Translate: Choose your language :-)

Saturday, 16 April 2016

Review: Wonderfood Museum, Penang

Alhamdulillah, dengan sukacitanya saya nak bercerita tentang Wonderfood Museum yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Memang best tempat ni. Memang sangat disarankan untuk singgah ke sini jika anda ke Pulau Pinang. Kalau ada yang ke Penang dan menginap di AbbyJay Homestay Penang bersama keluarga, ia mengambil masa cuma kira-kira 20minit untuk sampai ke sini :-) 
Search aje di Google map, pasti akan menemui lokasi yang tepat. Jadi jangan risau ;-)
Parking tidak menjadi masalah, kami ke sini pada hari Sabtu (normal weekend, bukan cuti sekolah atau cuti umum). Ada banyak parking tersedia di kawasan ini. Ada juga parking bertingkat di dalam bangunan. Insyaallah tak perlu berjalan jauh beribu batu dari parking kereta untuk ke muzium tu ;-)
Kami pun melangkah laju ke arah muzium, excited betul bila tengok entrance dia. Wafiy yang dalam carrier pun melonjak-lonjak kegembiraan :-p
(Nak baby carrier macam ni? Best tau...senang nak travel dengan anak kecil. Tak lah lenguh dukung anak memanjang ;-) Boleh tengok-tengok di FB: Bobita Baby Carrier Malaysia)
Masuk aje pintu muzium, akan kelihatanlah kaunter tiket tersergam. Apa lagi, jom beli tiket :-)
Sebagaimana gambar di atas, itulah harga tiket ye. Bagi saya ianya satu nilai yang berbaloi. Dan kanak-kanak bawah 3tahun macam Wafiy free. Tak perlu bayar :-)
Ini dia tiket masuk. Simpanlah buat kenangan :p
Bila travel dengan budak-budak ni biasalah, macam-macam hal. Di kaunter tiket tu ada jual berapa jenis minuman. Wafiy nampak peti ais tu, jadi dia nak la apa lagi. Food and drinks tak boleh bawa masuk, ye lah, kang tumpah susahkan orang lain pulak. Jadi kami duduk dulu di ruang legar di kawasan kaunter tiket sampai Wafiy puas minum, barulah kami masuk.
Masuk aje dalam muzium, WoOww...banyaknya makanan. Dan semuanya looks so real. Staff muzium pun sangat friendly, tolong kami ambil gambar family dekat setiap pameran makanan intro ni. Makanan melayu, cina, india dan yang petak-petak tu Nasi Kandar. Haha ~
Tengoklah tu, memang macam betul. Wafiy nak pegang pun takut. Dia ingat makanan betul (baguslah, kitorang takut dia nak ambik/cabut). Rupanya dia macam geli sebab looks so real mcm basah and fresh~!!! Kitorang tanya staff tu, ni makanan betul yang dikeraskan ke? Dia kata tak...semua wax. Wooww..hebat teknologi diorang buat benda ni.
Ini antara makanan yang dipamerkan. Sebenarnya banyaaaakkk lagi. Tapi saya tak capture semua la :p
Kalau dah ke sini, aksi-aksi ini jangan dilepaskan. Semua props telah disediakan. Macam-macam. Memang menarik :-)
Wafiy memegang kuali dengan penuh hati-hati :p
Kami dok suspen takut Wafiy takmau lepas ja benda tu :p
Terima kasih sekali lagi kepada staff muzium yang sangat sporting untuk ambil gambar semua pengunjung secara sukarela. Diorang sendiri yang datang kat kita dan suruh kami posing ambil gambar :-)
Laksa terbesar di dunia :p
Cendol terbesar di dunia ;-)
Tiada yang tak besar melainkan yang besar-besar belaka :p
Laksa, nasi lemak ayam goreng, mi kari udang, sate~!!!

Ohh ye, muzium ni dua tingkat ye. Jom kita naik tingkat atas pula ;-)
Naik aje tingkat dua, terus terhidang roti canai gergasi untuk kita semua :p Jom share-share makan. Kenyang seminggu. Hehe...
Wafiy terpesona dengan roti canai gergasi :-p
Ahaaii...onde-onde atau buah melaka pun gergasi jugak ;-)
Acah-acah makan mee ;-)
Alamak~
Tumpah pulak :p
Mi Tarik satu siap ;-)
Di sini ada satu seksyen yang mempamerkan makanan-makanan yang termahal di dunia. Sushi dengan emas, burger dengan emas, kopi dengan emas, pizza dengan emas. Ada staff muzium yang ceritakan tentang rutin makan emas ini untuk kecantikan kulit dan kesihatan. Patutlah orang-orang kaya tu cantik-cantik. Bukan takat pakai emas. Tapi makan sekali. Walaubagaimanapun, pengambilan emas ini ada hadnya, jika berlebihan ia akan menjadi toksin di dalam badan. Setiap kali makan, emas tu nipis, macam tisu aje katanya ;-)
Lepas tengok makanan dari emas, kita akan melalui lorong telur goreng gergasi..haha... Memang macam telur goreng betul ;-)
Antara spot yang ceria. Wafiy seronok sangatlah, time ni makin susah nak control, sampai coklat kat dinding pun dia nak cabut...hahai :p kat sini pun ada staff muzium yang sentiasa standby untuk ambilkan gambar :-)
Ni lollipop yang kecik dan paling ringan. Ada replika aiskrim semua dia nak. Tapi berat-berat....tak larat angkat woo :-p
Di akhir-akhir pengembaraan bersama pelbagai makanan di muzium ini penuh pengajaran. Simbolik ikan jerung mati bergelimpangan tanpa sirip dan berlumuran darah dibawah meja mengingatkan kita bahawa amalan memakan sup sirip jerung (shark fin soup) adalah sesuatu yang kejam. Wafiy sememangnya suka ikan. Dia nampak sedih dan ngeri dengan apa yang dilihatnya :(
Ada juga dipamerkan jumlah bilangan sudu gula yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak, remaja, lelaki dan wanita dewasa dalam sehari.
Turut dipamerkan bilangan sudu gula yang ada dalam setiap makanan kita.
Tiba-tiba Wafiy ternampak seseorang di sudut dinding...
Wafiy kaget. Rupa-rupanya ia patung seorang kanak-kanak yang sedang makan dari bungkusan di atas lantai. Saya usap patung itu sambil berkata, sayang dia. Wafiy ikut. Mungkin dia faham bahawa ini sesuatu yang menyedihkan :-(

"Every minute of every day four children die for hunger"

Sungguh menyedihkan. Kita bersuka ria dengan makanan, tapi ramai yang mati kebuluran. Mugkin kita tak mampu membantu mereka yang di sana, tapi sekurang-kurangnya janganlah kita berlebih-lebihan dalam makanan apatah lagi melakukan pembaziran.

Tahniah Wonderfood Museum Penang. Anda telah memberikan pengalaman yang menarik buat kami di sini. Perjalanan indah yang berwarna-warni diakhiri dengan nasihat penuh bermakna.

Moga muzium ini dapat dikembangkan lagi di masa hadapan. Sekian dulu coretan saya buat kali ini. Wassalam.

Sunday, 10 April 2016

Review: Pisang Goreng Cheese, Plaza Ivory, dekat USM, Pulau Pinang.

Pizang goreng cheese dah tidak asing lagi di Malaysia yang mana ianya sebelum ini adalah makanan minum petang yang biasa di negara Indonesia. Beberapa tahun kebelakangan ini idea manisan dari seberang ini telah mendapat tempat di hati warga Malaysia dan ianya terus berkembang dan mudah di dapati di mana-mana.

'Fried Banana Cheese' nama diberi untuk stall yang khusus menjual pisang goreng cheese ini terletak di ruang legar Plaza Ivory, Bukit Gambier, berdekatan USM Pulau Pinang. Di sini terdapat deretan pelbagai restoran dari makanan barat, Cina, Thailand dan Arab. Memang tumpuan para pelajar USM untuk makan malam.

Malam ni bukan kali pertama sebenanrnya kami makan pisang goreng cheese mereka ni. dah beberapa kali dan memang sedap dan puas hati. Ada 3variasi pisang goreng cheese, iaitu Original (RM6), Special (RM7) dan Rainbow (RM8). Setiap set ini mengandungi 8ketul pisang goreng yang rangup.

Malam ini kami order Pisang goreng Cheese Rainbow :-)
Cik ni tengah parut coklat Rainbow yg pelbagai perasa dan warna ;-)

Yaaa...inilah hasilnya. Setiap warna tu ada rasa tersendiri; Hijau itu pandan, Kuning itu Lemon, Ungu itu anggur dan Pink itu strawberry. Bila makan, rasa macam makan pisang dengan Aiskrim pun ada....sebab perisa-perisa ni memang lemak dan manis. Kami yakin mereka yang menjual ini dah buat research dan mencari resepi yang terbaik untuk gorengan pisang tu. Sebab pisang dia memang rangup. Kombinasi rasa cheese dan coklat pun perfect ;-)

Walaubagaimanapun, berpada-padalah menikmatinya ye. Kalau beli tu, sharelah dengan kawan-kawan, jangan makan sorang...kencing manis nanti :-P

Oh ye...mereka beroperasi di sebelah malam sahaja atau lewat petang. Kami pernah nak pergi beli petang, dalam pukul 5.30ptg macam tu, mereka baru nak buka mangga kunci gerai :p

Kedai Jeruk Madu Pak Ali, Pulau Pinang

Jeruk Madu Pak Ali ini memang tidak asing lagi bagi orang Pulau Pinang. Malah ia menjadi buah tangan utama bagi para pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Secara peribadi saya bukanlah penggemar jeruk. Tapi jeruk Pak Ali ni memang sedap. Makan sepeket memang tak cukup rasanya.  Saya pun pelik, kenapa jeruk Pak Ali ni sedap, jeruk kat KL tak macam ni rasa dia. Kalau makan jeruk selalu rasa semacam aje tekak. Silap-silap boleh sakit tekak. Tapi jeruk Pak Ali ni tak jadi macam tu. Makan pun enjoy je. Kenapa macam tu? Meh nak bagitau... Jeruk-jeruk biasa yang kita tengok kat KL tu mostly guna sakarin sebagai bahan utama untuk menjeruk. Sakarin ni juga digunakan oleh jeruk-jeruk yang datang dari Thai. Sakarin ni apa? Sejenis bahan kimia. Sakarin ni la yang buat sakit tekak tu. Tajam sakarin ni. Boleh google tentang sakarin ni untuk maklumat lanjut ye. Berbeza dengan jeruk keluaran Pak Ali yang dimiliki 100% orang bumiputera Muslim, ia menggunakan gula asli sebagai bahan utama penjerukan sejak tahun 1989 (tapi menurut ayah saya yang memang orang Penang, Pak Ali dah jual jeruk jauh lebih lama sebelum 1989) mungkin tahun 1989 tu mula jual secara komersil dan besar-besaran. Jadi memang takde kesan-kesan nak sakit tekak tu. Makan pun macam laju je (walaupun kita tak minat makan jeruk). Percayalah kita tetap akan rasa sedap. Tak tipu ;-) Walaubagaimanapun, ia tetaplah jajan. Makan sekadarnyalah...jangan hari-hari makan jeruk pulak...mentang-mentang sedap kan :-p

Harini kami buat kunjungan ke kedai Jeruk Pak Ali di Jalan Pantai Jerejak, bertentang dengan tapak pesta Pulau Pinang. Memang tumpuan utama pelancong dari luar Pulau Pinang untuk beli jeruk dan buah tangan yang lain. Sentiasa akan ada aje bas-bas pelancong parking depan kedai ni. Tapi saya yakin orang Penang sendiri ramai yang tak pernah pergi kedai ni. Kami yang dah 4tahun duduk Penang, hari-hari lalu depan kedai ni pun tak pernah singgah :-p Tapi harini kami pergi jua akhirnya kerana nak belikan buah tangan kepada tetamu homestay kami yang datang dari Johor. Repeated guest, dah dua kali mereka menginap di homestay kami, AbbyJay Homestay Penang. Kata mereka homestay kami selesa sangat dan lokasi pun strategik. Senang nak ke mana-mana ;-) Mereka pun baik sangat, siap belikan T-Shirt Johor untuk anak kami, Wafiy. Jadi apa yang kami nak beri sebagai balasan terima kasih? Fikir-fikir, Jeruk Madu Pak Ali lah pilihan yang terbaik untuk mereka, boleh makan-makan sebagai jajan dalam kereta nanti ;-)
Kalau nak ke sini, senang aje. Dalam google map ada. Pilih yang Jalan Pantai Jerejak ok? Sebab kedai jeruk Pak Ali ni banyak cawangan, tapi antara yang terbesar adalah yang di Jalan Pantai Jerejak ni :-)

Jom kita tengok ada apa kat sini :-)

Melangkah aje masuk dalam kawasan kedai, kita dah boleh nampak macam-macam benda.
Ini seksyen keropok kering dari Terengganu. Tak payah pergi Terengganu, boleh beli aje kat sini. Ada keropok ikan, udang, dan sotong juga :) Keropok cap menara yang siap untuk dimakan tu pun ada juga.

Asam jawa. Boleh lah beli untuk buah tangan kepada dapur ada ;-)

Macam-macam jenis kicap dan sos keluaran melayu terdapat di sini. Kicap charkuewtiaw pun ada. Cencalok, belacan, otak udang. Segalanyalah. Ini buat kita rasa macam ada kat Melaka pulak :-p

Ini dia jeruk campur. Warna-warni yang menggamit selera.

Ada juga jual key chain Pulau Pinang. Jadi bagi yang nak buat last minute shopping sourvenir pun boleh kat sini. Ada fridge magnet juga ;-)

Pak Ali bukan hanya sekadar menjual jeruk. Ada air mineral jugak tau...

Kismis brand Pak Ali pun ada.

Minyak urut Pak Ali pun ada... Minyak dan losyen urut berasaskan buah pala.

Macam-macam jenis minyak urut dan balm. Rasa macam kat Langkawi pulak. Tak payah nak ke Langkawi, sini pun ada banyak :-)

Jeruk moden, dalam tumbler warna-warni. Memang menarik. Yang paket-paket warna hitam tu ialah kuah rojak buah jenama Pak Ali. Sesuai sangat untuk buat sourvenir :-)

T-shirt Penang pun ada kat sini. Pendek kata memang one stop center lah kedai ni. Semua ada :-)

Yang ni rare. Boleh cuba kalau berani :p

Jeruk-jeruk semua dipaket segar di sini.

Selalu kita dengar kuah rojak Mak Bee, next time boleh try kuah rojak Pak Ali pulak. Ada 3jenis, iaitu; manis, original, dan pedas.

Ya begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Ada macam-macam lagi, takkan saya nak ambil gambar semua barang pulak ye tak? Kalah wartawan pulak nanti :-p Ada banyak lagi benda yang anda boleh beli di sini. Pendek kata, kalau nak beli sourvenir dari Penang, inilah tempatnya. Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi. Okey? Sekian dulu untuk entri kali ini. Wassalam.

*Nak cari homestay di Pulau Pinang? Boleh click di sini.
* Nak cari baby carrier yang ergonomik untuk mudah jalan-jalan dengan anak kecil di Pulau Pinang? Boleh click di sini.

Wednesday, 6 April 2016

Review Baby Carrier: Buckle

Kini, makin ramai ibu bapa telah mengetahui dan menyedari betapa pentingnya sebuah baby carrier yang asli. Ini kerana ianya mempunya jaminan ketahanan buckle yang tinggi. Rata-rata ianya mampu menampung berat beban sehingga 20kg~!!! Jom kita lihat beberapa jenis buckle carrier jenis SSC yang terdapat di pasaran Malaysia ni :-)
Ringkasan dan perbandingan secara umum berkaitan buckle bagi 7buah SSC.
SSC BOBITA GEN2 (FB PAGE)
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: Military Standard with 3-point lock security system.
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM249

*NOTA: Jenama lain yang dikenalpasti menggunakan buckle dari jenama yang sama ialah; Ergobaby, Boba, Manduca, & LennyLamb. Duraflex adalah pengeluar buckle antarabangsa yang menghasilkan pelbagai jenis buckle yang berkualiti tinggi.

SSC ANDREA
Jenama Buckle: unknown
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM190 (standard) RM230 (toddler)

SSC BOBA 4G
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM400 ke atas
SSC CUDDLE ME
Jenama Buckle: unknown
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM180
SSC TUGEDA AIR / SMART STREET
Jenama Buckle: unknown
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM300 ke atas

SSC ERGOBABY
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM400 dan ke atas

SSC LENNYLAMB
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: Military Standard with 3-point lock security system.
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM400 - RM700 dan ke atas

*NOTA: Jenama lain yang dikenalpasti menggunakan buckle dari jenama yang sama ialah; Ergobaby, Boba, Manduca, & Bobita. Duraflex adalah pengeluar buckle antarabangsa yang menghasilkan pelbagai jenis buckle yang berkualiti tinggi.

Jika ada yang berkata, ia tetap kuasa Allah jika nak berlaku apa-apa atau pecah, ya sekurang-kurangnya kita berusaha dan jika benar ianya pecah juga, anda boleh merujuknya kepada pembekal jenama-jenama asli ini dan mungkin boleh mendapat ganti rugi atau replacement buckle yang baru. Dan pastikan ianya pecah bukan kerana kecuaiannya anda sendiri. Ada beberapa kes buckle asli yang pecah ni gara-gara tersepit dan dihempas pintu kereta~!!! Jadi jika itu berlaku anda tetap boleh merujuk kepada pembekal untuk membeli dan memasang buckle baru yang baru.

Alhamdulillah, sejak 2014 saya menggunakan dan memasarkan Bobita Gen2 SSC di Malaysia yang menggunakan Buckle bertaraf military standard dengan 3-point lock security system ini, tiada sebarang masalah atau aduan mengenainya. Semuanya berfungsi dengan baik. Alhamdulillah :-)

Jadi, jangan ragu, untuk dapatkan baby carrier yang asli dan berkualiti ini ok? Kalau nak miliki Bobita Gen2 SSC, boleh lawati page FB: Bobita Baby Carrier Malaysia ;-)