Translate: Choose your language :-)

Showing posts with label Tugeda. Show all posts
Showing posts with label Tugeda. Show all posts

Monday, 21 October 2019

Baby Carrier Ergonomik Asli (Original) di LAZADA & SHOPEE

Ditulis Oleh: Puan Atiqah Abu Bakar

Alhamdulillah, sekarang makin ramai ibu bapa sedar kepentingan menggunkan baby carrier yang ergonomik kerana ianya lebih selesa dan selamat. Ia bukan sahaja selesa dan selamat buat bayi, malah buat kita yang menggendong. Berat bayi akan terasa lebih ringan ketika menggendong bayi ketika menggunakan baby carrier yang ergonomik. Baby Carrier yang ergonomik itu macam mana?

Boleh baca di entri saya yang terdahulu di link ini:  https://markassikecil.com.my/baby-carrier-yang-ergonomik/

Jadi kita pun akan search untuk beli baby carrier yang ergonomik. Sekarang yang paling popular, Shopee & Lazada lah kan. Tapi kita kena hati-hati, sebab tak semua baby carrier yang dijual di Shopee & Lazada ni original tau. Ada juga carrier yang tiruan walaupun ergonomik. Kenapa kita perlu berhati-hati? sebab carrier tiruan ni akan menggunakan material yang sangat rendah kualitinya. Mungkin buckle nya dari plastik biasa, sedangkan baby carrier original yang selamat akan menggunakan material High-Grade untuk buckle macam jenama NaNa . Ada pula yang up lagi, guna yang Military-Grade macam Bobita. Kalau nak baca detail bahaya carrier tiruan ni, boleh baca di link ni: https://markassikecil.com.my/baby-carrier-pilihlah-sebaiknya/

Macam mana kita nak pastikan tidak tersilap beli? Caranya ialah pastikan dulu jenama carrier itu yang belum ada rekod carrier fake/tiruan. Antara jenama yang saya jamin 100% tiada yang tiruan; ialah jenama Bobita, Babyta, NaNa, & Tugeda. Kalau ibu ayah search aje 4-jenama ni di Shopee & Lazada, memang boleh beli tanpa ragu. Ok? Kalau takut jugak, boleh beli direct dari website Markas Si Kecil, confirm, 100% semua carrier yang dijual adalah carrier original.  Selamat membeli!

Bobita SSC ORIGINAL di LAZADA
NaNa SSC ORIGINAL di LAZADA
Tugeda SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di Shopee
Bobita SSC ORIGINAL di Shopee
Tugeda SSC ORIGINAL di Shopee
NaNa SSC ORIGINAL di Shopee

Sunday, 13 October 2019

Baby Carrier & Airport Security Check

[Baby Carrier & Airport Security Check]
.
Pagi-pagi tadi dapat soalan ni dari ‘Encik Tugeda’ Mohd Khairul Othman 😁Dah lama saya nak posting tentang ni, tapi asyik lupa je. Maklumlah lepas balik dari travel, mesti letih. Lepas tu hilang sebahagian ingatan🤣 Sebelum lupa lagi, baik saya cepat-cepat tulis…hehe 😁


.
Ramai ibu ayah yang tanya dan penasaran bila bab travel dengan baby ni. Apatah lagi kalau naik kapal terbang. Antara yang utama adalah, masa SECURITY SCANNER CHECK di airport nak kena ke buka carrier?
.
Dari pengalaman saya, yang kerap menggunakan pengangkutan awam jenis udara ini, Alhamdulillah tidak pernah disuruh buka carrier. Dan kita BOLEH terus melangkah BERSAMA BAYI DI DALAM BABY CARRIER TANPA PERLU MEMBUKANYA.

Kenapa begitu? Kerana baby carrier yang digunakan tidak mempunyai besi. Jadi ia tidak bermasalah untuk melalui gerbang scanner tersebut.
Namun begitu, jika kita (biasanya ayah) ada memakai tali pinggan berkepala besi, ia perlu ditanggalkan. Jadi jika si ayah yang menggunakan carrier, mungkin perlu menanggalkan carrier dahulu sebelum menanggalkan tali pinggang yang sedang dipakainya.
Oleh itu, mungkin Tips yang saya boleh sarankan:

  • No.1: Bagi ibu carry anak ketika nak melalui scanner (ibu biasanya tak pakai tali pinggang).
  • No.2: Jika bapa perlu carry anak, jangan pakai tali pinggang dulu, lepas security check baru pakai jika rasa perlu.

Moga bermanfaat dan selamat terbang!.

Updated: Walaubagaimanapun, ada pengalaman dari rakan-rakan saya yang lain, di sesetengah airport akan meminta untuk menanggalkan carrier. Turutilah atas faktor keselamatan. Tapi kalau tak diminta, anda tak perlulah berbuat demikian.

Disclaimer: Gambar yg dipaparkan adalah gambar edit. Realitinya anda tak boleh posing di kawasan security check ok? 😁 Gambar asal, saya menggunakan Tugeda iDeal Newborn SSC ketika anak saya berusia 2bulan++ di I-City Shah Alam ☺️
.

Ingin miliki baby carrier yang ergonomik dan selesa? klik aje mana-mana saluran dibawah:

www.markassikecil.com.my