Translate: Choose your language :-)

Showing posts with label Bobita. Show all posts
Showing posts with label Bobita. Show all posts

Sunday, 12 April 2020

Babyta NeTT: Newborn To Toddler Ergonomics SSC Baby Carrier

Babyta NeTT (Newborn To Toddler)

Babyta NeTT merupakan produk Soft Structured Carrier (SSC) yang terbaru dari Babyta by Bobita, yang boleh digunakan sejak bayi baru lahir (newborn) hingga toddler.

Ciri-ciri Istimewa Babyta NeTT:

  • Boleh digunakan dari newborn hingga toddler usia 3 – 4 tahun
  • Berat anak: 4-18 kg, Tinggi anak minima 50 cm
  • Boleh dipakai 4 posisi; iaitu front facing-in carry, hip carry, front cross cary (tali bahu X) dan back carry
  • Tinggi body panel boleh disesuaikan dengan ukuran badan bayi, menggunakan zip menjadikan ianya lebih mudah digunakan di mana ada 3 ukuran tinggi body panel (S – M – L)
  • Lebar body panel bahagian bawah boleh dilaras dengan menggunakan velcro.
  • Lebar body panel bahagian atas boleh dilaras agar lebih snug (erat memeluk bayi) dengan menggunakan tali jerut.
  • Menggunakan bahan kombinasi kapas (cotton) yang selesa dan baby canvas yang lembut.
  • Menggunakan buckle dari jenama Acetal yang kukuh, yang dilengkapi dengan safety band untuk menambah keselamatan ketika digunakan.
  • Dibuat oleh pengeluar SSC pertama di Indonesia yang menggunakan tambahan span pada bahagian peha anak, membuatkan anak merasa selesa dan tidak merasa sakit ketika digendong.
  • Dilengkapi sleeping hood (topi hoodie) yang lebar, boleh dicabut & mudah dilaras sesuai keperluan serta PFA (perfect fit adjuster) yang menambah keselesaan menggendong dan menyusu.
  • Memiliki poket di bahagian pinggang untuk menyimpan barang seperti kunci, pen, kad, telefon bimbit, dll.
  • Dimensi: Lebar panel bawah: 21 – 44 cm
  • Tinggi body panel: 35 – 46 cm
  • Panjang lingkar pinggang: 63 – 138 cm
  • Panjang tali bahu maksimum: 106 cm
  • Berat: +/- 700 g
  • Harga: RM239
  • Promo FREE POSTAGE

 

Jom miliki Babyta NeTT!

Video unboxing Babyta NeTT

Thursday, 9 April 2020

Ibu ayah pertama kali nak beli baby carrier?

Ibu ayah pertama kali nak beli baby carrier?Jom ikuti perkongsian ringkas tentang perkara asas myang ibu ayah perlu tahu sebelum nak beli baby carrier. ok?

Ini adalah Kompilasi Video 1minit berkaitan perkara asas tentang baby carrier. Moga bermanfaat 🙂

  • Video 01 – Pertama kali nak beli baby carrier? .
  • Video 02 – Baby carrier yang sesuai untuk newborn👶 .
  • Video 03 – Baby carrier jenis SSC yang macam mana yang boleh dipakai dari newborn?

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Monday, 21 October 2019

Baby Carrier Ergonomik Asli (Original) di LAZADA & SHOPEE

Ditulis Oleh: Puan Atiqah Abu Bakar

Alhamdulillah, sekarang makin ramai ibu bapa sedar kepentingan menggunkan baby carrier yang ergonomik kerana ianya lebih selesa dan selamat. Ia bukan sahaja selesa dan selamat buat bayi, malah buat kita yang menggendong. Berat bayi akan terasa lebih ringan ketika menggendong bayi ketika menggunakan baby carrier yang ergonomik. Baby Carrier yang ergonomik itu macam mana?

Boleh baca di entri saya yang terdahulu di link ini:  https://markassikecil.com.my/baby-carrier-yang-ergonomik/

Jadi kita pun akan search untuk beli baby carrier yang ergonomik. Sekarang yang paling popular, Shopee & Lazada lah kan. Tapi kita kena hati-hati, sebab tak semua baby carrier yang dijual di Shopee & Lazada ni original tau. Ada juga carrier yang tiruan walaupun ergonomik. Kenapa kita perlu berhati-hati? sebab carrier tiruan ni akan menggunakan material yang sangat rendah kualitinya. Mungkin buckle nya dari plastik biasa, sedangkan baby carrier original yang selamat akan menggunakan material High-Grade untuk buckle macam jenama NaNa . Ada pula yang up lagi, guna yang Military-Grade macam Bobita. Kalau nak baca detail bahaya carrier tiruan ni, boleh baca di link ni: https://markassikecil.com.my/baby-carrier-pilihlah-sebaiknya/

Macam mana kita nak pastikan tidak tersilap beli? Caranya ialah pastikan dulu jenama carrier itu yang belum ada rekod carrier fake/tiruan. Antara jenama yang saya jamin 100% tiada yang tiruan; ialah jenama Bobita, Babyta, NaNa, & Tugeda. Kalau ibu ayah search aje 4-jenama ni di Shopee & Lazada, memang boleh beli tanpa ragu. Ok? Kalau takut jugak, boleh beli direct dari website Markas Si Kecil, confirm, 100% semua carrier yang dijual adalah carrier original.  Selamat membeli!

Bobita SSC ORIGINAL di LAZADA
NaNa SSC ORIGINAL di LAZADA
Tugeda SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di Shopee
Bobita SSC ORIGINAL di Shopee
Tugeda SSC ORIGINAL di Shopee
NaNa SSC ORIGINAL di Shopee

Monday, 26 August 2019

Bobita Wrap

Bobita® Wrap adalah gendongan bayi jenis baby wrap dari material cotton yang direka khusus untuk keselesaan anda Si Kecil. Bahannya lembut, namun kuat dan tidak panas, sesuai untuk iklim tropika. Selain buku petunjuk pemakaian, Anda juga akan memperoleh VCD tutorial. Bobita Wrap sesua untuk bayi newborn (0-3bulan) sehingga berat masksima 15kg.

Best for newborn.

✔boleh mula dipakai dari hari pertama bayi dilahirkan (malah dari dalam kandungan ???? macam mana tu? Tanyalah kami ok? ????)

✔maksima 15kg berat bayi

✔membantu menenangkan bayi

✔strechable cotton material khas untuk gendongan

✔selesa, sejuk, & praktikal

✔mudah dipakai

✔membantu ibu menguruskan bayi terutama ketika dalam pantang .

Cepat-cepat miliki satu atau jadikan ia sebagai hadiah bermakna buat rakan atau yang tersayang ???? .

Mengapa memilih Bobita Wrap?

1. Bobita Wrap merupakan gendongan bayi yang lebih selesa dibandingkan dengan gendongan jenis lain.

2. Bobita Wrap merupakan gendongan bayi yang selamat.

3. Bobita Wrap akan meningkatkan kualiti hubungan emosional anda dengan Si Kecil.

4. Bobita Wrap boleh digunakan dari usia 0 – 24 bulan dengan berat badan maksimum 15 kg.

5. Bayi Anda akan lebih jarang menangis dan lebih mudah tertidur lena.

6. Bayi Anda akan membesar lebih sihat, serta memiliki perkembangan otot dan motorik yang lebih baik.

7. Bayi Anda akan lebih banyak belajar tentang lingkungannya dan cepat berdikari.

8. Anda dapat menyusui di mana pun dan bila-bila sahaja.

9. Kedua tangan Anda bebas melakukan pekerjaan lain.

10. Anda dan bayi akan merasa jauh lebih bahagia.

Jom miliki satu hari ini, Klik mana-mana saluran di bawah :

Berminat? Klik mana-mana saluran di bawah:

Berminat? Klik mana-mana saluran di bawah:

2in1 Sleep Pouch & Baby Swaddle by Bobita

“Mudahnya guna bedung moden ni”

Introducing our new high quality product: 2in1 Sleep Pouch by Bobita ????

Bobita® 2-in-1 Sleep Pouch adalah selimut berbentuk seperti kantung yang juga berfungsi sebagai bedong bayi. Selimut ini direka berbentuk kantung dengan tujuan menggantikan fungsi selimut konvensional yang mungkin secara tidak disengaja menutupi wajah bayi Anda dan membuatnya tidak dapat bernafas. Selain bayi boleh tidur dengan lebih selamat, juga membuat bayi tidur lebih lena.

Serba ringkas tentang Bobita 2in1 Sleep Pouch:

– Rekaannya yang berbentuk seperti ‘karung’ memberikan ruangan agar kaki bayi bebas bergerak menendang-nendang, namun tidak sampai terlepas dari badannya sehingga ia tetap hangat sepanjang malam.

– Memiliki ciri-ciri bedong bayi yang boleh dipakai dengan posisi tangan di dalam atau di luar bedong, dan boleh juga dilepas bila bayi sudah tidak dibedong lagi.

– Zip yang boleh dibuka dari bahagian bawah untuk mempermudah ketika mengganti lampin.

– Boleh dipakai dari usia 0 – 9 bulan

Harga: Bobita 2in1 Sleep Pouch RM45 🙂

 

Berminat? Sila klik mana-mana saluran di bawah:

Our new best quality product: Baby Swaddle by Bobita

>Bobita® Swaddle adalah bedong bayi selamat dan selesa untuk bayi.

>Bobita® Swaddle lembut ‘memeluk’ bayi di bagian bahu, perut dan pinggul, dengan rekaan berbentuk kacang sehingga bayi tetap boleh bergerak dengan leluasa.

>Bobita® Swaddle menggunakan bahan yang sama dengan Bobita® Wrap, yang sudah terbukti kelembutan dan keselesaannya. Bayi akan merasa tenang dan tertidur lebih lena kerana Bobita® Swaddle memberikan suasana yang mirip dengan rahim Ibu dan akan mengurangi efek refleks Moro (refleks terkejut kerana suara atau gerakan yang boleh mengganggu tidurnya). Bayi tetap hangat tapi tidak kepanasan.

Bobita® Swaddle juga boleh mencegah bayi mencakar mukanya atau selimut menutupi wajah bayi sehingga ia tidak dapat bernafas.

Keistimewaan Bobita Baby Swaddle:

– Bahan cotton spandeks premium

– Rekaan berbentuk kacang yang ergonomik sehingga bayi boleh bergerak leluasa walau dibedong

– Zip dengan 2 kepala (boleh dibuka dari atas atau bawah) memudahkan ketika mengganti lampin

– Pelindung zip atas membuatkan ia tidak menyentuh leher bayi

Harga: Bobita Swaddle RM35

 

  

Berminat? Sila klik mana-mana saluran di bawah: