Translate: Choose your language :-)

Wednesday, 14 October 2015

Permainan menjana skill dan minda anak



Zaman sekarang anak kecil seawal usia bayi kita dah perkenalkan dengan video di handphone, tab dan sebagainya. Kadang-kadang perlu juga kita alih perhatian mereka dengan permainan yang lebih menjana minda dan skill motorik mereka. Ini antara permainan kepunyaan Wafiy. Satu diberi oleh maklong nya sebagai hadiah ulang tahun yg ke2 nya yang lalu. Satu lagi saya beli kerana Wafiy memang gemar dan cenderung untuk menyususun barang ni :-)

#1 - Shape Puzzle House
Inilah dia Shape Blocks Puzzle House. Terdiri dari 8 blok pelbagai bentuk dan warna dilengkapi model rumah dan bumbung yang berlubang mengikut bentuk.
Model baby tengah main dengan gembira ;-)
Wafiy first time main. Mula-mula dia memang tak faham macam mana nak main. Paklang dia demo cara main. Dengan bantuan, dia faham yang dia kena masukkan blocks tu dalam lubang, tapi dia main nak sumbat aje. Memang la tak boleh masuk kalau tak kena bentuk kan? Agak stres mulanya di situ :-p
Setelah percubaan beberapa kali dia mula faham bahawa dia perlu memasukkan blocks mengikut bentuk. Memang budak-budak cepat belajar. Dia dah boleh cam bentuk itu perlu ke lubang yang itu. Dia happy, kita ibu ayah pun happy tengok improvement anak :-)

Kini saya bagi Wafiy main selang sehari. Kalau hari-hari pun mesti nanti bosan. Ada lagi mainan lain, kita selang selikanlah. Setiap kali main mungkin sekitar 10-15minit. Ia dah memadai untuk train skill motorik dan minda dia. Dari hari ke hari memang nampak improvement kecekapan dia memadankan bentuk puzzle blocks tersebut. Saya rasa ini permainan yang amat sesuai untuk anak-anak sekitar umur Wafiy (1-3tahun). Selain itu, blocks nya juga besar-besar, Insyaallah tak boleh masuk mulut anak-anak kecil. Jadi ianya selamat. Saya rasa pembelian permainan ini (oleh Maklong Wafiy) sebagai hadiah harijadi untuk Wafiy amat berbaloi dan bermanfaat. Terima kasih Maklong Wafiy :-)

#2 - Tower Blocks


Inilah dia Tower Blocks. Terdiri dari 7blok yang bewarna-warni dan pelbagai saiz. Dari yang paling kecil di bahagian bawah hinggalah yang terkecil di puncaknya.
Model baby sedang main tower blocks
Wafiy leka main Tower Blocks. Memang kegemaran dia menyusun barang. Jadi sangatlah sesuai untuk anak-anak yang suka menyusun ni ;-)

Ibu ayah yang lain pun patut dapatkan permainan-permainan yang macam ni untuk anak-anak yang sel-sel otak sedang berhubung pantas ni. Ia amat baik untuk menjana minda dan skill motorik mereka :-) Nak beli kat mana? Boleh beli dari FB PAGE Tiq's Shop, baby and parents gear. Nak Whatsapp terus owner page pun boleh: +60102314714. Murah aje. Berbaloi beli. Anak happy, ibu ayah senang hati~
Murah aje kan? Nak beli boleh Whatsapp +60102314714 atau PM Page FB Tiq's Shop. Pasti puas hati :-)

WhatsApp
+60102314714


Monday, 12 October 2015

Resipi All Day Sandwich ala Subway


Saya salah seorang peminat all day sandwich SUBWAY. Tapi harganya yang tak berapa nak murah membuatkan ia agak jarang untuk saya nikmati :p Oleh itu saya cuba-cuba buat sendiri di rumah. Memang mengubat rindu mengidam nak makan Subway secara kerap. 

Kenapa dipanggil all day sandwich? Kerana ia boleh di makan tak kira waktu. Pagi, tengah hari atau malam dan ianya mengenyangkan. Bahan-bahan yang saya gunakan juga bahan asas yang mudah diperoleh di supermarket seperti Tesco atau pasar raya besar Mydin.

BAHAN-BAHAN
(untuk 2org)

4 keping roti sandwich
2 keping lof daging ayam
2 keping cheese
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili/tomato
6 hiris tomato
4 keping salad saiz kecil

CARA-CARA

#1
Rebuskan lof daging ayam hingga masak. Sekitar 10minit tu dah masak, naik bau wangi ayam dan air rebusan jadi keruh antara tanda lof dah masak.

#2
Susun roti atas dulang ketuhar. Sapukan mayonis dan sos pada roti. Letakkan lof daging ayam yang telah direbus dan kepingan cheese.

#3
Masukkan ke dalam ketuhar (saya punya toaster oven. Tiada kawalan suhu. Hanya kawalan masa/minit). Saya panggang selama 3minit sahaja.

#4
Setelah itu, keluarkan dari ketuhar, bolehlah letak hirisan tomato, salad, dan serbuk bawang putih.


#5
Satukan semua dan siap untuk dinikmati :-)


Senangkan aje kan? Kot-kot malam takmau makan nasi, boleh makan ni, sedap lagi kenyang. Berkhasiat dengan semua nutrisi piramid makanan. Sesuai untuk seisi keluarga.

Kalau-kalau nak tambah extra loaf, extra cheese pun boleh. Ikut selera masing-masing.

SELAMAT MENCUBA~!!!

Resipi: Aiskrim semudah 1,2,3


Bila ada anak kecik ni, seronok nak mencuba masak makanan yang anak suka nak makan. Walaupun Wafiy taklah selalu makan aiskrim, adalah 2-3kali seumur hidup dia yang baru 2tahun 1bulan ni :-p Jadi ada baiknya bagi aiskrim yang kita buat sendiri pada anak-anak kecil ni. Walaupun kosnya tidaklah lebih murah dari kita beli sesetengah aiskrim siap di kedai, tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan dan yang pasti tanpa bahan pengawet. 

RESIPI AISKRIM

BAHAN-BAHAN (asas)
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1biji telur
1 sudu kecil perasa vanilla
1 sudu besar ovalet halal

Bahan-bahan yang mudah nak dapat dan simple aje kan?

CARA-CARA

#1
Masukkan semua bahan dalam satu bekas, pukul guna mixer selama 15-20minit.
Saya pukul guna stand mixer selama 15minit. Jika tiada stand mixer, tabahlah ye.

#2
Dah naik gebu tu, bolehlah nak letak perasa apa yang kita suka. Oreo ke, perasa strawberi ke, jagung ke. Untuk kali ini saya buat dua perisa. Coklat dan Thai Green Tea. Jadi saya bahagikan adunan kepada 2bekas.
Perisa pertama saya: Thai Green Tea. Original dari Thailand.
Perisa kedua: Coklat. Saya masukkan serbuk koko dan Chocolate rice.

#3
Setelah siap diperisakan, bolehlah pindahkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dibekukan di dalam peti ais. 
Satu adunan dapat banyak ni.

#SIAP
Keesokan harinya kami pun menikmati aiskrim home made kami. Alhamdulillah. Seronok betul. Rasa aiskrim pun saling tak tumpah macam yang kita beli kat kedai.

SELAMAT MENCUBA~!!!!
Selepas 17jam. Inilah hasilnya. Saya mula bekukan sekitar jam 7malam, 12tgh hari esoknya kami makan.
Gambar Bonus: Wafiy excited nak buat aiskrim sendiri.


Saturday, 10 October 2015

Barang Kena Tahan Kastam?

Jika anda pertama kali nak beli barang dari luar negara, pastinya kegusaran utama ialah macam mana kalau barang kena tahan kastam? Nak kena bayar berapa? Adoi rugilah kalau beli dari luar sebab nak murah tapi kena bayar cukai kat Kastam pulak. Haa...itu pasti kegusaran utama kita semua. Ini beberapa info yang dapat saya kongsikan tentang pengalaman saya yang dah berkali-kali ke pejabat kastam untuk ambil barang yang kena tahan kastam hampir setiap kali ia sampai ke Malaysia.

#1- JENIS BARANGAN
Pastikan barang yang kita beli tu bukan barang larangan lah ye. Kebiasaan orang beli dari luar negara ni macam baju-baju, peralatan muzik seperti gitar, dan berbagai lagi. Jangan beli senjata api pulak. Bukan cuma barang yang kena tahan, anda pun kena tahan nanti :p Manakala kalau produk kecantikan seperti supplement perlu dapat pengesahan dan surat dari Jabatan Farmasi untuk mengesahkan produk tersebut tidak merbahaya. Pegawai kastam akan guide anda cara-caranya apabila anda ke pejabat mereka. Selain itu, jika barangan elektronik seperti telefon bimbit perlu disahkan oleh SIRIM. mereka akan guide juga cara-caranya. Jika anda tak ikut, barang anda akan di sana selamanya ye.

#2- HARGA BARANGAN
Barang yang dikenakan cukai hanyalah barang yang berharga RM500 ke atas sahaja. JIka barang anda mencurigakan, pihak kastam akan buka bungkusan anda. Mereka dah arif, boleh anggar barang tu lebih RM500 atau tidak. Jika mereka rasa harganya tak sampai RM500, mereka akan release dan barang akan di pos terus ke alamat anda. Nilai RM500 tersebut adalah harga barang + harga kos pos. Contoh: Jika barang RM450 dan kos pos adalah RM100, jadi totalnya adalah RM550. Anda akan dikenakan cukai 6% (GST) daripada jumlah RM550 tersebut iaitu RM33. Tetapi jika barangan anda berjumlah RM1000 ke atas, perlu buka borang kastam. Yuran borang tersebut ialah RM50. Contoh barang anda totalnya ialah RM1100, cukai 6% ialah RM66 dan yuran borang kastam RM50. Jadi jumlah yang anda perlu bayar ialah RM116.

#PETANDA KENA TAHAN
Mudah saja nak tahu petanda kena tahan atau tidak. Jika barang anda dialamatkan ke kawasan Lembah Klang, potensi barang ditahan ada 50%-50%. Tapi kalau ke kawasan utara, saya boleh katakan 100% barang akan ditahan jika barang anda ada gaya RM500 ke atas sebab barang saya ada juga yang tak di tahan oleh Kastam KLIA, tapi semua barang saya ditahan oleh Kastam Pulau Pinang di Butterworth walaupun nilai barangan semuanya sama dan yang pasti tidak pernah kurang dari RM500.

Selain itu, anda boleh check tracking number di website courier masing-masing. Seperti saya semuanya apabila barang sampai di Malaysia, penghantaran barang dikendali oleh Pos Laju Malaysia. Jadi saya boleh semak tracking number dari negara luar di track & trace Pos Laju.
Contoh status track & trace yang menjadi petanda barang ditahan kastam: status terakhir Customs Inspection dua kali dan kadang-kadang lebih. Pernah juga tertulis 'high value goods' dan mungkin ada catatan-catatan lain yang menandakan barang ditahan.

#SAH BARANG DITAHAN
Barang anda sah ditahan apabila anda menerima notis tahanan seperti ini:
Notis tahanan seperti ini kebiasaannya akan sampai kepada anda 1-2hari setelah barang anda ditahan.

Apa yang terkandung di dalam notis ini? Semestinya ia memaklumkan bahawa barang anda telah ditahan. Lokasi atau pejabat Kastam mana yang menahan dan waktu operasi pejabat tersebut. Di dalam notis itu juga terdapat ruangan perihal siapa yang akan menguruskan cukai atau pelepasan dan pengambilan barang seperti borang sebagaimana berikut:
1: Melantik agen PosLaju untuk mewakili anda. 2: Wakil anda sendiri untuk ke Kastam. 3: Anda sendiri ke Kastam.

Untuk 1: Melantik agen PosLaju untuk mewakili anda (anda tidak perlu ke Kastam). Anda perlu mengisi Bahagian A dan kirim borang tersebut beserta invois pembelian barang atau bukti pembayaran secara pos atau fax atau email sebagaimana yang tertera pada notis masing-masing. Akan dikenakan servis charge RM50.60. Jadi jika cukai ialah RM33, ditambah service charge ini menjadikan RM83.60 yang anda perlu bayar nanti. Barang akan dihantar ke Pusat Pos Laju berdekatan dengan rumah anda. Tidak terus ke rumah ye. Anda perlu collect dan bayar di Pusat PosLaju tersebut.

2: Mewakilkan individu lain. Mungkin nak minta suami ke, abang ke, adik ke yang pergi ambil, boleh juga. Tapi sila bawa dokumen yang diperlukan bersama ye.

3: Pergi ambil sendiri. Bawa bersama invoice/resit/slip pembayaran. Jika tiada salah satu dokumen ini, anda tidak akan dapat mengambil barang anda.

#PENGAMBILAN BARANG TAHANAN
Jangan lupa bawa notis tahanan yang telah siap diisi bersama invioice/bukti pembayaran pembelian barang tersebut ye:

Ini contoh resit transaksi pembayaran saya ke negara Indonesia. Di resit ini memaparkan dengan jelas jumlahnya dalam ringgit dan rupiah. Ia memudahkan pihak kastam membuat taksiran langsung dari nilai ringgit. Saya pernah menggunakan invoice barang yang dibeli. Memandangkan ia ditulis dalam nilai rupiah sahaja, jadi pihak kastam akan convert sendiri kepada ringgit. Jadi nilai itu tidak tepat dan menjadi lebih tinggi menyebabkan cukai yang lebih perlu saya bayar.

Setibanya di pejabat Kastam, tanyalah pada pegawai yang bertugas dan maklumkan barang anda ditahan dan tunjukkanlah notis tahanan anda. Mereka akan guide anda untuk ke kaunter mana dahulu. Setelah mereka ambil barang kita dari stor, mereka akan mengarahkan kita untuk membuka bungkusan kita sendiri untuk mereka lihat isi bungkusan. Setelah siap mereka taksir, mereka akan maklumkan jika barang lebih dari RM1000, kita perlu buka borang dengan kos tambahan RM50. jika nilai barang kita di bawah RM1000 kita boleh terus dapatkan taksiran rasmi dan slip bayaran yang perlu kita bayar di kaunter PosLaju. Proses nya memang agak mengelirukan kerana setiap prosedur dikaunter atau bilik yang berbeza. Saya yang dah berulang kali melaluinya pun kadang-kadang keliru apatah lagi bagi yang pertama kali. Yang pasti, ikut saja guide dari pegawai yang bertugas. Tak faham, tak perlu malu nak tanya, mereka semua baik-baik dan ramah. Murah pula dengan senyuman. Jangan takut, kita bukan buat salah, kita penyumbang kepada pembangunan negara. Maka berbanggalah :-p
Ini contoh slip taksiran dan jumlah cukai yang perlu saya bayar.

#SELESAI
Setelah anda bayar, bawa resit ke kaunter kastam, dan anda boleh bawa pulang barang anda. Tahniah.
Ini antara suasana di Kastam KLIA. Suasana sangat berbeza jika di Kastam Butterworth (tiada gambar yang dapat saya kongsikan).

Moga entri ini bermanfaat. Jika ada yang nak tanya tentang prosedur, kalau-kalau ada yang tak faham, komen aje dibawah ye. Saya akan cuba jawab nanti. Oh ye. Saya jual baby carrier jenis SSC yang ergonomik. Selesa, selamat dan berkualiti tinggi. Baby carrier ni memang best. Click di sini untuk ke FB PAGE BOBITA BABY CARRIER MALAYSIA :-)

Resipi Moist Chocolate Cake ala Anis


Saya tak pasti resipi Anis Moist Chocolate Cake ni dah dibocorkan atau Anis yang ikut resipi ni ;-)

TAPI

Yang pasti hasil dari resipi ni memang sama sebijik rasanya macam kek Anis yang RM6 untuk bekas love tu ;-)

Pastikan anda ikut betul-betul ye untuk dapatkan rasa yang sama.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan A)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
(Masukkan semua dalam periuk, dan masak atas api sehingga larut dan sebati)

(Bahan B)
3 biji telur
1/2 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar sodium bikarbonarnat

(Topping)
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
(Masuk semua dalam periuk, masak atas api sehingga larut, sebati dan PEKAT)


Bahan-bahan yang mudah diperoleh. Tak susah nak cari bahan.
Ini sukatan cawan/cup yang saya guna. Nak guna cawan biasa pun boleh, cuma perlu konsisten guna cawan yang sama untuk semua sukatan ye.

CARA-CARA:

#1
Pukul telur dan gula hingga kembang


#2
Masukkan Bahan A yang telah siap dimasak atas api sehingga larut ke dalam telur dan gula yang telah kembang. Pukul sebati.

#3
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, dan sodium bikarbonat. Pukul sebati.

#4
Panaskan pengukus. Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas yang sesuai untuk dikukus seperti bekas plastik, loyang besi, atau bekas kaca. Jangan guna bekas kertas macam cupcake, dikhuatiri wap kukus itu akan membasahi bekas.

#5
Kukus selama 15-20minit. Check sama ada telah masak atau belum dengan cucuk lidi atau garfu pada kek. Jika lidi atau garfu itu tiada lekatan cairan coklat, bererti telah masak. Jika belum masak teruskan pengukusan sehingga masak. Check dari semasa ke semasa. Waktu mengukus mungkin berbeza berdasarkan saiz bekas yang kita gunakan.

#6
Sementara tunggu kek masak, boleh buat topping. Masukkan semua bahan topping dalam periuk, masak atas api sehingga sebati dan pekat.

#7
Setelah kek dan topping masak, apabila kedua-duanya telah suam (nak tunggu sejuk pun boleh), tuang topping ke atas kek.
Satu adunan ini saya dapat 2bekas 4segi dan 2 bekas bulat.
Tuang topping coklat.

#8
Sesi touch-up. Saya taburkan chocolate rice sebagai hiasan dan penaik seri. Anda bolehlah hias cara anda tersendiri :-)

Senang aje kan?
SELAMAT MENCUBA~!!!

Wafiy ratah toping coklat :p
*topping lebih boleh simpan buat makan dengan roti ;-)