Baht.

Keesokan harinya kami pergi lagi ke floating market ni. Pergi sekali memang tak puas. Tapi kali ke dua ni kami pergi dengan van tour package yang kami sewa satu hari. Dari pagi melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Hatyai, tengah hari ke Songkla dan destinasi terakhir kami ke floating market ini. Hari ke dua ni Wafiy tertidur...letih agaknya satu hari dah berjalan tengok gajah, ikan dan pantai. Untuk tempat-tempat lawatan kami nantikan entri akan datang ye ;) Berikut antara memori hari kedua kami ke floating market ni:
Ini antara kedai-kedai lain yang anda boleh lihat selain dari sampan-sampan di floating market ini. Nak Travel mudah, pakailah baby carrier macam kami pakai ni ok? 
Hari ini kami cuba Thai Coconut Ice Cream 20 Baht, Som Tam 40 Baht, dan Pisang + Ubi Bakar dengan sos karamel Thai, 20 Baht. Anak tidur lena dalam baby carrier, mak makan :-P
Antara sajian di sini. Majoriti adalah makanan ringan yang murah dan sedap-sedap belaka.
Ini yang kami bawa pulang dan makan di hotel: spring potato 20 Baht, dan Thai fish cake dengan sos pedas manis Thai, 20 Baht.

#3
RESTORAN KELANTAN (HATYAI)
Makan malam pertama kami adalah di sini. Kami cuba Tom Yam, Telur Bistik, dan Kailan Ikan Masin. Memang kami order tak banyak, sebab kami cuma berdua, tak larat nak makan. Portion kat sini besar-besar. Tom Yam nya memang sedap. Jarang nak dapat rasa Tom Yam macam di sini. Telur bistik agak pedas, tapi agak berbeza dengan telur bistik yang sering kami makan di Malaysia. Kailan Ikan masin sama rasanya, taklah berbeza. Tetap rasa sayur dan ikan masin...hehehe... Total kami makan dengan air 285 Baht, Agak mahal. Tapi puas kerana sedap :)
Papan tanda Restoran Kelantan
Makan malam kami di Restoran Kelantan.

#4
RESTORAN BANG FALUK (SONGKLA)
Restoran ini terletak di Samila Beach, Songkla. Terdapat deretan kedai makan dan kebanyakannya kepunyaan bukan Islam. Untuk kedai kepunyaan Muslim ada tulisan Allah Muhammad dan seangkatannya. Terdapat surau terbuka di restoran ini, jadi bolehlah menunaikan solat jika makan di sini. Makan di sini dengan suasana indah dan permandangan pantai dan langit membiru amat mengujakan. Deruan angin pantai membuatkan rasa ingin berlama-laman di sini. Pekerja kedai ini semuanya Muslim dan berwajah Melayu, Tetapi kebolehan bertutur bahasa Melayu amatlah lemah. Ada yang tidak mengerti sama sekali. Ada diantara mereka yang mengerti sepatah dua. Jadi kesabaran dan ke-kreatifan untuk anda berkomunikasi, nak tanya harga masakan dan makanan yang dijual amatlah dituntut :p
Kedai Bang Faluk. Ada surau untuk solat.
Damainya Samila Beach.
Suasana makan di pantai Samila Beach. Air Kelapa 30 Baht.
Menu ringkas kami. Nasi goreng Ayam 60 Baht. Ketam masak apa tak pasti. Tapi yang pasti sedap!!! Air mineral diiringi sebaldi ais untu kesegaran :p  Total harga makanan kami untuk kali ini adalah 400 Baht.
Ketam masak sedap...hehehe... 275 Baht. Suami saya makan ratah ja :p

#5
RESTORAN KAK SAH MUSLIM KITCHEN (HATYAI)
Sarapan pertama kami di Hatyai adalah di Kak Sah Restoran yang terletak berdekatan dengan Diyana Shopping Complex. Untuk sarapan kami cuma makan Roti Telur yang berharga 15 Baht setiap satu dan juga minuman panas yang berharga 15 Baht setiap satu. Total untuk sarapan kami ialah 60 Baht sahaja. Kami tiba di restoran Kak Sah sekitar jam 9.30am waktu Thai. Pada masa itu telah terhidang lauk-lauk untuk makan tengah hari. Tapi kami memilih untuk makan roti telur sahaja :)
Papan tanda kedai dan pilihan lauk.
Senarai harga roti-roti
Roti telur 15 Baht. Snek kacang 20 Baht. Sesuai sebagai jajan dalam van untuk perjalanan  ke Songkla. Ada juga keropok kulit ikan ;)

#6
RESTORAN SALMA (HATYAI)
Makan tengah hari terakhir kami di kota HatYai adalah di Restoran Salma. Sangat dekat dengan Lee Garden. Sederet dengan Lee Garden. Restoran ini sangat sesuai untuk yang bersama anak kecil macam Wafiy yang suka berlari-lari. Restoran ini berhawa dingin (air-cond) dan tertutup. Jadi selesa, sejuk dan selamat untuk anak-anak kecil tak lah lari keluar dari restoran. Pegawai restoran juga mesra anak kecil dan boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kami order air pegaga, air serai, bubur nasi ikan tenggiri (bagus untuk yang ada anak kecil) dan nasi putih bersama kari hijau (green curry). Total 185 Baht. 
Lokasi Restoran Salma sederet dengan Lee Garden Hatyai.
Sebahagian menu alacarte di Restoran Salma.
Bubur nasi dengan Ikan Tenggiri. Sesuai untuk anak-anak kecil.
Air Pegaga & Nasi dengan Green Curry
Paste Tom Yam(55 Baht), Kheong Som(55 Baht), dan Sambal Belacan Salma (120 Baht) juga ada dijual. Bolehlah beli untuk cuba sendiri di rumah :)

#7
STREET FOOD - MAKANAN JALANAN (HATYAI & SONGKLA)
Tidak ketinggalan adalah street food yang perlu dicuba. Tapi pastikan penjualnya adalah Muslim lah ya ;)
Suasana street food waktu malam.
Street food sekitar Hatyai dan Songkla.
Pulut Mangga 50 Baht. Street Food.

Sekian dulu untuk entri saya makan-makan di Hatyai. Ada banyak lagi yang kami belum cuba. Insyaallah akan kembali lagi ke Hatyai untuk makan...Nantikan entri kami seterusnya tentang Hatyai ;)