Translate: Choose your language :-)

Tuesday, 10 May 2016

Review: Restoran Fizo Mawar, Bangi

Ini bukan kali pertama sebenarnya saya makan di Restoran Fizo Mawar ni. Yes I am a repeated customer restoran ini. Tapi saya tak pernah ada sehelai pun tudung Fareeda dan tak pernah sempat nak merasa Hot Burger lagi :-P

Minggu lepas, setelah berjalan-jalan di sekitar Bangi, shopping + window shopping berjam-jam sampai anak pun tertidur dalam carrier lebih 2jam. Tu yang syok pakai baby carrier yang macam Bobita Gen2 SSC ni, anak tidur selesa, kita yang carry pun tak lenguh tangan, tak sakit badan. Relax je jalan sana-sini tengok itu ini. Anak pun lagi lena rasa macam dibuai-buai kot ;-) So, kalau nak senang shopping + jalan-jalan, pakailah baby carrier yang ergonomik yang selesa macam Bobita ni ok? Jadi, lepas dah selesai jamu mata, rasa macam nak jamu perut pulak. Jadi kami decide nak ke Restoran Fizo Mawar ni lah :-D

Alhamdulillah, kami dapat parking betul-betul depan restoran. Dari jalan utama dah boleh nampak signboard yang jelas, terang, dan nyata ini :-)

Wafiy sambung tidur (memang dia tak terjaga langsung dari dalam carrier, masuk kereta, sampai masuk kedai, even sampai kami habis makan). Sebab tu saya boleh relax-relax duduk nak buat review ni dan ambil-ambil gambar.Kalau Wafiy tak tidur, memang tak ada harapan saya nak bergambar ria :p

Beginilah dekorasi restoran ini. Saya dapati ia telah direnovasi sedikit berbanding kali pertama saya ke sini pada Februari 2016 yang lalu. Secara peribadi, saya merasakan dekorasi dan ubahsuai terkini ini lebih baik kerana ruang berhawa dingin menjadi lebih luas dan mampu menampung jumlah pelanggan yang lebih ramai dan selesa.

Suasana agak lengang sebab waktu ni baru pukul 5pm, weekdays pula tu :p Kalau weekend, malam... Time gaji ke pulak macam kami pergi dulu, memang penuh semua ni. Berpeluh-peluh Fizo layan pelanggan. Angkat dan ambil order :-)

Jom tengok menu pula. Ini dia muka depan menu.

Ini antara menu. Semua masakan Thai. Tapi tak sama macam makanan Thai yg biasa kita makan di kedai-kedai Tom Yam lain. Bagi yang pernah ke Thai, dan merindui masakan Thai yang pelbagai, bolehlah ke sini :-)

Banyak juga variasi menu. Dari makanan ringan, hingga makanan berat.

Kami order ni, SweetyMawar namanya. Macam lai chee kang la. Sedap. Wangi dengan ada nangka fresh dan buah-buah lain. Cukup rasa, sedap dan memang patut cuba.

Ini pula namanya Nam Kun. Kalau orang Kelantan mungkin dah biasa makan Mi Celup. Haa, mi celup la ni. Sedap tak? Sedap ni kan subjektif. Bagi saya ini antara mi celup yang sedap yang pernah saya rasa (saya bukan orang Kelantan). Tapi pernah juga rasa mi celup yang lebih sedap dari ni. Tapi, Nam Kun ini tidak mengecewakan. Mengimbau kenangan la jugak waktu makan di Hatyai dulu ;-) Anda bolehlah cuba kalau ke sini ok?

Ini gambar lama, masa kami ke sini Feb 2016 dulu. Berpeluh-peluh Fizo angkat dan hantar order ke meja-meja sebab tak cukup staff kot. Apa-apa pun, tahniah atas usaha. Insyaallah ada masa kami akan kembali untuk cuba menu yang lain pula :-)

Monday, 2 May 2016

Sarapan di Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon memang telah menjadi tumpuan sarapan pagi warga Pulau Pinang sejak sekian lama. Tapi kini, para pelancong dari luar turut telah menjadikan Taman Tun Sardon sebagai destinasi sarapan ketika bercuti di Pulau Pinang. Dengan aneka pilihan makanan seperti serabai, nasi lemuni, mi sotong, pelbagai kuih muih dan pelbagai lagi pasti menggamit selera. Tidak hairanlah banyak rancangan TV, artis popular turut singgah ke sini untuk menikmati sarapan di sini. Anda boleh lihat plat Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 di kedai-kedai terpilih menunjukkan team produksi tersebut pernah membuat liputan di sini :-)

Alhamdulillah, cuti hari pekerja baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi bersarapan di sini sekali lagi. Seawal jam 7.45pagi astaka Tun Sardon ini telah dibanjiri pengunjung. Jadi jika anda berkereta, tabahlah untuk mencari parking. Kami pagi itu hanya bermotorsikal. Itupun agak sukar juga nak cari parking. Jadi anda boleh bayangkan bertapa tempat ini memang diminati ramai untuk bersarapan :-p

Ini lah dia astaka Taman Tun Sardon, tak ada sign board, tapi jika guna google map senang aje nak jumpa. Ia terletak bersebelahan Pasar Taman Tun Sardon.
Jika dari AbbyJay Homestay, perjalanan cuma mengambil masa sekitar 13minit untuk sampai ke sini.

Kali ini kami memilih untuk memulakan sarapan kami dengan Nasi Lemuni. Tengoklah tu, pelbagai pilihan nasi dengan harga yang murah.
Ini dia Nasi Lemuni sambal bilis dan telur. Kalau di KL, memang tak pernah nak merasa makan macam ni. 29tahun hidup, ini pertama kali cuba. Hehe... Antara menu rare yang patut anda cuba.
Ini pula Nasi Lemuni Gulai Daging. Nampak menyelerakan betul tak?
Seawal jam 7.45pagi, Wafiy masih tak sedarkan diri. Maklumlah pergi taska pun selalunya dibangunkan pukul 8.30pagi macam tu :-p Jadi, dari katil, kami angkat dia, masuk dalam carrier tak sedar langsung. Kalau nak tahu, baby carrier ni dari jenis yang ergonomik (jenama Bobita), jadi bila anak digendong dalam ni, mereka berasa seperti dakapan ibu secara semulajadi. Jadi memang sedap. Kita yang pakai pun selesa. Anak tidur pun kita relax boleh makan, dan guna kedua-dua tangan kita. Ada baby carrier dah tolong 'pegangkan' anak. Mudahkan? Jadi kalau ibu ayah dengan anak kecil nak bercuti, amatlah disarankan untuk pakai baby carrier yang selesa macam ni. Walaupun dah 11kg, 2tahun 7bulan macam Wafiy ni, kita still relax. Tak lenguh-lenguh nak ampu dia tidur :-) Nak carrier macam ni? Boleh visit FB Page Rasmi Bobita Baby Carrier Malaysia.
Kami pilih meja untuk duduk kebetulan depan gerai ni. Ada char kuew tiaw. Ada dua pilihan, nak yang kering atau yang basah.
Suami saya pilih char kuew tiaw kering. Rare sikit kan? Tapi rasanya memang sedap. Berbaloi. Anda patut cuba juga ;)
Kuih-muih memang macam-macam jenis. Memang rambang mata nak pilih. Semua kuih ni total RM4. OK la kan? :-)
Saya dah siap makan, sambil tunggu suami habiskan minumannya, Wafiy dah buka mata sikit. Jom la selfie satu :p
Ini antara suasana di sini. Orang beratur panjang nak beli serabai istimewa ni. Memang terkenal. Ia di makan dengan kuah seri kaya yang dibuat sendiri oleh mereka. Dah pernah masuk TV3, rancangan JJCM tau ;-)
Ini gambar lama sebenarnya, dulu dah pernah ke sini makan serabai. Tapi ini serabai kedai lain. Tetap sedap. Anda patut cuba juga ;-)
Ini antara koleksi gambar sarapan di sini. Sumber: google.
Ini pun gambar lama. Niat nak makan ni juga pagi tu, tapi tak buka pula gerainya. Mee Sotong Tun Sardon ni biasanya dibuka sepanjang hari, tidak terhad hanya pada waktu sarapan ;-)

Sekianlah informasi dan pengalaman yang dapat saya kongsikan pada entri ini. Oh ya. Astaka Taman Tun Sardon ini ditutup pada hari Rabu ye. Manakala pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) adalah hari yang paling meriah sekali.

Selamat bercuti dan menjamu selera di Pulau Pinang ;-)

Tuesday, 26 April 2016

Baby Carrier. Pilihlah sebaiknya :-)

Prakata: Entri ini adalah penting bagi ibu-ayah yang ingin menggendong anak menggunakan baby carrier sahaja. Jika anda tidak mahu menggunakan baby carrier sama sekali, ia mungkin tidak penting dan anda tak perlu baca sampai habis ok?

Sekarang dah tersebar luas bahawa narrow base carrier atau crotch baby carrier itu tidak selesa untuk penggunaan jangka masa panjang (malah mungkin berbahaya untuk anak dan kita yang menggendong) Boleh baca mengenainya di entri Crotch Baby Carrier: Benarkah ianya bahaya? Namun ramai yang tidak tahu ada baby carrier yang jauh lebih menggusarkan hati daripada itu. Iaitu baby carrier tiruan (fake baby carrier) atau baby carrier yang dibuat secara pukal (kebiasaannya buatan kilang China) yang tidak jelas kualiti materialnya dan ianya telah banyak mengakibatkan kejadian tragis bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Yang jelas, baby carrier yang sebegini bukan sahaja beredar di pasaran Malaysia, malah juga banyak di negara-negara lain di seluruh dunia. Mari kita kenali baby carrier tersebut.

Saya rasa, ramai yang pernah lihat baby carrier ini dijual secara online di FB

Kita mungkin tidak boleh mengatakannya baby carrier tiruan kerana ia tidak mempunyai jenama yang tertentu. Jika pun ada jenama, ia adalah jenama yang diletakkan atas permintaan penjual itu sendiri sedangkan ianya adalah baby carrier yang sama, dikilangkan di kilang yang sama, cuma jenama sahaja berbeza. Jika anda ingin buat jenama sendiri pun boleh. tak ada masalah :p Secara peribadi, saya pernah mendapat email dari pihak pengeluar baby carrier ini. Mereka menawarkan saya untuk membuat jenama sendiri dengan harga cuma belasan ringgit sahaja untuk satu unit. Ya. BELASAN RINGGIT SAHAJA. Namun email tersebut di bahagian SPAM. Beberapa hari setelah itu saya mencari semula email tersebut, ianya telah autodelete dari email saya. Jika tidak, sudah pasti saya akan printscreen dan kongsikan kepada anda semua :-( Tapi sama sekali saya tidak berniat untuk memiliki jenama sendiri dari pengeluar ini. Mengapa? Ini antara sebabnya:

Sumber: http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/2014/09/baby-carrier-parentsplease-be-alert.html

#1 - Terlalu banyak kes kualiti jahitan yang rendah dan kejadian buckle patah. Mohon ibu ayah semua mengerti bahawa baby carrier ini berfungsi untuk menampung berat anak kita yang mungkin sehingga belasan kilogram~!!! Maka, ketahanan material yang digunakan, terutamanya buckle amatlah penting. Rata-rata baby carrier yang berkualiti itu menggunakan buckle yang telah diuji secara makmal berketahanan sehingga 20kg. Ia bukanlah menggunakan buckle plastik biasa seperti yang digunakan pada bag taska anak-anak kita tu ye. Mohon mengerti tentang ini. Ibu ayah semua boleh google aje tentang kes buckle pecah ni, memang akan banyak yang keluar. Bukan sahaja di Malaysia, malah mat salleh pun banyak mengalami perkara ini kerana mereka pun ada yang terbeli carrier macam ni. Bukan kita di Malaysia aje :-(

Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/
Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/
Sumber: http://babycarrierindustryalliance.org/2013/02/fake-carriers-warning/

#2 - Kain koyak. Jika nasib anda tidak baik, ini tidak mustahil untuk berlaku. Ini kerana menurut sumber gambar ini, beliau baru membeli carrier ini dari Ebay. Ketika cuba untuk adjust buckle, tiba-tiba kainnya terkoyak. Dia cuba adjust buckle yang sebelah lain pula, dan terkoyak juga. Ada yang juga membeli carrier dari Ebay juga, telah menarik adjustable buckle ini, tapi tidak koyak seperti itu. Ini bererti material kainnya mungkin berbeza-beza. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat kualiti kain yang lebih baik. Namun anda mungkin akan mendapat kualiti kain yang berbeza dengan harga yang sama. Adilkah untuk anda? Membeli atas dasar nasib. Dan ia mungkin tidak murah bagi anda, akhirnya wang itu terbazir begitu sahaja :-(

Sumber: https://www.facebook.com/groups/bajetbw/

#3 - Warna luntur melampau. Ini antara yang dikongsikan oleh pengguna carrier jenis ini. Anak-anak bayi suka hisap/gigit tali carrier. Bayangkan jika anak kita menghisap pewarna ini? OK. mungkin penggunaan Drool / Teething pad dapat menyelamatkan anak anda jika situasi ini berlaku. Pastikan anda pakai drool / teething pad sentiasa ye. Agar anak-anak kita sentiasa selamat dari terhisap bahan kimia yang mungkin merbahaya ini.

Ini antara maklumbalas dari pengguna baby carrier ini di Amazon.com, ini adalah catatan sehingga tahun 2014. Jika hari ini, di tahun 2016, mungkin lebih banyak lagi maklum balas yang kita boleh lihat. Anda boleh cuba mencarinya di Google jika mahu.

#4 - Ilmu atau pengetahuan penjual yang amat rendah dan meragukan. Sekarang, hari-hari saya dapat lihat di FB, ada yang menjual baby carrier seperti ini. Namun, ada gambar-gambar yang digunakan sebagai testimoni amatlah menyedihkan. Ada yang cara pakainya salah dan membahayakan bayi. Jika penjual-penjual ini ambil berat tentang keselamatan bayi, mereka tidak mungkin akan membiarkan pelanggan mereka menggunakan dengan cara yang salah malah memuatnaik gambar yang salah itu ke page mereka sebagai testimoni mereka. Malah gambar bayi yang sedang menangis ketika digendong menghadap depan juga dimuatnaik. Jika ada ibu ayah yang tidak tahu, menggendong bayi menghadap kedepan ini adalah merbahaya. Boleh baca secara ringkas tentangnya di link ini: http://akasiiik.blogspot.my/2015/09/isu-dalam-penggunaan-baby-carrier.html

Antara yang meragukan, penjual mengatakan baby carrier ini sesuai untuk anak dengan berat 3.5kg-16kg dan sesuai untuk bayi 2-24bulan~!!! ini adalah sangat salah dan boleh membawa kepada kesan buruk kepada bayi kerana pada usia new born (0-3bulan) belum sesuai menggunakan carrier jenis SSC atas faktor struktur dan kekuatan tulang bayi new born. Setelah menjangkau usia  bayi 4bulan, barulah pakar menyatakan ianya sesuai untuk digunakan. Namun, ia tetap bergantung kepada perkembangan individu setiap bayi. Bagi bayi pra-matang, mungkin akan berbeza dan tidak sesuai mengikut garis panduan ini.

Secara umum, ibu ayah sekalian perlu tahu, walaupun baby carrier jenis SSC ini adalah ergonomik, namun secara umum ia tidak boleh digunakan pada bayi newborn (0-3bulan) atas sebab-sebab berikiut:

Menurut pakar, bayi 0-3bulan (newborn) belum sesuai untuk gunakan baby carrier jenis SSC. Bayi 0-3 hanya sesuai untuk menggunakan baby carrier jenis SLING atau WRAP. Ini kerana pakar menyatakan bayi 0-3bulan (newborn) ini mempunyai bentuk tulang belakang semulajadi yg berbentuk 'C' atau bahasa inggerisnya natural 'C' shaped spine. Jadi, untuk memastikan bentuk  semulajadi tulang belakang ini tidak terganggu, sling dan wrap sahaja yang sesuai kerana ianya dari selapis kain yang mampu mengikut bentuk tulang bayi tersebut dengan sempurna. Apabila bayi menjangkau 4bulan, bentuk tulang belakang mereka akan berubah dan semakin kuat serta keras. Jadi tiada masalah untuk mula pakai baby carrier jenis SSC.

Bentuk tulang bayi Newborn (0-3bulan) - C shaped Spine

Oleh itu, jika anda ingin membeli baby carrier, belilah dengan dengan ilmu yang minima. Cubalah uji pengetahuan penjual tu sedikit. Jika mereka memberi jawapan yang salah malah meragukan, anda boleh nilai adakah mereka menjual sesuatu dengan ilmu, ingin membantu, atau sekadar mengaut keuntungan dari menjual sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti apa bahana yang bakal diterima oleh pengguna. Baby carrier bukan barangan bayi biasa seperti baju, atau permainan kanak-kanak (walaupun anda boleh beli baby carrier seperti ini di pusat borong pakaian dan permainan kanak-kanak).

Baby carrier menyangkut soal keselamatan dan keselesaan jangka panjang. Jika tidak bernasib baik, ia boleh mendatangkan kecederaan. Maka, nasihat saya, pilihlah yang berkualiti. Bukan semua baby carrier berkualiti itu mahal. Ada banyak pilihan di pasaran. Bertanyalah pada mereka yang telah menggunakannya. Ada yang membeli secara ansuran dan mungkin menabung secara bulanan untuk dapatkan baby carrier yang baik dan selesa. Sekali lagi, entri ini adalah penting bagi ibu-ayah yang ingin menggendong anak menggunakan baby carrier. Jika anda tidak mahu menggunakan baby carrier sama sekali, anda tak perlu susah hati ok?

Ada banyak komuniti dan page di FB yang mementingkan keselamatan dan keselesaan ibu bapa yang ingin menggendong bayi mereka. Antaranya, anda boleh search: Malaysian Babywerares, Royannes Group, Bobita Baby Carrier Malaysia. Mereka di sini sedia membantu anda untuk memberi maklumat yang tepat berkaitan penggunaan baby carrier yang selesa dan selamat. Insyaallah.

Sekian dulu untuk entri kali ini, kalau berminat nak baca entri lain tentang baby carrier, boleh click di link-link berikut:

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8