Translate: Choose your language :-)

Tuesday, 15 March 2016

Review: Aroma Laziz Cafe


Aroma Laziz (bukan Aaron Aziz ye 😆). Aroma Laziz Cafe ini dikategorikan sebagai sebuah cafe baru di Penang ni...sekitar hujung tahun 2015 kami menyedari menyedari kewujudannya :p Kalau lalu  Persiaran Bukit Jambul, mesti akan nampak signboard macam ni ye👆

Kami selalu ulang alik jalan ni waktu on the way Bukit Gambier - Balik Pulau. Memang dah usha lama sebab restorannya cantik, nampak selesa dan santai. Pernah 2-3kali teringin nak pi makan kat sini, tapi tutup...rupa-rupanya hari Ahad memang tutup kot...jadi akhirnya Isnin lepas kami mencuba nasib ke sini lagi, Alhamdulillah buka 😊

Parking. Ruang letak kereta agak besar...jadi insyaallah tak ada masalah untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan restoran. Berikut beberapa gambar suasana restoran yang dapat saya kongsikan:
Kami pelanggan pertama malam tu. Wafiy pulak dah tertidur dari dalam kereta...angkat pun tak sedar, letih beriadah petang tadi pusing satu taman agaknya 😁 Jadi kami pun boleh lah relax2 menikmati suasana. Kalau tak, mengejar dia ajelah kerjanya 😅
Sign Board pada restoran
Terdapat ruang outdoor bagi yang nak makan ala-ala taman, berbumbungkan langit...ewah 😉
Ruang dalam restoran yang tampak santai dan eksklusif. Boleh tempah ruang untuk acara-acara peribadi seperti sambutan hari jadi dan sebagainya.

Okey, sekarang jom kita tengok sebahagian menu dan harga:
Ini muka depan menu, jelas nama dan alamat tertera 😉
Ini antara menu: Nasi Lemak, western, nasi briyani pun ada. Harga above average. So kalau agak-agak baru gaji...boleh la try makan kat sini 😝
Ini Raggae Juice namanya. Satu set dengan Chicken Chop yang saya order. Cantik menarik kan? 😊 Air Bob Marley kot 😝
Ini rupa chicken chop nya. Satu set dengan air Raggae Juice tadi, RM24.90 satu set.
Ini nasi lemak sambal sotong. RM9.90 nasinya sedap, cukup rasa sebagai nasi lemak tanpa cacat cela 😝

Secara ringkas, apa yang saya boleh simpulkan dari pengalaman pertama makan malam di sini ialah:
✔Suasana restoran yang cozy, selesa. Sangat sesuai bagi yang nak suasana santai, dating berdua dengan pasangan, duduk lepak sembang-sembang sambil selfie 😝
✔Menu makanan pelbagai, namun agak pricey. Dengan bajet seorang makan dari RM15-25 dan mungkin lebih jika nak makan menu yang hebat-hebat dengan side dishes, ada kek red velvet semua bagai, maunya mencecah RM30 seorang. Jadi jika anda cuma berdua, dating dengan suami/isteri atau ada anak kecik sorang macak kami yg baru umur 2thn setengah (share makanan kami je, dia tak makan banyak pun), boleh lah pi makan sini (tu pun kena tunggu gaji). Kalau anak dah sekolah, 2-3orang pulak tu, sorang RM20, carilah tempat lain. Berjimatlah. Mungkin pi makan KFC pun ok, anak-anak pun pasti suka 😝
✔Kawasan restoran berpagar. Jadi kalau yang ada anak kecil mcm anak kami yg tak mengerti apa itu duduk diam, saya rasa restoran begini lebih selamat. Walaupun dia berlari di padang luar, masih di dalam pagar dan dia takkan sampai ke jalan raya besar. Saya dah lama tak makan tepi jalan sebab anak saya sangatlah suka main kat jalan 😂
✔Satu pengalaman makan yang menarik, terasa jugalah makan di restoran yang sedikit berkelas, restoran cantik. Sejak ada anak kecik...biasalah, manalah sempat nak enjoy-enjoy makan macam zaman takde anak...ye tak? Mau best mcm mana pun restoran tu, anak kita kisah apa...hehe~

Seronoknya kalau ada kedai makan yang ada tempat main budak-budak sekali di dalam Penang ni selain McD. Senang sikit nak makan dengan tenang, dan anak pun happy 😝 Kalau siapa-siapa ada cadangan restoran yang best untuk makan dengan anak kecil di Penang ni, bagitau lah ye 😁

|terima kasih|

Friday, 4 March 2016

Pergi downtown jangan bawa bayi?

[Downtown]
.
Malam ini kami telah ke Downtown Jalan Reko, Kajang. Ramai ibu bapa bersama anak kecil malam ini dan ramai juga yang ber'baby carrier'.
.
Walaupun tidak semua mereka menggunakan baby carrier dari jenis yg ergonomik, tapi kami yakin merekan menggunakan baby carrier untuk memudahkan pergerakan di downtown tersebut.
.
Seronok jalan-jalan di sini, banyak gerai jualan baju kanak-kanak dengan harga yang murah.
.
TAPI
.
Secara peribadi, ke downtown dengan anak kecil terutama bayi, bukanlah satu aktiviti yang sihat.
.
Ramainya pengunjung, yang kita tak dapat pastikan status kesihatan mereka mungkin saja dapat menjangkiti anak bayi yang masih lemah antibodi. Peniaga-peniaga sendiri menghembus asap vape di mana-mana. Udara itu yg terpaksa anak-anak kita hirup sepanjang kita berada di sana. Mungkin 30minit paling singkat. Mungkin mencecah 1jam atau lebih.
.
Walaupun dengan baby carrier yg ergonomik seperti Bobita ini membuatkan anak selesa (dan mungkin tertidur) dan kita pun tak rasa penat carry anak sebab anak terasa weightless, membuatkan kita tak kisah berlama-lamaan di sana, nasihat kami jika boleh elak, elakkanlah utk membawa anak kecil terutama bayi ke tempat sedemikian. Demi kesihatan mereka :-)
.
Sekian pesanan penaja, pm-lah atau WhatsApp-lah kami utk sebarang pertanyaan ok?
📲0102314714 ;-)
FB: BOBITA BABY CARRIER MALAYSIA

Friday, 26 February 2016

Bobita Gen2 SSC - Baby Carrier terlengkap di dunia?

[Terlengkap di dunia]
.
Bobita Gen2 SSC antara baby carrier yang terlengkap di dunia. Wah... biar betul? 😰
.
✔Bobita ada 3D-Mesh (jaring). Jadi anak lebih sejuk kerana ada pengaliran udara - tak semua SSC ada mesh tau.

✔Bobita guna buckle Duraflex bertaraf military dengan 3-point lock system yang berketahanan beban sehingga 20kg - boleh google brand apa lagi yang guna buckle macam ni. Tak banyak.

✔Bobita ada panel cover bercorak yang boleh ditukar-tukar coraknya. Menarik bukan? Ia adalah yang pertama di dunia. Tak ada jenama lain yang boleh tukar-tukar corak macam ni. Satu carrier, puluhan corak boleh anda ganti setiap hari (anda boleh beli panel cover secara berasingan). Orang ingat anda ada banyak carrier, tapi sebenarnya satu aje.

✔Bobita diperbuat dari material 100% cotton yang lembut, mesra bayi, tak panas - kainnya bukan kain biasa-biasa yg kita boleh jumpa di Kamdar tu ok?

✔Bobita ada purse strap. Apa tu? Ia adalah 'pembantu' ibu-ibu untuk mengekalkan beg tangan untuk kekal di bahu, jadi taklah beg tangan asyik nak tergelongsor jatuh.

✔Bobita ada foot rest. Bila kaki anak dah semakin panjang, bolehlah guna agar anak sentiasa berada dalam posisi yang selesa dan selamat.

✔Bobita ada sleeping hood. Bila anak tidur, kepala anak akan disokong penuh oleh sleep hood - jangan terkejut, bukan semua baby carrier ada sleeping hood.

✔Bobita ada mesh bag (beg jaring). Ia bukan sahaja untuk penyimpanan, malah ia berfungsi ketika untuk mencuci carrier menggunakan mesin basuh - baguskan?

✔Bobita ada teething / drool pad sendiri. Tak semua jenama ada teething / droolpad. Jadi anda tak perlu bersusah payah mencari teething / droolpad lain.

✔Bobita ada toddler extender. Jadi anda tak perlu fikir tentang nak beli carrier saiz toddler pula apabila anak semakin besar. Anda cuma perlu beli toddler extender ini sahaja. Sekelip mata carrier yang bersaiz standard telah menjadi toddler size. Jimat bukan? Ia sangat mesra ekonomi kerana boleh digunakan seawal anak berumur 4bulan hingga tiada had umur asalkan anak anda tidak melebihi 20kg. Berat anda berapa pun tak kesah..hehe ;-)
.
Jadi jika anda masih tercari-cari baby carrier manakah yang patut anda beli di dunia ni? Tak lain dan tidak bukan, Bobita Gen2 SSC lah jawapannya.
.
Harga? Tak semahal handphone anda yang beratus-ratus ringgit malah mungkin mencecah ribuan ringgit...tak semahal kos makan sebulan pun. Tapi Bobita hanya perlu dibeli sekali untuk seumur hidup. Dari anak pertama mungkin hingga ke sepuluh pun boleh pakai lagi. Insyaallah.
.
Dari RM249 anda boleh dapatkannya. Ini normal price. Mana tahu anda bernasib baik, dapat harga promo, ia mungkin boleh jadi lebih murah daripada itu...mungkin...mungkin... tapi RM249 tu memang dah murah dah dibandingkan dengan segala kelebihan Bobita ni. Banyak lagi brand lain yang takda pun lengkap macam ni tapi harga jauh lebih mahal. Tak percaya? Bolehlah google Range harga baby carrier di Malaysia.
.
Jangan ragu, jangan malu. PM/WhatsApp kami di 📲0102314714 untuk sebarang pertanyaan okey? Untuk kemudahan anda dan keselesaan anak bersama ;-)


Bobita Gen2 SSC – Baby Carrier terlengkap di dunia?

[Terlengkap di dunia]
.
Bobita Gen2 SSC antara baby carrier yang terlengkap di dunia. Wah… biar betul? ?
.
✔Bobita ada 3D-Mesh (jaring). Jadi anak lebih sejuk kerana ada pengaliran udara – tak semua SSC ada mesh tau.

✔Bobita guna buckle Duraflex bertaraf military dengan 3-point lock system yang berketahanan beban sehingga 20kg – boleh google brand apa lagi yang guna buckle macam ni. Tak banyak.

✔Bobita ada panel cover bercorak yang boleh ditukar-tukar coraknya. Menarik bukan? Ia adalah yang pertama di dunia. Tak ada jenama lain yang boleh tukar-tukar corak macam ni. Satu carrier, puluhan corak boleh anda ganti setiap hari (anda boleh beli panel cover secara berasingan). Orang ingat anda ada banyak carrier, tapi sebenarnya satu aje.

✔Bobita diperbuat dari material 100% cotton yang lembut, mesra bayi, tak panas – kainnya bukan kain biasa-biasa yg kita boleh jumpa di Kamdar tu ok?

✔Bobita ada purse strap. Apa tu? Ia adalah ‘pembantu’ ibu-ibu untuk mengekalkan beg tangan untuk kekal di bahu, jadi taklah beg tangan asyik nak tergelongsor jatuh.

✔Bobita ada foot rest. Bila kaki anak dah semakin panjang, bolehlah guna agar anak sentiasa berada dalam posisi yang selesa dan selamat.

✔Bobita ada sleeping hood. Bila anak tidur, kepala anak akan disokong penuh oleh sleep hood – jangan terkejut, bukan semua baby carrier ada sleeping hood.

✔Bobita ada mesh bag (beg jaring). Ia bukan sahaja untuk penyimpanan, malah ia berfungsi ketika untuk mencuci carrier menggunakan mesin basuh – baguskan?

✔Bobita ada teething / drool pad sendiri. Tak semua jenama ada teething / droolpad. Jadi anda tak perlu bersusah payah mencari teething / droolpad lain.

✔Bobita ada toddler extender. Jadi anda tak perlu fikir tentang nak beli carrier saiz toddler pula apabila anak semakin besar. Anda cuma perlu beli toddler extender ini sahaja. Sekelip mata carrier yang bersaiz standard telah menjadi toddler size. Jimat bukan? Ia sangat mesra ekonomi kerana boleh digunakan seawal anak berumur 4bulan hingga tiada had umur asalkan anak anda tidak melebihi 20kg. Berat anda berapa pun tak kesah..hehe 😉
.
Jadi jika anda masih tercari-cari baby carrier manakah yang patut anda beli di dunia ni? Tak lain dan tidak bukan, Bobita Gen2 SSC lah jawapannya.
.
Harga? Tak semahal handphone anda yang beratus-ratus ringgit malah mungkin mencecah ribuan ringgit…tak semahal kos makan sebulan pun. Tapi Bobita hanya perlu dibeli sekali untuk seumur hidup. Dari anak pertama mungkin hingga ke sepuluh pun boleh pakai lagi. Insyaallah.
.
Dari RM249 anda boleh dapatkannya. Ini normal price. Mana tahu anda bernasib baik, dapat harga promo, ia mungkin boleh jadi lebih murah daripada itu…mungkin…mungkin… tapi RM249 tu memang dah murah dah dibandingkan dengan segala kelebihan Bobita ni. Banyak lagi brand lain yang takda pun lengkap macam ni tapi harga jauh lebih mahal. Tak percaya? Bolehlah google Range harga baby carrier di Malaysia.
.
Jangan ragu, jangan malu. PM/WhatsApp kami di ?0102314714 untuk sebarang pertanyaan okey? Untuk kemudahan anda dan keselesaan anak bersama 😉

Thursday, 7 January 2016

Makanan sedap di Pulau Pinang yang patut anda cuba~

Pulau Pinang kaya dengan variasi makanan yang 1001 macam jenis. Makanan di Pulau Pinang juga dinobatkan sebagai antara makanan tersedap di dunia. WOW~!!! Pelbagai pilihan makanan, dari makanan cina, india dan melayu. Sebagai orang Pulau Pinang, saya akan dikongsikan makanan halal muslim yang terbaik untuk anda cuba ketika melawat ke Pulau Pinang :-) Turutan di dalam entri ini bukanlah mengikut ranking apa-apa. Ianya secara rawak sahaja dan semuanya sedap-sedap belaka dan patut dicuba :-)