Setelah memiliki baby carrier jenis SSC, pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya bagaimana cara penjagaannya? Bolehkah dicuci jika kotor? Boleh guna mesin basuh? Berapa kerap ia perlu dicuci? Moga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam menjaga baby carrier yang kita gunakan agar sentiasa dalam keadaan yang baik.
Bila baby carrier perlu dicuci?
Baby carrier hanya perlu dicuci jika perlu, iaitu jika kotor atau telah lama tidak dicuci untuk suatu jangka masa yang lama, mungkin lebih dari 6bulan.
Kotor di suatu tempat tertentu.
Baby carrier pada kebiasaaannya akan kotor di suatu tempat tertentu. Misalnya di bahagian shoulder-strap kerana ia merupakan bahagian yang paling dekat dengan mulut bayi. Bayi cenderung untuk menghisap/menggigit bahagian tersebut. Antara langkah untuk mengelakkan bahagian itu kotor adalah dengan menggunakan Teething/Drool Pad. Walaubagaimanapun, tidak semua orang menggunakannya atau menggunakannya dengan cara yang salah. Jadi bahagian shoulder strap ini biasanya kotor kerana bekas air liur si kecil. Ia perlu dibersihkan.
Antara faktor lain menyebabkan bahagian tertentu yang perlu dibersihkan ialah apabila makanan tertumpah pada bahagian tertentu seperti di body panel carrier. Mungkin ada ibu bapa yang menggunakan carrier ketika makan dan makanan seperti kuah menitik pada carrier. Selain itu mungkin si kecil juga makan/minum semasa di dalam carrier dan mengotori sebahagian carrier.
Spot-Cleaning. Ia bermaksud membersihkan tempat yang kotor sahaja dengan kain lembap atau span secara terus di tempat yang kotor sahaja tanpa perlu membasuh seluruh carrier. Boleh gunakan air suam untuk memudahkan pembersihan dan biarkan kering sepenuhnya sebelum disimpan atau digunakan semula.
Selain daripada itu, kita perlu mencuci carrier apabila kita telah lama tidak mencucinya untuk jangka masa yang panjang walaupun ia tidak kotor dan kelihatan bersih. Ini kerana terdapat kemungkinan yang carrier kita telah berhabuk dan mungkin telah dihinggapi bakteria. Jika terlalu lama tidak digunakan carrier mungkin telah ditumbuhi kulat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ini akan menjejaskan kesihatan anak dan kita sebagai pemakai.
Caranya:
Membuat pembersihan carrier secara menyeluruh. Semua carrier secara amnya boleh dicuci, tetapi tidak semua boleh dicuci dengan mesin basuh. Ada sesetengah carrier hanya disarankan untuk mencuci dengan cucian tangan sahaja. Kita perlu merujuk kepada kaedah cucian yang disarankan oleh pengeluar baby carrier yang kita miliki.
Cucian Tangan; Pertama: Kita perlu merendam carrier mungkin cukup maksima 30minit. Rendam dalam air biasa tanpa detergen apatah lagi pelembut pakaian. Kenapa? Ini kerana bahan kimia di dalam detergen dan pelembut pakaian akan melemahkan struktur kain dan kebarangkalian sisa bahan tersebut tidak hilang semuanya selepas kita bilas dengan air biasa. Ia akan menyebabkan sisa tersebut terkena kepada kulit anak kita yang mungkin sensitif atau lebih bahaya apabila anak kita terhisap (terutama di bahagan shpoulder-strap) ketika mereka di dalam carrier. Bayi secara semulajadi memang cenderung untuk menghisap tali carrier. Kedua: Perah dengan perlahan/lembut. Jangan terlalu kuat kerana khuatir akan merosakkan material dalaman carrier seperti span pada shoulder strap dan waist pad. Ketiga: Sidai/Jemur ditempat terbuka yang berangin tetapi tidak direct dengan sinaran matahari agar tidak cepat lusuh. Contoh: di bawah bumbung porch rumah atau di bawah pokok. Keempat: Pastikan carrier betul-betul kering terutamanya dibahagian yang tebal seperti shoulder strap dan waist pad sebelum disimpan atau digunakan semula.
Cucian Mesin Basuh; Pertama: Kita perlu memasang semua buckle tetapi melepaskan semua tali yang mungkin selama ini tergulung. Dengan erti kata lain, semua tali haruslah tidak dalam keadaan bergumpal/tergulung. Kedua: Masukkan carrier ke dalam laundry-net. Jika tidak ada laundry-net, boleh masukkan carrier ke dalam sarung bantal dan ikatkan agar tidak terbuka. Ketiga: Pilih settinghand-wash atau delicate-wash atau apa sahaja setting pada mesin basuh masing-masing untuk mode basuhan paling lembut. Tidak perlu masukkan sabun malah pelembut pakakain tidak digalakkan sama sekali. Jika ingin juga menggunakan sabun, gunalah sabun mandian anak kita kerana ia less chemical. Keempat: Setelah siap, jemurlah dengan cara sama seperti cucian tangan.
[Cara membasuh Bobita SSC Baby Carrier menggunakan mesin basuh].Mudah saja jika nak cuci Bobita SSC ni. Boleh guna mesin basuh π Istimewanya Bobita SSC ni kerana setiap pembelian disertakan bersama Mesh Bag (beg jaring) secara percuma untuk tujuan penyimpanan dan cucian π.Jom tengok video ni untuk ketahui cara-caranya π.Tips: Jika ingin gunakan sabun, gunakanlah sabun mandi anak, kerana less chemical ππΌππΌππΌ.Nak miliki Bobita SSC? PM/klik aje link whatsapp ni ok?www.wasap.my/60102314714/bobitamalaysia
Cara penyimpanan adalah sangat penting bagi memastikan carrier berkeadaan baik dan lebih tahan lama. Berikut antara saranan cara penyimpanan mengikut kesesuaian masing-masing;
Jika kita memakainya dengan kerap, misalnya setiap hari, kita disarankan untuk menggantung/menganginkan carrier di tempat terbuka dan mudah dicapai untuk menggunakannya semula.
Jika kita tidak merancang untuk memakai dalam masa terdekat dan ingin menyimpannya, kita perlu memeriksa keadaan carrier dahulu untuk memastikan carrier dalam keadaan bersih, bebas dari kotoran sisa makanan atau air liur anak. Jika terdapat kotoran, ia perlu dibersihkan dahulu. Jika tiada kotoran, sangkut dan anginkan di terbuka beberapa jam, dan kemudian bolehlah dilipat/digulung untuk disimpan.
Ada yang ingin menyimpan carrier untuk tempoh yang sangat panjang, contohnya apabila anak sekarang sudah tidak memerlukan carrier, kita merangcang untuk menyimpan carrier untuk anak yang akan datang. Ia mungkin 1-2tahun akan datang. Kaedah penyimpanan yang disarankan adalah sama seperti sebelum ini dengan tambahan ia lebih baik disimpan dalam beg kedap udara seperti beg plastik berzip. Selain itu boleh juga meletakkan silica gel untuk meyerap lembapan agar carrier tidak berkulat. Kita boleh guna silica gel ini dari pek-pek makanan dan mungkin kotak kasut yang baru dibeli. Ada sesetengah baby ada carrier telah dilengkapi silica gel dalam plastik packaging mereka. Jika tidak ada, kita boleh juga membeli silica gel ini secara on-line. Ia banyak dijual.
Elak simpan carrier di dalam kereta terutamanya di bonet – Pemeruwapan bahan kimia enjin & udara panas terkumpul boleh merosakkan carrier. Risiko tertumpah air bateri juga dapat dielakkan.
Contoh Silica Gel
Semoga bermafaat!
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Babyta NeTT merupakan produk Soft Structured Carrier (SSC) yang terbaru dari Babyta by Bobita, yang boleh digunakan sejak bayi baru lahir (newborn) hingga toddler.
Ciri-ciri Istimewa Babyta NeTT:
Boleh digunakan dari newborn hingga toddler usia 3 – 4 tahun
Berat anak: 4-18 kg, Tinggi anak minima 50 cm
Boleh dipakai 4 posisi; iaitu front facing-in carry, hip carry, front cross cary (tali bahu X) dan back carry
Tinggi body panel boleh disesuaikan dengan ukuran badan bayi, menggunakan zip menjadikan ianya lebih mudah digunakan di mana ada 3 ukuran tinggi body panel (S – M – L)
Lebar body panel bahagian bawah boleh dilaras dengan menggunakan velcro.
Lebar body panel bahagian atas boleh dilaras agar lebih snug (erat memeluk bayi) dengan menggunakan tali jerut.
Menggunakan bahan kombinasi kapas (cotton) yang selesa dan baby canvas yang lembut.
Menggunakan buckle dari jenama Acetal yang kukuh, yang dilengkapi dengan safety band untuk menambah keselamatan ketika digunakan.
Dibuat oleh pengeluar SSC pertama di Indonesia yang menggunakan tambahan span pada bahagian peha anak, membuatkan anak merasa selesa dan tidak merasa sakit ketika digendong.
Dilengkapi sleeping hood (topi hoodie) yang lebar, boleh dicabut & mudah dilaras sesuai keperluan serta PFA (perfect fit adjuster) yang menambah keselesaan menggendong dan menyusu.
Memiliki poket di bahagian pinggang untuk menyimpan barang seperti kunci, pen, kad, telefon bimbit, dll.
Ibu ayah pertama kali nak beli baby carrier?Jom ikuti perkongsian ringkas tentang perkara asas myang ibu ayah perlu tahu sebelum nak beli baby carrier. ok?
Ini adalah Kompilasi Video 1minit berkaitan perkara asas tentang baby carrier. Moga bermanfaat π
Video 01 – Pertama kali nak beli baby carrier? .
Video 02 – Baby carrier yang sesuai untuk newbornπΆ .
Video 03 – Baby carrier jenis SSC yang macam mana yang boleh dipakai dari newborn?
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Sebagai ibu bapa dengan anak kecil, perkara utama yang kita akan utamakan ialah keselamatan & keselesaan anak. Selain itu, kita juga mahu menjalankan aktiviti dan rutin harian sebaik mungkin dengan keadaan selesa, selamat dan terkawal. Penggunaan baby carrier adalah antara pilihan ibu bapa masa kini di Malaysia. Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar, di negara luar penggunaan alat gendongan (baby carrier) ini adalah tradisi zaman berzaman sejak ratusan tahun yang lalu untuk memudahkan mereka bekerja, bergerak dan melaksanakan rutin harian.
Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita di Malaysia untuk turut mengikut jejak langkah ibu bapa terdahulu dengan menggunakan baby carrier yang baik, dengan cara yang betul. Ikuti perkongsian ini, moga ibu ayah semua dapat memilih dan menggunakan baby carrier dengan betul:
Menggendong dengan SENANG ini telah diadaptasi dari TICKS Rule for Safe Babywearing yang Berbahsa Inggeris kepada Bahasa Indonesia oleh seorang Babywearing Consultant & Educator dari Indonesia bernama Henti Nikimawati yang mana turut merupakan pemilik jenama baby carrier antarabangsa yang baik; Nana Baby Carrier.
S – Selalu Terlihat: Memastikan anak kita mudah untuk dilihat ketika digendong.
E – Erat: Anak didalam gendongan perlulah dalam keadaan erat, tidak longgar. Jika di dalam carrier, tidak boleh ada jarak yang besar antara badan anak dan kita yang menggendong.
N – Natural Posisi: Posisi yang semulajadi. Mengikut postur dan bentuk tulang anak yang sebenar dan selesa.
A – Aman: Dalam bahasa Malaysia bererti Selamat. Direka dengan ergonomik dari material yang kuat dan kukuh.
N – Nyaman & Nyangga Punggung: Nyaman bermaksud selesa. Selesa kepada bayi dan juga selesa kepada kita yang menggendong. Nyangga punggung p[ula bermaksud: menyokong penuh dari bahagian punggung hingga ke pelipat lutut dan hingga ke pangkal leher.
G – Gampang Dicium: Mudah untuk mencium dahi anak ketika digendong di hadapan tanpa perlu menundukkan kepala dengan banyak atau membongkok.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
[Baby Carrier & Airport Security Check]
.
Pagi-pagi tadi dapat soalan ni dari ‘Encik Tugeda’ Mohd Khairul Othman πDah lama saya nak posting tentang ni, tapi asyik lupa je. Maklumlah lepas balik dari travel, mesti letih. Lepas tu hilang sebahagian ingatanπ€£ Sebelum lupa lagi, baik saya cepat-cepat tulis…hehe π
.
Ramai ibu ayah yang tanya dan penasaran bila bab travel dengan baby ni. Apatah lagi kalau naik kapal terbang. Antara yang utama adalah, masa SECURITY SCANNER CHECK di airport nak kena ke buka carrier?
.
Dari pengalaman saya, yang kerap menggunakan pengangkutan awam jenis udara ini, Alhamdulillah tidak pernah disuruh buka carrier. Dan kita BOLEH terus melangkah BERSAMA BAYI DI DALAM BABY CARRIER TANPA PERLU MEMBUKANYA.
Kenapa begitu? Kerana baby carrier yang digunakan tidak mempunyai besi. Jadi ia tidak bermasalah untuk melalui gerbang scanner tersebut.
Namun begitu, jika kita (biasanya ayah) ada memakai tali pinggan berkepala besi, ia perlu ditanggalkan. Jadi jika si ayah yang menggunakan carrier, mungkin perlu menanggalkan carrier dahulu sebelum menanggalkan tali pinggang yang sedang dipakainya.
Oleh itu, mungkin Tips yang saya boleh sarankan:
No.1: Bagi ibu carry anak ketika nak melalui scanner (ibu biasanya tak pakai tali pinggang).
No.2: Jika bapa perlu carry anak, jangan pakai tali pinggang dulu, lepas security check baru pakai jika rasa perlu.
Moga bermanfaat dan selamat terbang!.
Updated: Walaubagaimanapun, ada pengalaman dari rakan-rakan saya yang lain, di sesetengah airport akan meminta untuk menanggalkan carrier. Turutilah atas faktor keselamatan. Tapi kalau tak diminta, anda tak perlulah berbuat demikian.
Disclaimer: Gambar yg dipaparkan adalah gambar edit. Realitinya anda tak boleh posing di kawasan security check ok? π Gambar asal, saya menggunakan Tugeda iDeal Newborn SSC ketika anak saya berusia 2bulan++ di I-City Shah Alam ☺️
.
Ingin miliki baby carrier yang ergonomik dan selesa? klik aje mana-mana saluran dibawah:
Alhamdulillah, kami memiliki dua orang anak lelaki buat masa ini yang berumur antara 12bulan dan 5tahun. Sepanjang bergelar ibu-bapa ini, kami sudah banyak kali keluar, travel & melancong bersama anak-anak di dalam dan luar negara sejak dari dalam pantang hinggalah kini yang sulung hampir 5tahun umurnya. Entri kali ini saya akan berkongsi pengalaman tidak terhad kepada persediaan dan tips untuk ibubapa melancong bersama anak kecil sahaja. Insyaallah saya akan rangkumi juga persediaan untuk keluar bersama anak kecil walaupun hanya untuk tujuan sekejap seperti ke klinik, kedai, pasar malam atau pun shopping mallyang mana perjalanannya tidaklah memerlukan kita bermalam hinggalah ke persediaan perjalanan jauh yang memakan masa perjalanan hingga 10jam dan ke atas dan mungkin perlu bermalam di hotel atau rumah orang lain. Saya akan kategorikan kepada 7fasa:
Fasa 1: BAYI DALAM PANTANG
Fasa 2: BAYI 1-4 BULAN
Fasa 3: BAYI 4-6 BULAN
Fasa 4: BAYI 6-12 BULAN
Fasa 5: BAYI 1-2 TAHUN
Fasa 6: Kanak-kanak 2-4 TAHUN
Fasa 7: Kanak-kanak 5 TAHUN & KE ATAS
Moga penulisan saya ini bermanfaat buat ibu bapa semua :-)
Fasa 1: BAYI DALAM PANTANG
Fasa ini adalah fasa yang paling mudah sebenarnya. Bayi banyak tidur dan mungkin terjaga untuk menyusu sahaja. Namun cabarannya ialah kepada si ibu sendiri kerana masih dalam proses pemulihan luka tidak kira sama ada luka pembedahan atau luka episotomi. Perjalanan panjang semestinya tidak digalakkan. Namun adakalanya kita terpaksa untuk keluar rumah untuk ke klinik terutamanya untuk proses check-up kuning anak. Selain itu mungkin ada yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang berpantang di kampung.
Untuk perjalanan singkat (ke klinik):
Car seat
Pakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang
Penutup kepala (topi/snowcap)
Lampin & 1 set pakaian kecemasan (bayi mungkin buang air besar/muntah)
Ibu pakai baju mesra menyusu (jika menyusu badan)
Susu dalam botol (jika menyusu botol/ke klinik bukan dibawa oleh ibu)
Untuk perjalanan jauh (balik kampung):
Seperti di atas, tambahan:
Minyak bayi (telon, EO, dll)
Bedung bayi (sekarang banyak yang jenis zip, mudah pakai, selesa & selamat)
Lampin & Pakaian bayi secukupnya
Kain batik/kain alas
Tuala & set pakaian secukupnya
Sabun mandian
Dinasihatkan agar ketika di fasa ini meminimakan pergerakan ibu & bayi. Elak ke tempat awam kerana antibodi anak masih lemah, dikhuatiri mudah dijangkiti penyakit. Namun, sebagai ibu yang pernah berpantang jauh dari keluarga, adakalanya ada keperluan yang menuntut untuk kita keluar juga. Misalnya ke JPN untuk proses pendaftaran kelahiran, atas faktor-faktor tertentu mungkin ibu perlu turut hadir. Jadi segerakanlah urusan dan guna baby carrier khas untuk newborn untuk memudahkan pergerakan, menjamin keselamatan, & keselesaan ibu serta bayi.
Ini ketika anak saya masih dalam pantang. Penggunaan bedung moden begini membantu dalam memudahkan anak tidur lena dan berfungsi sebagai selimut. Apabila perlu ke klinik misalnya, ia mudah dibawa, dibuka, dan dipakaikan semula. Bedung moden ini boleh didapati di: FB Bobita Malaysia
Penggunaan car seat amat disarankan seawal bayi dalam pantang agar dapat membiasakan mereka berada di dalam car seat setiap kali perjalanan menggunakan kereta.
Jika ke tempat berhawa dingin seperti hospital/klinik amatlah disarankan untuk memakaikan baju lengan panjang beserta topi/penutup kepala. Ini kerana lapisan kulit bayi sangat nipis, mereka mungkin tidak selesa dengan persekitaran yang sangat sejuk.
Berpantang di perantauan ada kalanya memerlukan si ibu turut hadir untuk sesetengah urusan dan perlu menggendong anak yang berusia kurang dari 1bulan. Jadi penggunaan baby carrier khas untuk newborn seperti Bobita Wrap ini sangat membantu saya mengurangkan penggunaan tenaga untuk mendukung anak dalam keadaan yang masih dalam pantang dengan lebih mudah.
Fasa 2: BAYI 1-4 BULAN
Rata-rata sebaik sahaja tamat tempoh berpantang 44hari, ibu-ibu dah perlu kembali kepada rutin harian seperti keluar membeli barangan keperluan dapur dan ada yang memilih untuk bercuti buat kali pertama bersama bayi! Atau mungkin bukanlah percutian yang sebenar, tapi lebih kepada kalau si ayah kena outstation, si ibu yang masih dalam maternity leave boleh lah ikut ;-) Jadi ini beberapa tips & panduan yang boleh saya kongsikan:
Untuk perjalanan singkat (ke klinik/pasaraya):
Car seat
Baby carrier - khas untuk newborn /stroller
Pakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang
Penutup kepala (topi/snowcap)
Lampin & 1 set pakaian kecemasan (bayi mungkin buang air besar/muntah)
Kelengkapan penyusuan seperti susu, air panas dan lain-lain (jika menyusu botol)
'Diaper Bag' untuk memudahkan membawa semua keperluan.
Untuk perjalanan jauh (balik travel/holiday):
Seperti di atas, tambahan:
Minyak bayi (telon, EO, dll)
Lampin & Pakaian bayi secukupnya
Kain batik/kain alas
Tuala & set pakaian secukupnya
Sabun mandian
Untuk travel/holiday yang mungkin memerlukan kita bermalam ditempat asing seperti hotel, amatlah disarankan agar untuk membawa kain batik atau kain alas untuk membaringkan bayi kita. Elakkan untuk letak bayi secara langsung di atas cadar hotel. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah sensitiviti kulit bayi yang mungkin disebabkan cadar hotel tersebut kurang bersih atau alahan kepada bahan pencuci cadar hotel yang mungkin penggunaan bahan kimia yang lebih tinggi dari kadar penggunaan kita di rumah atau secara domestik.
Minyak telon atau EO dan sebagainya amatlah perlu untuk kita bawa bersama untuk mengelakkan kembung perut atau mungkin gigitan serangga dan sebagainya.
Waktu ni tidur hotel, jadi memang wajib alas anak dari direct letak atas cadar hotel. Selain dari nak elak baby mungkin kulitnya sensitif, ia juga perlu untuk elak bayi kita terkotorkan cadar orang, kot-kot berak bocor ke, termuntah ke :-) Selain itu, balm, minyak telon, minyak EO sangatlah perlu kita siap sedia.
Diaper Clutch macam ni pun sangatlah memudahkan kita untuk organize barang keperluan asas bayi ketika travel. Boleh masuk dalam beg tangan atau diaper bag.
Nursing cover untuk ibu yang menyusu badan mungkin antara item wajib yang perlu disediakan. Ini kerana walaupun kita dah menggunakan baju mesra menyusu, adalah lebih 'selamat' kita tetap menggunakan nursing cover jika ingin menyusu di tempat awam, misalnya di kedai makan atau tempat yang memang tiada menyediakan bilik atau ruabg yang sesuai untuk menyusu.
Masa ni first time makan kat luar dengan newborn baby, umur dia dalam 55hari kot masa ni. Walaupun memang pakau baju khas menyusu, tapi rasa lebih 'selesa' bila guna nursing cover juga :)
Selain itu, penggunaan baby carrier mungkin amat membantu dalam memudahkan pergerakan kerana anak di usia ini masih banyak tidur dan menginginkan keadaan yang selesa dan sentiasa dalam dakapan. Walaubagaimanapun, untuk usia di bawah 4bulan, perlu menggunakan baby carrier yang dikhaskan untuk bayi newborn (bayi 0-3bulan). Selain itu, mungkin ada ibu bapa yang memilih untuk meletakkan anak di dalam stroller. Oleh itu, perhatian dan pantauan perlu diberikan sepanjang anak di dalam stroller memandangkan bayi tidak berada dekat dengan kita.
Waktu ni first time keluar dengan baby pergi Giant, beli barang dapur. Baby 54hari, memang tidur je masa ni. Pakai pulak Bobita Wrap ni, memang anan damai lah dia. Saya yang nak membeli pun senang!
Lepas shopping, perut lapar. Nak makan pun senang. Baby tidur lena dalam dakapan, maknya makan dengan kenyang :p
Masa ni pulak baby 60hari. Bukan niat nak holiday, tapi kebetulan suami ada urusan, jadi bolehlah tumpang sekaki. Ambik angin tepi kolam dengan baby, best jugak!
Syoknya pakai Bobita Wrap ni sebab baby memang kompem tidur lena ☺
Ini antara kepentingan carseat untuk newborn. Bila nak makan kat luar, boleh angkut je sekali carseat tu bawak masuk kedai. Si kecil pun selesa, kita pun mudah nak makan. Carseat pun macam baby carrier, ada yang untuk newborn, ada untuk 4bulan ke atas ;-)
Fasa 3: BAYI 4-6 BULAN
Fasa ini juga masih mudah kerana anak dah semakin kuat secara fizikal. Mereka juga dah mula pandai dan suka melihat sekeliling. Membawa anak berjalan-jalan seawal usia ini mampu melatih mereka untuk beradaptasi dengan perubahan persekitaran. Secara umum keperluan untuk perjalanan singkat atau jauh masih sama seperti di fasa sebelum ini.
Tambahan pula, di usia 4bulan rata-rata bayi sudah boleh mula digendong menggunakan baby carrier jenis SSC yang standard. Secara peribadi, ia sangat memudahkan!
Masa ni first time pakai baby carrier jenis SSC masa dia baru masuk 4bulan :-)
Sejak boleh pakai SSC baby carrier, makin seronok la nak berjalan dengan si kecik ni! Gambar ni masa melawat Candi Lembah Bujang, di Merbok, Kedah. Tangga banyak kena daki bukit. Alhamdulillah, nasib baik pakai carrier. Tak lah lenguh mengah sambil nak dukung baby kan ;-)
Travel dengan anak kecil memang banyak benda nak bawa di tangan. Jadi diaper bag yang praktikal bagi saya adalah dari jenis yang macam ni, boleh galas, banyak compartment dan cantik! Hehe... ;-) Boleh beli di Markas si Kecil juga.
Si abang nak main buai segala kat playground, si adik baru 4bulan. Memang dia pun enjoy je bila kita carry macam ni. Si ayah boleh tolong ayun si abang sambil carry si adik. Si emak boleh lah bercanda ria lenggang kangkong sekali sekala...hehe :-p
Kenapa di usia 4bulan baru kita di sarankan untuk mula guna baby carrier jenis SSC? Kerana:
Menurut pakar, bayi 0-3bulan (newborn) belum sesuai untuk gunakan baby carrier jenis kebanyakan SSC. Bayi 0-3 lebih sesuai untuk menggunakan baby carrier jenis SLING atau WRAP. Ini kerana pakar menyatakan bayi 0-3bulan (newborn) ini mempunyai bentuk tulang belakang semulajadi yg berbentuk 'C' atau bahasa inggerisnya natural 'C' shaped spine.
Jadi, untuk memastikan bentuk semulajadi tulang belakang ini tidak terganggu, ring sling dan wrap yang sangat sesuai kerana ianya dari selapis kain yang mampu mengikut bentuk tulang bayi tersebut dengan sempurna. Apabila bayi menjangkau 4bulan, bentuk tulang belakang mereka akan berubah dan semakin kuat serta keras. Jadi tiada masalah untuk mula pakai baby carrier jenis SSC.
Rajah menunjukkan postur tulang bayi newborn yang berbentuk 'C'.
Persamaan posisi bayi dalam gendongan Bobita Wrap dan di dukung dengan tangan secara semulajadi.
Fasa 4: BAYI 6-12 BULAN
Fasa ini mungkin bertambah cabaran untuk bawa anak keluar atau travel kerana biasanya anak dah mula makan!Tapi kita tak boleh beri makan sembarangan. Jadi sebagaimana list sebelum ini, ia perlu tetap disediakan namun kini ada penambahan, iaitu keperluan PEMAKANAN untuk bayi kita :-)
Masa ni first time order baby food untuk dia! Ini produk Izliyah Kitchen. Memang semua bebas gula/garam/msg/pengawet ;-)
Kalau di rumah, memang tiada masalah untuk kita sediakan makanan. malah kita boleh masak pada bila-bila masa jika perlu. Namun untuk travel, kita perlu merancang dengan lebih teliti soal pemakanan anak agar semua terjaga. Jadi apakah 'gajet' untuk memudahkan pemakanan bayi ketika travel:
Peralatan pemakanan asas:
Thermos
Mangkuk/bekas makanan bertutup
Sudu
Bekas/botol minuman
Makanan bayi mesra travel
Apabila kita sebut tentang makanan bayi. Diingatkan makanan bayi di bawah 2tahun seharusnya tanpa garam,gula, msg, dan pengawet. Alhamdulillah sekarang dah banyak pengusaha muslim di Malaysia ni mengeluarkan produk makanan khas untuk bayi yang berkhasiat, selamat dan mesra travel. Kebanyakan makanan yang mesra travel ini cuma perlu tambah air panas sahaja! Jika perjalanan singkat seperti untuk ke shopping mall atau kita merancang untuk makan di luar, bolehlah sediakan makanan seperti bubur nasi bayi dari rumah dan suapkan kepada anak ketika sama-sama duduk makan di kedai makan nanti :-)
Selain itu kita bolehlah juga sediakan kudapan seperti biskut bayi (pastikan beli yang yang tanpa gula, garam, pengawet juga ya). Mungkin kalau berpeluang, sediakan potongan buah-buahan segar dan di bawa bersama di dalam bekas bertutup untuk bayi kita :-)
Bawa bekal bubur nasi dari rumah untuk si kecil ni ;-) Waktu ni kami ke Rantau Panjang, sempadan Malaysia-Thailand. Kami nak makan mi celup, baby makan makanan dia :-)
Masa ni travel ke Aceh, Indonesia. Bawa biskut ni. Senang buat kudapan. Biskut baby dari IK ni tak guna gula/garam tau. Tapi sedap! Baby suka, mak dia pun suka :-)
Di fasa ini jangan dilupakan PERMAINAN untuk si kecil kita. Mereka dah mula pandai untuk bermain, jadi sediakanlah permainan yang sesuai dengan umur mereka agar mereka sentiasa rasa gembira, terhibur, dan yang paling penting, kita perlu ingat bahawa bayi banyak belajar ketika mereka bermain, ok?
Masa ni travel ke Marang, Terengganu. Bila bagi mainan, rehat lah kejap dari melasak. Khusyuk main apa tu? Itu wooden educational toys. Robot transformers dari kayu! Tak mudah rosak, kuat, tahan lasak. Boleh tengok di FB: Markas Si Kecil, memang banyak mainan yang bermanfaat untuk setiap peringkat umur :-)
Selain itu, di fasa ini ada ibu bapa dah mula untuk bawa anak berenang, mandi kolam, laut atau sungai. Jadi bolehlah sediakan pelampung, jaket keselamatan, dan yang mungkin ramai terlepas pandang ialah swimming diaper! Lampin khas untuk bawa anak berenang. Ada dua jenis lampin renang ni. Ada yang pakai buang (disposable), ada yang boleh guna semula.
Untuk yang jenis pakai buang ni hampir sama macam lampin pakai buang biasa tu, cuma yang khas untuk mandi ni lebih nipis, tidak mengembung macam lampin biasa. Sebab lampin biasa ada gel yang akan menyerap air sebanyak-banyaknya sampai satu tahap boleh pecah kalau anak kita pakai masa berendam dalam air! Jadi amatlah disarankan untuk pakai yang khas untuk mandi/berenang kalau nak bawa anak berendam :-)
Fasa 5: BAYI 1-2 TAHUN
Ini mungkin fasa yang lebih mencabar kerana rata-rata anak-anak kita dah mula berjalan (mungkin berlari!) Mungkin juga fasa 'carseat strike' menyebabkan mereka tidak betah untuk duduk di carseat untuk perjalanan yang agak panjang (tapi kalau perjalanan yang lama mungkin mereka akan tertidur lena di carseat mereka).
Saya secara peribadi tidak mengalakkan penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak (walaupun dahulu waktu anak sulung saya banyak berikan gajet ketika beliau di fasa ini. Saya akui saya telah membuat kesilapan besar!) Jadi apa alternatif yang ada untuk menenangkan mereka untuk suatu perjalanan yang panjang pada fasa ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah beri mereka makan atau permainan yang ringkas dan sesuai untuk di dalam kereta atau pun pesawat atau keretapi. Pasang lagu di radio, lagu kanak-kanak atau nasyid atau yang lebih islamik, pasang ayat-ayat quran & zikir. Insyaallah ia amat membantu dalam menenangkan anak-anak kecil kita :-)
Ini antara contoh CD lagu yang best untuk pasang dalam kereta. Banyak lagi lagu kanak-kanak yang ada, boleh beli kat kedai jual CD ;-)
Pada usia ini jika merancang untuk travel melihat keindahan alam atau shopping yang benar-benar shopping sangatlah digalakkan untuk menggunakan baby carrier. Sebab? pada fasa ini anak dah boleh jalan. Tapi mereka belum boleh mendengar arahan dan paling sadis, mereka tak ada rasa takut untuk pergi berjalan ke mana sahaja tanpa peneman. Risiko sangat tinggi untuk mereka hilang ketika kita terleka memilih barang atau memberi tumpuan kepada perkara lain walaupun seketika.
Antara sebab kenapa anak yang dah boleh berjalan perlu didukung.
Jadi kalau betul-betul nak shopping, pakailah baby carrier. Jadi anak memang sentiasa dalam pantauan dan dakapan. Tak perlu risau apa-apa tentang keselamatannya. Kalau rasa nak main kejar-kejar kat shopping mall dengan anak, bolehlah biar dia jalan sendiri :p Selain faktor keselamatan, penggunaan baby carrier sangan membantu untuk memudahkan pergerakan. Jika tempat sesak, kita tak perlu berjuang untuk menyelit guna stroller atau berhimpit di lift shopping mall.
Memang senang shopping ;-)
Kalau ayah-ayah, diorang memang suka back carry, memang senang nak memilih segala ikan udang ayam! Anak pun selamat dalam pantauan ;-)
Untuk suasana travel yang lebih santai, keadaan tidak begitu membahayakan, kita bolehlah biar anak berjalan sendiri. Namun di nasihatkan untuk pakaikan harnest keselamatan. Sekarang banyak ada dijual, pelbagai rekaan. Ada yang seperti beg galas bertali. Ada juga yang macam gari tu...hahaha. Walauapapun rupanya, walauapapun pandangan kita atau orang terhadap pengunaan alat tersebut, bagi saya kita boleh abaikan selagi ia adalah cara yang efektif untuk memastikan keselamatan anak kita terjamin dan kita mampu menikmati kehidupan dengan tenang. Ha gituuu :p
Ini antara harnest keselamatan yang terdapat di pasaran.
Fasa 6: Kanak-kanak 2-4 TAHUN
Fasa ini tidak jauh beza cabarannya dengan fasa sebelum ini. Namun kebiasaannya anak dah boleh berkomunikasi dan menerima arahan mudah dan menyatakan perasaan atau kemahuan mereka. Jadi apa yang perlu kita EXTRA sediakan di fasa ini ketika travel? jawapannya ialah duit CASH! hahaha...ini bukan gurauan ye. Di fasa ini anak dah pandai meminta. Kadang kala kita kalau nak lintas satu-satu kedai kita dah perhati jauh ke depan adakah ada ranjau onak berduri di hadapan? (anyone can relate this) hehe...jika ada kita elakkan lah lalu depan kedai tu :p
Di fasa ini memang sentiasa kena bawa duit lebih :-p
Tapi kadang-kadang kita tak dapat nak elak. Anak ternampak mainan yang dijual. Kalau kita memang nak terus balik, boleh aje kita abaikan permintaanya (kalau kita rasa pembelian itu tidak memberi manfaat kepadanya). Nak menangis pun kita biarkan aje sebab dah boleh terus masuk kereta dan balik. TAPIkalau memang kita tengah travel, bercuti pulak di tempat orang. Kita pun taknak lah rosakkan mood dia dan kalau mood dia rosak dengan mood kita sekali nanti karam di lautan :p Jadi untuk mengharmonikan perjalanan indah kita, sediakanlah wang lebih untuk kes-kes sebegini.
Lumrah si kecil memang sukakan permainan. Apatah lagi permainan baru. Jadi kita perlulah meraikan dan menyantuni aanak-anak ini (meyantuni ye...ewah, ni perkataan trending 2018 ni :p) Kadang-kadang bukan lah mereka minta permainan sepanjang masa, ada kala mereka ternampak makanan yang sedap (pada fikiran mereka), dan minta untuk kita belikan. Jadi memang kita ke sentiasa ada spare wang lebih kalau travel dengan anak kecil ni. Moga kita semua terus dimurahkan rezeki untuk memberi sesuatu yang terbaik untuk anak-anak kita :-)
Masa ni kami ke Bandung, Indonesia. Nampak tu, sekejap jumpa minuman, lepastu lalu kedai plush toys, lepastu jumpa aiskrim (^.^) kat dia ja habis berpuluh ringgit! Tapi nama pun holiday, nak semua happy-happy je. Dan tengokla muka happy dia tu :p
Masa ni di Asean Night Bazar, Hatyai, Thailand. Memang banyak 'ranjau'. Lepas beli satu, diam lah dia. Khusyuk main (^_^)
Antara kenangan masa anak sulung 3thn+, kami ke Hatyai, Thailand. Saya tengah hamil 5bulan masa ni. Jadi memang ayahnya je lah carry si abang sepanjang kat sana. Selesa dan memudahkan dengan Bobita SSC ;-)
Fasa 7: Kanak-kanak 5 TAHUN & KE ATAS
Di fasa ini lain pula cabarannya :p Kebiasaannya pada fasa ini atau seawal umur anak 3-4tahun kita dah mulakan latihan 'toilet training' untuk anak bebas lampin (diaper free). Kadang-kadang tu di rumah dah lulus cemerlang, setiap kali nak buang air mereka boleh ke tandas sendiri. Tapi bila travel, AllahuRabbi, dah last minute betul baru nak bagitau yang nak terkencing. Kena pulak tengah-tengah traffic jam dalam kereta. Tak pun kat tengah-tengah highway, tengah hutan, tengah malam (fuh dramatik sungguh ) tapi inilah realiti. Bila dia bagitau dia nak terkencing tu, kita ada kurang dari 15saat untuk bersedia! hahaha...jadi apa solusinya?
Bila travel sangat disarankan untuk sediakan, spare botol khas untuk tadah kencing anak. Secara tradisional rasanya mak ayah kita dulu akan sediakan botol mineral kosong dalam kereta untuk kita kencing (kalau masih ingat la). Kalau lelaki memang ok la nak guna cara tu...kalau perempuan? susah la sikit.
Tapi di dunia serba maju ini, sudah ada 'gajet' untuk membantu kita menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kepada mereka yang telah mencipta botol khas untuk tampung kencing anak dengan rekaan berbeza untuk lelaki & perempuan. Botol ni juga anti tumpah jadi kita tak risau isi dalamnya tertumpah dan sebagainya. Ia satu produk yang sangat memberi kelegaan kepada saya apabila travel bersama anak yang dalam proses bebas lampin ni :-)
Selain itu, penggunaan waterproof training pants juga amatlah digalakkan. Rupanya seperti seluar dalam biasa, tapi dilengkapi dengan material kalis air dan penyerapan minima. Ia sangat membantu untuk mengelakkan seluar anak basah atau air kencing tercicir kalau anak terkincit di dalam seluar ketika tak sempat nak sampai ke toilet. Kadang-kadang silap percaturan, kita pun boleh dibasahi kalau anak terkincit masa kita tengah nak bawa dia ke toilet. Jadi dengan adanya seluar waterproof ni, risiko sebegitu dapatlah dikurangkan :-)
Inilah dia botol tu, comelkan? Saya memang sentiasa spare dalam kereta.
Masa ni kami ke Sungai Petani, Kedah. Dia baru mula diaper free masa umur 3thn+, Memang bawa spare lah ke mana saja botol tu ;-)
Untuk anak toddler, kalau nak travel, ini 3item yang wajib bawa lah :-)
Secara umum, sekianlah perkongsian tentang tips travel, bercuti bersama bayi & anak kecil untuk entri ini. Moga bermanfaat dan membantu ibu ayah semua. Selamat travel bersama anak-anak! ;-) Bonus: Beberapa gambar extra ketika kami travel!
LANGKAWI!
MEKAH
GOING TO LANGKAWI
Masa ni travel sorang-sorang je dengan baby dari KL-Penang
KELANTAN!
JEPUN! ehhh...taklah, pasar malam je ni :p
MUZIUM PADI, KEDAH.
MENARA ALOR SETAR, KEDAH.
BUKIT TINGGI, PAHANG
Travel berdua lagi. saya dulu kerap travel berdua je dengan baby sebab masa tu tengah sambung belajar. Alhamdulillah, penggunaan baby carrier memang sangat membantu.
IKEA!
HATYAI, THAILAND!
PLAYGROUND!
TRAVEL WITH FLIGHT
PANTAI SENOK, BACHOK, KELANTAN!
PULAU SABANG, ACEH, INDONESIA!
BONUS LAGI! Video pulak :p
Antara kenangan terindah :-)
Pakai Bobita Wrap untuk newborn. Masa ni baby umur 2bulan.
Happy Baby, Happy Parents. Jom Travel dengan mudah!
Travelling to Aceh, Indonesia 2018
Kalau berminat nak beli travelling gears yang akan memudahkan kita travel dengan anak kecil, boleh visit 3page ni: