Translate: Choose your language :-)

Showing posts with label NaNa. Show all posts
Showing posts with label NaNa. Show all posts

Friday, 17 April 2020

Aksesori untuk NaNa Baby Carrier

NaNa Drool Pad

Dipasang pada bahagian tali carrier. Bayi cenderung untuk menghisap dan menggigit tali carrier. Oleh itu, ia dipasang untuk melindungi bahagian yang sering digigit atau dihisap oleh bayi. Atas faktor kebersihan, menjadikan ia mudah dicuci dengan penggunaan Drool / Teething Pad ini. Kita tidak perlu mencuci keseluruhan carrier secara kerap. Cukup sekadar mencuci Drool / Teething Pad sahaja. Ia juga boleh dibeli secara berasingan dan boleh juga dipakai pada carrier jenama lain.

NaNa Drool Pad didatangkan dengan dua corak untuk setiap pasang. Ianya boleh diterbalikkan dan dipakai pada dua bahagian corak yang berbeza.

Harga: RM25.00

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

Nana Laundry Net

Laundry net adalah beg untuk dimasukkan gendongan yang akan dicuci menggunakan mesin basuh agar gendongan tidak mudah rosak. Laundry net berbentuk beg yang berukuran 38cm x 33cm. Menggunakan laundry net sangatlah mudah, gendongan hanya perlu dimasukkan ke dalam laundry net. Setelah itu masukkan ke dalam mesin basuh. .

Harga: RM25.00

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

NaNa Foot Strap

NaNa Foot Strap adalah tempat pijakan kaki yang dipasang pada gendongan SSC agar kaki anak tidak mudah rasa lenguh akibat tergantung. Manfaatnya?

1. Membuat kaki anak tidak cepat rasa lenguh ketika digendong,

2. Tidak memberi beban berlebihan pada tulang belakang ketika digendong,

3. Posisi duduk anak akan kekal dalam keadaan ‘M-Shape’, iaitu kedudukan yang ergonomik buat si anak.

Cara menggunakan foot strap:

1. Masukkan kedua foot strap ke dalam waist pad (kiri dan kanan),

2. Ketatkan kedua foot strap dengan cara menarik tali pada foot strap,

3. Laras ukuran panjang/pendeknya (sesuaikan dengan kaki anak),

4. Jika sudah, gendong anak dengan SSC,

5. Masukkan kaki anak ke dalam foot strap.

Harga: RM25.00

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

Thursday, 16 April 2020

Cara penjagaan SSC Baby Carrier: Cara cuci dan simpan.

Setelah memiliki baby carrier jenis SSC, pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya bagaimana cara penjagaannya? Bolehkah dicuci jika kotor? Boleh guna mesin basuh? Berapa kerap ia perlu dicuci? Moga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam menjaga baby carrier yang kita gunakan agar sentiasa dalam keadaan yang baik.

Bila baby carrier perlu dicuci?

Baby carrier hanya perlu dicuci jika perlu, iaitu jika kotor atau telah lama tidak dicuci untuk suatu jangka masa yang lama, mungkin lebih dari 6bulan.

Kotor di suatu tempat tertentu.

  • Baby carrier pada kebiasaaannya akan kotor di suatu tempat tertentu. Misalnya di bahagian shoulder-strap kerana ia merupakan bahagian yang paling dekat dengan mulut bayi. Bayi cenderung untuk menghisap/menggigit bahagian tersebut. Antara langkah untuk mengelakkan bahagian itu kotor adalah dengan menggunakan Teething/Drool Pad. Walaubagaimanapun, tidak semua orang menggunakannya atau menggunakannya dengan cara yang salah. Jadi bahagian shoulder strap ini biasanya kotor kerana bekas air liur si kecil. Ia perlu dibersihkan.
  • Antara faktor lain menyebabkan bahagian tertentu yang perlu dibersihkan ialah apabila makanan tertumpah pada bahagian tertentu seperti di body panel carrier. Mungkin ada ibu bapa yang menggunakan carrier ketika makan dan makanan seperti kuah menitik pada carrier. Selain itu mungkin si kecil juga makan/minum semasa di dalam carrier dan mengotori sebahagian carrier.
Credit phot0: facebook.com/babywearingbyroyanness
Credit Photo: https://www.facebook.com/bobitamalaysia/

Caranya:

  • Spot-Cleaning. Ia bermaksud membersihkan tempat yang kotor sahaja dengan kain lembap atau span secara terus di tempat yang kotor sahaja tanpa perlu membasuh seluruh carrier. Boleh gunakan air suam untuk memudahkan pembersihan dan biarkan kering sepenuhnya sebelum disimpan atau digunakan semula.
Credit Photo: https://www.facebook.com/nanababycarriermalaysia/
Credit Photo: https://www.facebook.com/nanababycarriermalaysia/

Telah lama tidak mencuci carrier.

  • Selain daripada itu, kita perlu mencuci carrier apabila kita telah lama tidak mencucinya untuk jangka masa yang panjang walaupun ia tidak kotor dan kelihatan bersih. Ini kerana terdapat kemungkinan yang carrier kita telah berhabuk dan mungkin telah dihinggapi bakteria. Jika terlalu lama tidak digunakan carrier mungkin telah ditumbuhi kulat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ini akan menjejaskan kesihatan anak dan kita sebagai pemakai.

Caranya:

  • Membuat pembersihan carrier secara menyeluruh. Semua carrier secara amnya boleh dicuci, tetapi tidak semua boleh dicuci dengan mesin basuh. Ada sesetengah carrier hanya disarankan untuk mencuci dengan cucian tangan sahaja. Kita perlu merujuk kepada kaedah cucian yang disarankan oleh pengeluar baby carrier yang kita miliki.
  • Cucian Tangan; Pertama: Kita perlu merendam carrier mungkin cukup maksima 30minit. Rendam dalam air biasa tanpa detergen  apatah lagi pelembut pakaian. Kenapa? Ini kerana bahan kimia di dalam detergen dan pelembut pakaian akan melemahkan struktur kain dan kebarangkalian sisa bahan tersebut tidak hilang semuanya selepas kita bilas dengan air biasa. Ia akan menyebabkan sisa tersebut terkena kepada kulit anak kita yang mungkin sensitif atau lebih bahaya apabila  anak kita terhisap (terutama di bahagan shpoulder-strap) ketika mereka di dalam carrier. Bayi secara semulajadi memang cenderung untuk menghisap tali carrier. Kedua: Perah dengan perlahan/lembut. Jangan terlalu kuat kerana khuatir akan merosakkan material dalaman carrier seperti span pada shoulder strap dan waist pad. Ketiga: Sidai/Jemur ditempat terbuka yang berangin tetapi tidak direct dengan sinaran matahari agar tidak cepat lusuh. Contoh: di bawah bumbung porch rumah atau di bawah pokok. Keempat: Pastikan carrier betul-betul kering terutamanya dibahagian yang tebal seperti shoulder strap dan waist pad sebelum disimpan atau digunakan semula.
Credit photo: cdn.babygearlab.com
  • Cucian Mesin Basuh; Pertama: Kita perlu memasang semua buckle tetapi melepaskan semua tali yang mungkin selama ini tergulung. Dengan erti kata lain, semua tali haruslah tidak dalam keadaan bergumpal/tergulung. Kedua: Masukkan carrier ke dalam laundry-net. Jika tidak ada laundry-net, boleh masukkan carrier ke dalam sarung bantal dan ikatkan agar tidak terbuka. Ketiga: Pilih setting hand-wash atau delicate-wash atau apa sahaja setting pada mesin basuh masing-masing untuk mode basuhan paling lembut. Tidak perlu masukkan sabun malah pelembut pakakain tidak digalakkan sama sekali. Jika ingin juga menggunakan sabun, gunalah sabun mandian anak kita kerana ia less chemical. Keempat: Setelah siap, jemurlah dengan cara sama seperti cucian tangan.
Credit Photo: https://www.facebook.com/bobitamalaysia/

[Cara membasuh Bobita SSC Baby Carrier menggunakan mesin basuh].Mudah saja jika nak cuci Bobita SSC ni. Boleh guna mesin basuh πŸ˜€ Istimewanya Bobita SSC ni kerana setiap pembelian disertakan bersama Mesh Bag (beg jaring) secara percuma untuk tujuan penyimpanan dan cucian πŸ˜‰.Jom tengok video ni untuk ketahui cara-caranya πŸ˜€.Tips: Jika ingin gunakan sabun, gunakanlah sabun mandi anak, kerana less chemical πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ.Nak miliki Bobita SSC? PM/klik aje link whatsapp ni ok?www.wasap.my/60102314714/bobitamalaysia

Posted by Bobita & Babyta Baby Carrier – Malaysia on Sunday, November 4, 2018

Bagaimana cara menyimpan baby carrier?

Cara penyimpanan adalah sangat penting bagi memastikan carrier berkeadaan baik dan lebih tahan lama. Berikut antara saranan cara penyimpanan mengikut kesesuaian masing-masing;

  1. Jika kita memakainya dengan kerap, misalnya setiap hari, kita disarankan untuk menggantung/menganginkan carrier di tempat terbuka dan mudah dicapai untuk menggunakannya semula.
  2. Jika kita tidak merancang untuk memakai dalam masa terdekat dan ingin menyimpannya, kita perlu memeriksa keadaan carrier dahulu untuk memastikan carrier dalam keadaan bersih, bebas dari kotoran sisa makanan atau air liur anak. Jika terdapat kotoran, ia perlu dibersihkan dahulu. Jika tiada kotoran, sangkut dan anginkan di terbuka beberapa jam, dan kemudian bolehlah dilipat/digulung untuk disimpan.
  3. Ada yang ingin menyimpan carrier untuk tempoh yang sangat panjang, contohnya apabila anak sekarang sudah tidak memerlukan carrier, kita merangcang untuk menyimpan carrier untuk anak yang akan datang. Ia mungkin 1-2tahun akan datang. Kaedah penyimpanan yang disarankan adalah sama seperti sebelum ini dengan tambahan ia lebih baik disimpan dalam beg kedap udara seperti beg plastik berzip. Selain itu boleh juga meletakkan silica gel untuk meyerap lembapan agar carrier tidak berkulat. Kita boleh guna silica gel ini dari pek-pek makanan dan mungkin kotak kasut yang baru dibeli. Ada sesetengah baby ada carrier telah dilengkapi silica gel dalam plastik packaging mereka. Jika tidak ada, kita boleh juga membeli silica gel ini secara on-line. Ia banyak dijual.
  4. Elak simpan carrier di dalam kereta terutamanya di bonet – Pemeruwapan bahan kimia enjin & udara panas terkumpul boleh merosakkan carrier. Risiko tertumpah air bateri juga dapat dielakkan.
Contoh Silica Gel

Semoga bermafaat!

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

 

Wednesday, 15 April 2020

NaNa Optima: Ergonomics SSC Baby Carrier for Newborn

  • Nana Optima merupakan baby carrier jenis SSC yang direka dengan teliti agar lebar dan tinggi body panel boleh dilaras dengan mudah dengan menggeser bahagian bawah body panel.
  • Nana Optima boleh digunakan dari bayi baru lahir hingga umur 4 tahun.
  • Spesifikasi : – Boleh digunakan bayi dari berat 3kg-20kg, anggaran tinggi dari 50cm-100cm.
  • Body panel boleh dilebarkan dan dikecilkan (20-48 cm)
  • Body panel boleh dilaras ketinggian sesuai perubahan tinggi anak (30-44cm)
  • Optimal digunakan untuk penggendong dengan lilitan pinggang 63.5cm -140cm
  • Bahan dari kapas lembut yang selamat dan selesa buat bayi
  • Boleh dicuci dengan mesin basuh.
  • Nana Optima adalah gendongan ergonomik yang dirancang untuk mendukung posisi bayi seselesa mungkin.
  • Nana Optima direka ringkas untuk digunakan dan praktikal disimpan di dalam beg untuk di bawa kemana sahaja dan bila-bila masa.
  • Harga: Optima Woven Cotton: RM239
  • PROMO: FREE POSTAGE!

Jom miliki NaNa Optima!

 

Thursday, 9 April 2020

Ibu ayah pertama kali nak beli baby carrier?

Ibu ayah pertama kali nak beli baby carrier?Jom ikuti perkongsian ringkas tentang perkara asas myang ibu ayah perlu tahu sebelum nak beli baby carrier. ok?

Ini adalah Kompilasi Video 1minit berkaitan perkara asas tentang baby carrier. Moga bermanfaat πŸ™‚

  • Video 01 – Pertama kali nak beli baby carrier? .
  • Video 02 – Baby carrier yang sesuai untuk newbornπŸ‘Ά .
  • Video 03 – Baby carrier jenis SSC yang macam mana yang boleh dipakai dari newborn?

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Cara menggendong yang baik: S.E.N.A.N.G

Sebagai ibu bapa dengan anak kecil, perkara utama yang kita akan utamakan ialah keselamatan & keselesaan anak. Selain itu, kita juga mahu menjalankan aktiviti dan rutin harian sebaik mungkin dengan keadaan selesa, selamat dan terkawal. Penggunaan baby carrier adalah antara pilihan ibu bapa masa kini di Malaysia. Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar, di negara luar penggunaan alat gendongan (baby carrier) ini adalah tradisi zaman berzaman sejak ratusan tahun yang lalu untuk memudahkan mereka bekerja, bergerak dan melaksanakan rutin harian.

Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita di Malaysia untuk turut mengikut jejak langkah ibu bapa terdahulu dengan menggunakan baby carrier yang baik, dengan cara yang betul. Ikuti perkongsian ini, moga ibu ayah semua dapat memilih dan menggunakan baby carrier dengan betul:

Menggendong dengan SENANG ini telah diadaptasi dari TICKS Rule for Safe Babywearing yang Berbahsa Inggeris kepada Bahasa Indonesia oleh seorang Babywearing Consultant & Educator dari Indonesia bernama Henti Nikimawati yang mana turut merupakan pemilik jenama baby carrier antarabangsa yang baik; Nana Baby Carrier.

S – Selalu Terlihat: Memastikan anak kita mudah untuk dilihat ketika digendong.

E – Erat: Anak didalam gendongan perlulah dalam keadaan erat, tidak longgar. Jika di dalam carrier, tidak boleh ada jarak yang besar antara badan anak dan kita yang menggendong.

N – Natural Posisi: Posisi yang semulajadi. Mengikut postur dan bentuk tulang anak yang sebenar dan selesa.

A – Aman: Dalam bahasa Malaysia bererti Selamat. Direka dengan ergonomik dari material yang kuat dan kukuh.

N – Nyaman & Nyangga Punggung: Nyaman bermaksud selesa. Selesa kepada bayi dan juga selesa kepada kita yang menggendong. Nyangga punggung p[ula bermaksud: menyokong penuh dari bahagian punggung hingga ke pelipat lutut dan hingga ke pangkal leher.

G – Gampang Dicium: Mudah untuk mencium dahi anak ketika digendong di hadapan tanpa perlu menundukkan kepala dengan banyak atau membongkok.

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Monday, 21 October 2019

Baby Carrier Ergonomik Asli (Original) di LAZADA & SHOPEE

Ditulis Oleh: Puan Atiqah Abu Bakar

Alhamdulillah, sekarang makin ramai ibu bapa sedar kepentingan menggunkan baby carrier yang ergonomik kerana ianya lebih selesa dan selamat. Ia bukan sahaja selesa dan selamat buat bayi, malah buat kita yang menggendong. Berat bayi akan terasa lebih ringan ketika menggendong bayi ketika menggunakan baby carrier yang ergonomik. Baby Carrier yang ergonomik itu macam mana?

Boleh baca di entri saya yang terdahulu di link ini:  https://markassikecil.com.my/baby-carrier-yang-ergonomik/

Jadi kita pun akan search untuk beli baby carrier yang ergonomik. Sekarang yang paling popular, Shopee & Lazada lah kan. Tapi kita kena hati-hati, sebab tak semua baby carrier yang dijual di Shopee & Lazada ni original tau. Ada juga carrier yang tiruan walaupun ergonomik. Kenapa kita perlu berhati-hati? sebab carrier tiruan ni akan menggunakan material yang sangat rendah kualitinya. Mungkin buckle nya dari plastik biasa, sedangkan baby carrier original yang selamat akan menggunakan material High-Grade untuk buckle macam jenama NaNa . Ada pula yang up lagi, guna yang Military-Grade macam Bobita. Kalau nak baca detail bahaya carrier tiruan ni, boleh baca di link ni: https://markassikecil.com.my/baby-carrier-pilihlah-sebaiknya/

Macam mana kita nak pastikan tidak tersilap beli? Caranya ialah pastikan dulu jenama carrier itu yang belum ada rekod carrier fake/tiruan. Antara jenama yang saya jamin 100% tiada yang tiruan; ialah jenama Bobita, Babyta, NaNa, & Tugeda. Kalau ibu ayah search aje 4-jenama ni di Shopee & Lazada, memang boleh beli tanpa ragu. Ok? Kalau takut jugak, boleh beli direct dari website Markas Si Kecil, confirm, 100% semua carrier yang dijual adalah carrier original.  Selamat membeli!

Bobita SSC ORIGINAL di LAZADA
NaNa SSC ORIGINAL di LAZADA
Tugeda SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di Shopee
Bobita SSC ORIGINAL di Shopee
Tugeda SSC ORIGINAL di Shopee
NaNa SSC ORIGINAL di Shopee

Tuesday, 27 August 2019

Ring Sling by NaNa Baby Carrier

Secara umum, menurut pakar, bayi 0-3 bulan (newborn) belum sesuai untuk gunakan baby carrier jenis SSC. Bayi 0-3 hanya sesuai untuk menggunakan baby carrier jenis RING SLING atau WRAP. Ini kerana pakar menyatakan bayi 0-3bulan (newborn) ini mempunyai bentuk tulang belakang semulajadi yg berbentuk ‘C’ atau bahasa Inggerisnya natural ‘C’ shaped spine. Jadi, untuk memastikan bentuk semulajadi tulang belakang ini tidak terganggu, ring sling dan wrap adalah yang paling sesuai kerana ianya dari selapis kain yang mampu mengikut bentuk tulang bayi tersebut dengan sempurna. Apabila bayi menjangkau 4 bulan, bentuk tulang belakang mereka akan berubah dan semakin kuat serta keras. Jadi tiada masalah untuk mula pakai baby carrier jenis SSC ☺

Woven Ring Sling by NaNa Baby Carrier!

Woven Ring Sling jenama NaNa: Sesuai digunakan dari bayi newborn sehingga berat maksima 40kg!????(Ring besinya disahkan tahan uji sehingga 100kg, manakala kekukuhan material & jahitan disahkan tahan uji sehingga 40kg).

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah: