Kadang-kadang kita ada nasi lebihan semalam tapi sayang nak buang. Tapi pastikan nasi tu belum basi ye ;-)
Translate: Choose your language :-)
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Sunday, 24 July 2016
Thursday, 3 December 2015
Resipi Udang Masak Lemak Cili Padi
Resipi ini boleh dikatakan sebagai kids friendly. Tak pedas sangat dan sesuai untuk yang ada anak umur sekitar 2tahun macam saya. Bila ada anak kecil ni, bila nak masak sesuatu, kena fikir menu yang sesuai untuk anak dan bapak anak sekali :p
BAHAN-BAHAN
(untuk 2orang makan)
10 ekor udang sederhana besar
1 inchi halia
1 inchi kunyit
1 inchi lengkuas
1 kotak santan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 keping asam keping saiz kecil
1/2 batang lobak merah
Garam secukup rasa
CARA-CARA
#1
Kisar kunyit, halia, lengkuas, bawang besar,bawang putih, cili padi.
#2
Tumis bahan kisar hingga kering dan masukkan udang dan lobak merah.
#3
Setelah udang kemerahan, masukkan santan dan asam keping. Setelah mendidih, bolehlah tambah garam dan gula secukup rasa. Setelah lobak empuk, bolehlah dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
SEDAPNYA
SELAMAT MENCUBA
Wafiy umur 2thn, dia pun suka. Budak besar ni sibuk nak makan sendiri aje. Jadi saya gumpalkan nasi jadi seketul-seketul tu...senang dia suap terus masuk mulut. Taklah bersepah sangat :p
Monday, 23 November 2015
Resipi tauhu telur dengan cendawan dan blackpaper
Menu ni kita sering lihat dan makan di kedai-kedai makan ketika waktu tengah hari. Malah ini antara menu kegemaran saya jika makan tengah hari di luar atau tapau lauk bawak balik rumah. Tapi tak pernah masak sendiri di rumah. Hari ini saya cuba buat sendiri. Tanpa rujuk mana-mana resipi, pakai instinct aje. Menjadi juga. Inilah cara saya buat:
BAHAN-BAHAN
1 tube tauhu telur
1 batang cili merah
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
5 tangkai cendawan
Garam
CARA-CARA
#1
Kerat tauhu telur kepada 6kerar dan goreng hingga kulit luarnya agak keras. Hati-hati ye sebab tauhu ni lembut sangat dan mudah pecah. Setelah siap goreng, ketepikan.
#2
Bawang besar dihiris nipis manakala bawang putih dan halia diketuk bagi pecah aje. Tak perlu hiris. Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
#3
Masukkan 2cawan air ke dalam tumisan. Sementara menunggu air itu mendidih, bancuh tepung dengan sedikit air.
#4
Masukkan bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan kuah yang anda mahu. Setelah itu masukkan bahan-bahan lain seperti cendawan (diracik-racik), serbuk lada hitam, cili merah yang di hiris serta tauhu yang telah digoreng tadi.
#5
Tambah garam secukup rasa. Agak-agak cendawan dah cukup masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh juga nak tambah sayur lain seperti lobak merah atau sayur campur (peas+jagung+carrot) - mix vege.
Mudahkan? Makan dengan nasi panas-panas sedapnya.... Anak saya yang umur 2tahun tu pun makan nasi banyak suap sebab menu ni.
SELAMAT MENCUBA
Monday, 16 November 2015
Resipi Ayam Buttermilk
Ayam Buttermilk ni sangat mudah dan Alhamdulillah, percubaan pertama saya buat, anak saya makan nasi dengan berselera. Menu ni juga bagus untuk kanak-kanak yang nak dinaikkan berat badan. Tapi bagi mak-mak yang nak kurus, paham-paham lah... butter lah katakan :p
BAHAN-BAHAN
(untuk 2-3orang makan)
2 ketul dada ayam
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 tangkai daun kari
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair/segar
Garam
CARA-CARA
#1
Bersihkan dada ayam, buang tulang dan potong kecil sesuai saiz yang anda mahu.
#2
Celup ayam dalam telur kemudian dalam tepung jagung dan goreng garing. Boleh masukkan sedikit garam di dalam telur sebagai perasa. Siap goreng semua ayam, ketepikan.
#3
Cairkan butter di dalam kuali/pan. Tumis daun kari. Setelah naik bau, masukkan susu.
#4
Setelah agak pekat, masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
#5
Siap~!!!
Hidangkan dengan nasi panas-panas. Sedapnya. Makan dengan tomyam ke. Memang terangkat.
SELAMAT MENCUBA
Saturday, 7 November 2015
Resipi Kek Coklat 2minit (Microwave)
Sebagaimana dalam gambar, kek ini sangat mudah dan menyeronokkan apatah lagi jika buatnya dengan anak kecil. Mereka pasti gembira. Selamat mencuba~!!!
BAHAN-BAHAN
(adunan untuk satu mug)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula icing (kalau guna biasa, mungkin perlu 3 sudu besar)
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu cair/susu segar/susu tepung yang dibancuh
1 sudu kecil tepung penaik
1 sudu besar minyak masak/jagung
1 biji telur
CARA-CARA
#1
Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan tiada sebarang ketulan.
#2
Tuang ke dalam mug.
#3
Masukkan ke dalam microwave. Set kepada level high dan masa selama 2minit.
#4
Ting~!!!~ Siap. Tunggu sejuk dan bolehlah dinikmati. Nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan ais krim pun boleh (klik di sini untuk resipi home made aiskrim) atau dengan topping coklat pun boleh (klik di sini untuk resipi topping coklat ala Anis). Nak makan dengan sos custard (resipi) pun sedap atau topping cream cheese (resipi) . Nyum nyumm...
Saya dah cuba resipi kek coklat 2minit ni banyak kali. Kadang-kadang teringin nak makan kek coklat secara tiba-tiba. Tengah-tengah malam pulak tu. Jadi resipi inilah yang jadi pilihan. Ini antara kerajinan saya di waktu malam :p
![]() |
| Dengan adunan yang sama saya dapat buat 7cupcake bersaiz sederhana. Masukkan separuh cupcake sahaja sebab nanti kek akan naik. |
![]() |
| Ting~!!!~ Selepas 2minit, kek siap~!!! |
![]() |
| Kek gebu. Pernah makan Twiggies? Rasa dia macam tu lah :-) |
![]() |
| Kami makan dengan Ais Krim. Ais Krim ni pun buat sendiri. Nak resipi Ais Krim? {Klik Disini} |
![]() |
| Ini lah dia Kek Coklat 2minit kami, |
Saturday, 24 October 2015
Resipi Keli Goreng Cili
BAHAN-BAHAN
(Untuk 2orang)
2 ekor ikan keli
5 batang cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
2 helai daun limau purut
garam dan gula
CARA-CARA
#1
Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng ikan keli hingga garing dan ketepikan.
#2
Kisar cili, bawang, dan tomato.
#3
Tumis bahan kisar hingga kering. Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut yang telah dikoyak kasar.
#4
Setelah cukup rasa semua, tuangkan sambal tersebut ke atas ikan keli goreng tadi. SIAP~!!!
Makan dengan nasi panas-panas sedap ni ;-)
SELAMAT MENCUBA
Wednesday, 21 October 2015
Resipi Puding Roti - Kukus
Ini juga satu resipi manisan yang mudah dan murah. Kalau ada roti yang nak expired tu, jangan bazirkan. Buat puding roti ni. Sedap. Satu keluarga pun pasti berselera.
BAHAN-BAHAN
4 keping roti (dipotong empat)
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
Kismis
CARA-CARA
#1
Masukkan susu, telur, gula, dan esen vanila ke dalam satu bekas dan gaul sebati.
#2
Sapu butter pada roti. Kemudian susun dalam bekas atau loyang dan taburkan kismis. Kemudian tuang adunan susu dan lain-lain tadi ke dalam bekas roti. Tekan-tekan roti agar semua roti menyerap adunan susu tersebut. Kemudian kukus selama 20-25minit.
#3
Setelah masak, sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan. Nikmati ketika sejuk. Kerana ia akan lebih keras dan mudah dipotong. Siap~!!!
Nota: Puding Roti ni enak dimakan dengan sos kastad. Macam dalam gambar di atas yang warna kuning tu sos kastad saya. Tapi salah buat. Itu filling kastad sebenarnya, untuk buat filling donut macam Dunkin Donut punya tu atau cream puff :p
Resepi Sos Kastad Sebenar:
BAHAN-BAHAN
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastard
2 Sudu Besar Gula
CARA-CARA
Masukkan susu dan tepung ke dalam periuk. Gaul rata agar tidak berketul. Panaskan di atas api. Setelah agak panas (tak perlu mendidih), masukkan gula. Setelah gula larut. Tutup api. SIAP~!!!
Resepi Filling Kastad (macam yang saya buat) - sesuai untuk creampuff, filling donut, dll.
BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu pekat
3 sudu tepung kastad
sedikit air
CARA-CARA
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api dan masukkan sedikit air untuk mengawal kepekatan. SIAP~!!!
Resipi Puding Roti – Kukus & Sos Kastad

Ini juga satu resipi manisan yang mudah dan murah. Kalau ada roti yang nak expired tu, jangan bazirkan. Buat puding roti ni. Sedap. Satu keluarga pun pasti berselera.
BAHAN-BAHAN
4 keping roti (dipotong empat)
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
Kismis
CARA-CARA
#1
Masukkan susu, telur, gula, dan esen vanila ke dalam satu bekas dan gaul sebati.
#2
Sapu butter pada roti. Kemudian susun dalam bekas atau loyang dan taburkan kismis. Kemudian tuang adunan susu dan lain-lain tadi ke dalam bekas roti. Tekan-tekan roti agar semua roti menyerap adunan susu tersebut. Kemudian kukus selama 20-25minit.
#3
Setelah masak, sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan. Nikmati ketika sejuk. Kerana ia akan lebih keras dan mudah dipotong. Siap~!!!
Nota: Puding Roti ni enak dimakan dengan sos kastad. Macam dalam gambar di atas yang warna kuning tu sos kastad saya. Tapi salah buat. Itu filling kastad sebenarnya, untuk buat filling donut macam Dunkin Donut punya tu atau cream puff :p
Resepi Sos Kastad Sebenar:
BAHAN-BAHAN
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastard
2 Sudu Besar Gula
CARA-CARA
Masukkan susu dan tepung ke dalam periuk. Gaul rata agar tidak berketul. Panaskan di atas api. Setelah agak panas (tak perlu mendidih), masukkan gula. Setelah gula larut. Tutup api. SIAP~!!!
Resepi Filling Kastad (macam yang saya buat) – sesuai untuk creampuff, filling donut, dll.
BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu pekat
3 sudu tepung kastad
sedikit air
CARA-CARA
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api dan masukkan sedikit air untuk mengawal kepekatan. SIAP~!!!
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Sunday, 18 October 2015
Resipi Ikan Masak Asam
Ini adalah salah satu lagi resepi masakan ringkas yang mak-mak selalu buat. Bukan sahaja cepat disediakan malah ia adalah resepi yang mesra ekonomi :p Kenapa begitu? Kerana kita boleh gunakan ikan goreng tak habis semalam. Bagus kan? Tapi make sure simpan ikan goreng tu elok-elok, dalam peti ais ke...ok?
BAHAN-BAHAN
(2orang makan)
2 ekor ikan kerisi/kembung
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 biji cili padi
1/2 biji tomato
2 sudu besar pati asam jawa
Air, Gula & Garam secukup rasa
CARA-CARA
#1
Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng garing dan ketepikan. Jika guna ikan semalam, dah siap goreng, tak payah la goreng lagi sekali :p
#2
Hiris bawang putih dan besar. Tumis hingga naik bau bersama daun kari.
#3
Masukkan pati asam jawa dan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
#4
Setelah mendidih, masukkan ikan, cili padi yang dibelah, tomato, garam dan gula secukup rasa. Renehkan semua seketika. Siap~
Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya~!!!
SELAMAT MENCUBA
Resipi Puding Karamel
BAHAN-BAHAN
(A-Puding)
5 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin air
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila
(B-Karamel)
3 sudu besar gula pasir
CARA-CARA
#1
Cairkan gula pasir di dalam non-stick pan hingga keperangan. Kemudian tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
#2
Masukkan semua bahan (A-Puding) ke dalam blender dan kisar sebati. Nak pakai mixer pun boleh.
#3
Tuang adunan yang dikisar kedalam loyang yang telah dituang karamel tadi dan kukus selama 45minit atau sehingga masak.
#4
Setelah masak, sejukkan. Bolehlah dinikmati. Jika ingin dimakan dingin, bolehlah simpan dalam peti ais beberapa jam.
#5
Setelah sejuk, telangkupkan ke atas piring. Siap untuk dinikmati ;-)
Nota: Puding Karamel saya kalini warna kehijauan sebab saya letak Thai Green Tea. Jadi ini ialah puding karamel teh hijau ;-)
SELAMAT MENCUBA
Saturday, 17 October 2015
Resipi Ayam Goreng Cili Senang & Sedap
Ini adalah menu ringkas apabila kering idea nak masak apa. Kalau malas masak, ini antara lauk pemalas tapi sedap...hehe...anak suka...bapak anak pun kata sedap jadi saya pun share lah kat sini ;-)
BAHAN-BAHAN
(2orang makan)
4 ketul ayam (kepak/dada/peha)
5 batang cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
Garam & Gula secukup rasa
CARA-CARA
#1
Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng hingga masak / garing. Ketepikan.
#2
Kisar cili, bawang besar, dan bawang putih.
#3
Tumis bahan kisar hingga kering. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sekata. Masukkan cuka dan sos ikan (kalau takda sos ikan pun takpa, jadi jugak)
#4
Tambah garam secukup rasa. Tambah gula. Automatik warna merah akan naik selepas masuk gula. Jika nak kurang pedas, banyakkan gula. Memandangkan saya ada anak kecik umur 2tahun yang nak makan, jadi saya masukkan 3sudu besar gula.
#5
Lepas dah rasa semua cukup masin, manis, pedas, masukkan daun limau purut yang dikoyakkan. Gaul satu minit. Tutup api dan SIAP~!!!
Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya~
SELAMAT MENCUBA
Resipi Inti Kari Kentang untuk Karipap, Samosa dan sebagainya.
BAHAN-BAHAN
5 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari (diambil daun sahaja)
2 sudu besar serbuk kari
4 biji kentang (siap direbus)
3 tangkai daun sup (dicincang)
1 sudu/kiub pati ayam
Air, garam, gula secukupnya.
CARA-CARA
#1
Tumis bawang putih dan daun kari
#2
Masukkan serbuk kari, setelah garing, masukkan air agar serbuk kari tidak hangit.
#3
Masukkan kentang yang telah siap direbus. Jika ingin gunakan kentang mentah, tambah air hingga paras kentang dan reneh hingga kentang empuk. Tambah air jika air mengering tapi kentang masih belum empuk. (Kerana itu saya gunakan kentang yang siap direbus, untuk mempercepat proses memasak. Maklumlah dengan anak kecik kena ekspres sikit :p )
#4
Setelah air mengering dan kentang cukup masak, tambah pati ayam, garam, dan gula secukup rasa. Terakhir, masukkan daun sup yang dicincang ke dalam masakan daun gaul rata.
#5
Teruskan masak sehingga kuah kering dan seperti yang anda mahukan sesuai sebagai inti untuk karipap/samosa/pau anda. Siap~!!!
SELAMAT MENCUBA
![]() |
| Gambar bonus: inilah samosa saya menggunakan inti kari kentang yang saya buat. Percubaan kali pertama. Susah juga nak lipat samosa ni rupanya :p |
Monday, 12 October 2015
Resipi All Day Sandwich ala Subway
Saya salah seorang peminat all day sandwich SUBWAY. Tapi harganya yang tak berapa nak murah membuatkan ia agak jarang untuk saya nikmati :p Oleh itu saya cuba-cuba buat sendiri di rumah. Memang mengubat rindu mengidam nak makan Subway secara kerap.
Kenapa dipanggil all day sandwich? Kerana ia boleh di makan tak kira waktu. Pagi, tengah hari atau malam dan ianya mengenyangkan. Bahan-bahan yang saya gunakan juga bahan asas yang mudah diperoleh di supermarket seperti Tesco atau pasar raya besar Mydin.
BAHAN-BAHAN
(untuk 2org)
4 keping roti sandwich
2 keping lof daging ayam
2 keping cheese
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili/tomato
6 hiris tomato
4 keping salad saiz kecil
CARA-CARA
#1
Rebuskan lof daging ayam hingga masak. Sekitar 10minit tu dah masak, naik bau wangi ayam dan air rebusan jadi keruh antara tanda lof dah masak.
#2
Susun roti atas dulang ketuhar. Sapukan mayonis dan sos pada roti. Letakkan lof daging ayam yang telah direbus dan kepingan cheese.
#3
Masukkan ke dalam ketuhar (saya punya toaster oven. Tiada kawalan suhu. Hanya kawalan masa/minit). Saya panggang selama 3minit sahaja.
#4
Setelah itu, keluarkan dari ketuhar, bolehlah letak hirisan tomato, salad, dan serbuk bawang putih.
#5
Satukan semua dan siap untuk dinikmati :-)
Senangkan aje kan? Kot-kot malam takmau makan nasi, boleh makan ni, sedap lagi kenyang. Berkhasiat dengan semua nutrisi piramid makanan. Sesuai untuk seisi keluarga.
Kalau-kalau nak tambah extra loaf, extra cheese pun boleh. Ikut selera masing-masing.
SELAMAT MENCUBA~!!!
Resipi: Aiskrim semudah 1,2,3
Bila ada anak kecik ni, seronok nak mencuba masak makanan yang anak suka nak makan. Walaupun Wafiy taklah selalu makan aiskrim, adalah 2-3kali seumur hidup dia yang baru 2tahun 1bulan ni :-p Jadi ada baiknya bagi aiskrim yang kita buat sendiri pada anak-anak kecil ni. Walaupun kosnya tidaklah lebih murah dari kita beli sesetengah aiskrim siap di kedai, tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan dan yang pasti tanpa bahan pengawet.
RESIPI AISKRIM
BAHAN-BAHAN (asas)
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1biji telur
1 sudu kecil perasa vanilla
1 sudu besar ovalet halal
![]() |
| Bahan-bahan yang mudah nak dapat dan simple aje kan? |
CARA-CARA
#1
Masukkan semua bahan dalam satu bekas, pukul guna mixer selama 15-20minit.
![]() |
| Saya pukul guna stand mixer selama 15minit. Jika tiada stand mixer, tabahlah ye. |
#2
Dah naik gebu tu, bolehlah nak letak perasa apa yang kita suka. Oreo ke, perasa strawberi ke, jagung ke. Untuk kali ini saya buat dua perisa. Coklat dan Thai Green Tea. Jadi saya bahagikan adunan kepada 2bekas.
![]() |
| Perisa pertama saya: Thai Green Tea. Original dari Thailand. |
![]() |
| Perisa kedua: Coklat. Saya masukkan serbuk koko dan Chocolate rice. |
#3
Setelah siap diperisakan, bolehlah pindahkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dibekukan di dalam peti ais.
![]() |
| Satu adunan dapat banyak ni. |
#SIAP
Keesokan harinya kami pun menikmati aiskrim home made kami. Alhamdulillah. Seronok betul. Rasa aiskrim pun saling tak tumpah macam yang kita beli kat kedai.
SELAMAT MENCUBA~!!!!
![]() |
| Selepas 17jam. Inilah hasilnya. Saya mula bekukan sekitar jam 7malam, 12tgh hari esoknya kami makan. |
![]() |
| Gambar Bonus: Wafiy excited nak buat aiskrim sendiri. |
Subscribe to:
Posts (Atom)












