Translate: Choose your language :-)

Saturday 22 July 2017

DIY Kit Bahan Pengurusan Uri


Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis saya sudah berada di 38minggu kehamilan untuk kandungan yang ke-dua. Untuk persediaan menyambut kelahiran yang ke-dua ini, saya merancang untuk berpantang di rumah sendiri memandangkan saya telah berpindah jauh dari rumah ibu bapa saya.

Oleh itu, saya agak khuatir dengan proses pengurusan uri untuk kali ini, maklumlah dulu semasa kelahiran anak yang pertama ibu saya yang uruskan semuanya hinggakan saya sendiri tak sempat lihat pun macam mana rupa uri saya tu. 

Kali ini, orang yang saya akan handalkan untuk pengurusan uri ini tak lain dan tak bukan ialah suami sayalah. Jadi tercetusnya idea nak buat Kit Bahan Pengurusan Uri ni adalah untuk memudahkannya bila nak uruskan uri bila saya dah bersalin kelak.

Saya ada lihat banyak juga di pasaran yang menjual set pengurusan uri. Ada juga saya pm, tapi tak ada stok. Jadi saya Google cara-cara dan bahannya. Nampaknya macam boleh sediakan sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk pengurusan/cuci uri:

BAHAN-BAHAN:
*Asam Keping
*Garam
*Cuka
*Plastik mudah reput
*Uncang Kain

CARA-CARA:

  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Tak perlu guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  6. Lumurkan cuka untuk hilangkan bau hanyir juga.
  7. Boleh perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  8. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  9. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/mydin kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  10. Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  11. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
  12. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.


P/S: bagi yang tinggal di kawasan perumahan yang tak ada tanah sendiri seperti apartment atau kawasan rumah yang dah disimen sepenuhnya macam rumah saya, boleh minta kebenaran pihak surau/masjid yang berdekatan untuk menanam uri di kawasan tersebut.

Begitulah serba ringkas bahan-bahan dan caranya. Moga membantu ayah-ayah / suami-suami yang bakal menguruskan sendiri isteri di dalam pantang. Moga Allah memudahkan segala urusan kalian. Amin.


Saya re-use kotak susu aje. Balut simple-simple dengan kertas A4, dan tulis macam ni.

Inilah apa yang ada dalam kotak ni: Asam keping, garam, cuka, plastik tesco, uncang kain. Uncang kain ni saya jahit sendiri je.

Masukkan semua dalam kotak ni. Dan simpan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai suami nanti.

Ini contoh plastik yang mudah terurai (Oxo-Biodegradable). Plastik Tesco, Mydin diperbuat dari plastik jenis ni.

Plastik Mydin yang mudah terurai.

Sekianlah perkongsian perihal persediaan KIT BAHAN PENGURUSAN URI dari saya. Moga bermanfaat.


*****EXTRA*****


Ini antara persediaan extra untuk anak ke-dua ni. Masa anak pertama dulu takdak lagi bedung-bedung zip moden dan baby wrap ni.

Bobita Nursing Cover 

Boleh dapatkan kelengkapan newborn ni dari www.facebook.com/bobitamalaysia

Thursday 25 May 2017

Cuti-cuti Hatyai 2017 (PART 1)

Alhamdulillah, kami dah selamat pergi dan pulang dari Hatyai. Trip singkat 3hari 2malam (7-9hb April 2017) ini adalah kali ke-3 kami berpeluang ke sana. Jadi trip kali ini lebih berfokus untuk makan dan pergi ke 1-2tempat lawatan sekitar Hatyai yang baru berbanding dua trip terdahulu pada tahun 2012 & 2015 😉

Perjalanan kali ini sedikit berbeza kerana kami memandu kenderaan sendiri (hingga ke sempadan Malaysia-Thai) berbanding tahun 2012 (menaiki pesawat) dan 2015 (menaiki minibus direct dari Penang ke Hatyai).

Jadi entri kalini ini mungkin membantu mereka yang ingin cuba memandu sendiri hingga ke sempadan Malaysia-Thailand jika merancang untuk bercuti ke Hatyai.

Kami memulakan perjalanan menelusuri Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke arah Bukit Kayu Hitam.

Apabila masuk daerah Changlun, akan ada banyak hentian, servis tukar wang, insuran, parking untuk ke Thailand. Ada Stesen minyak dengan ATM (kalau last minute nak ambil duit), ada Marrybrown (kami singgah sebab lapar). 3km dari Pekan Changlun dah masuk daerah Bukit Kayu Hitam. Kami singgah di Masjid Bukit Kayu Hitam untuk solat Jumaat dan kemudian baru masuk Ke Thailand.

Nampak depan tu? Macam tol kan? Sebenarnya itulah kaunter Imigresen Malaysia. Kita drive thru je untuk cop pasport. Tak payah turun kereta. Macam tol aje. Mudah dan cepat.

Lepas melewati Imigresen Malaysia, kita akan melewati The Zon Free Duty. Di situlah tempat letak kereta bagi yang nak ke Thailand tapi taknak bawak kereta sendiri. 

Parking Rate: RM16 satu malam

Bagi saya ia satu kadar yang berbaloi kerana persekitarannya kelihatan terjamin, berpagar dan ada pengawal. Di kawasan parking The Zon Free Duty ini juga ada beberapa kiosk teksi untuk bawa kita masuk ke Thailand. Bukanlah teksi sangat, ianya kenderaan 4WD/pickup truck.

Ini lah dia bangunan The Zone Free Duty dari luar. 

The Zone Free Duty ni shopping mall ye.

Inilah kadar parking di sini.

Inilah kawasan parking. Zon D untuk yang bermalam. Ada yang berbumbung, tapi dah penuhlah masa kami sampai. Kami parking tempat yang tak ada bumbung. Tapi ok je. Untuk dua malam tak ada masalah untuk kami. Dah biasa memang kereta selalu parking tempat takda bumbung pun selama ni kat rumah :p

Inilah salah satu kiosk teksi. Ada paparan harga mengikut destinasi yang ingin dituju dipamerkan. Semua harga tetap, minta kurang 1Baht pun tak dapat :p 

Harga untuk ke Hatyai dari sini ialah 700Baht utk sehala. Sekitar RM90 mengikut kadar tukaran wang pada masa itu. Agak mahal, tapi berbaloi. Kenderaan yang selesa dan jarak perjalanan dari sini ke hotel kami adalah 59km, yang memakan masa perjalanan sekitar 1jam 15minit. Ada option yang lebih murah jika anda berniat untuk ke Hatyai secara backpackers dan lebih adventures. Boleh naik minibus dari sempadan dengan harga sekitar puluhan Baht sahaja (saya tak dapat kongsikan caranya kerana saya sendiri tidak berpengalaman naik minibus dari sempadan. Saya dapat info ini hasil perbualan dengan kenalan yang sama-sama beratur waktu nak cop pasport di Imigresen Thailand). Tapi memandangkan kami dengan anak kecil, itu bukanlah pilihan yang sesuai. Dan jika kita pergi dalam kumpulan yang lebih ramai, juga lebih berbaloi sebab boleh kongsi-kongsi bayar tambang yang 700Baht tu :-)

Inilah route perjalanan kami.

Selepas memindahkan segala bagasi dari kereta kami ke teksi, kami di bawa ke Imigresen Thailand pula. Tapi Imigresen Thailand tak boleh drive thru ye. Kena turun dan beratur. Kereta yang kita naiki akan turunkan kita sebelum kaunter, dan tunggu kita di depan, selepas kaunter. Jadi pastikan kita ingat jenis kereta, nombor plate atau muka pemandu kita ye. Ada arrival dan departure form yang perlu kita isi dan serahkan kepada pegawai kastam Thai yang nak cop passport kita bersama RM2. OK?

Alhamdulillah, setelah lebih 1jam perjalanan dari sempadan Malaysia - Thailand, kami selamat tiba di Get Guest House, hotel bajet yang kami tempah via Traveloka dengan harga RM67 satu malam di Hatyai.

Wafiy dah tertidur dari dalam kereta, tak sedar langsung, letih lah tu :-p Tambah pulak sambung tidur di katil empuk, sejuk air-cond, memang tambah lena ;-) Namun begitu, sebenarnya polisi hotel ini tidak membenarkan kanak-kanak apatah lagi bayi untuk menginap di sini. Saya tak perasan terms & condition semasa booking hotel ni via Traveloka. Sebanarnya ada tulis. Dan saya lupa memang ada hotel-hotel bajet yang memang buat peraturan begitu. Maklumlah hotel bajet ni kadang-kadang dindingnya pun tak tebal, jadi kalau budak-budak menangis ditengah malam mungkin akan menganggu penginap lain. Kami mengerti situasi itu. Tapi alhamdulillah, budi bicara dari puan pemilik hotel tetap membenarkan Wafiy check-in bersama. Terima kasih. Tapi kalau anda dengan anak kecil janganlah ye, kesian nanti owner hotel tu. Serba salah dia nanti. Kalau anda bersama anak kecil, boleh menginap di Hotel P-Residence, Kami dulu menginap di hotel tu. Boleh bawa anak kecil dan sangat selesa juga :-) Cuma, saja nak try hotel lain kalini. Boleh baca tentang review Hotel P-Residence dengan klik disini.

Kelengkapan hotel lengkap. Untuk harga RM67 satu malam, saya rasa amat berbaloi untuk menginap di sini. Lokasi juga tak jauh dari pusat kota Hatyai, restoran halal, dan 7eleven juga dekat. Mudah dapatkan tuktuk juga. Semua walking distance less than 10minites.

Ini antara kelengkapan yang diberikan. Dengan tuala mandi juga ;-)

Waktu solat antarabangsa dengan mudah diperoleh dari www.muslimpro.com
Lepas Wafiy pun dah fully recharge, Kami pun dah puas rehat, Kami memulakan pengembaraan mencari makan malam di Hatyai selepas Solat Maghrib.

Jalan kaki sekitar 50meter dari hotel, dah sampai jalan besar. Kat sini banyak tuktuk yang menunggu penumpang. Jadi kami nyatakan destinasi kami ingin tuju ialah Asean Night Bazar. Pemandu tuktuk setuju untuk bawa kami dengan harga 60Baht ke sana.

Super besar rupanya tempat ni. Walaupun ini kali ke-3 kami ke Hatyai, namun ini kali pertama kami berkunjung ke sini. Terima kasih kepada driver teksi kami yang mencadangkan untuk kami ke sini kerana katanya tempat ini berbumbung, banyak pilihan barangan, banyak makanan muslim dan murah-murah. Jadi walaupun hujan, tak ada masalah untuk berkunjung ke sini. 

Sebagai pelancong kenalah bergambar di mercu tanda, ye tak? :p

Antara yang menarik di sini adalah dekorasi lampunya.

Tempat ni mmg sangat besar. Kalau dengan anak kecil, memanglah letih sikit kalau diorang nak berjalan. Jadi bila pakai baby carrier ni, memanglah sangat membantu. Tempat sesak pun kita tak risau, anak sentiasa dalam pantauan. Dia anak pun selesa. Dia pun happy sebab dia tinggi sama dengan kita. Dia boleh tengok macam-macam. Tapi pastikan kita pakai baby carrier yang selesa macam Bobita SSC ni, rekaannya yang ergonomik buatkan anak terasa ringan dari berat sebenar dan memberi keselesaan kepada anak dan kita yang menggendong tau.

Memandangkan tujuan kami malam ni adalah hunting for food, jadi kami tercari-cari makanan. Rupanya tempat ni 2tingkat. Tingkat bawah tu hampir semuanya menjual barangan kering seperti pakaian dan sebagainya. Tingkat 2 baru makanan dan disitulah syurga makanan Thailand dan kebanyakannya Halal. Ada juga yang bukan peniaga Muslim, tapi tak sampai 10% dari kesuluruhan gerai makanan yang terdapat di situ.

Ini antara yang menarik perhatian. Tak pasti apa nama kuih ni, sebab namanya dalam bahasa Thai :p Yang pasti harganya 30Baht dan rasanya sedap. Tak rugi mencuba.

Antara yang popular untuk dicuba jika ke Thailand ialah nasi ayam kuning mereka. 45Baht.

Ini pun menarik, sotong-sotong segar ini akan dipanggang apabila kita nak beli dan akan disertakan kuah sos cili istimewa Thai yang sedap untuk dicicah bersama.

Selain itu, ada banyak gerai buah-buahan, antaranya yang menjual strawberi yang sedap ni.

Saya tak pasti kenapa ada banyak gerai sushi kat sini. Disebabkan comel-comel sushinya, saya pun teringin lah nak cuba :p

Jus buah sememangnya tak patut dilepaskan kalau ke sini. Murah, dan sedap. Kita pilih aje gelas mana yang kita nak dengan kombinasi buah-buahan yang tersedia, mereka akan blend dan juskan untuk kita. Nak gula? Nak susu? apa aje diorang akan custom made atas permintaan kita.

Buah-buah lagi...memang kat sini kaya dengan jajanan yang sihat. Memang pasti dirindui~

Ha...nampak tu? saya bergambar dari tingkat 2, dari area yang menjual makanan berlatar belakangkan tingkat 1 atau ground floor Asean Night Market ni. Memang besar kan? Macam-macam ada...

Sambung round tempat makan, cari apa lagi yang menarik. Gerai ni menjual Tomyam dan lain-lain.

Sushi yang comel. Pasti penggemar sushi rasa nak beli semua. Saya yang tak minat sushi pun rasa nak beli :p

Saya beli yang ni. Total 30Baht aje.

Comel sangat sushi telur goreng ni. Kecik-kecik aje telur ni, saiz macam 50sen je.

Oklah, dah dapat apa yang dihajati untuk malam ni. Kami tapau aje semua bawak balik. Boleh juga kalau nak makan kat sana, tapi memandangkan kami dengan anak kecil, lebih selesa rasanya makan kat hotel aje. Sekarang dalam tuktuk nak balik hotel. Tambang balik lebih mahal, iaitu 100Baht. 

Ini maggi Tomyam yang kami beli dari puan berpurdah tadi, 50Baht. Tomyam Thai asli memanglah ada bezanya dari yang kita selalu makan di Malaysia ni tau~

Ini sushi 30Baht

Inilah dia hasil tangkapan kami di malam pertama di Hatyai dari Asean Night Bazaar.  Memang puas :-)

Selesailah sudah hari & malam pertama kami di Hatyai. Tunggu pengembaraan kami seterusnya pada esok hari di entri Cuti-cuti Hatyai (Part 2) ok? :-)


Ini video amatur kami untuk Hatyai 2017 Part 1 :-)

Kalau ada yang berminat nak baca perjalanan ke Hatyai kami pada tahun 2015 yang lalu, boleh klik di link-link berikut:

Saturday 20 May 2017

Cara latih anak menggunakan tandas (toilet training)

Sesuatu yang mendebarkan setiap ibu bapa apabila nak toilet training anak untuk pertama kali. Kadang kala rasa seperti mustahil. Betul ke boleh anak aku ni buang air di tandas? Jawapannya, ya memang boleh. Saya juga dulu rasa seperti ianya mustahil. Tapi dengan ilmu, perkongsian penglaman orang lain serta kemudahan peralatan yang ada di pasaran membuatkan sesi latihan menggunakan tandas untuk anak saya yang berusia 3tahun menjadi lebih lancar. Alhamdulillah.

APA SYARAT MINIMA UNTUK MULA LATIH ANAK MENGGUNAKAN TANDAS (TOILET TRAINING)?

#1- Ibu ayah sendiri sama-sama bersedia, bersetuju dan berkerjasama untuk melatih anak. Kalau mak aje yang beria, ayah buat taktau tak boleh jugak (atau sebaliknya). Ini penting kerana ia akan memberi kesan secara psikologi kepada kita sebagai ibu ayah juga agar tak ada antara kita yang rasa stress bila anak terkucil kelak. Nak mengelap/membersihkan air kencing dan kadang kala najis anak yang bertaburan perlukan kesabaran dan ketelitian agar tidak menjejaskan kesucian ibadah kita di dalam rumah.

#2- Anak dah boleh faham arahan ringkas. Walaupun tak boleh bertutur lancar pun tak mengapa. Biasanya umur 2thn++ dah boleh mula, bergantung kepada perkembangan anak. Contoh arahan ringkas ialah, anak faham apabila kita suruh berdiri, duduk, mari sini dan sebagainya. Jika anak anda dah boleh buka dan pakai seluar sendiri, itu lebih memudahkan.

#3- Kesabaran dan kerajinan ibu ayah amatlah diperlukan. Ini kerana kebarangkalian anak terkucil malah mungkin terberak dalam seluar dan mungkin tercicir merata rumah sentiasa ada  Jadi sabarlah, ia tak akan berlarutan lebih dari seminggu. Insyaallah. Ia juga mungkin akan menjadi kenangan yang melucukan kelak.

BAGAIMANA NAK MULA LATIH ANAK MENGGUNAKAN TANDAS (TOILET TRAINING)?

#1- Bawa anak untuk buang air sekerap mungkin. Ada yang kata setiap 15minit, ada yang kata setiap 30minit, ada juga yang kata setiap satu jam. Pengalaman saya sendiri, kami mulakan dengan setiap 30minit untuk hari pertama dan kedua. Anak nak kencing atau tidak, kami buka seluarnya dan bawa ke tandas dan suruh anak kencing. Macam mana nak suruh kencing? Sebutlah "Danial, kencing ye (sebutlah nama anak anda). Shhhh...shhhh..." Insyaallah dia memang akan kencing. Tapi kalau dia tak kencing, jangan kecewa. Mungkin cuba lagi selepas 15minit. Sebab dia tak kencing. Kalau anak dah kencing, mungkin dalam tempoh 30minit berikutnya boleh ulang langkah sama. Lepas hari ke-tiga, kami bawa ke toilet setiap satu jam pula. Masuk hari ke-4, dia dah boleh refuse untuk ke tandas kalau dia tak rasa nak kencing. Pada saat ini, petanda dia dah faham kalau nak kencing perlu ke tandas. Kalau taknak kencing tak perlu. P/S untuk hari-hari pertama kami masih pakaikan lampin jenis pants. Jadi muda buka dan pakai. Bila anak dah mula pandai untuk bagitahu, kami tak lagi pakaikan lampin. Kami pakaikan toddler training pants sahaja. Nanti dihujung entri ini saya cerita lebih lanjut tentang apa itu toddler training pants dan bagaimana ia berfungsi dan membantu proses toilet training ni ok?

#2- Pesan pada anak ulang-ulang kali, kalau nak kencing bagitahu ya. Kencing di tandas ya. Untuk anak yang masih dalam proses latihan, walau kita pesan berkali-kali, kemungkinan untuk anak terkucil tetap ada dalam minggu pertama latihan. Sebab anak mungkin ralit atau khusyuk bermain atau menonton dan terlupa untuk bagitahu yang dia ingin kencing lalu terkencing. Namun biasanya apabila anak ini dah terkencing, mereka akan beritahu kita dengan segera. Dan kita pun perlulah sepantas kilat bereskan apa yang perlu ya. Jangan marah anak, tapi bercakaplah dengan baik dan ingatkan lagi agar lain kali beritahu ya. Walau apa pun terjadi, jangan pakaikan lampin semula pada anak. Ini akan menganggu proses latihan. Sekali lagi, secara peribadi penggunaan training pants agak membantu untuk mengelakkan kebocoran melampau menyebabkan 'banjir' air kencing dalam rumah.

#3- Beli peralatan 'Potty Training'. Ini mungkin memberi motivasi kepada mereka untuk ke tandas dan memudahkan kita juga sebagai ibu bapa. Apa yang saya pernah beli untuk latihan anak setakat ini?

No.1 - Toddler Training Pants - RM12/pc (online - Baby Base Camp)
Mula-mula saya beli 3helai aje dulu untuk cuba. Memang sangat membantu. Materialnya dari 100% cotton tshirt. Di bahagian dalam ada lapisan seperti tuala untuk serapan. Selain tu, dibahagian tengah pula dari material yang waterproof, jadi tak bocor kalau  anak terkucil (seluar ni ada 3lapisan, luar cotton tshirt, tengah waterproof, dalam macam tuala). 

Lepas meyakini keberkesanannya, saya beli lagi 3helai. Jadi total ada 6helai seluar ni. Saya rasa 6helai memang jumlah yang optimum untuk ada sebab bila anak terkucil, sempatlah basuh dan keringkan. Seluar ni agak tebal, tak macam panties biasa, jadi lambat sikit nak kering. 

Waktu ni memamg anak dah bebas diaper 100% ;-) Dia dah boleh cakap nak kencing even buka dan pakai seluar sendiri untuk ke tandas selepas lebih kurang 3minggu training. Namun tetaplah kita kena pantau untuk dia basuh kencing bersih-bersih dan siram tempat kencing nya.

Design pun comel-comel, jadi dia memang bersemangatlah nak pakai :-p


Ini gambar close up seluar ni. Memang puas hati dengan kualiti materialnya. Saya beli online aje. Tu pun susah nak dapat sebenarnya. Kalau berminat nak beli boleh dari www.facebook.com/babybasecamp

No.2 - Potty Ikea - RM9.90/pc (online - Ikea Deco by Ayla's Closet)
Training Potty ni banyak kita boleh jumpa di kedai-kedai baby, tesco, giant semua ada. Tapi saya beli online jugak sebab Ikea punya ni paling murah :-p Masalahnya Ikea ada kat KL je kan, saya ni duduk kat Kedah. Saya memang selalu beli barang Ikea secara online dari Personal Shopper Ayla's ni, jadi sekali beli benda lain, order sekali potty pot ni  ;-)

Kenapa di sarankan untuk guna potty pot ni? #1 sebab bagi motivasi jugaklah kat budak-budak ni untuk kencing kat toilet, sebab ada seat sendiri kan. #2 sebab sebelum ni dia kencing kat lantai je, jadi kena siram bersih-bersih lah kan sebab toilet jugak tempat kita nak wuduk, takut ada sisa-sisa yang tertinggal. Bila pakai potty pot, terkawal lah sikit.

Inilah rupa potty pot Ikea. Yang RM9.90 ni memang yang paling simple. Ada juga yang Ikea punya yang lebih mahal. Boleh cabut/keluarkan potty dalam tu. Boleh tengok kat website Ikea atau direct tanya personal shopper online Ikea Deco by Ayla's Closet ok?

No.3 - Potty Toilet Seat - RM9.90/pc (Mr. DIY)
Toilet seat ni pun senang je nak jumpa kat supermarket. Tapi memang paling murah jumpa kat Mr. DIY ni lah, RM9.90 je. Kalau kat tesco dalam belas-belas ringgit, tapi still tak lebih RM20 lah jenis yang macam ni.

Penting jugak seat ni sebab body budak-budak kan kecik, kalau tak alas, boleh tenggelam diorang dalam tandas :-p Ada jugak yang jual online jenis siap yang ada tangga tu. Mungkin lebih mudah, tak payah dukung-dukung tiap kali nak guna tandas ;-)

Inilah rupa toilet seat tu, ada span lembut, jadi memang selesa dan memberi motivasi lah kot untuk diorang ke toilet ;-)

No.4 - Portable Urinal Bottle - RM25 (online - Baby Base Camp)
Botol ni yang terakhir saya beli tapi saya rasa ia sangatlah penting bila anak dah 100% bebas diaper terutama bila nak travel atau naik kereta. Ada sesetengah orang kat rumah tak pakai pampers dah, tapi keluar gi mall ke, mana-mana ke, bagi pakai pampers sebab takut anak nak kencing tiba-tiba kan? Tapi sampai bila nak macam tu? 

Saya bersyukur sangat jumpa botol ni. Jadi tak risau kalau naik kereta dan travel sebab anytime anak boleh nak kencing. Budak-budak umur 3-4 tahun ni bukan reti nak tahan kencing (diorang sebenarnya dah tahan lama, cuma once diorang cakap nak kencing tu adalah waktu yg mereka dah betul-betul meruncing dan dah tak boleh tahan) waktu tu kita cakap suruh tahan pun tak ada makna lagi sebab memang diorang dah takleh tahan :-p Jadi kita memang kena bagi diorang kencing serta merta lah. Kalau tak banjir lah jawabnya :-p 

Kalau nak spare botol mineral kosong biasa dalam kereta pun boleh, tapi kalau budak lelaki ok lah lagi kan, kalau perempuan macam mana nak kencing dalam botol mineral? Jadi urinal bottle ni memang design khusus untuk tampung air kencing. Ada design untuk lelaki dan perempuan. Selain tu, rekaannya yang anti-tumpah membuatkan walaupun botol terbalik atau ditunggang pun airnya tak terkeluar semula. Melainkan memang kita buka semua komponen botol untuk tujuan nak cuci barulah boleh keluarkan air. Kalau anak main-main dengan botol tu waktu ada air, Insyaallah tak terkeluar airnya. Jadi memang saya tak risau dan saya dah usung botol ni merata naik flight, naik train, dan pergi holiday ke luar negara. Memang sangat membantu. Thumbs Up. Memang rare botol ni. Boleh beli dari FB: Baby Base Camp - Malaysia.

Inilah rupa botolnya. Comelkan? Kalau orang yang tak tahu, diorang tak syak pun ni botol air kencing :-P Tapi saya ada nampak pelancong dari luar negara, mungkin orang Singapore yang bawa botol ni di backpack diorang bila travel dengan toddler masa kat Penang haritu. Saya taulah tu botol apa sebab saya pun ada :-P Jadi memang bukan saya je lah guna botol ni, memang ramai dah ibu bapa kat luar sana yang pakai botol ni sebab ianya memudahkan dan selamat. 

Ini pula cara penggunaannya. Selamat dan mudah. Tapi kalau kat tempat public tu sorok-sorok lah sikit, jangan open sangat. Gunalah di tempat terselindung sikit. Sensitiviti orang sekeliling kita kena jaga, ok?

Tak kira perjalanan dekat atau jauh, Memang saya ready je botol ni dalam kereta :-) Kalau nak beli, boleh tengok kat Fb: Baby Base Camp - Malaysia, harap-harap sentiasalah ada stok ye.

Sekianlah dulu serba sedikit yang boleh saya kongsikan tentang pengalaman dalam melatih anak saya untuk ke arah bebas lampin (diaper free) 100% di usia 3tahun. Moga bermanfaat buat semua. Insyaallah.