Translate: Choose your language :-)

Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Thursday, 16 April 2020

Cara penjagaan SSC Baby Carrier: Cara cuci dan simpan.

Setelah memiliki baby carrier jenis SSC, pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya bagaimana cara penjagaannya? Bolehkah dicuci jika kotor? Boleh guna mesin basuh? Berapa kerap ia perlu dicuci? Moga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam menjaga baby carrier yang kita gunakan agar sentiasa dalam keadaan yang baik.

Bila baby carrier perlu dicuci?

Baby carrier hanya perlu dicuci jika perlu, iaitu jika kotor atau telah lama tidak dicuci untuk suatu jangka masa yang lama, mungkin lebih dari 6bulan.

Kotor di suatu tempat tertentu.

  • Baby carrier pada kebiasaaannya akan kotor di suatu tempat tertentu. Misalnya di bahagian shoulder-strap kerana ia merupakan bahagian yang paling dekat dengan mulut bayi. Bayi cenderung untuk menghisap/menggigit bahagian tersebut. Antara langkah untuk mengelakkan bahagian itu kotor adalah dengan menggunakan Teething/Drool Pad. Walaubagaimanapun, tidak semua orang menggunakannya atau menggunakannya dengan cara yang salah. Jadi bahagian shoulder strap ini biasanya kotor kerana bekas air liur si kecil. Ia perlu dibersihkan.
  • Antara faktor lain menyebabkan bahagian tertentu yang perlu dibersihkan ialah apabila makanan tertumpah pada bahagian tertentu seperti di body panel carrier. Mungkin ada ibu bapa yang menggunakan carrier ketika makan dan makanan seperti kuah menitik pada carrier. Selain itu mungkin si kecil juga makan/minum semasa di dalam carrier dan mengotori sebahagian carrier.
Credit phot0: facebook.com/babywearingbyroyanness
Credit Photo: https://www.facebook.com/bobitamalaysia/

Caranya:

  • Spot-Cleaning. Ia bermaksud membersihkan tempat yang kotor sahaja dengan kain lembap atau span secara terus di tempat yang kotor sahaja tanpa perlu membasuh seluruh carrier. Boleh gunakan air suam untuk memudahkan pembersihan dan biarkan kering sepenuhnya sebelum disimpan atau digunakan semula.
Credit Photo: https://www.facebook.com/nanababycarriermalaysia/
Credit Photo: https://www.facebook.com/nanababycarriermalaysia/

Telah lama tidak mencuci carrier.

  • Selain daripada itu, kita perlu mencuci carrier apabila kita telah lama tidak mencucinya untuk jangka masa yang panjang walaupun ia tidak kotor dan kelihatan bersih. Ini kerana terdapat kemungkinan yang carrier kita telah berhabuk dan mungkin telah dihinggapi bakteria. Jika terlalu lama tidak digunakan carrier mungkin telah ditumbuhi kulat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ini akan menjejaskan kesihatan anak dan kita sebagai pemakai.

Caranya:

  • Membuat pembersihan carrier secara menyeluruh. Semua carrier secara amnya boleh dicuci, tetapi tidak semua boleh dicuci dengan mesin basuh. Ada sesetengah carrier hanya disarankan untuk mencuci dengan cucian tangan sahaja. Kita perlu merujuk kepada kaedah cucian yang disarankan oleh pengeluar baby carrier yang kita miliki.
  • Cucian Tangan; Pertama: Kita perlu merendam carrier mungkin cukup maksima 30minit. Rendam dalam air biasa tanpa detergen  apatah lagi pelembut pakaian. Kenapa? Ini kerana bahan kimia di dalam detergen dan pelembut pakaian akan melemahkan struktur kain dan kebarangkalian sisa bahan tersebut tidak hilang semuanya selepas kita bilas dengan air biasa. Ia akan menyebabkan sisa tersebut terkena kepada kulit anak kita yang mungkin sensitif atau lebih bahaya apabila  anak kita terhisap (terutama di bahagan shpoulder-strap) ketika mereka di dalam carrier. Bayi secara semulajadi memang cenderung untuk menghisap tali carrier. Kedua: Perah dengan perlahan/lembut. Jangan terlalu kuat kerana khuatir akan merosakkan material dalaman carrier seperti span pada shoulder strap dan waist pad. Ketiga: Sidai/Jemur ditempat terbuka yang berangin tetapi tidak direct dengan sinaran matahari agar tidak cepat lusuh. Contoh: di bawah bumbung porch rumah atau di bawah pokok. Keempat: Pastikan carrier betul-betul kering terutamanya dibahagian yang tebal seperti shoulder strap dan waist pad sebelum disimpan atau digunakan semula.
Credit photo: cdn.babygearlab.com
  • Cucian Mesin Basuh; Pertama: Kita perlu memasang semua buckle tetapi melepaskan semua tali yang mungkin selama ini tergulung. Dengan erti kata lain, semua tali haruslah tidak dalam keadaan bergumpal/tergulung. Kedua: Masukkan carrier ke dalam laundry-net. Jika tidak ada laundry-net, boleh masukkan carrier ke dalam sarung bantal dan ikatkan agar tidak terbuka. Ketiga: Pilih setting hand-wash atau delicate-wash atau apa sahaja setting pada mesin basuh masing-masing untuk mode basuhan paling lembut. Tidak perlu masukkan sabun malah pelembut pakakain tidak digalakkan sama sekali. Jika ingin juga menggunakan sabun, gunalah sabun mandian anak kita kerana ia less chemical. Keempat: Setelah siap, jemurlah dengan cara sama seperti cucian tangan.
Credit Photo: https://www.facebook.com/bobitamalaysia/

[Cara membasuh Bobita SSC Baby Carrier menggunakan mesin basuh].Mudah saja jika nak cuci Bobita SSC ni. Boleh guna mesin basuh πŸ˜€ Istimewanya Bobita SSC ni kerana setiap pembelian disertakan bersama Mesh Bag (beg jaring) secara percuma untuk tujuan penyimpanan dan cucian πŸ˜‰.Jom tengok video ni untuk ketahui cara-caranya πŸ˜€.Tips: Jika ingin gunakan sabun, gunakanlah sabun mandi anak, kerana less chemical πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ.Nak miliki Bobita SSC? PM/klik aje link whatsapp ni ok?www.wasap.my/60102314714/bobitamalaysia

Posted by Bobita & Babyta Baby Carrier – Malaysia on Sunday, November 4, 2018

Bagaimana cara menyimpan baby carrier?

Cara penyimpanan adalah sangat penting bagi memastikan carrier berkeadaan baik dan lebih tahan lama. Berikut antara saranan cara penyimpanan mengikut kesesuaian masing-masing;

  1. Jika kita memakainya dengan kerap, misalnya setiap hari, kita disarankan untuk menggantung/menganginkan carrier di tempat terbuka dan mudah dicapai untuk menggunakannya semula.
  2. Jika kita tidak merancang untuk memakai dalam masa terdekat dan ingin menyimpannya, kita perlu memeriksa keadaan carrier dahulu untuk memastikan carrier dalam keadaan bersih, bebas dari kotoran sisa makanan atau air liur anak. Jika terdapat kotoran, ia perlu dibersihkan dahulu. Jika tiada kotoran, sangkut dan anginkan di terbuka beberapa jam, dan kemudian bolehlah dilipat/digulung untuk disimpan.
  3. Ada yang ingin menyimpan carrier untuk tempoh yang sangat panjang, contohnya apabila anak sekarang sudah tidak memerlukan carrier, kita merangcang untuk menyimpan carrier untuk anak yang akan datang. Ia mungkin 1-2tahun akan datang. Kaedah penyimpanan yang disarankan adalah sama seperti sebelum ini dengan tambahan ia lebih baik disimpan dalam beg kedap udara seperti beg plastik berzip. Selain itu boleh juga meletakkan silica gel untuk meyerap lembapan agar carrier tidak berkulat. Kita boleh guna silica gel ini dari pek-pek makanan dan mungkin kotak kasut yang baru dibeli. Ada sesetengah baby ada carrier telah dilengkapi silica gel dalam plastik packaging mereka. Jika tidak ada, kita boleh juga membeli silica gel ini secara on-line. Ia banyak dijual.
  4. Elak simpan carrier di dalam kereta terutamanya di bonet – Pemeruwapan bahan kimia enjin & udara panas terkumpul boleh merosakkan carrier. Risiko tertumpah air bateri juga dapat dielakkan.
Contoh Silica Gel

Semoga bermafaat!

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

 

Wednesday, 15 April 2020

Pasta Sayur Eatalian Express Pilihan Makanan Sihat untuk Bayi, Kanak-kanak & Seisi Keluarga.

Alhamdulillah, kini semakin ramai yang menyedari kepentingan menjaga pemakanan dan memilih makanan yang baik & bersih.

Kini kita di Malaysia dapat menikmati pasta asli hasil anak melayu yang menuntut ilmu hingga ke Itali untuk membuat pasta yang sihat dengan puri sayuran asli, kurma, dan tepung Semolina tanpa pengawet, msg, mahupun gula atau garam.

Ia sesuai dimakan oleh bayi seawal umur 8bulan hinggalah dewasa. Ia kaya dengan serat, fiber, protein, dan segala vitamin yang terdapat dalam sayuran dan buah kurma yang sememangnya kaya dengan khasiat.

Eatalian Vege Pasta ini dibuat dari 10jenis sayuran:
➡Carrot
➡Broccoli
➡Beetroot
➡Cauliflower
➡Green Spinach
➡Red Cabbage
➡Tomato
➡Purple Carrot
➡Pumpkin
➡Sweet Potato
.
Warna dan rasa asli dari 10sayuran.
Tanpa pewarna tiruan.
Tanpa pengawet
.
Sangat berkhasiat untuk bayi, kanak-kanak dan seisi keluarga. Nikmati pasta dengan 10khasiat sayuran yang dibuat dari puri sayur asli dengan tepung Semolina yang mempunyai protein paling tinggi antara jenis tepung.
.
Terdapat 4bentuk pilihan:
➡Star
➡Macaroni
➡Spiral
➡Shell

Klik saja link WhatsApp ini untuk memilikinya:

Sunday, 12 April 2020

Babyta NeTT: Newborn To Toddler Ergonomics SSC Baby Carrier

Babyta NeTT (Newborn To Toddler)

Babyta NeTT merupakan produk Soft Structured Carrier (SSC) yang terbaru dari Babyta by Bobita, yang boleh digunakan sejak bayi baru lahir (newborn) hingga toddler.

Ciri-ciri Istimewa Babyta NeTT:

  • Boleh digunakan dari newborn hingga toddler usia 3 – 4 tahun
  • Berat anak: 4-18 kg, Tinggi anak minima 50 cm
  • Boleh dipakai 4 posisi; iaitu front facing-in carry, hip carry, front cross cary (tali bahu X) dan back carry
  • Tinggi body panel boleh disesuaikan dengan ukuran badan bayi, menggunakan zip menjadikan ianya lebih mudah digunakan di mana ada 3 ukuran tinggi body panel (S – M – L)
  • Lebar body panel bahagian bawah boleh dilaras dengan menggunakan velcro.
  • Lebar body panel bahagian atas boleh dilaras agar lebih snug (erat memeluk bayi) dengan menggunakan tali jerut.
  • Menggunakan bahan kombinasi kapas (cotton) yang selesa dan baby canvas yang lembut.
  • Menggunakan buckle dari jenama Acetal yang kukuh, yang dilengkapi dengan safety band untuk menambah keselamatan ketika digunakan.
  • Dibuat oleh pengeluar SSC pertama di Indonesia yang menggunakan tambahan span pada bahagian peha anak, membuatkan anak merasa selesa dan tidak merasa sakit ketika digendong.
  • Dilengkapi sleeping hood (topi hoodie) yang lebar, boleh dicabut & mudah dilaras sesuai keperluan serta PFA (perfect fit adjuster) yang menambah keselesaan menggendong dan menyusu.
  • Memiliki poket di bahagian pinggang untuk menyimpan barang seperti kunci, pen, kad, telefon bimbit, dll.
  • Dimensi: Lebar panel bawah: 21 – 44 cm
  • Tinggi body panel: 35 – 46 cm
  • Panjang lingkar pinggang: 63 – 138 cm
  • Panjang tali bahu maksimum: 106 cm
  • Berat: +/- 700 g
  • Harga: RM239
  • Promo FREE POSTAGE

 

Jom miliki Babyta NeTT!

Video unboxing Babyta NeTT

Thursday, 9 April 2020

Ikan bilis masin, tak sesuai untuk bayi. Tapi serbuk bilis boleh pulak?

Ikan bilis kaya khasiat. Tapi boleh ke beri pada bayi? Jom ikuti penerangan berkaitan ikan bilis/serbuk bilis ini. Moga bermanfaat!

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Ibu ayah pertama kali nak beli baby carrier?

Ibu ayah pertama kali nak beli baby carrier?Jom ikuti perkongsian ringkas tentang perkara asas myang ibu ayah perlu tahu sebelum nak beli baby carrier. ok?

Ini adalah Kompilasi Video 1minit berkaitan perkara asas tentang baby carrier. Moga bermanfaat πŸ™‚

  • Video 01 – Pertama kali nak beli baby carrier? .
  • Video 02 – Baby carrier yang sesuai untuk newbornπŸ‘Ά .
  • Video 03 – Baby carrier jenis SSC yang macam mana yang boleh dipakai dari newborn?

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Cara menggendong yang baik: S.E.N.A.N.G

Sebagai ibu bapa dengan anak kecil, perkara utama yang kita akan utamakan ialah keselamatan & keselesaan anak. Selain itu, kita juga mahu menjalankan aktiviti dan rutin harian sebaik mungkin dengan keadaan selesa, selamat dan terkawal. Penggunaan baby carrier adalah antara pilihan ibu bapa masa kini di Malaysia. Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar, di negara luar penggunaan alat gendongan (baby carrier) ini adalah tradisi zaman berzaman sejak ratusan tahun yang lalu untuk memudahkan mereka bekerja, bergerak dan melaksanakan rutin harian.

Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita di Malaysia untuk turut mengikut jejak langkah ibu bapa terdahulu dengan menggunakan baby carrier yang baik, dengan cara yang betul. Ikuti perkongsian ini, moga ibu ayah semua dapat memilih dan menggunakan baby carrier dengan betul:

Menggendong dengan SENANG ini telah diadaptasi dari TICKS Rule for Safe Babywearing yang Berbahsa Inggeris kepada Bahasa Indonesia oleh seorang Babywearing Consultant & Educator dari Indonesia bernama Henti Nikimawati yang mana turut merupakan pemilik jenama baby carrier antarabangsa yang baik; Nana Baby Carrier.

S – Selalu Terlihat: Memastikan anak kita mudah untuk dilihat ketika digendong.

E – Erat: Anak didalam gendongan perlulah dalam keadaan erat, tidak longgar. Jika di dalam carrier, tidak boleh ada jarak yang besar antara badan anak dan kita yang menggendong.

N – Natural Posisi: Posisi yang semulajadi. Mengikut postur dan bentuk tulang anak yang sebenar dan selesa.

A – Aman: Dalam bahasa Malaysia bererti Selamat. Direka dengan ergonomik dari material yang kuat dan kukuh.

N – Nyaman & Nyangga Punggung: Nyaman bermaksud selesa. Selesa kepada bayi dan juga selesa kepada kita yang menggendong. Nyangga punggung p[ula bermaksud: menyokong penuh dari bahagian punggung hingga ke pelipat lutut dan hingga ke pangkal leher.

G – Gampang Dicium: Mudah untuk mencium dahi anak ketika digendong di hadapan tanpa perlu menundukkan kepala dengan banyak atau membongkok.

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Sunday, 13 October 2019

Baby Carrier & Airport Security Check

[Baby Carrier & Airport Security Check]
.
Pagi-pagi tadi dapat soalan ni dari ‘Encik Tugeda’ Mohd Khairul Othman πŸ˜Dah lama saya nak posting tentang ni, tapi asyik lupa je. Maklumlah lepas balik dari travel, mesti letih. Lepas tu hilang sebahagian ingatan🀣 Sebelum lupa lagi, baik saya cepat-cepat tulis…hehe πŸ˜


.
Ramai ibu ayah yang tanya dan penasaran bila bab travel dengan baby ni. Apatah lagi kalau naik kapal terbang. Antara yang utama adalah, masa SECURITY SCANNER CHECK di airport nak kena ke buka carrier?
.
Dari pengalaman saya, yang kerap menggunakan pengangkutan awam jenis udara ini, Alhamdulillah tidak pernah disuruh buka carrier. Dan kita BOLEH terus melangkah BERSAMA BAYI DI DALAM BABY CARRIER TANPA PERLU MEMBUKANYA.

Kenapa begitu? Kerana baby carrier yang digunakan tidak mempunyai besi. Jadi ia tidak bermasalah untuk melalui gerbang scanner tersebut.
Namun begitu, jika kita (biasanya ayah) ada memakai tali pinggan berkepala besi, ia perlu ditanggalkan. Jadi jika si ayah yang menggunakan carrier, mungkin perlu menanggalkan carrier dahulu sebelum menanggalkan tali pinggang yang sedang dipakainya.
Oleh itu, mungkin Tips yang saya boleh sarankan:

  • No.1: Bagi ibu carry anak ketika nak melalui scanner (ibu biasanya tak pakai tali pinggang).
  • No.2: Jika bapa perlu carry anak, jangan pakai tali pinggang dulu, lepas security check baru pakai jika rasa perlu.

Moga bermanfaat dan selamat terbang!.

Updated: Walaubagaimanapun, ada pengalaman dari rakan-rakan saya yang lain, di sesetengah airport akan meminta untuk menanggalkan carrier. Turutilah atas faktor keselamatan. Tapi kalau tak diminta, anda tak perlulah berbuat demikian.

Disclaimer: Gambar yg dipaparkan adalah gambar edit. Realitinya anda tak boleh posing di kawasan security check ok? πŸ˜ Gambar asal, saya menggunakan Tugeda iDeal Newborn SSC ketika anak saya berusia 2bulan++ di I-City Shah Alam ☺️
.

Ingin miliki baby carrier yang ergonomik dan selesa? klik aje mana-mana saluran dibawah:

www.markassikecil.com.my

 

 

 

Tuesday, 3 September 2019

4-Tempat yang tidak digalakkan untuk membawa bayi.

Sekarang kita memang mudah nak bergerak bersama anak kecil dengan kemudahan yang ada seperti baby carrier dan sebagainya. Namun, terdapat beberapa tempat yang tidak digalakkan untuk kita membawa bayi kita jika tiada kecemasan atan keperluan. Antaranya ialah:

 

Moga bermanfaat!

Untuk pelbagai barangan keperluan berkaitan bayi, kanak-kanak dan ibu bapa boleh layari www.markassikecil.com.my

Monday, 26 August 2019

Bobita Wrap

Bobita® Wrap adalah gendongan bayi jenis baby wrap dari material cotton yang direka khusus untuk keselesaan anda Si Kecil. Bahannya lembut, namun kuat dan tidak panas, sesuai untuk iklim tropika. Selain buku petunjuk pemakaian, Anda juga akan memperoleh VCD tutorial. Bobita Wrap sesua untuk bayi newborn (0-3bulan) sehingga berat masksima 15kg.

Best for newborn.

✔boleh mula dipakai dari hari pertama bayi dilahirkan (malah dari dalam kandungan ???? macam mana tu? Tanyalah kami ok? ????)

✔maksima 15kg berat bayi

✔membantu menenangkan bayi

✔strechable cotton material khas untuk gendongan

✔selesa, sejuk, & praktikal

✔mudah dipakai

✔membantu ibu menguruskan bayi terutama ketika dalam pantang .

Cepat-cepat miliki satu atau jadikan ia sebagai hadiah bermakna buat rakan atau yang tersayang ???? .

Mengapa memilih Bobita Wrap?

1. Bobita Wrap merupakan gendongan bayi yang lebih selesa dibandingkan dengan gendongan jenis lain.

2. Bobita Wrap merupakan gendongan bayi yang selamat.

3. Bobita Wrap akan meningkatkan kualiti hubungan emosional anda dengan Si Kecil.

4. Bobita Wrap boleh digunakan dari usia 0 – 24 bulan dengan berat badan maksimum 15 kg.

5. Bayi Anda akan lebih jarang menangis dan lebih mudah tertidur lena.

6. Bayi Anda akan membesar lebih sihat, serta memiliki perkembangan otot dan motorik yang lebih baik.

7. Bayi Anda akan lebih banyak belajar tentang lingkungannya dan cepat berdikari.

8. Anda dapat menyusui di mana pun dan bila-bila sahaja.

9. Kedua tangan Anda bebas melakukan pekerjaan lain.

10. Anda dan bayi akan merasa jauh lebih bahagia.

Jom miliki satu hari ini, Klik mana-mana saluran di bawah :

Berminat? Klik mana-mana saluran di bawah:

Berminat? Klik mana-mana saluran di bawah: