Translate: Choose your language :-)

Sunday, 12 June 2016

Sepetang di Entopia, Teluk Bahang, Pulau Pinang

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah hujung minggu yang lalu kami telah berkesempatan berkunjung ke Entopia, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Dahulu ia dikenali sebagai Taman Rama-rama. Ia telah ditutup sekian waktu untuk proses baik pulih dan naik taraf. Kini ia telah dibuka semula sejak 2hb Mei 2016 yang lalu dengan nama baru, iaitu Entopia. Secara peribadi saya merasakan harga tiketnya agak mahal, namun apabila melihat anak saya sangat gembira dan senyum gelak tawa tidak putus sepanjang kami di sini, jadi saya rasakan 'pelaburan' untuk ke sini adalah sesuatu yang berbaloi  :-)

Sebaik sahaja kita masuk ke perkarangan parking Entopia ini, kita dah dapat lihat 'monumen' yang menarik ini. Jadi janganlah lepaskan peluang untuk bergambar okey~ :-) Turun dari kereta, macam biasa, ayah Wafiy terus pakai baby carrier hikmat kami, Bobita SSC yang best ni sebab taknak Wafiy lari-lari awal sangat. Nanti tak sempat kejar. Rancangnya dah masuk dalam nanti baru turunkan dia :-) 

Senang ada baby carrier macam ni, selesa. Kalau untuk anak yang dah boleh jalan macam Wafiy, kami selalu carry bila nak kena jalan jauh atau banyak jalan. Tak larat nak dukung kalau pakai tangan macam biasa. Berat dia pun dah 12kg lebih. Jadi bila rasa nak cepat, nak mudah bergerak, memang kami carry dia dengan Bobita SSC ni. Kalau ada anak yang belum boleh berjalan, lagilah amat disarankan untuk pakai carrier macam Bobita ni. Sebab kalau pakai Bobita ni memang selesa, tak lenguh tangan, tak sakit badan. Pakai lah 2-3jam pun takde masalah. Anak pun sedap siap tidur lagi kat badan kita. Memang mudah. 

Apatah lagi kalau nak ke tempat macam Entopia ni. Stroller macam tak berapa sesuai. Sepanjang kami kat sini pun tak nampak orang pakai stroller. Sama ada diorang dukung macam biasa je anak diorang atau pakai baby carrier macam kami :-) Sebab apa? kat Entopia ni sekejap masuk indoor, sekejap outdoor. Sekejap naik bukit, sekejap ada tangga... So, stroller memang tak digalakkan lah. Nak mudah berjalan dengan baby, memang baby carrier yang ergonomik macam Bobita SSC ni lah jawapannya :-)

Once beli tiket, kita akan diberi tagging tangan macam ni. Berapa harga tiket? heee~

Sehingga 31 Julai 2016
Dewasa RM39
Kanak-Kanak RM23
Warga Emas (60tahun ke atas) RM23
Kanak-Kanak bawah 3tahun dan OKU Percuma

Selepas 31 Julai 2016
Dewasa RM49
Kanak-Kanak RM29
Warga Emas (60tahun ke atas) RM29
Kanak-Kanak bawah 3tahun dan OKU Percuma

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari
(termasuk cuti umum)
9am-8pm
(tiket terakhir dijual pada pukul 6pm)

Maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi mereka: http://entopia.com/

Melangkah aje masuk dalam, tersergamlah peta seluruh Entopia ni. Ha, besarkan? Siap sedia lah sekurang-kurangnya 2jam kat sini okey~

Inilah antara suasana terawal apabila kita memulakan pengembaraan di Entopia ni. Memang luas dan memukau. Di sini sebenarnya banyak rama-rama berterbangan, ada yang menghisap madu di bunga-bunga dan juga buah-buahan yang disediakan.

Ini cuma sebahagian kecil rama-rama yang saya dapat kongsikan...ada banyak lagi dan memang seronok tengok pelbagai jenis rama-rama yang berwarna warni.

Sebenarnya di Entopia ini lebih dari rama-rama. Ada pelbagai lagi haiwan dan serangga di sini, seperti biawak, belalang, dan macam-macam lagi. Memang banyak. Baru suku perjalanan, hp saya dah habis bateri sebab ambil banyak sangat gambar dan video. Jadi terpaksa pakai camera hp suami pula lepas tu. Jadi nasihat saya, kalau ke sini, charge la bateri penuh-penuh, bawa power bank, selfie stick atau kamera khas kalau ada :p

Antara yang best di Entopia ni adalah surau yang selesa dan bilik persalinan bayi yang lengkap dengan air bertapis dengan suhu panas dan sejuk untuk memudahkan ibu bapa membancuh susu dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim dan ibu kepada anak kecil, kemudahan sebegini amat membahagiakan :-p

Ada macam-macam tema di sini. Ini tema gua pula ;-)

Ini tema futuristik kot :-p

Bunga-bunga lampu LED~ cantik sangat~!!!

Ini antara yang dapat saya kongsikan... Memang banyak informasi yang di sediakan. Tinggal rajin atau tak je nak baca satu per satu ;-)

Ada animasi perkembangan rama-rama di pancarkan ke lantai. Jadi budak-budak macam Wafiy ni memang enjoy la nak tengok. Walaupun mereka mungkin tak faham apa-apa lagi :-p

Monumen jutaan rama-rama. Memang cantik. Kalau tengok real memang terpukau. Gambar saya ni kamera pun tak cantik... Kesan dia tak begitu wow lah :p Tapi real... Memang wow~!!! 

Ini antara sclupture yang menarik :-)

Terowong masa depan :-P Lampu ni bertukar-tukar warna dan bergerak. Memang budak kecik macam Wafiy seronok sangatlah lalu sini... Ulang alik 10kali pun tak boring. Jenoh pujuk untuk move on :p

Beredar lagi ke 'alam' lain, dunia beluncas mungkin :p Kemudia ada panggung wayang. Bolehlah duduk untuk rehatkan kaki sambil menonton filem berinformasi yang ditayangkan.

Melangkah lagi ke alam gua pula~

Ini alam makanan kot...banyak replika makanan besar-besar :-p

Jemput makan :-p Wafiy syok betul, lama dia duduk mengadap nasik tu ;-)

Ini dunia lebah pulak :-)

Ini macam fantasi sikit. Ada penerangan pada setiap ruang tema, tapi saya yang tak sempat baca. Sempat ambil gambar je :-p Maklumlah... Nak kena perhati Wafiy yang excited ke sana- sini ;-)

Selamat datang ke dunia bawah tanah.

Kat sini sangat menarik. Siap ada terowong yang kita kena merangkak untuk masuk. Budak-budak memang seronok sangat lah. Mak budak pun masuk jugak, sekali round je lah, sakit lutut merangkak...hehe... Wafiy masuk banyak kali... Seronok tengok serangga-serangga hidup dalam tu, tengah makan dan sebagainya ;-)

Ini bahagian serangga air. Wafiy suka sangatlah tengok ikan-ikan / serangga air ni :-)

Last but not least, kerusi special ni...hehe.. Ada ulat hidup tau dalam kerusi tu. Aktif bergerak pulak tu... Kalau korang geli, memang tak sanggup nak duduk la kan...tapi Wafiy relax ja, dia syok tengok ulat-ulat tu tergedik-gedik :p Kalau anda dah jumpa kerusi ni, bererti Entopia dah hampir ke penghujungnya...

Macam biasa, setiap tempat yang macam ni pasti ada sourvenir shop kan :-) So, bolehlah kalau ada yang nak beli sesuatu buat kenangan.
Kami keluar dari sini sekitar pukul 7malam. Sempat lagi bergambar sekali lagi kat luar ni. Bila dah malam, diorang pasang lampu kat luar bangunan ni, cantik sangat :-)

Sekian saja perkongsian saya buat kali ini. Pergilah melancong. Ok? Selamat melancong :-)


Video: Pengalaman di Entopia, Penang.

Wednesday, 18 May 2016

Perkhidmatan Uber di Pulau Pinang

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini saya tak pernah tahu kewujudan perkhidmatan Uber ni sehinggalah keluar berita di TV kekecohan tentang ketidakpuasan teksi-teksi terhadap Uber baru-baru ni. Jadi oleh kerana itu saya pun mula google tentang Uber ni. Orang kata ia lebih murah dan mudah. Jadi saya pun inginlah mencuba. Jadi review ini lebih kepada PENGALAMAN PERTAMA saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang khususnya kerana saya tinggal di Pulau Pinang. Saya gunakan perkhidmatan Uber dari rumah kami untuk ke Lapangan Terbang Pulau Pinang dan kali ke dua adalah waktu dari Lapangan Terbang untuk pulang ke rumah kami.

Pertama sekali, downloadlah apps Uber di Google Store ;-)
Bila buka google store, macam ni lah rupanya ;-)

Setelah siap di download, Uber akan loading.

Lepas tu...taraa~ makesure anda on GPS/Location serta data/wifi untuk gunakannya. Sebab aplikasi ini memerlukan internet okey :-) Dari sini anda akan nampak berapa buah kenderaan Uber yang available di sekitar anda. Contoh macam dalam gambar di atas ni, cuma ada satu kereta. Kadang-kadang boleh dapat lebih banyak pilihan. Bergantung pada masa yang anda nak pakai Uber ni lah...maklumlah rata-rata pemandu Uber ni adalah part time driver sahaja.

Seterusnya, anda taiplah destinasi yang ingin anda tuju. Jadi secara langsung pemandu Uber ni dah tahu ke mana bakal penumpang ingin tuju. Jadi jika mereka mahu menghantar, mereka akan accept dan kita terus dapat tahu siapa yang akan datang menjemput kita berserta jenis kereta dan nombor plate sekali. Mudahkan? Kita juga boleh tahu lokasi mereka di mana dan anggaran berapa minit lagi mereka akan tiba di tempat kita. Oh ya... Perkhidmatan Uber ini adalah serta merta. Maksudnya kita tak boleh nak booking waktu. Contoh nak mereka jemput satu jam lagi misalnya, 6pm sedangkan sekarang baru 5pm. Tak boleh macam tu. Jadi korang jangan main-main tekan request tu. Sebab memang diorang akan datang terus serta merta. Jadi, bila korang dah betul-betul ready nak jalan/bertolak baru request Uber ni ok? So far tak lama pun, less dan 10minutes diorang dah boleh datang jemput. Contoh dalam gambar ni, 6minit aje :-)

Kadang-kadang teknologi pun ada batasnya. Macam kes ni, gps signal lost. Jadi Uber driver ni taktau mana nak tuju. Dah dekat sangat dah dengan rumah kami sebenarnya. Tapi takde masalah, diorang boleh terus tekan call untuk call kita untuk tanya exact location. Uber apps detect ada problem sikit, jadi mereka pun bagi mesej ni pada kita untuk mohon maaf. Sejuk rasa hati :-p

Kami pun selamat menaki Uber ni. Kami pun sembang-sembang la dengan brader driver ni pasal best ke bawak Uber etc. Excited jugalah, sebab first time naik Uber. Sebelum ni kalau nak ke airport memang naik teksi aje lah. So, kami pun secara tak langsung bagitaulah kat driver tu yang kami ni first time naik uber ;-) Dia kata "Ooo ya ka? U boleh dapat diskaun RM10 tau kalau first time. U key-in ini code" ha, macam tu lah lebih kurang ayat dia :-p Dia pun bagi code diskaun tu, saya pun key in la. Tadaa~ dapat diskaun RM10. Bestnya :-)

Sepanjang perjalanan pun kita boleh tengok secara live movement kereta kita dan anggaran lagi berapa minit nak sampai ke destinasi. Alhamdulillah, kami selamat sampai akhirnya walaupun jalan agak sesak, maklumlah peak hours, orang balik kerja. Jadi jam lah sikit :-)

Inilah total akhir jumlah yang perlu saya bayar untuk trip kali ini. RM26.99 adalah berpatutan. Dengan servis yang cepat, harga ini lebih daripada baik bagi saya :-)

Ini adalah ringkasan perjalanan pada hari tesebut. Ia di e-mailkan kepdada kita. Lengkap dengan masa bertolak dan masa tiba di destinasi. Baguskan?

Ini pula fare brakedown di mana segala charge di tulis secara terperinci. Jika anda perasan, normal fare sebenarnya cuma RM13.21. Namun kerana petang itu adalah waktu puncak, Uber akan meminta persetujuan dari awal, untuk dicaj 2.8kali ganda dari normal fare untuk menarik perhatian pemandu uber agar ingin membawa kita. Saya telah klik Agree. Dan walaupun telah dicaj 2.8kali ganda, harganya masih berpatutan.

************************************

PENGALAMAN KE-DUA
Setelah berpuas hati dengan pengalaman pertama, saya tidak ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan Uber untuk kali ke-dua. Iaitu ketika ingin pulang ke rumah dari Lapangan Terbang Pulau Pinang. Ehh, kami bukan saja-saja pergi airport dan balik ke rumah untuk naik Uber, kami telah terbang ke KLIA2, untuk pulang ke rumah parents di Bangi. Di sana kami tak sempat nak guna Uber, kerana kami telah menaiki ERL Transit dan dijemput oleh keluarga di Terminal Putrajaya :-) Kami memang suka naik public transport :-p Meh nak share lah jugak sikit gambar-gambar masa travel menaiki kenderaan awam ni (AirAsia & ERL)

Kami selalu travel dengan Wafiy sejak dia masih bayi. Jadi penggunaan stroller agak sukar buat kami. Malah Wafiy pun tidak suka di stroller. Dia akan panjat dan turun dari stoller. Maka, sejak itu kami hanya menggunakan baby carrier sehingga kini (Wafiy sudah 2thn 8bulan) jika ingin ke mana-mana. Ia lebih praktikal, mudah, dan selesa. Tapi, pastikan ia baby carrier yang ergonomik dan selamat. Tak semua baby carrier sedap dan selesa di pakai seperti Bobita SSC ni. Walaupun Wafiy dan hampir 12kg beratnya, kita yang menggendong rasa anak lebih ringan dan tak lenguh atau sakit badan untuk dukung dalam jangka masa yang lama. Jadi travel dengan anak kecil lebih mudah dengan Bobita Baby Carrier ni :-)
Nak juga baby carrier seperti ini? boleh KLIK DI SINI.

Kami jumpa Cheetah jinak lah di Stesen ERL KLIA2 ni :p
Mana Wafiy? dia sedang tidur dalam Baby Carrier Bobita dibelakang ayahnya. Mudahkan? Anak memang tidur lena kalau rasa badan kita. Jadi even anak tidur ke, berjaga ke, pergerakan kita tak terbatas. Kita tak risau, hati pun tenang :-)


Ok, berbalik kepada pengalaman ke-dua kami menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang ;-)

Sesampainya kami di airport Penang, saya terus on apps Uber ni. Set ke mana destinasi, dan sekelip mata ada driver yang berdekatan yang sedia menjemput kami dalam tempoh seminit. Baguskan? Alhamdulillah :-)

Trip kali ini sebelah malam, jadi jalan pun tak jam. Lengang. Cepat je sampai rumah :-)

Taraaa~ dari airport ke rumah kami cuma RM8.27~!!! sangat murah. Kalau pakai teksi/limosin airport....siaplah atleast RM30++ okey...itu rate biasa yang kami sering bayar untuk pulang ke rumah dengan teksi. Beza banyak kann~ Kami nak bagi lebih pada En. Hasmizi ni, sebab rasa murah sangat pula nak bayar RM8.27 aje. Tapi dia menolak. Dia siap return lebih pulak. Menjadikan kami cuma bayar RM8 pada dia... Ya Allah, moga En. Hasmizi ini dimurahkan rezeki yang berterusan. Amin....

Ini fare breakdown yang di emailkan kepada saya. Happy nya boleh jimat dan servis pun tiptop ;-) 

Inilah serba ringkas pengalaman saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang. Mungkin akan membantu anda yang mahu bercuti di Pulau Pinang tanpa kenderaan sendiri dan mungkin datang ke Penang dengan pesawat, bas, atau keretapi. Jadi buatlah pilihan yang bijak dan selamat untuk poket anda :-p 

Selamat ber-Uber ;-)

Perkhidmatan Uber di Pulau Pinang (Sekarang GRAB)

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini saya tak pernah tahu kewujudan perkhidmatan Uber ni sehinggalah keluar berita di TV kekecohan tentang ketidakpuasan teksi-teksi terhadap Uber baru-baru ni. Jadi oleh kerana itu saya pun mula google tentang Uber ni. Orang kata ia lebih murah dan mudah. Jadi saya pun inginlah mencuba. Jadi review ini lebih kepada PENGALAMAN PERTAMA saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang khususnya kerana saya tinggal di Pulau Pinang. Saya gunakan perkhidmatan Uber dari rumah kami untuk ke Lapangan Terbang Pulau Pinang dan kali ke dua adalah waktu dari Lapangan Terbang untuk pulang ke rumah kami.
Pertama sekali, downloadlah apps Uber di Google Store 😉
Bila buka google store, macam ni lah rupanya 😉
Setelah siap di download, Uber akan loading.
Lepas tu…taraa~ makesure anda on GPS/Location serta data/wifi untuk gunakannya. Sebab aplikasi ini memerlukan internet okey 🙂 Dari sini anda akan nampak berapa buah kenderaan Uber yang available di sekitar anda. Contoh macam dalam gambar di atas ni, cuma ada satu kereta. Kadang-kadang boleh dapat lebih banyak pilihan. Bergantung pada masa yang anda nak pakai Uber ni lah…maklumlah rata-rata pemandu Uber ni adalah part time driver sahaja.
Seterusnya, anda taiplah destinasi yang ingin anda tuju. Jadi secara langsung pemandu Uber ni dah tahu ke mana bakal penumpang ingin tuju. Jadi jika mereka mahu menghantar, mereka akan accept dan kita terus dapat tahu siapa yang akan datang menjemput kita berserta jenis kereta dan nombor plate sekali. Mudahkan? Kita juga boleh tahu lokasi mereka di mana dan anggaran berapa minit lagi mereka akan tiba di tempat kita. Oh ya… Perkhidmatan Uber ini adalah serta merta. Maksudnya kita tak boleh nak booking waktu. Contoh nak mereka jemput satu jam lagi misalnya, 6pm sedangkan sekarang baru 5pm. Tak boleh macam tu. Jadi korang jangan main-main tekan request tu. Sebab memang diorang akan datang terus serta merta. Jadi, bila korang dah betul-betul ready nak jalan/bertolak baru request Uber ni ok? So far tak lama pun, less dan 10minutes diorang dah boleh datang jemput. Contoh dalam gambar ni, 6minit aje 🙂
Kadang-kadang teknologi pun ada batasnya. Macam kes ni, gps signal lost. Jadi Uber driver ni taktau mana nak tuju. Dah dekat sangat dah dengan rumah kami sebenarnya. Tapi takde masalah, diorang boleh terus tekan call untuk call kita untuk tanya exact location. Uber apps detect ada problem sikit, jadi mereka pun bagi mesej ni pada kita untuk mohon maaf. Sejuk rasa hati :-p
Kami pun selamat menaki Uber ni. Kami pun sembang-sembang la dengan brader driver ni pasal best ke bawak Uber etc. Excited jugalah, sebab first time naik Uber. Sebelum ni kalau nak ke airport memang naik teksi aje lah. So, kami pun secara tak langsung bagitaulah kat driver tu yang kami ni first time naik uber 😉 Dia kata “Ooo ya ka? U boleh dapat diskaun RM10 tau kalau first time. U key-in ini code” ha, macam tu lah lebih kurang ayat dia :-p Dia pun bagi code diskaun tu, saya pun key in la. Tadaa~ dapat diskaun RM10. Bestnya 🙂
Sepanjang perjalanan pun kita boleh tengok secara live movement kereta kita dan anggaran lagi berapa minit nak sampai ke destinasi. Alhamdulillah, kami selamat sampai akhirnya walaupun jalan agak sesak, maklumlah peak hours, orang balik kerja. Jadi jam lah sikit 🙂
Inilah total akhir jumlah yang perlu saya bayar untuk trip kali ini. RM26.99 adalah berpatutan. Dengan servis yang cepat, harga ini lebih daripada baik bagi saya 🙂
Ini adalah ringkasan perjalanan pada hari tesebut. Ia di e-mailkan kepdada kita. Lengkap dengan masa bertolak dan masa tiba di destinasi. Baguskan?

 

Ini pula fare brakedown di mana segala charge di tulis secara terperinci. Jika anda perasan, normal fare sebenarnya cuma RM13.21. Namun kerana petang itu adalah waktu puncak, Uber akan meminta persetujuan dari awal, untuk dicaj 2.8kali ganda dari normal fare untuk menarik perhatian pemandu uber agar ingin membawa kita. Saya telah klik Agree. Dan walaupun telah dicaj 2.8kali ganda, harganya masih berpatutan.
************************************
PENGALAMAN KE-DUA
Setelah berpuas hati dengan pengalaman pertama, saya tidak ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan Uber untuk kali ke-dua. Iaitu ketika ingin pulang ke rumah dari Lapangan Terbang Pulau Pinang. Ehh, kami bukan saja-saja pergi airport dan balik ke rumah untuk naik Uber, kami telah terbang ke KLIA2, untuk pulang ke rumah parents di Bangi. Di sana kami tak sempat nak guna Uber, kerana kami telah menaiki ERL Transit dan dijemput oleh keluarga di Terminal Putrajaya 🙂 Kami memang suka naik public transport :-p Meh nak share lah jugak sikit gambar-gambar masa travel menaiki kenderaan awam ni (AirAsia & ERL)
Kami selalu travel dengan Wafiy sejak dia masih bayi. Jadi penggunaan stroller agak sukar buat kami. Malah Wafiy pun tidak suka di stroller. Dia akan panjat dan turun dari stoller. Maka, sejak itu kami hanya menggunakan baby carrier sehingga kini (Wafiy sudah 2thn 8bulan) jika ingin ke mana-mana. Ia lebih praktikal, mudah, dan selesa. Tapi, pastikan ia baby carrier yang ergonomik dan selamat. Tak semua baby carrier sedap dan selesa di pakai seperti Bobita SSC ni. Walaupun Wafiy dan hampir 12kg beratnya, kita yang menggendong rasa anak lebih ringan dan tak lenguh atau sakit badan untuk dukung dalam jangka masa yang lama. Jadi travel dengan anak kecil lebih mudah dengan Bobita Baby Carrier ni 🙂
Nak juga baby carrier seperti ini? boleh KLIK DI SINI.
Kami jumpa Cheetah jinak lah di Stesen ERL KLIA2 ni :p
Mana Wafiy? dia sedang tidur dalam Baby Carrier Bobita dibelakang ayahnya. Mudahkan? Anak memang tidur lena kalau rasa badan kita. Jadi even anak tidur ke, berjaga ke, pergerakan kita tak terbatas. Kita tak risau, hati pun tenang 🙂
Ok, berbalik kepada pengalaman ke-dua kami menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang 😉
Sesampainya kami di airport Penang, saya terus on apps Uber ni. Set ke mana destinasi, dan sekelip mata ada driver yang berdekatan yang sedia menjemput kami dalam tempoh seminit. Baguskan? Alhamdulillah 🙂
Trip kali ini sebelah malam, jadi jalan pun tak jam. Lengang. Cepat je sampai rumah 🙂
Taraaa~ dari airport ke rumah kami cuma RM8.27~!!! sangat murah. Kalau pakai teksi/limosin airport….siaplah atleast RM30++ okey…itu rate biasa yang kami sering bayar untuk pulang ke rumah dengan teksi. Beza banyak kann~ Kami nak bagi lebih pada En. Hasmizi ni, sebab rasa murah sangat pula nak bayar RM8.27 aje. Tapi dia menolak. Dia siap return lebih pulak. Menjadikan kami cuma bayar RM8 pada dia… Ya Allah, moga En. Hasmizi ini dimurahkan rezeki yang berterusan. Amin….
Ini fare breakdown yang di emailkan kepada saya. Happy nya boleh jimat dan servis pun tiptop 😉
Inilah serba ringkas pengalaman saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang. Mungkin akan membantu anda yang mahu bercuti di Pulau Pinang tanpa kenderaan sendiri dan mungkin datang ke Penang dengan pesawat, bas, atau keretapi. Jadi buatlah pilihan yang bijak dan selamat untuk poket anda :-p
Selamat ber-Uber 😉
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.