

Alhamdulillah, kami telah ke Bandung, Indonesia pada 27-30 Ogos 2016 yang lalu. Di sini saya coretkan pengalaman kami ketika di sana, moga dapat juga menjadi panduan buat mereka yang ingin juga ke sana terutamanya dengan anak kecil seperti kami 🙂
Kami dah berada di Jakarta beberapa hari sebelum itu, jadi untuk ke Bandung, kami naik minibus, dengan harga tiket Rp120,000 seorang. Sekitar RM37 seorang. Jarak Jakarta ke Bandung adalah sekitar 143km yang memakan masa sekitar 3jam++ perjalanan.
Inilah dia minibus yang kami naik, boleh memuatkan seramai 9orang dalam satu perjalanan.
Peta Google menunjukkan jarak Jakarta-Bandung sejauh 143km.

Sebelum bergerak. Ambik gambar satu lah 😉
Selepas 1jam perjalanan Wafiy tertidur. Dah nak sampai, dia baru terjaga. Alhamdulillah, ceria lepas bangun tidur. Kalau travel dengan anak kecil ni paham-pahamlah. Jadi siap sedia bekalan secukupnya ye. Doa banyak-banyak agar anak tak buat hal, tak menyusahkan orang lain, maklumlah naik kenderaan awam kan. Susahkan kita takpelah, dah memang anak kita :-p
Selamat tiba di Bandung. Terasa kedinginan yang menyamankan. Waktu ni tengah tunggu Uber pickup nak ke hotel 🙂
Aplikasi Uber yang kita pakai kat Malaysia ni sama je dengan kat sana. Boleh pakai jugak. Cuma, kalau kita dah pakai simkad sana, driver uber tak boleh nak call kita dulu, sebab nombor yang kita daftar tu nombor Malaysia kan. Apps tak auto detect nombor sim kita. Jadi, better once dah dapat driver, call driver tu untuk confirmkan pick up location. Jadi lepastu kot-kot dia cari kita tak jumpa, kalau dia nak call kita balik senang 🙂
Hari Sabtu, Bandung sangat sesak. 8.1km ambil masa 49minit 🙁 menurut google map ni, kalau nak berjalan kaki 42minit je. Lagi cepat dari naik kereta. Tapi tak mungkin lah nak jalan kan :-p
Kami selamat tiba di Hotel Serela Waringin-Bandung sekitar jam 4pm yang telah kami booking awal via Traveloka, RM70++ satu malam.
Interior bilik~
Bilik dilengkapi pemanas air, namun secara peribadi, saya merasakan bilik ini amat sempit dan banyak kekurangan berbanding hotel-hotel bajet yang pernah saya pergi walaupun kelengkapan hotel ini serba baru, dekat dengan kedai serbaneka 24jam dan restoran nasi padang. Jadi kalau anda nak ke Bandung, duduk hotel lain je ok?
Selepas berehat dan makan nasi padang bungkus je di hotel sebab penat petang tadi, kini kami dah kenyang dan bertenaga. Hehe… kami memulakan pengembaraan di Bandung malam ini dengan menaiki Uber ke Jalan Asia-Afrika selepas Maghrib.
Malam minggu memang meriah di sini, Alun-alun Kota Bandung. Pelancong dari dalam dan luar negara, malah masyarakat Bandung sendiri bertumpu di sini. Jadi jika anda bersama anak kecil, gendonglah ya macam kami. Guna Bobita ni selesa, anak selamat, kita nak berjalan pun cepat. Rata-rata ibu bapa dengan anak kecil di sini memang akan carry anak mereka.
Yang bestnya Bandung ni sejuk, macam cameron, jalan banyak pun tak berpeluh :p
Inilah dia alun-alun, iaitu dataran. Macam kita, Dataran Merdekalah. Tapi alun-alun ni pakai artificial grass. Jadi nak masuk, kena buka kasut dan memang ramai bawa keluarga, duduk-duduk, berkelah, main bola dengan anak, bersantai di malam hari. Wafiy pun sempat juga kami turunkan Wafiy dari carrier dan berlari-lari di sini, jenoh jugak kami mengejar, luas dan besar. Tapi seronok 😀
Tak pasti ni bangunan apa, tapi sebab ada tulis ALAM, tu yang ambil gambar tu :p Tapi yang bestnya sekitar bangunan ni banyak sangat maskot karakter-karakter yang boleh kita bergambar bersama. Memang best 🙂 Tapi saya tak pasti ia memang setiap malam minggu atau kebetulan ada festival masa ni. Anda boleh google lebih lanjut tentang ini ye 😉
Wafiy jumpa idola~Batman :-p
Orang terapung~
Spiderman & Power Ranger~
Ironman~
Tulisan Alun-alun Bandung, cantik bergambar kat sini 🙂
Posing lagi, bukan senang nak sampai sini 😉
Dari Alun-Alun Bandung kami naik Uber lagi ke Paskal Food Market pula 🙂 Best jugak kat sini, dengan suasana nyaman sejuk di malam hari, ada pula live band tengah-tengah kolam. Memang rasa tenang dan damai 😉
Tapi Wafiy tak pernah tenang la, ke hulur ke hilir dia non-stop. Layan kan aje lah.
Ada lebih 100gerai makanan. Memang rambang mata nak pilih.
Ini antara suasana yang sempat saya ambil. Sibuk kejar anak yang berlari ke sana ke mari. Kami tak makan pun kat sini, sebab kenyang lagi makan nasi padang tadi. Kami ke sini saja nak tengok tempat aje sebab kami google ini antara tempat makan yang terkenal di Bandung 😉
Memang best, suasana pun memang syok. Hampir sejam kami di sini, kami pun roger Uber lagi balik ke hotel yang tak sampai 10minit pun dari sini 🙂 Sekian kisah warming-up kami untuk hari & malam pertama di Bandung. Tunggu entri hari shopping dan hari jalan-jalan kami di hari ke-dua, ke-tiga, dan ke-empat pula okey~
Nak mudah travel dengan anak kecil? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.






