Translate: Choose your language :-)

Sunday, 10 April 2016

Kedai Jeruk Madu Pak Ali, Pulau Pinang

Jeruk Madu Pak Ali ini memang tidak asing lagi bagi orang Pulau Pinang. Malah ia menjadi buah tangan utama bagi para pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Secara peribadi saya bukanlah penggemar jeruk. Tapi jeruk Pak Ali ni memang sedap. Makan sepeket memang tak cukup rasanya.  Saya pun pelik, kenapa jeruk Pak Ali ni sedap, jeruk kat KL tak macam ni rasa dia. Kalau makan jeruk selalu rasa semacam aje tekak. Silap-silap boleh sakit tekak. Tapi jeruk Pak Ali ni tak jadi macam tu. Makan pun enjoy je. Kenapa macam tu? Meh nak bagitau... Jeruk-jeruk biasa yang kita tengok kat KL tu mostly guna sakarin sebagai bahan utama untuk menjeruk. Sakarin ni juga digunakan oleh jeruk-jeruk yang datang dari Thai. Sakarin ni apa? Sejenis bahan kimia. Sakarin ni la yang buat sakit tekak tu. Tajam sakarin ni. Boleh google tentang sakarin ni untuk maklumat lanjut ye. Berbeza dengan jeruk keluaran Pak Ali yang dimiliki 100% orang bumiputera Muslim, ia menggunakan gula asli sebagai bahan utama penjerukan sejak tahun 1989 (tapi menurut ayah saya yang memang orang Penang, Pak Ali dah jual jeruk jauh lebih lama sebelum 1989) mungkin tahun 1989 tu mula jual secara komersil dan besar-besaran. Jadi memang takde kesan-kesan nak sakit tekak tu. Makan pun macam laju je (walaupun kita tak minat makan jeruk). Percayalah kita tetap akan rasa sedap. Tak tipu ;-) Walaubagaimanapun, ia tetaplah jajan. Makan sekadarnyalah...jangan hari-hari makan jeruk pulak...mentang-mentang sedap kan :-p

Harini kami buat kunjungan ke kedai Jeruk Pak Ali di Jalan Pantai Jerejak, bertentang dengan tapak pesta Pulau Pinang. Memang tumpuan utama pelancong dari luar Pulau Pinang untuk beli jeruk dan buah tangan yang lain. Sentiasa akan ada aje bas-bas pelancong parking depan kedai ni. Tapi saya yakin orang Penang sendiri ramai yang tak pernah pergi kedai ni. Kami yang dah 4tahun duduk Penang, hari-hari lalu depan kedai ni pun tak pernah singgah :-p Tapi harini kami pergi jua akhirnya kerana nak belikan buah tangan kepada tetamu homestay kami yang datang dari Johor. Repeated guest, dah dua kali mereka menginap di homestay kami, AbbyJay Homestay Penang. Kata mereka homestay kami selesa sangat dan lokasi pun strategik. Senang nak ke mana-mana ;-) Mereka pun baik sangat, siap belikan T-Shirt Johor untuk anak kami, Wafiy. Jadi apa yang kami nak beri sebagai balasan terima kasih? Fikir-fikir, Jeruk Madu Pak Ali lah pilihan yang terbaik untuk mereka, boleh makan-makan sebagai jajan dalam kereta nanti ;-)
Kalau nak ke sini, senang aje. Dalam google map ada. Pilih yang Jalan Pantai Jerejak ok? Sebab kedai jeruk Pak Ali ni banyak cawangan, tapi antara yang terbesar adalah yang di Jalan Pantai Jerejak ni :-)

Jom kita tengok ada apa kat sini :-)

Melangkah aje masuk dalam kawasan kedai, kita dah boleh nampak macam-macam benda.
Ini seksyen keropok kering dari Terengganu. Tak payah pergi Terengganu, boleh beli aje kat sini. Ada keropok ikan, udang, dan sotong juga :) Keropok cap menara yang siap untuk dimakan tu pun ada juga.

Asam jawa. Boleh lah beli untuk buah tangan kepada dapur ada ;-)

Macam-macam jenis kicap dan sos keluaran melayu terdapat di sini. Kicap charkuewtiaw pun ada. Cencalok, belacan, otak udang. Segalanyalah. Ini buat kita rasa macam ada kat Melaka pulak :-p

Ini dia jeruk campur. Warna-warni yang menggamit selera.

Ada juga jual key chain Pulau Pinang. Jadi bagi yang nak buat last minute shopping sourvenir pun boleh kat sini. Ada fridge magnet juga ;-)

Pak Ali bukan hanya sekadar menjual jeruk. Ada air mineral jugak tau...

Kismis brand Pak Ali pun ada.

Minyak urut Pak Ali pun ada... Minyak dan losyen urut berasaskan buah pala.

Macam-macam jenis minyak urut dan balm. Rasa macam kat Langkawi pulak. Tak payah nak ke Langkawi, sini pun ada banyak :-)

Jeruk moden, dalam tumbler warna-warni. Memang menarik. Yang paket-paket warna hitam tu ialah kuah rojak buah jenama Pak Ali. Sesuai sangat untuk buat sourvenir :-)

T-shirt Penang pun ada kat sini. Pendek kata memang one stop center lah kedai ni. Semua ada :-)

Yang ni rare. Boleh cuba kalau berani :p

Jeruk-jeruk semua dipaket segar di sini.

Selalu kita dengar kuah rojak Mak Bee, next time boleh try kuah rojak Pak Ali pulak. Ada 3jenis, iaitu; manis, original, dan pedas.

Ya begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Ada macam-macam lagi, takkan saya nak ambil gambar semua barang pulak ye tak? Kalah wartawan pulak nanti :-p Ada banyak lagi benda yang anda boleh beli di sini. Pendek kata, kalau nak beli sourvenir dari Penang, inilah tempatnya. Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi. Okey? Sekian dulu untuk entri kali ini. Wassalam.

*Nak cari homestay di Pulau Pinang? Boleh click di sini.
* Nak cari baby carrier yang ergonomik untuk mudah jalan-jalan dengan anak kecil di Pulau Pinang? Boleh click di sini.

Wednesday, 6 April 2016

Review Baby Carrier: Buckle

Kini, makin ramai ibu bapa telah mengetahui dan menyedari betapa pentingnya sebuah baby carrier yang asli. Ini kerana ianya mempunya jaminan ketahanan buckle yang tinggi. Rata-rata ianya mampu menampung berat beban sehingga 20kg~!!! Jom kita lihat beberapa jenis buckle carrier jenis SSC yang terdapat di pasaran Malaysia ni :-)
Ringkasan dan perbandingan secara umum berkaitan buckle bagi 7buah SSC.
SSC BOBITA GEN2 (FB PAGE)
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: Military Standard with 3-point lock security system.
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM249

*NOTA: Jenama lain yang dikenalpasti menggunakan buckle dari jenama yang sama ialah; Ergobaby, Boba, Manduca, & LennyLamb. Duraflex adalah pengeluar buckle antarabangsa yang menghasilkan pelbagai jenis buckle yang berkualiti tinggi.

SSC ANDREA
Jenama Buckle: unknown
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM190 (standard) RM230 (toddler)

SSC BOBA 4G
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM400 ke atas
SSC CUDDLE ME
Jenama Buckle: unknown
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM180
SSC TUGEDA AIR / SMART STREET
Jenama Buckle: unknown
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM300 ke atas

SSC ERGOBABY
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: 2-point lock
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM400 dan ke atas

SSC LENNYLAMB
Jenama Buckle: Duraflex
Jenis Buckle: Military Standard with 3-point lock security system.
Ketahanan Buckle: sehingga 20kg.
Harga pasaran SSC: RM400 - RM700 dan ke atas

*NOTA: Jenama lain yang dikenalpasti menggunakan buckle dari jenama yang sama ialah; Ergobaby, Boba, Manduca, & Bobita. Duraflex adalah pengeluar buckle antarabangsa yang menghasilkan pelbagai jenis buckle yang berkualiti tinggi.

Jika ada yang berkata, ia tetap kuasa Allah jika nak berlaku apa-apa atau pecah, ya sekurang-kurangnya kita berusaha dan jika benar ianya pecah juga, anda boleh merujuknya kepada pembekal jenama-jenama asli ini dan mungkin boleh mendapat ganti rugi atau replacement buckle yang baru. Dan pastikan ianya pecah bukan kerana kecuaiannya anda sendiri. Ada beberapa kes buckle asli yang pecah ni gara-gara tersepit dan dihempas pintu kereta~!!! Jadi jika itu berlaku anda tetap boleh merujuk kepada pembekal untuk membeli dan memasang buckle baru yang baru.

Alhamdulillah, sejak 2014 saya menggunakan dan memasarkan Bobita Gen2 SSC di Malaysia yang menggunakan Buckle bertaraf military standard dengan 3-point lock security system ini, tiada sebarang masalah atau aduan mengenainya. Semuanya berfungsi dengan baik. Alhamdulillah :-)

Jadi, jangan ragu, untuk dapatkan baby carrier yang asli dan berkualiti ini ok? Kalau nak miliki Bobita Gen2 SSC, boleh lawati page FB: Bobita Baby Carrier Malaysia ;-)

Friday, 1 April 2016

Daftar Perniagaan di SSM

Zaman sekarang ramai yang buat perniagaan secara atas talian (online)... Betul tak? Saya juga tidak terkecuali. Saya mula berniaga secara online ni sejak tahun 2010. Pertama kali mendaftarkan perniagaan di SSM secara rasmi pada 2014 dengan menggunakan nama persendirian sebagaimana di MyKad saya. Dan baru-baru ini saya mendaftarkan satu lagi perniagaan dengan menggunakan nama tred iaitu Bobita Enterprise. Di sini sedikit perkongsian tentang prosedur mendaftar perniagaan di SSM menurut pengalaman dan pengetahuan yang saya ada. Moga bermanfaat buat mereka yang baru ingin menapak dalam perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Kerana anda dikira menyalahi undang-undang jika berniaga tanpa mendaftar di SSM.  Jadi, daftarlah ye 😉
#1
Apa yang anda perlu ada untuk mendaftar? TIGA benda sahaja; 1-Borang (boleh diperoleh secara percuma di pejabat/kaunter SSM). 2-Pen Hitam. 3-Salinan MyKad. Simple aje kan?

#2
Isi borang dengan pen hitam sahaja dengan HURUF BESAR semuanya.

#3
Tentukan nama perniagaan yang anda ingin daftarkan. Ada dua pilihan; 1-Guna nama sendiri. Iaitu sebagaimana yang tertera pada MyKad anda. Contoh, saya pernah daftarkan guna nama saya sendiri iaitu "Atiqah binti Abu Bakar" sebagai nama perniagaan. 2- Guna nama tred. Anda boleh la nak letak nama sesuka hati anda seperti Al-Wafiy Enterprise ke, Rasa Sayang Food and Beverages ke, atau Melati Resources ke... Ini contoh-contoh nama tred. TAPI, untuk guna nama tred ini, kita perlu isi satu lagi borang ekstra untuk memohon/semakan nama. Kalau orang lain dah guna nama tu, kita tak boleh guna dah. Jadi di borang akan ada 3pilihan nama untuk kita sarankan. Kalau yang pertama kena reject, mereka akan ambil nama ke dua dan seterusnya. Ada juga nama-nama yang dilarang dan confirm kena reject. Contohnya kalau ada nama negara macam Malaysia atau (M). Saya asalnya nak letak nama Bobita Malaysia. Tak boleh. Saya nak letak Bobita (M) Enterprise. Pun kena reject. Akhir sekali Bobita Enterprise, baru diterima. Syukurlah 😉

#4
Selesai isi borang dan hantar ke kaunter, anda perlu bayar yuran pendaftaran. Bagi yang mendaftar menggunakan nama sendiri yurannya ialah RM40.60. Manakala yang menggunakan nama tred yurannya ialah RM70.60.
Setelah membayar, kita akan menerima resit seperti ini. Dan kiraan satu jam bermula dari waktu yang tercatat pada resit untuk kita dapatkan dokumen rasmi berserta nombor pendaftaran SSM kita. Selamat menunggu :p Sementara tu boleh lah nak pergi tandas ke, makan ke, solat ke... Ok?
Inilah susana SSM di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ini piagam pelanggan SSM. Untuk pendaftaran perniagaan baru mengambil masa 1jam.

#5
Tepat 1jam, nama saya pun dipanggil untuk dapatkan dokumen pendaftaran SSM. Alhamdulillah, mudah dan lancar.
Ini dia muka surat pertama dokumen pendaftaran perniagaa SSM.
Ini pula muka surat kedua.

#6
Alhamdulillah, selesai sudah pendaftaran perniagaan saya dengan nama tred Bobita Enterprise yang menjalankan perniagaan penjualan dan pengedaran produk jenama Bobita, terutamanya Bobita Gen2 SSC baby carrier yang ergonomik, selesa dan selamat untuk bayi dan anda :)

Jika anda belum mendaftar di SSM, cepat-cepat daftar ok?
😉😉😉

Nak dapatkan Bobita Gen2 SSC yang ergonomik, selesa dan selamat untuk anak anda dan anda yg menggendong?

Tuesday, 15 March 2016

Review: Aroma Laziz Cafe


Aroma Laziz (bukan Aaron Aziz ye 😆). Aroma Laziz Cafe ini dikategorikan sebagai sebuah cafe baru di Penang ni...sekitar hujung tahun 2015 kami menyedari menyedari kewujudannya :p Kalau lalu  Persiaran Bukit Jambul, mesti akan nampak signboard macam ni ye👆

Kami selalu ulang alik jalan ni waktu on the way Bukit Gambier - Balik Pulau. Memang dah usha lama sebab restorannya cantik, nampak selesa dan santai. Pernah 2-3kali teringin nak pi makan kat sini, tapi tutup...rupa-rupanya hari Ahad memang tutup kot...jadi akhirnya Isnin lepas kami mencuba nasib ke sini lagi, Alhamdulillah buka 😊

Parking. Ruang letak kereta agak besar...jadi insyaallah tak ada masalah untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan restoran. Berikut beberapa gambar suasana restoran yang dapat saya kongsikan:
Kami pelanggan pertama malam tu. Wafiy pulak dah tertidur dari dalam kereta...angkat pun tak sedar, letih beriadah petang tadi pusing satu taman agaknya 😁 Jadi kami pun boleh lah relax2 menikmati suasana. Kalau tak, mengejar dia ajelah kerjanya 😅
Sign Board pada restoran
Terdapat ruang outdoor bagi yang nak makan ala-ala taman, berbumbungkan langit...ewah 😉
Ruang dalam restoran yang tampak santai dan eksklusif. Boleh tempah ruang untuk acara-acara peribadi seperti sambutan hari jadi dan sebagainya.

Okey, sekarang jom kita tengok sebahagian menu dan harga:
Ini muka depan menu, jelas nama dan alamat tertera 😉
Ini antara menu: Nasi Lemak, western, nasi briyani pun ada. Harga above average. So kalau agak-agak baru gaji...boleh la try makan kat sini 😝
Ini Raggae Juice namanya. Satu set dengan Chicken Chop yang saya order. Cantik menarik kan? 😊 Air Bob Marley kot 😝
Ini rupa chicken chop nya. Satu set dengan air Raggae Juice tadi, RM24.90 satu set.
Ini nasi lemak sambal sotong. RM9.90 nasinya sedap, cukup rasa sebagai nasi lemak tanpa cacat cela 😝

Secara ringkas, apa yang saya boleh simpulkan dari pengalaman pertama makan malam di sini ialah:
✔Suasana restoran yang cozy, selesa. Sangat sesuai bagi yang nak suasana santai, dating berdua dengan pasangan, duduk lepak sembang-sembang sambil selfie 😝
✔Menu makanan pelbagai, namun agak pricey. Dengan bajet seorang makan dari RM15-25 dan mungkin lebih jika nak makan menu yang hebat-hebat dengan side dishes, ada kek red velvet semua bagai, maunya mencecah RM30 seorang. Jadi jika anda cuma berdua, dating dengan suami/isteri atau ada anak kecik sorang macak kami yg baru umur 2thn setengah (share makanan kami je, dia tak makan banyak pun), boleh lah pi makan sini (tu pun kena tunggu gaji). Kalau anak dah sekolah, 2-3orang pulak tu, sorang RM20, carilah tempat lain. Berjimatlah. Mungkin pi makan KFC pun ok, anak-anak pun pasti suka 😝
✔Kawasan restoran berpagar. Jadi kalau yang ada anak kecil mcm anak kami yg tak mengerti apa itu duduk diam, saya rasa restoran begini lebih selamat. Walaupun dia berlari di padang luar, masih di dalam pagar dan dia takkan sampai ke jalan raya besar. Saya dah lama tak makan tepi jalan sebab anak saya sangatlah suka main kat jalan 😂
✔Satu pengalaman makan yang menarik, terasa jugalah makan di restoran yang sedikit berkelas, restoran cantik. Sejak ada anak kecik...biasalah, manalah sempat nak enjoy-enjoy makan macam zaman takde anak...ye tak? Mau best mcm mana pun restoran tu, anak kita kisah apa...hehe~

Seronoknya kalau ada kedai makan yang ada tempat main budak-budak sekali di dalam Penang ni selain McD. Senang sikit nak makan dengan tenang, dan anak pun happy 😝 Kalau siapa-siapa ada cadangan restoran yang best untuk makan dengan anak kecil di Penang ni, bagitau lah ye 😁

|terima kasih|

Friday, 4 March 2016

Pergi downtown jangan bawa bayi?

[Downtown]
.
Malam ini kami telah ke Downtown Jalan Reko, Kajang. Ramai ibu bapa bersama anak kecil malam ini dan ramai juga yang ber'baby carrier'.
.
Walaupun tidak semua mereka menggunakan baby carrier dari jenis yg ergonomik, tapi kami yakin merekan menggunakan baby carrier untuk memudahkan pergerakan di downtown tersebut.
.
Seronok jalan-jalan di sini, banyak gerai jualan baju kanak-kanak dengan harga yang murah.
.
TAPI
.
Secara peribadi, ke downtown dengan anak kecil terutama bayi, bukanlah satu aktiviti yang sihat.
.
Ramainya pengunjung, yang kita tak dapat pastikan status kesihatan mereka mungkin saja dapat menjangkiti anak bayi yang masih lemah antibodi. Peniaga-peniaga sendiri menghembus asap vape di mana-mana. Udara itu yg terpaksa anak-anak kita hirup sepanjang kita berada di sana. Mungkin 30minit paling singkat. Mungkin mencecah 1jam atau lebih.
.
Walaupun dengan baby carrier yg ergonomik seperti Bobita ini membuatkan anak selesa (dan mungkin tertidur) dan kita pun tak rasa penat carry anak sebab anak terasa weightless, membuatkan kita tak kisah berlama-lamaan di sana, nasihat kami jika boleh elak, elakkanlah utk membawa anak kecil terutama bayi ke tempat sedemikian. Demi kesihatan mereka :-)
.
Sekian pesanan penaja, pm-lah atau WhatsApp-lah kami utk sebarang pertanyaan ok?
📲0102314714 ;-)
FB: BOBITA BABY CARRIER MALAYSIA