
Setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, membuka akaun perniagaan, mendaftar di KWSP, kini saya melangkah pula ke LHDN untuk urusan berkaitan cukai. Jika kita serius dalam perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan, kita perlu menguruskan perniagaan dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang agar tidak menghadapai masalah di kemudian hari.
- Apa pentingnya mendaftarkan diri dengan LHDN? Buat apa sukarela nak bayar cukai. Diam-diam dah lah, elok-elok kerajaan tak cari, kita saja nak pi bagi kerajaan duit kita nak buat apa? Hahaaa….ini mungkin yang berada dalam fikiran kita sebagai peniaga kecil-kecilan. Pendapatan tak banyak mana, nak bayar cukai pula. Ye tak?
- Betul, jika anda ingin kekal sebagai peniaga kecil-kecilan sampai bila-bila, mungkin anda tak perlu nak fikir tentang LHDN dan sebagainya. TAPI, jika anda bercita-cita untuk memajukan perniagaan, membina empayar mungkin, inilah langkah pertama yang perlu kita lakukan. Iaitu, daftarkan diri di LHDN. Okey? kenapa perlu?
- #1 Jika ingin membuat pinjaman dengan bank atau mana-mana agensi yang sah, mereka akan lihat rekod kita di LHDN. Ia termasuk permohonan pinjaman perniagaan/perumahan/peribadi. Kalau anda nak pinjam dengan ahlong, mungkin tak perlulah 😛
- #2 Ia adalah rekod rasmi. Jadi bila dah ada rekod dari seawal-awal perniagaan, tiada alasan untuk anda dikenakan tindakan undang-undang atau denda oleh mana-mana pihak kelak apabila anda dah berkembang maju di masa depan.
- #3 Ini adalah tanggungjawab. Buatlah dengan rasa tanggungjawab untuk bangsa dan negara. Kita hidup bermasyarakat yang bertamadun. Ikutilah peraturan 🙂 Dan pasti ada keberkatannya Insyaallah. Zakat? saya akan update nanti tentangnya.
- #4 Antara syarat untuk memohon pelbagai bentuk bantuan kewangan dari kerajaan seperti BSH, BPN dan sebagainya. Jika kita tiada rekod LHDN, kita tidak layak untuk memohon apatah lagi menerima bantuan tersebut.
Walaubagaimanapun, setiap peniaga yang berdaftar dengan LHDN dan membuat ‘declaration’ setiap tahun tidak semestinya perlu bayar cukai. Jangan takut, jika perniagaan kita masih kecil, untung tak seberapa, kita tidak perlu pun membuat sebarang pembayaran. Cukai hanya dikenakan jika pendapatan tahunan kita melebihi jumlah tertentu. Jika masih dibawah paras minima, kita tak perlu bayar cukai. Malah mungkin kita akan memperolehi bantuan di masa hadapan kerana rekod LHDN tersebut.
BAGAIMANA NAK DAFTAR DI LHDN?
- Langkah #1
- Pergilah ke pejabat LHDN terdekat dengan tempat anda. Seperti saya, LHDN Cawangan Pulau Pinang adalah yang terdekat. Parking pun mudah.
- Langkah #2
- Terus saja ke kaunter pertanyaan. Saya maklumkan pada pegawai yang bertugas “Assalamualaikum puan, saya berniaga sendiri, saya nak tahu apa yang perlu saya lakukan untuk urusan berkaitan LHDN?” dengan ramah dan senyum mesra, puan tu tanya, dah daftar SSM? jadi saya diminta untuk beri MyKad dan dokumen SSM yang 3muka surat tu. Dari situ, puan tersebut menyemak dari nombor IC kita. Oh rupanya saya dah terdaftar di dalam LHDN kerana saya sempat attach dengan sebuah agensi kerajaan suatu masa dulu. Saya sendiri tak tahu yang saya dah ada rekod LHDN sebab tak sempat kerja pun masa tu. Tapi ntah kenapa saya didaftarkan. Saya pun tak faham. Jadi, puan itu terus print maklumat berkaitan LHDN saya yang dilengkapi nombor cukai pendapatan.
- Langkah #3
- Selsesai urusan di pejabat LHDN. Seterusnya log in lah di website LHDN untuk melihat maklumat tentang LHDN. Sebelum beredar, tanyalah apa-apa saja yang anda ingin tahu pada pegawai LHDN ok? Saya sempat tanya beberapa maklumat. antaranya:
- Soalan 1: Cukai ni di kira cukai perniagaan ke? Sebab yang terdaftar dulu tu saya sebagai pekerja kan? itu bukan ke cukai pendapatan?
- Jawapan: Untuk perniagaan persendirian, pemilik tunggal, cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan. Jadi saya boleh gunakan nombor cukai pendapatan yang sama untuk bayar cukai perniagaan kita kerana perniagaan persendirian dianggap semua keuntungan adalah pendapatan kita.
- Soalan2: Jadi macam mana nak buat pembayaran?
- Jawapan: Pembayaran cukai adalah pada bulan Mac-Jun pada setiap tahun. Jadi dalam tempoh itu, kita perlu log-in ke website, pilih BORANG-B. Di situ akan ada maklumat-maklumat yang perlu di isi. Yang penting, sediakan maklumat jumlah wang masuk, wang keluar, dan untung untuk setiap bulan dalam tempoh setahun dengan jelas.
- Saya tanya dua soalan tu aje. Saya tak tanya berapa kena bayar dan sebagainya sebab saya percaya maklumat itu semua boleh di google dan pasti akan auto generate bila nak bayar nanti. Jadi saya tak dapat kongsikan maklumat tersebut buat masa ni 😛 Saya ada lah mula google sikit-sikit tentang kadar bayaran cukai pendapatan. Agak complicated. Jadi disarankan untuk anda google juga agar dapat baca sendiri dan lebih mengerti kelak 🙂
Waktu Operasi LHDN Cawangan Pulau Pinang. Saya pergi pukul 2.30petang, Hari Isnin. Tak ramai orang. Tak payah beratur pun 🙂
Inilah pintu masuk di tingkat 4. Kaunter pertanyaan di tengah-tengah sana.
Puan LHDN tu print kan maklumat ini kepada saya.
Sayangi Hasil Malaysia. Anda boleh jumpa mereka ni di pintu lif tingkat 4…hehehe~
Begitulah kisahnya. Moga membantu bagi anda yang ingin mendaftarkan diri di LHDN juga.
Terima kasih kepada paun pegawai yang bertugas pada hari tersebut. Anda menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali. Terima kasih LHDN Cawangan Pulau Pinang 🙂
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
No comments:
Post a Comment