Translate: Choose your language :-)

Tuesday 26 April 2016

Baby Carrier. Pilihlah sebaiknya :-)

Prakata: Entri ini adalah penting bagi ibu-ayah yang ingin menggendong anak menggunakan baby carrier sahaja. Jika anda tidak mahu menggunakan baby carrier sama sekali, ia mungkin tidak penting dan anda tak perlu baca sampai habis ok?

Sekarang dah tersebar luas bahawa narrow base carrier atau crotch baby carrier itu tidak selesa untuk penggunaan jangka masa panjang (malah mungkin berbahaya untuk anak dan kita yang menggendong) Boleh baca mengenainya di entri Crotch Baby Carrier: Benarkah ianya bahaya? Namun ramai yang tidak tahu ada baby carrier yang jauh lebih menggusarkan hati daripada itu. Iaitu baby carrier tiruan (fake baby carrier) atau baby carrier yang dibuat secara pukal (kebiasaannya buatan kilang China) yang tidak jelas kualiti materialnya dan ianya telah banyak mengakibatkan kejadian tragis bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Yang jelas, baby carrier yang sebegini bukan sahaja beredar di pasaran Malaysia, malah juga banyak di negara-negara lain di seluruh dunia. Mari kita kenali baby carrier tersebut.

Saya rasa, ramai yang pernah lihat baby carrier ini dijual secara online di FB

Kita mungkin tidak boleh mengatakannya baby carrier tiruan kerana ia tidak mempunyai jenama yang tertentu. Jika pun ada jenama, ia adalah jenama yang diletakkan atas permintaan penjual itu sendiri sedangkan ianya adalah baby carrier yang sama, dikilangkan di kilang yang sama, cuma jenama sahaja berbeza. Jika anda ingin buat jenama sendiri pun boleh. tak ada masalah :p Secara peribadi, saya pernah mendapat email dari pihak pengeluar baby carrier ini. Mereka menawarkan saya untuk membuat jenama sendiri dengan harga cuma belasan ringgit sahaja untuk satu unit. Ya. BELASAN RINGGIT SAHAJA. Namun email tersebut di bahagian SPAM. Beberapa hari setelah itu saya mencari semula email tersebut, ianya telah autodelete dari email saya. Jika tidak, sudah pasti saya akan printscreen dan kongsikan kepada anda semua :-( Tapi sama sekali saya tidak berniat untuk memiliki jenama sendiri dari pengeluar ini. Mengapa? Ini antara sebabnya:

Sumber: http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/2014/09/baby-carrier-parentsplease-be-alert.html

#1 - Terlalu banyak kes kualiti jahitan yang rendah dan kejadian buckle patah. Mohon ibu ayah semua mengerti bahawa baby carrier ini berfungsi untuk menampung berat anak kita yang mungkin sehingga belasan kilogram~!!! Maka, ketahanan material yang digunakan, terutamanya buckle amatlah penting. Rata-rata baby carrier yang berkualiti itu menggunakan buckle yang telah diuji secara makmal berketahanan sehingga 20kg. Ia bukanlah menggunakan buckle plastik biasa seperti yang digunakan pada bag taska anak-anak kita tu ye. Mohon mengerti tentang ini. Ibu ayah semua boleh google aje tentang kes buckle pecah ni, memang akan banyak yang keluar. Bukan sahaja di Malaysia, malah mat salleh pun banyak mengalami perkara ini kerana mereka pun ada yang terbeli carrier macam ni. Bukan kita di Malaysia aje :-(

Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/
Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/
Sumber: http://babycarrierindustryalliance.org/2013/02/fake-carriers-warning/

#2 - Kain koyak. Jika nasib anda tidak baik, ini tidak mustahil untuk berlaku. Ini kerana menurut sumber gambar ini, beliau baru membeli carrier ini dari Ebay. Ketika cuba untuk adjust buckle, tiba-tiba kainnya terkoyak. Dia cuba adjust buckle yang sebelah lain pula, dan terkoyak juga. Ada yang juga membeli carrier dari Ebay juga, telah menarik adjustable buckle ini, tapi tidak koyak seperti itu. Ini bererti material kainnya mungkin berbeza-beza. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat kualiti kain yang lebih baik. Namun anda mungkin akan mendapat kualiti kain yang berbeza dengan harga yang sama. Adilkah untuk anda? Membeli atas dasar nasib. Dan ia mungkin tidak murah bagi anda, akhirnya wang itu terbazir begitu sahaja :-(

Sumber: https://www.facebook.com/groups/bajetbw/

#3 - Warna luntur melampau. Ini antara yang dikongsikan oleh pengguna carrier jenis ini. Anak-anak bayi suka hisap/gigit tali carrier. Bayangkan jika anak kita menghisap pewarna ini? OK. mungkin penggunaan Drool / Teething pad dapat menyelamatkan anak anda jika situasi ini berlaku. Pastikan anda pakai drool / teething pad sentiasa ye. Agar anak-anak kita sentiasa selamat dari terhisap bahan kimia yang mungkin merbahaya ini.

Ini antara maklumbalas dari pengguna baby carrier ini di Amazon.com, ini adalah catatan sehingga tahun 2014. Jika hari ini, di tahun 2016, mungkin lebih banyak lagi maklum balas yang kita boleh lihat. Anda boleh cuba mencarinya di Google jika mahu.

#4 - Ilmu atau pengetahuan penjual yang amat rendah dan meragukan. Sekarang, hari-hari saya dapat lihat di FB, ada yang menjual baby carrier seperti ini. Namun, ada gambar-gambar yang digunakan sebagai testimoni amatlah menyedihkan. Ada yang cara pakainya salah dan membahayakan bayi. Jika penjual-penjual ini ambil berat tentang keselamatan bayi, mereka tidak mungkin akan membiarkan pelanggan mereka menggunakan dengan cara yang salah malah memuatnaik gambar yang salah itu ke page mereka sebagai testimoni mereka. Malah gambar bayi yang sedang menangis ketika digendong menghadap depan juga dimuatnaik. Jika ada ibu ayah yang tidak tahu, menggendong bayi menghadap kedepan ini adalah merbahaya. Boleh baca secara ringkas tentangnya di link ini: http://akasiiik.blogspot.my/2015/09/isu-dalam-penggunaan-baby-carrier.html

Antara yang meragukan, penjual mengatakan baby carrier ini sesuai untuk anak dengan berat 3.5kg-16kg dan sesuai untuk bayi 2-24bulan~!!! ini adalah sangat salah dan boleh membawa kepada kesan buruk kepada bayi kerana pada usia new born (0-3bulan) belum sesuai menggunakan carrier jenis SSC atas faktor struktur dan kekuatan tulang bayi new born. Setelah menjangkau usia  bayi 4bulan, barulah pakar menyatakan ianya sesuai untuk digunakan. Namun, ia tetap bergantung kepada perkembangan individu setiap bayi. Bagi bayi pra-matang, mungkin akan berbeza dan tidak sesuai mengikut garis panduan ini.

Secara umum, ibu ayah sekalian perlu tahu, walaupun baby carrier jenis SSC ini adalah ergonomik, namun secara umum ia tidak boleh digunakan pada bayi newborn (0-3bulan) atas sebab-sebab berikiut:

Menurut pakar, bayi 0-3bulan (newborn) belum sesuai untuk gunakan baby carrier jenis SSC. Bayi 0-3 hanya sesuai untuk menggunakan baby carrier jenis SLING atau WRAP. Ini kerana pakar menyatakan bayi 0-3bulan (newborn) ini mempunyai bentuk tulang belakang semulajadi yg berbentuk 'C' atau bahasa inggerisnya natural 'C' shaped spine. Jadi, untuk memastikan bentuk  semulajadi tulang belakang ini tidak terganggu, sling dan wrap sahaja yang sesuai kerana ianya dari selapis kain yang mampu mengikut bentuk tulang bayi tersebut dengan sempurna. Apabila bayi menjangkau 4bulan, bentuk tulang belakang mereka akan berubah dan semakin kuat serta keras. Jadi tiada masalah untuk mula pakai baby carrier jenis SSC.

Bentuk tulang bayi Newborn (0-3bulan) - C shaped Spine

Oleh itu, jika anda ingin membeli baby carrier, belilah dengan dengan ilmu yang minima. Cubalah uji pengetahuan penjual tu sedikit. Jika mereka memberi jawapan yang salah malah meragukan, anda boleh nilai adakah mereka menjual sesuatu dengan ilmu, ingin membantu, atau sekadar mengaut keuntungan dari menjual sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti apa bahana yang bakal diterima oleh pengguna. Baby carrier bukan barangan bayi biasa seperti baju, atau permainan kanak-kanak (walaupun anda boleh beli baby carrier seperti ini di pusat borong pakaian dan permainan kanak-kanak).

Baby carrier menyangkut soal keselamatan dan keselesaan jangka panjang. Jika tidak bernasib baik, ia boleh mendatangkan kecederaan. Maka, nasihat saya, pilihlah yang berkualiti. Bukan semua baby carrier berkualiti itu mahal. Ada banyak pilihan di pasaran. Bertanyalah pada mereka yang telah menggunakannya. Ada yang membeli secara ansuran dan mungkin menabung secara bulanan untuk dapatkan baby carrier yang baik dan selesa. Sekali lagi, entri ini adalah penting bagi ibu-ayah yang ingin menggendong anak menggunakan baby carrier. Jika anda tidak mahu menggunakan baby carrier sama sekali, anda tak perlu susah hati ok?

Ada banyak komuniti dan page di FB yang mementingkan keselamatan dan keselesaan ibu bapa yang ingin menggendong bayi mereka. Antaranya, anda boleh search: Malaysian Babywerares, Royannes Group, Bobita Baby Carrier Malaysia. Mereka di sini sedia membantu anda untuk memberi maklumat yang tepat berkaitan penggunaan baby carrier yang selesa dan selamat. Insyaallah.

Sekian dulu untuk entri kali ini, kalau berminat nak baca entri lain tentang baby carrier, boleh click di link-link berikut:

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

Monday 25 April 2016

Perkara asas yang ibu bapa seluruh dunia perlu tahu :-)

Nak dapatkan baby carrier yang ergonomikergonomik?
Lawatilah:

8-Kebaikan Menggendong Bayi (menggunakan baby carrier)


Nak dapatkan Baby Carrier yang ERGONOMIK?
lawatilah

Review SSC Baby Carrier: Tugeda Chance & Bobita Gen2

Entri kali ini saya akan review secara peribadi antara SSC baby carrier Tugeda Chance dan Bobita Gen2. Kenapa saya nak bandingkan dua carrier ni? Sebab saya sebenarnya pengguna tegar Bobita Gen2, tak pernah ada SSC lain pun. Sejak anak saya masih bayi, sampai sekarang dah dekat 3tahun umurnya memang cuma pakai Bobita Gen2 hampir setiap hari. Tapi baru-baru ni saja tukar (swap) carrier dengan kenalan FB saya, dia hanya ada Tugeda Chance dan teringin nak merasa guna Bobita Gen2 sebab selalu tengok orang pakai, nampak macam best je katanya ;-) Jadi, inilah kali pertama saya berpeluang nak buat reveiw antara dua buah baby carrier jenis SSC yang dalam kategori bajet yang ada di pasaran Malaysia. Dan yang terpenting, kedua-duanya adalah ergonomik, selamat dan selesa di pakai. Insyaallah :-)

Ini dia Tugeda Chance dan Bobita Gen2. Kedua-duanya adalah baby carrier jenis SSC dan ergonomik

#1 HARGA
Tugeda ada banyak variasi dan koleksi SSC nya. Iaitu Tugeda Air, Smart Street dan Chance. Walaubagaimanapun, yang termurah adalah Tugeda Chance di mana ia dijual dengan harga RM270 (tidak termasuk postage) sebagaimana boleh dilihat di laman web mereka, http://tugedacarrier.com.my/.

Bobita Gen2 pula hanya mempunyai satu jenis SSC sahaja. Tapi features nya adalah antara yang terlengkap di dunia. Wahhh... apa maksudnya? boleh baca dan lihat semuanya dalam entri review ini ya :-) Harga pasaran untuk Bobita Gen2 ialah RM249 (tidak termasuk postage) sebagaimana boleh dilihat di FB page rasmi Bobita Malaysia, www.facebook.com/bobitamalaysia. 

#2 SAIZ
Antara concern utama ibu bapa apabila ingin mememilih sebuah SSC adalah saiz body panel nya. Ada carrier yang baby/standard size, ada toddler size, malah ada yang pre-school size. Size-size ini adalah istilah umum yang digunakan. Walaubagaimana pun, saiz sebenar untuk sesebuah carrier itu tidak boleh digambarkan secara tepat sekadar dengan nama saiznya sahaja. Kerana, ada sesetengah carrier standard sizenya adalah sama besar dengan carrier jenama lain yang bersaiz toddler dan juga sebaliknya. Jadi yang terbaik, kita harus tahu saiz ukurannya yang sebenar iaitu yang dalam cm / inchi bagi lebar dan tinggi body panel sesebuah SSC. Boleh faham ke ni? hehehe...harapnya boleh fahamlah apa yang saya cuma sampaikan ni ye :p 

Dan yang paling penting, carrier yang besar itu tidak semestinya lebih baik. Adalakalanya kita rasa nak jimat, anak baru 4bulan beli yang toddler teruslah. boleh pakai lama. NO....NO...NO... BIG NO... salah tu. Baby carrier ni umpama baju juga. pakailah saiz yang sepadan. Takkan anak baru 4bulan kita belikan baju saiz 2tahun? macam tu lah perumpamaannya. Kenapa jangan beli yang terlalu besar? kerana ia mungkin akan terlalu longgar. umpama kita pakai seluar over besar, longgar, nak terlondeh,,,tak selesa kan? malah baby carrier lebih kritikal kerana ia akan menyangkut keselamatan postur tulang anak. Apabila carrier itu terlalu besar untuk anak kita, akan terdapat banyak ruang kosong di dalam carrier membuatkan tubuh anak kita tidak disokong penuh oleh carrier. Ini akan menyebabkan ketidak-keselesaan pada anak dan membahayakan postur tulangnya. Akhirnya carrier yang asalnya ergonomik, boleh jadi tidak ergonomik buat anak anda.

Tugeda Chance: Standard Size
Lebar Body Panel: 15inci
Tinggi Body Panel: 15inci
Pendapat peribadi: Memandangkan lebarnya adalah 15inci, saya merasakan jika bayi baru 4bulan yang memakainya mungkin akan sangat besar. Sedangkan anak saya yang berusia 2thn++ masih k2k (knee-to-knee). Bererti jika dia pakai pada usianya 4bulan, mungkin bukan k2k, tapi ankle-to-ankle kot :-P Jadi ia mungkin sesuai untuk bayi yang berbadan besar dan toddler seperti anak saya. Just nice fit. Nampak dia selesa didalamnya pada usia ini :-)

Bobita Gen2: Standard Size
Lebar Body Panel: ~12inci
Tinggi Body Panel: 15.5inci
Pendapat peribadi: Bobita Gen2 standard size ini didatangkan dengan lebar body panel hampir 12inci. Iaitu kurang 1.5inci pada kiri dan kanan berbanding Tugeda Chance. Ukuran Bobita ini sebenarnya sama dengan SSC jenama Manduca. Dengan kelebaran ini, ia sangat sesuai untuk bayi dari usia 4bulan. Ia memberi sokongan k2k (knee-to-knee) yang sempurna. Anak saya tetap k2k sehingga umurnya sekitar 2tahun. Namun, apabila anak saya menjangkau usia sekitar 2tahun, ia tidak lagi k2k buat anak saya. Tapi tak ada masalah kerana Bobita Gen2 ini mempunyai aksesori tambahan, iaitu Toddler Extender ;-)

Taaraaaa~ setelah aksesori Toddler Extender ini dipasang, secara sekelip mata lebar carrier telah menjadi 18inci~!!! Jadi tiada masalah lagi untuk anak saya yang kini telah berusia 2tahun 6bulan. Saya juga boleh berjimat kerana tak perlu nak beli carrier saiz toddler pula. Cuma beli Toddler Extender ini dengan harga RM39.90, saya boleh terus menggunakan Bobita Gen2 selama mana yang saya suka asalkan berat anak saya tidak melebihi 20kg :-) Andaikata nanti ada rezeki dapat baby baru, nak guna carrier yang sama untuk adiknya pula pun tak ada masalah. Cuma tanggalkan Toddler Extender ini, dan ia menjadi carrier standard size kembali. Mudahkan? Jimat pula tu :-)

Inilah dia aksesori dari Bobita Gen2 yang namanya Toddler Extender. Ia boleh dipasang dan dibuka mengikut keperluan. RM39.90 sahaja harganya :-)
#3 MATERIAL
Seterusnya, apabila ingin membeli sebuah baby carrier, kita pasti bertanya tentang materialnya. Maklumlah, Malaysia ni cuacanya panas. Ada pula anak jenis kuat berpeluh dan ada pula yang eczema. Jadi material yang tidak panas amatlah diperlukan. Mari kita lihat perbandingan material bagi kedua-dua SSC ini.
Tugeda Chance
Material luar: Dari Kanvas. Nampak tebal tetapi lembut. Pada saya material luarnya tidak panas dan tampak kukuh.
Material dalam: Dari Mesh (jaring). Memberi kesan bulky (tebal) dan sedikit cushy. Mungkin membantu pengudaraan, Dan mengurangkan panas. Wakaubagaimanapun jaringnya adalah disebelah dalam dan tertutup oleh kanvas yang berada disebelah luar.
Bobita Gen2
Material luar & dalam: Gabungan dua material utama iaitu 100% soft cotton dan 3D-Mesh (jaring) di bahagian body panel. Bahagian luar dan dalam adalah sama di mana terdapat bahagian jaring yang dapat mengalirkan udara dari dalam ke luar dan begitu juga sebaliknya. Jadi badan anak kita boleh 'bernafas' dan jika berpeluh, ia akan mudah kering kerana terdapatnya ventilasi udara ini.

#4 BUCKLE
Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah buckle. Isu utama bagi sebuah baby carrier yang selamat ialah ketahan menampung beban pada buckle nya. Sebuah baby carrier tidak boleh menggunakan buckle yang sebarangan. Ia perlulah yang tahan lasak dan berkualiti tinnggi kerana ia menyangkut hal keselamatan anak kita.
Tugeda Chance
Jenama bucklenya tidak dapat dikenalpasti. Tiada sebarang cop jenama pada buckle. Saya cuba cari maklumat di website juga tiada maklumat tentang jenama buckle. Walaubagaimanapun, ada dinyatakan bahawa buckle nya berketahanan sehingga 20kg. Alhamdulillah sehingga hari ini saya belum pernah dengar kes buckle pecah untuk jenama ini :-)
Bobita Gen2
Menggunakan Buckle dari pengeluar buckle antarabangsa, Duraflex. Jika kita lihat di laman web Duraflex, buckle ini di dalam kategori Military Standard dengan 3-point lock security yang berketahanan sehingga 20kg. Antara jenama carrier lain yang menggunakan buckle seperti ini ialah Manduca & LennyLamb. Manakala Ergobaby dan Boba turut menggunakan buckle dari Duraflex, tetapi dari jenis 2-point lock.
Tambahan: Ini pula buckle kecil untuk tali bahu (shoulder strap) untuk kedua-dua buah SSC:

Tugeda Chance:
Menggunakan buckle kecil standard. Walaubagaimanapun tali pada bahagian ini agak nipis. Nampak kedutan pada tali tu? Ia sebenarnya kedutan akibat struktur tali yang telah berubah. Mungkin kerana perubahan (adjustment) yang kerap atau faktor ketahanan tali itu sendiri. Usia carrier ini sekitar 11bulan.

Bobita SSC:
Buckle untuk tali bahu ini tetap menggunakan jenis 3-point lock dari Duraflex. Jadi potensi untuk ianya terbuka dengan tidak sengaja adalah lebih rendah. Dan satu perasaan yang lebih yakin dan selamat apabila memakainya. Walaupun carrier ini telah berusia hampir 2tahun, talinya masih seakan baru, tiada sebarang perubahan bentuk walaupun kami telah menggunakannya dengan sangat kerap, iaitu hampir setiap hari. Talinya lebih tebal :-)

#5 SLEEP HOOD
Kedua-dua SSC ini mempunyai sleeping hood. Sleeping hood ini befungsi untuk menyokong kepala anak apabila mereka tertidur di dalam carrier (anak memang sering tertidur dalam carrier). Selain itu, ia boleh digunakan sebagai perlindungan kepala dari terik matahari dan hujan renyai. Ia juga dapat melindungi ketika ibu-ibu menyusukan anak di dalam carrier (penyusuan di dalam carrier - NIC Nursing in Carrier).
Kedua-dua sleep hood bagi Tugeda Chance dan Bobita Gen2 adalah detachable yakni boleh dicabut jika anda mahu kerana ianya menggunakan butang. 
Walaubagaimanapun, untuk Bobita Gen2 sleeping hood boleh digulung dan diikat dengan getah yang telah tersedia di bahagian pangkal hood jika tidak mahu dicabut,  Berbanding Tugeda Chance, sleephood tidak boleh digulung.
Tugeda Chance
Panjang sleep hood adalah 8inci, menggunakan adjustable mini buckle untuk memasangnya.
Bobita Gen2
Panjang Sleephood adalah 12inci, dengan panjang yang sebegini, ia boleh digunakan untuk anak yang tinggi sehingga toddler. Ia menggunakan button dengan 4 tahap pelarasan untuk keselesaan dan kesesuaian tinggi anak.

#6 SECURITY & X-BOX STITCH
Setiap carrier yang baik itu perlulah menepati ciri-ciri keselamatan tertentu. Antaranya ialah teknik jahitan yang betul dan kukuh. Selain itu, material untuk menjahit seperti benang adalah dari jenis yang high durability (tahan lasak) dan ia bukanlah benang yang sama untuk menjahit baju harian kita. Ia harus jauh lebih kuat daripada itu.
Ini adalah gambar di bahagian sambungan antara shoulder strap (tali di bahagian  bahu) dan body panel. Kedua-duanya dilengkapi jahitan X-Box Stitch. Manakala bagi Bobita Gen2 terdapat satu material tambahan berupa strap untuk menambah kekuatan tali dibahagian tersebut. Tali bahu Tugeda Chance lebih besar dan tebal. Ia juga lebih keras berbanding Bobita yang lebih mudah lentur mengikut bentuk badan penggendong.

#7 PENYIMPANAN
Antara perkara penting adalah penyimpanan yang rapi apabila ia tidak digunakan. Pada sangkaan saya semua SSC baby carrier boleh dilipat kemas dan disimpan rapi. Rupanya tidak. Tugeda chance tidak boleh dilipat/digulung rapi. Mungkin kerana material padding yang keras, jadi ia tidak dapat dilentur dan dilipat sekemas Bobita Gen2.
Ini adalah hasil terbaik lipatan yang boleh saya hasilkan untuk kedua-dua SSC. Untuk Tugeda Chance, berkali-kali juga saya cuba..tapi akhirnya terburai juga. Lepas saya ambil gambar ni, saya angkat, memang carrier terus terburai. Berbanding Bobita Gen2, dengan mudah untuk dapatkan lipatan kemas dan padat. Saya sering gunakan carrier yang terlipat ni sebagai bantal atau alas kepala anak apabila travel jarak jauh dengan kereta atau kapal terbang.
Cara mudah melipat Bobita Gen2 dengan kemas dan dan rapi.

Antara keistimewaan Bobita Gen2 ni, dengan adanya panel cover. Yang bercorak tu...ia cuma perlu disarungkan aje pada body panel. Nak tukar-tukar corak pun boleh. Jadi kita ada pilihan, nak pakai plain colour boleh, nak pakai bercorak pun boleh :-)
Contohnya macam dalam gambar ni, kami cuma guna carrier yang sama iaitu hitam plain. Tapi kadang-kadang pakai lain-lain cover bercorak :-)
Ini pula Bobita Gen2 SSC kami yang dilengkapi semua aksesori dari Bobita, iaitu: Panel Cover, Teething / Drool Pad dan toddler Extender.
Ini pula adalah aksesori asas yang memang dilsertakan dalam setiap pembelian;
  • Foot Rest - Berfungsi untuk meletak dan merehatkan kaki anak agar dalam posisi yang selamat dan selesa.
  • Sleeping Hood - Untuk menyokong kepala anak ketika tidur. Selain itu boleh melindingi anak ketika terik matahari atau hujan renyai. Sebagai pelindung juga jika ibu menyusu di dalam carrier (NIC - Nursing in Carrier)
  • Purse Strap - Untuk membantu ibu-ibu 'memegang' beg tangan agar tidak mudah melorot dengan cara menyangkutkan tali beg tangan pada purse strap tersebut.
  • Mesh Bag - Beg berjaring ini bukan sahaja digunakan untuk penyimpanan, malah ia berfungsi untuk mencuci carrier menggunakan mesin basuh. 
Cara penggunaan Purse Strap yang memudahkan :-)
Mudah nak basuh :-)

Sekianlah sudah review saya. Saya pun nak pulangkan dah Tugeda Chance SSC ini pada tuannya. Moga entri ini membantu dan bermanfaat :-)


Tuesday 19 April 2016

Crotch Baby Carrier: Benarkah ianya bahaya?


Alhamdulillah, kini ramai ibu ayah telah terbuka untuk mendalami ilmu menggendong anak. Tahniah. Saya percaya, ibu ayah yang ingin menggendong anak dengan baby carrier ada sebab tersendiri. Dan ada juga ibu ayah yang tidak menggunakan baby carrier juga ada sebab tersendiri. Kita ibu ayah yang bijaksana, terbukalah dengan pilihan ibu bapa lain yang mungkin tidak sama dengan kita. Yang pasti, kita semua menyayangi anak kita :-)

Baiklah, dikalangan ibu ayah yang mula berjinak-jinak dengan dunia menggendong pastinya tidak terlepas dari mendengar, terbaca, ternampak, malah mungkin ada yang menggunakan baby carrier dari jenis narrow base a.k.a crotch carrier. Yang mana tu? Alaa... Yang bawah dia kecil tu, macam dalam gambar di atas lah ;-)

Tersebar luas juga bahawa baby carrier jenis narrow base atau crotch carrier ini merbahaya. Boleh sebabkan Hip Dysplasia kepada bayi. Ishh...betul ke bahaya? Betul ke?

Sebenarnya TAK 100% BETUL. Baby carrier jenis tersebut bukanlah 100% PENYEBAB HIP DYSPLASIA kepada bayi.

Jadi, selamatlah kalau guna? Ok je kan?
(Ramai je yang pakai, ok je)

BETUL, ianya SELAMAT. Tapi ianya selamat hanya UNTUK BAYI YANG SIHAT SEMPURNA semua struktur tulang dan pinggulnya. Apa maksudnya? Mari saya ceritakan serba ringkas, hasil pembacaan saya mengenai perkara ini dari sebuah artikel berbahasa inggeris. Saya cuba melayukannya agar ibu ayah semua yang lebih menyenangi bahasa melayu dapat memahami sepenuhnya perkara yang PENTING ini :)

Artikel rujukan:


Jenis-jenis hip dysplasia pada bayi
Imej dari Hip laman web Displasia Institut Antarabangsa

APA ITU HIP DYSPLASIA - DISPLASIA PINGGUL?
Dr. Siow Hua Ming, seorang pakar bedah ortopedik dan Pengarah Perubatan di Providence Orthopaedics di Elizabeth Pusat Pakar Mount Novena , menjelaskan bahawa displasia pinggul bayi adalah satu keadaan di mana terdapat masalah pada kedudukan sendi pinggul.

Dalam erti kata lain , hip dysplasia adalah istilah perubatan untuk soket pinggul yang tidak meliputi sepenuhnya bahagian bola daripada paha atas, yang boleh membuatkan paha untuk terkeluar dari soket, sebahagian atau sepenuhnya ( pinggul terkehel ).

Oleh kerana displasia pinggul biasanya tidak menyakitkan bayi, pakar-pakar memberi amaran bahawa ia mungkin tidak dapat dikesan sehingga kanak-kanak mula berjalan. Sehingga ia boleh membawa kepada penyakit artritis apabila dewasa dan baru mula merasa sakit apabila dewasa.

Dr. Siow berkata bahawa hip dysplasia berlaku kira-kira 1 % dikalangan bayi. Risiko ini meningkat kepada anak pertama yang dilahirkan, perempuan dan kekurangan cecair amnion daripada biasa dalam rahim ketika hamil.

Pinggul bayi adalah sangat lembut, ini menjadikan mereka secara semula jadi lebih mudah terdedah kepada displasia pinggul.
PUNCA HIP DYSPLASIA PADA BAYI
Menurut Institut Hip Displasia Antarabangsa, punca sebenar kanak-kanak menghidap hip displasia tidak dapat dikenalpasti. Walaubagaimanapun, mereka telah mengenal pasti beberapa faktor sebagai tambahan kepada apa yang Dr. Siow katakan, iaitu:

Genetik: Kira-kira 12 kali lebih berkemungkinan kepada bayi yang terdapat sejarah keluarga menghidap hip dysplasia.

Kedudukan dalam rahim : Kedudukan bayi dalam kandungan boleh menyebabkan tekanan pada sendi pinggul yang menyumbang kepada displasia pinggul selepas kelahiran. Bayi dalam kedudukan songsang adalah lebih cenderung untuk mempunyai ketidakstabilan pinggul berbanding bayi yang berada dalam kedudukan normal.

Sifat lembut sendi pinggul bayi: Soket pinggul bayi adalah lembut. Membuatkan ia lebih mudah menyebabkan pinggul bayi untuk terkilir.

Kebiasaan bayi pada tahun pertama:
Budaya membedung bayi yang salah mempunyai kadar yang tinggi untuk bayi mengidap hip displasia.

Perhatikan bagaimana betapa lurus (menggunakan papan) pinggul dan kaki bayi ini, meningkatkan risiko hip dysplasia
Imej dari laman web International Hip Dysplasia.
Sebagai ibu bapa, tidak banyak yang boleh kita lakukan tentang tiga sebab pertama (genetik, kedudukan dalam rahim, sendi pinggul bayi yang lembut) yang mungkin menjadi penyebab kepada displasia pinggul bayi sebagaimana yang disebut di atas. Namun, kita sentiasa boleh mempelajari tentang cara untuk meminimakan risiko terhadap bayi kita dengan mempelajari kaedah membedung yang betul serta pemilihan baby carrier yang selamat.

Sesetengah baby carrier, seperti ini (menghadap ke hadapan) menyebabkan kedudukan yang tidak sihat kepada pinggul bayi.
Sesebuah baby carrier boleh mengurangkan atau meningkatkan peluang bayi untuk mendapat hip dysplasia.
Menurut pakar kesihatan, ia mengambil masa beberapa bulan untuk sendi bayi untuk membentuk secara semula jadi selepas kelahiran. Semasa beberapa bulan pertama bayi hidup, "bola" sendi pinggul biasanya longgar dan soket tulang lembut dibahagian dalam. Jika pinggul bayi dipaksa berada dalam kedudukan yang terlalu lurus terlalu awal, maka "bola" sendi pinggul, tepi soket (hip dysplasia) boleh berubah bentuk secara kekal atau sepenuhnya terkeluar dari soket (terkehel). Sesetengah baby carrier boleh menggalakkan kedudukan pinggul yang tidak sihat kepada bayi.
Kedudukan yang tidak sihat kepada pinggul bayi di dalam baby carrier. Imej dari Hip Antarabangsa Displasia Institute
Kedudukan yang tidak sihat kepada pinggul bayi.
Jika kaki bayi akan diluruskan sama dengan pinggul dan lutut, terdapat risiko yang lebih besar hip dysplasia berlaku, terutamanya jika kedudukan ini dikekalkan untuk masa yang lama.

Kedudukan yang sihat kepada pinggul bayi.
Dr. Siow menjelaskan bahawa kedudukan yang paling sihat untuk pinggul bayi muda adalah apabila mereka 'flexed and abducted'. Dalam erti kata lain , ia adalah apabila pinggul bayi anda berada dalam kededukan secara semula jadi ke sisi yang bertentangan, dengan pahanya disokong dan pinggul dan lutut dibengkokkan . Kedudukan ini juga dikenali dengan nama-nama berikut: 
  • Jockey position
  • Straddle position
  • Frog position
  • Spread-squat position
  • Human position
Kedudukan yang sihat kepada pinggul bayi di dalam baby carrier. Imej dari Hip Antarabangsa Displasia Institute

Pilih baby carrier yang meletakkan pinggul dan tulang belakang bayi anda pada posisi yang betul.
Apa yang perlu ibu bapa perlu titik beratkan  apabila memilih baby carrier?
  • Baby carrier yang menghadap ke badan penggendong (ibu bapa), menurut Dr Siow , ia menggalakkan lenturan dan pergerakan pinggul bayi.
  • Ia juga penting untuk kedua-dua ibu bapa dan bayi merasa selesa.
  • Tambahan lagi, ia perlu menyediakan sokongan yang baik untuk tulang belakang bayi dan mengurangkan pergerakan kepala (flopping of the head), tidak terlalu ketat menyebabkan tidak selesa untuk bayi.
Baby Carrier baik harus memastikan keselesaan kedua-dua ibu dan bayi.

Tanda-tanda displasia pinggul bayi.
Menurut Intenational Hip Dysplasia Institute, berikut adalah tanda-tanda yang paling biasa hip dysplasia dikalangan kanak-kanak: 

Asimetri (tidak simetri): Lipatan punggung yang tidak simetri mungkin petunjuk displasia pinggul pada bayi, tetapi ia perlu disahkan dengan ultrasound atau x-ray. 

Bunyi 'klik' pinggul: Bunyi menyentap atau klik dari bahagian pinggang boleh menjadi petanda keadaan ini, tetapi sekali lagi, ia adalah yang terbaik untuk menyiasat lebih lanjut dengan x-ray atau ultrasound. 

Penyebaran pinggul yang terhad: Anda mungkin mendapati sukar untuk menukar lampin bayi anda kerana bahagian pinggang tidak boleh merebak (dikangkang) sepenuhnya. 

Sakit: Semasa bayi dan kanak-kanak, displasia pinggul biasanya tidak mengalami kesakitan, kesakitan mula dirasai pada usia remaja atau dewasa.

Swayback: Apabila kanak-kanak belajar untuk berjalan, mereka didapati tempang atau terdapat perbezaan panjang kaki kiri dan kanan adalah petunjuk yang paling biasa displasia pinggul. 

Oleh itu, Dr. Siow menasihatkan jika ibu bapa mengesyaki sebarang masalah dengan pinggul anak mereka, rujuklah kepada pakar bedah ortopedik pediatrik secepat mungkin. Displasia pinggul mempunyai hasil rawatan terbaik apabila dikesan dan dirawat awal.

**************************************************************************************

Yaa...begitulah isi artikel tersebut. Jadi apa yang dapat disimpulkan disini? 

#1
Baby carrier jenis narrow base atau crotch tidak semestinya penyebab kepada hip dysplasia. Faktor keturunan dan dari dalam kandungan lagi boleh menjadi penyebabnya. Namun baby tidak sakit jika mereka menghidap hip dysplasia ni. Oleh itu, walaupun kita guna carrier jenis narrow base atau crotch, 'baby tak menangis pun. bererti dia OK lah' - itu adalah tidak benar sama sekali kerana memang mereka tak rasa sakit.

#2
Kita boleh pakai carrier jenis tersebut jika anak kita memang 100% normal tulangnya. Namun kita tidak akan tahu tulang anak kita itu normal atau tidak selagi mereka belum boleh berjalan atau kita buat pemeriksaan X-ray (tapi ada ke kita nak buat X-Ray saja-saja kalau anak kita takde sakit apa-apa?) Memang tak lah. Jadi kita sendiri tak tahu keadaan tulang anak kita 100% normal atau tidak sehingga dia besar. Tapi waktu itu mungkin dah terlewat.

#3
Mungkin kita meyakini tulang anak kita normal. Jadi bolehlah guna carrier jenis narrow base atau crocth carrier. Benar. Tapi, walaupun ianya selamat, Ia tetap tidak ergonomik. Ergonomik ni apa pula?
Ergonomik bermaksud Direka untuk memberi keselesaan yang optimum dan untuk mengelakkan tekanan atau kecederaan (direka dengan baik, mesra pengguna)

Jadi, walaupun ianya selamat, ia mungkin tidak selesa. Bukan sahaja kepada bayi, malah kita yang menggendong. Betul ke? Kalau nak tahu kebenarannya, memang takda cara lain, anda perlulah mencubanya sendiri dan rasai perbezaannya.

#4
Apabila anda tidak selesa, maka anda tidak akan mahu menggunakan baby carrier untuk jangka masa yang lama atau tidak mahu menggunakannya sama sekali (ini yang biasanya berlaku apabila anda menggunakan baby carrier jenis narrow base atau crocth). Lebih parah, anda akan sakit-sakit badan kerana tekanan beban yang tidak sekata (tapi anak anda ok je, sebab mereka memang tak rasa sakit). Akhirnya matlamat untuk menggunakan baby carrier bagi memudahkan pergerakan menjadi sebaliknya. Berbanding baby carrier yang ergonomik, anda hampir tidak merasa beban ketika menggendong anak. Malah boleh menggendong mereka berjam-jam walaupun berat mereka melebihi 10kg~!!!

#5
Ramai yang berpendapat, "alaa, pakai sekejap je baby carrier ni, nanti anak besar tak pakai dah". Ya, jika anda memang merancang untuk pakai baby carrier untuk jangka masa yang pendek, untuk bayi sehingga 6bulan sahaja misalnya, anda boleh gunakan baby carrier jenis narrow base atau crotch carrier (itupun jika tulang pinggul anak anda dipastikan normal). Tapi jika anda ingin menggendong anak anda untuk jangka masa panjang, 6bulan ke atas sehingga toddler atas sebab-sebab tertentu seperti memudahkan pengawalan, keselamatan yang lebih terjamin, keselesaan, dan pelbagai lagi, pilihlah baby carrier yang ergonomik.

OKlah, di sini saya sediakan beberapa link untuk ibu ayah semua jika nak baca beberapa penulisan saya yang lain tentang baby carrier / babywearing ni :-)

#1 Baby Carrier (crotch, hip-seat, SSC): Belajar dari pengalaman.

#2  Bobita Gen2 SSC Baby Carrier: Kami Jatuh Cinta~

#3 Review Baby Carrier: Buckle

#4 Bobita Gen2 SSC - Baby Carrier terlengkap di dunia?

#5 Range harga baby carrier di Malaysia

#6 Bersama Bobita Gen2 SSC Baby Carrier, ke mana telah kami pergi?

#7 Isu dalam penggunaan Baby Carrier: Mengapa 'front-facing' itu tidak baik?

#8 Tips: Bawa Bayi Naik Pesawat

MOGA BERMANFAAT