Translate: Choose your language :-)

Wednesday, 7 September 2016

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 2 (shopping day)

Alhamdulillah, hari pertama kami di Bandung berjalan lancar. Hari ini hari ke dua, hari Shopping 100%. Dari pagi hingga ke malam kami shopping dari satu kedai ke satu kedai sekitar Bandung. Hari ini, kami bergerak dengan MPV yang kami tempah khas dengan bayaran Rp500ribu sehari. Sekitar RM155 sehari. Dari pagi hingga malam, termasuk driver/supir, petrol, toll, parking, dan sebagainya. Untuk kami berlima, saya rasa ia sangat berbaloi. Sebab kalau kat Malaysia, RM150 tu sewa kereta aje kot. Kena drive sendiri, minyak pun kena isi sendiri, parking, toll lagilah kena bayar sendiri kan~ Jadi ikutilah pengembaraan ‘shopping day’ kami ini :-p
 
#1 PASAR BARU
Destinasi pertama kami hari ini ialah Pasar Baru. Tempat ni memang tempat shopping nombor satu lah dikalangan orang Malaysia kalau ke Bandung. Kalau nak buat bisnes, beli borong telekung, kain pasang atau baju-baju, memang inilah tempatnya. Ada banyak tingkat. Secara jujur, sehari kat sini pun rasanya tak cukup untuk tengok semua benda 🙂 Kat sini juga ada servis jahit baju satu hari siap tau. Dulu saya ke sini waktu nak buat baju nikah. Memang best. Beli kain kat sini, malamnya tailor datang fitting kat hotel. Esok malam dah siap baju, diorang hantar terus kat hotel. Harga? Memang murah dari nak tempah kat Malaysia lah. Pastu terus siap pulak. So memang best 😉
Seawal pukul 9pagi kami dah keluar dari hotel. Di sini ada food court di tingkat atas. Jadi, kita bolehlah nak sarapan kat sini. Tengok tu. Hebat sarapan diorang. Macam makan tengah hari dah. Tapi memang perlu makan yang berat di pagi hari sebab perlu banyak tenaga untuk shopping sepanjang hari nanti :-p
Tengoklah background tu, penuh dengan bag. Ni baru di food court aje, belum tingkat untuk shopping betul lagi :-p
Wafiy seronok tengok bag kartun-kartun. Nasib baik dia tak mintak sebijik :-p
Kedai pertama yang kami kunjungi ialah Sir Cinta, di parking tingkat 5. Kedai ni memang rajin keep in touch dengan customer. Kakak saya yang dah pernah ke kedai ni 4tahun lepas pun masih lagi berhubung dengan mereka. Kalau nak beli barang, diorang boleh pos ke Malaysia 🙂
Wafiy disambut oleh Upin dan Ipin di pintu masuk kedai ni :-p
Wafiy diumpan gula-gula agar duduk diam. Dekat setengah balang gula-gula di bantai sementara MakLong dia shopping :-p
Syurga beli belah MakLong :-p
Pilih telekung murah-murah 😉
Wafiy tawaf kedai. Semua pelosok dia masuk :-p Jadi, sesiapa yang bawa anak kecil, siapkan lah mental dan fizikal ya 😉
Selepas 1jam di Sir Cinta, kami pun menjelajah ke kedai-kedai lain pula. Kami buckle up Wafiy dalam baby carrier Bobita ni, senang dan selesa 🙂
Di sini memang perlu banyak berjalan. Orang pun ramai, kain pun banyak. Banyaknya kain kat Pasar Baru ni sampai kita nak berjalan pun susah. Lorong jadi kecik aje. Memang kena menyelit-nyelit la. Kalau ada pulak anak kecik macam Wafiy ni, boleh hilang celah kain. So, cara terbaik, dukunglah anak. Kalau nak selesa, takmau penat dukung, gunalah baby carrier macam Bobita ni ok? Sebab Bobita ni ergonomik, jadi tak lenguh. Anak pun terasa lebih ringan. Stroller tak disarankan sebab kekurangan ruang terutama di tingkat yang jual kain ela ni. Memang takda harapan nak tolak stroller 🙁
Sila bawak duit berjuta-juta agar tak kempunan tengok kain :-p
Kebiasaannya, kita akan diiringi oleh shopper guide. Ini Mas Roni. Dia shopper guide untuk kami untuk trip kali ini di Pasar Baru. Dulu masa saya ke sini tahun 2012 pun ada juga shopper guide yang akan bantu kita. Tanya aje nak cari apa, nak kain yang macam mana, diorang akan bantu carikan dan bawa ke kedai yang berkaitan. Kalau kita nak cari kedai sendiri pun boleh jugak. Siap sedia la nak sesat :-p Lepas tu, bestnya shopper guide ni, segala barang yang kita shopping, bagi je kat dia, nanti dia hantar terus ke kereta. Jadi takdelah kita nak mengusung beg banyak-banyak ke hulur ke hilir. Dan yang lebih syukurnya, Roni ni rajin jugak layan Wafiy. Jadi, waktu saya pilih kain, dia layan Wafiy main susun mineral water ni. Lega lah mak sekejap :-p
Satu cabaran terbesar dengan anak kecil bila di Pasar Baru ini adalah bila ada banyak penjual air-air ni yang bergerak. Wafiy pantang tengok diorang ni lalu, mula la tak keruan. Sekejap nak air milo. Bila dah beli, jap lagi lalu pulak penjual lain pulak. Dah dia nak air lain pulak. Air oren, susu cap Thorr bagai… Kalau tak belikan, sedih la macam patah hati sangat. Beratus ribu memang spend untuk beli air-air ni aje dan harganya tak murah okey~ diorang yang jual ni semua berlesen. Jadi harga pun standard. Sama je dengan mana-mana penjual. Macam milo tin tu Rp 15ribu bersamaan RM4 camtu. Sepanjang kat sini banyak botol juga yang terbeli. Belum lagi mainan-mainan bagai… Fuhh…parah-parahhhh :p
Pasar Baru ni memang syurga kain lace lah. Dari kualiti buat net bunga telur, hingga yang made in France punya lace pun ada. Dari kain nak buat baju tidur, sampai baju pengantin semua lengkap. Dulu saya tempah baju nikah kat sini lah 😉 Tepuk poket tanya selera…hehe :-p
Pembantu jualan kat sini memang berkomitmen tinggi. Diorang memang ramah dan sangat sabar melayan kerenah pelanggan. Dari kain murahan sampai kain jutaan rupiah pun dia layan sama je kita ni. Walaupun kami nak beli kain harga Rp 20ribu aje pun dia sanggup panjat-panjat ambik kain, kirai satu-satu bagi kita tengok. Kalau kain yang berjuta rupiah, memang dia siap bagi kita duduk kat sofa, minum kopi lah. Dia siap pasangkan kat patung, bagi kita tengok betapa cantiknya kain tu :-p Contoh macam dalam gambar atas ni, harga lace ni Rp 100ribu. Yang berjuta tu saya tak ambil gambar sebab malu, tak mampu :p
Ni kopi yang dibancuh untuk kami nikmati sementara buat keputusan nak beli kain yang mana :-p
Memang best shopping kat sini. Kalau kat Malaysia, mana ada kedai kain nak jamu air kat kita kan :-p Strategi pemasaran yang baik, modal kopi diorang tu tak seberapa, tapi kita happy, kita pun beli kain berpuluh meter la kat dia. Kat sini nak tempah terus pun boleh. Masa ni kakak saya tempah blaser/coat. Esoknya dah siap. Saya tak tempah apa-apa kalini.
Antara suasana kedai-kedai kain di Pasar Baru. Hampir setengah hari kami disini. Dari pukul 9.30am hingga pukul 3pm macam tu. Dasyatkan? Itu pun kami cuma round area kain ela aje. Bahagian lain tak sempat :-p Tapi takkan nak duduk sini satu hari pulakkan? Jadi dengan berat hati, kami pun melangkah pergi dan meneruskan perjalanan shopping di tempat lain pula 🙂
#2 TAMAN KOPO
Ini destinasi shopping kami yang seterusnya. Ramai yang kata kain pasang sulam di sini paling murah di Bandung. Ia terbukti memang murah. Kakak saya shopping banyak di sini :-p
Inilah suasana salah satu kedai di Taman Kopo ini. Ia sebenarnya sebuah rumah yang dijadikan kedai kain, telekung, kopiah, kain pelikat dan banyak lagi. Ramai juga orang Malaysia waktu kami ke sini 🙂
Saya tak begitu minat shopping. Jadi saya teman Wafiy makan aiskrim ajelah di luar. Memang nampak macam rumah kan? 🙂
Kat sini pun layanan memang superb. Kakak saya dihidang kopi lagi waktu memilih kain di sini. Memang cerah mata lah nak tengok kain 😉
Cabaran lagi buat kami. Depan rumah ni ada yang jual aiskrim :-p Hadoi…3bijik aiskrim jugaklah beli kat sini untuk Wafiy sementara nak tunggu MakLong dia siap shopping. Jadi, jika anda bersama anak kecil, sila tabah sebab aiskrim diorang jual ni pun memang over priced okey~Yang biasa RM1.50 kat Malaysia, kat sini mau RM4. Kali 3bijik, tak berbelas ringgit untuk aiskrim aje…hahai~ :-p
Inilah pembeli aiskrim mahal tu…haha 😉
Budak muka bahagia dapat makan aiskrim. Ini dah aiskrim ke dua. Mohon ibu ayah banyakkan berdoa agar anak sihat-sihat selalu ye.
Suasana dalam rumah/kedai di Taman Kopo. Wafiy buat site visit sambil makan aiskrim. Bandung ni sejuk. Aiskrim pun lambat cair :-p Sejam lebih juga kami di Taman Kopo ni. Kemudian kami.ke destinasi seterusnya 😉
#3 GRUTTY, CIBADUYUT
Grutty di Cibaduyut ini macam shopping mall. Ada banyak beg dan kasut yang kebanyakannya dari jenamanya sendiri, iaitu Grutty. Di sini ada surau, jadi boleh solat lah jika singgah di sini.
Ceria berwarna-warni 😉
Cibaduyut memang terkenal dengan barangan kulit seperti kasut dan jaket kulit.
Ini antara suasana kedai ini.
Ribuan pasang kasut yang memukau~
Saya belilah juga satu sling bag di sini 😉
Wafiy pun tak lepaskan peluang :-p
Sangat merbahaya…haha. Tengok Wafiy tu: baru lepas beli bola, dia dah tunjuk ikan besar kat atas tu pulak…haha, dengan pantas kena selamatkanlah poket kita :-p Let’s move on.
#4 TOKO TIGA
Kedai ni memang terkenal dengan seluar jeans. Jadi kalau nak dapatkan seluar Levis dengan harga lebih murah, bolehlah jenguk-jenguk ke sini.
Suasana kedai. Ada juga perkhidmatan potong kaki seluar di sini. Jadi kalau dah beli seluar labuh, boleh lah terus modify di sini. Nanti boleh terus pakai seluar baru 😉
Suasana kedai Toko Tiga. Ada juga t-shirt superhero sebagai alternatif kalau tak mampu nak beli seluar jeans :p Sebab seluar kat sini harga ratusan ringgit juga.
Antara interior kedai. Untuk budak serba nak tahu ni, kedai ni amatlah sesuai. Ada kolam ikan, ada burung dalam sangkar, memang menarik perhatian. Jadi kalau orang shopping, budak-budak macam Wafiy ni taklah boring 🙂
Uniknya lagi, kedai ni ada lantai kaca yang ada mainan dalamnya. Tapi tersorok sikit. Wafiy ni ramah terlebih, dia pergi ‘sembang-sembang’ dengan kakak sales girl tu. Lepastu kakak tu pimpin tangan dia. Saya pun pelik lah awal-awal tu, nak bawak Wafiy pergi mana kan~ rupanya dia nak tunjuk kat Wafiy lantai ni. Memang excited la Wafiy. Tak berganjak-ganjak. Dalam tu ada macam-macam. Gajah, kucing, anjing bagai. Sales girls semua pun rajin layan Wafiy kat situ. Alhamdulillah, taklah Wafiy boring tunggu MakLong, PakLong, dan ayahnya shopping dan belek barang 😉
Wafiy tak jemu-jemu tengok mainan dalam lantai tu :-p
Kat sini, ayah Wafiy beli sehelai T-shirt untuk dirinya sendiri. Okeylah tu. Kami memang bukan kaki shopping sangat :-p
 
#5 EIGER CENTRE
Destinasi shopping kami yang terakhir kami adalah di Eiger Centre. Dah malam masa ni. Eiger ni satu jenama yang terkenal di kalangan pendaki gunung atau sukan extreme. Kalau korang tak involve dengan aktiviti pendakian, mungkin taktaulah brand ni. Ia dikilangkan di Indonesia, sama macam baby carrier Bobita. Produk Eiger ni majoritinya adalah beg-beg yang tahan lasak, beg panjat gunung, alatan perkhemahan dan banyak lagi. Suami saya memang peminat dan pengguna tegar produk Eiger sejak zaman belajar lagi. Jadi dia memang aim nak ke kedai ni dari awal lagi 😉
Ini exterior luar kedai Eiger ni. Memang extreme 😉
Wall climbing sambil dukung anak? Hehe~
Interior kedai/butik. Ini adalah butik yang terbesar di Bandung untuk produk Eiger.
Pintu masuk kedai. Memang unik. Wafiy melompat dari satu batu ke satu batu sampai masuk dalam kedai. Memang budak-budak kecik having fun 🙂
Taraa~ untuk peminat backpack Eiger, memang rambang mata. Kebetulan ada sale pulak masa ni 🙂
Interior kedai. Wafiy feeling-feeling camping~ :-p
Wafiy masak, MakLong kena makan 😉
Memang syok kedai ni. Wafiy tak boleh duduk diam langsung. Seronok boleh acah-acah camping :-p
Yeayy, dapat backpack Eiger Women Edition satu 😉
Sekian hari kedua kami di Bandung a.k.a shopping day. Memang dari pagi sampai malam shopping aje. Untuk dinner pun kami beli bungkus Nasi Padang, makan kat bilik aje sebab dah tak larat nak duduk makan kat kedai :-p
P/S: yang banyak tu barang kakak saya ye :-p
Esok adalah hari ke-3 di Bandung merangkap hari jalan-jalan, melihat keindahan alam dan merasai kenyamanan udara Bandung. Nantikan entri saya yang seterusnya okey~ Kalau nak baca kisah Day-1 kami di Bandung, boleh klik disini 🙂
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

No comments:

Post a Comment