Pulau Pinang kaya dengan variasi makanan yang 1001 macam jenis. Makanan di Pulau Pinang juga dinobatkan sebagai antara makanan tersedap di dunia. WOW~!!! Pelbagai pilihan makanan, dari makanan cina, india dan melayu. Sebagai orang Pulau Pinang, saya akan dikongsikan makanan halal muslim yang terbaik untuk anda cuba ketika melawat ke Pulau Pinang :-) Turutan di dalam entri ini bukanlah mengikut ranking apa-apa. Ianya secara rawak sahaja dan semuanya sedap-sedap belaka dan patut dicuba :-)
Translate: Choose your language :-)
Thursday, 7 January 2016
Thursday, 31 December 2015
Bukit Bendera, Pulau Pinang
Permulaan cuti sekolah hujung tahun ini kami mulakan dengan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Harga tiket standard untuk dewasa warganegara Malaysia RM10. Ada juga tiket ekspress segala bagai RM30. Ada juga tiket promosi RM3 aje. Ada juga tiket sehala. Agak complicated. Tak larat nak explain, boleh buka website Penang Hill untuk details harga tiket ye :p
Tren naik ke puncak Bukit Bendera bermula seawal jam 6.30pagi dan trip terakhir untuk turun ke kaki Bukit Bendera ialah jam 11.00malam. Kami haritu ke sana pada hari Jumaat, sekitar jam 4.00petang.
Ini antara permandangan menarik ketika menaiki tren untuk ke puncak Bukit Bendera. Tren ni laju ya amat. Macam naik rollercoaster pun ada. Jadi jika anda jenis gayat, phobia tinggi, fikirlah 2-3kali untuk ke sini ye.
Lihatlah kepadatan orang. Ini musim cuti sekolah. Mungkin kalau hari-hari biasa tak macam ni ;-)
SKY WALK~!!! Antara tarikan terbaru yang dirasmikan pada Feb 2015. Menyajikan permandangan indah sekitar Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera.
Dengan jelas, kita boleh melihat Jambatan Pulau Pinang yang pertama dari deck Sky Walk ini, Bandar Gerogetown dan KOMTAR juga begitu kecil dilihat dari atas sini :p
Pelbagai tarikan lain di atas Bukit Bendera, antaranya Owl Museum. Ia berbayar. Jadi, jika ada budget lebih, boleh lah cuba masuk dan tengok ada apa di dalam tu :p Kami tak masuk pun. Ambil gambar kat signboard pun jadilah ye.
Di sini juga terdapat deretan teropong berbayar untuk kita zoom in suasana dan permandangan. Tak mahal, RM1 aje untuk beberapa minit tak ingat. Boleh lah...enjoy jugak tengok teropong ni :-)
Bukit Bendera ni pun ada banyak love lock ni. Cantiklah buat cuci mata. Waktu ni hujan renyai-renyai. Tak dapatlah nak bercanda ria sangat. Ada anak kecik kan...kang demam pulak. Orang lain rilek je ambik-ambik gambar macam takde apa-apa yang berlaku. Haha~
Memandangkan hari hujan, kami pun masuklah ke food court. Ada dua tingkat tau. Satu tingkat jual makanan dan cenderahati aje. Kami ni tak lapar pun sebenarnya. Konon-konon nak minum yang hangat-hangat. Maklumla sejuk kat sini, hujan pulak tu. bertambah-tambah la sejuknya :p Tapi takde orang jual air pun? Rupa-rupanya minuman di tingkat bawah. kami pun turun lah tangga beli minuman dan bawa naik ke tingkat atas :-)
Bila turun bawah tu, nampak sorang kakak ni bawak platter buah-buah potong. Uishh...nampak sedap. ada gerai yang jual buah potong milik Melayu, Islam. Kat food court ni banyak kedai cina. Kami pun order la satu platter buah ni, RM10. Kalau nak tambah asikrim RM12. Sejuk-sejuk ni asikrim apa nya...buah sudahlah...tu pun nampak macam akan kenyang...mmg besar pinggan dia. Anak sedara saya teringin ABC, nampak sedap katanya. Haha...sejuk-sejuk pun bantai je lah ABC. RM5 satu. Ok lah. Puas hati :-)
Lepas kenyang makan buah, hujan pun dah berhenti. Kami pun round-roundlah sekitar Bukit Bendera tu. Agak besar juga. Memang memerlukan tenaga dan stamina ye untuk ke sini :-)
Pada asalnya kami merancang nak solat Asar di bawah aje. Di parking bertingkat tu ada surau. Tapi bila kami nak beratur turun tren tu, amatlah panjang. Kami takut terlepas pula waktu Asar sebab dah pukul 6pm masa tu. Jadi kami pun patah balik dan mendaki tangga yang agak tinggi untuk ke Masjid. Jangan terkejut, di atas Bukit Bendera ni ada Kuil, Balai Polis, dan Klinik Kesihatan juga ye :-)
Di atas Puncak Bukit Bendera juga ada playground. Jadi bagi mereka yang ada anak kecil, bolehlah bersantai di sini sambil menikmati kenyamanan Bukit Bendera ;-)
![]() |
| Penggunaan baby carrier yang ergonomik dan selesa seperti Bobita SSC ini memang memudahkan. Anak tidur pun kita tetap bebas beraktiviti mahupun makan ;-) |
![]() |
| Teringin jugak nak posing romantik :p |
![]() |
| Antara keseronokan kami di Bukit Bendera :p |
Sekitar jam 7pm kami selamat sampai ke kaki Bukit Bendera dan bergambar kenang-kengangan :)
Satu pengalaman yang menarik. Walaubagaimanapun, jika anda tiada anak yang bersekolah, pergilah waktu bukan cuti sekolah. Insyaallah ia lebih selesa terutama yang bersama anak kecil. Bagi yang ada anak yang sedang bersekolah, atau anda sendiri seorang guru, apakandaya. Hanya cuti sekolah masa yang anda ada, ye tak? SELAMAT BERCUTI~!!!
Thursday, 3 December 2015
Resipi Udang Masak Lemak Cili Padi
Resipi ini boleh dikatakan sebagai kids friendly. Tak pedas sangat dan sesuai untuk yang ada anak umur sekitar 2tahun macam saya. Bila ada anak kecil ni, bila nak masak sesuatu, kena fikir menu yang sesuai untuk anak dan bapak anak sekali :p
BAHAN-BAHAN
(untuk 2orang makan)
10 ekor udang sederhana besar
1 inchi halia
1 inchi kunyit
1 inchi lengkuas
1 kotak santan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 keping asam keping saiz kecil
1/2 batang lobak merah
Garam secukup rasa
CARA-CARA
#1
Kisar kunyit, halia, lengkuas, bawang besar,bawang putih, cili padi.
#2
Tumis bahan kisar hingga kering dan masukkan udang dan lobak merah.
#3
Setelah udang kemerahan, masukkan santan dan asam keping. Setelah mendidih, bolehlah tambah garam dan gula secukup rasa. Setelah lobak empuk, bolehlah dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
SEDAPNYA
SELAMAT MENCUBA
Wafiy umur 2thn, dia pun suka. Budak besar ni sibuk nak makan sendiri aje. Jadi saya gumpalkan nasi jadi seketul-seketul tu...senang dia suap terus masuk mulut. Taklah bersepah sangat :p
Monday, 23 November 2015
Resipi tauhu telur dengan cendawan dan blackpaper
Menu ni kita sering lihat dan makan di kedai-kedai makan ketika waktu tengah hari. Malah ini antara menu kegemaran saya jika makan tengah hari di luar atau tapau lauk bawak balik rumah. Tapi tak pernah masak sendiri di rumah. Hari ini saya cuba buat sendiri. Tanpa rujuk mana-mana resipi, pakai instinct aje. Menjadi juga. Inilah cara saya buat:
BAHAN-BAHAN
1 tube tauhu telur
1 batang cili merah
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
5 tangkai cendawan
Garam
CARA-CARA
#1
Kerat tauhu telur kepada 6kerar dan goreng hingga kulit luarnya agak keras. Hati-hati ye sebab tauhu ni lembut sangat dan mudah pecah. Setelah siap goreng, ketepikan.
#2
Bawang besar dihiris nipis manakala bawang putih dan halia diketuk bagi pecah aje. Tak perlu hiris. Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
#3
Masukkan 2cawan air ke dalam tumisan. Sementara menunggu air itu mendidih, bancuh tepung dengan sedikit air.
#4
Masukkan bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan kuah yang anda mahu. Setelah itu masukkan bahan-bahan lain seperti cendawan (diracik-racik), serbuk lada hitam, cili merah yang di hiris serta tauhu yang telah digoreng tadi.
#5
Tambah garam secukup rasa. Agak-agak cendawan dah cukup masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh juga nak tambah sayur lain seperti lobak merah atau sayur campur (peas+jagung+carrot) - mix vege.
Mudahkan? Makan dengan nasi panas-panas sedapnya.... Anak saya yang umur 2tahun tu pun makan nasi banyak suap sebab menu ni.
SELAMAT MENCUBA
Monday, 16 November 2015
Resipi Ayam Buttermilk
Ayam Buttermilk ni sangat mudah dan Alhamdulillah, percubaan pertama saya buat, anak saya makan nasi dengan berselera. Menu ni juga bagus untuk kanak-kanak yang nak dinaikkan berat badan. Tapi bagi mak-mak yang nak kurus, paham-paham lah... butter lah katakan :p
BAHAN-BAHAN
(untuk 2-3orang makan)
2 ketul dada ayam
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 tangkai daun kari
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair/segar
Garam
CARA-CARA
#1
Bersihkan dada ayam, buang tulang dan potong kecil sesuai saiz yang anda mahu.
#2
Celup ayam dalam telur kemudian dalam tepung jagung dan goreng garing. Boleh masukkan sedikit garam di dalam telur sebagai perasa. Siap goreng semua ayam, ketepikan.
#3
Cairkan butter di dalam kuali/pan. Tumis daun kari. Setelah naik bau, masukkan susu.
#4
Setelah agak pekat, masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
#5
Siap~!!!
Hidangkan dengan nasi panas-panas. Sedapnya. Makan dengan tomyam ke. Memang terangkat.
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Posts (Atom)





















