Translate: Choose your language :-)

Sunday, 6 September 2015

Baby Carrier (crotch, hip-seat, SSC): Belajar dari pengalaman.

Wafiy is turning 2years young dalam beberapa hari lagi (10 September 2015) :-D Sepanjang perjalan meniti hari-hari bersama Wafiy kami banyak bergantung harap pada baby carrier untuk memudahkan pergerakan kami sekeluarga. Ini kerana kami banyak travel, terutamanya dengan kenderaan awam. Seawal umur Wafiy 3bulan kami dah mula naik pesawat. Wafiy umur 4bulan naik keretapi (KTM) dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan pernah juga naik bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang ketika umurnya 4bulan juga. Kami juga telah ke Bali, Aceh, Thailand dan Umrah ke Madinah & Mekah juga. Alhamdulillah. Jadi, sepanjang 2tahun umur Wafiy ni memang segala jenis kenderaan awam kami dah angkut Wafiy bersama, dari kenderaan darat, air, dan udara semua kami lalui. Oleh kerana itu, penggunaan stroller bagi kami adalah agak terhad dan kurang praktikal buat kami yang sering travel minima sebulan sekali. 

Tambahan pula, Wafiy ni kategori budak tak mau stroller. Mulai umur dia 5bulan macam tu, dia akan meraung kalau letak dalam stroller, dan mahu didukung. Mulai umur 11bulan, dia dah boleh berjalan, dia yang nak tolak stroller tu. Jadi memang sejak itu kami simpan stroller dalam stor dan menghandalkan 100% kepada baby carrier sebagai alat bantu menggendong Wafiy yang semakin hari semakin berat dan lasak ;-)

Namun begitu, kami pada awalnya menggunakan baby carrier tanpa ilmu. Ya, KOSONG tentang baby carrier. Tanpa mengetahui rupa-rupanya baby carrier ini ada pelbagai jenis, malah ada yang bahaya~!!! Kami juga tidak pernah mendengar istilah SSC apatah lagi baby carrier yang ergonomik. Itu semua sama sekali amat asing bagi kami. Alhamdulillah, melalui pengalaman, pembacaan dan support group di FB berkaitan baby carrier seperti Malaysian Babywearers dan Gendong 101 telah banyak memberi ilmu tentang penggunaan baby carrier yang baik dan betul.

Di entri ini saya ingin berkongsi pengalaman saya memakai beberapa jenis baby carrier dari yang pertama, hinggalah yang terkini dan yang terbaik, Bobita Gen2 SSC Baby Carrier yang ergonomik, selesa, dan selamat :-D

#1
BABY LOVE - SNUGGY (CROTCH / NARROW BASE CARRIER)

Jenama Baby Love - Snuggy, Jenis Crotch/Narrow Base Carrier. Tidak bagus.

Inilah dia baby carrier pertama kami. Beli masa mengandungkan Wafiy 7bulan. Harga RM59.90. Tertarik dengan ilustrasi di kotak. Boleh pakai pelbagai cara. Dari 0month katanya. Itulah dia, bila membeli tanpa ilmu dan tak tahu pun ilmu tentang baby carrier ni wujud masa tu :( Masa pakai ni Wafiy baru umur 3-4bulan. Tapi kami tak pakai lama, apabila berat Wafiy sekitar 6kg, sakit-sakit badan kami dibuatnya. Sakit leher, sakit bahu dan sakit pinggang. Sampai satu tahap saya rasa pening dan rasa macam nak demam. Semenjak itu kami tak pakai lagi baby carrier dan simpan saja di dalam almari.

Walaupun begitu, kami masih belum tahu bahawa baby carrier itu sebenarnya tidak baik malah berbahaya. Kami cuma fikir, baby carrier semuanya sama dan sangat tidak faham kenapa ada baby carrier yang berharga ratusan ringgit. Ini antara gambar-gambar yang biasa kita lihat di kotak atau iklan baby carrier jenis ini:
Cuba lihat bayi dalam bulatan. Adakah kita sanggup bawa anak begitu? Dan anak kita pun pasti menangis kalau dibawa begitu :(
Lihatlah kaki bayi dalam gambar-gambar ini. Ia jelas nampak tergantung dan kelihatan menyeksakan. Jika pakai 5minit (untuk tujuan fotografi macam gambar ni mungkin bayi masih boleh tersenyum). Tapi jika untuk 1-2jam, ia pasti menyakitkan.
Ada juga baby carrier yang mahal, tapi tetap bahaya dan membuatkan anak kita tergantung. Ia mungkin mahal kerana jenama dan materialnya yang baik, namun rekaannya tidak ergonomik dan tidak selesa sebenarnya.
Ini adalah beberapa fakta tentang jenis carrier yang bahaya dan selamat sebagai rujukan asas. Dari gambar ini harapnya dapat membantu kita untuk mengerti betapa pentingnya pemilihan baby carrier yang betul.

Posisi/kedudukan bayi yang sepatutnya apabila berada dalam baby carrier..
Kedudukan/posisi bayi yang sepatutnya apabila berada dalam baby carrier.

#2
AIEBO (HIP-SEAT CARRIER)


Hip Seat Baby Carrier. Perhatikan anak panah merah. Ia menunjukkan postur tulang bayi yang tidak baik.

Ini adalah baby carrier kami yang ke-dua. Dibeli ketika Wafiy sekitar 7bulan dengan harga RM99.90. Masih tanpa sebarang ilmu tentang baby carrier, kebetulan kami ke sebuah kedai barangan bayi. Tak ada niat pun nak beli carrier baru, nak beli benda lain sebenarnya. Tapi ada display tester carrier ni, jadi kami sekadar suka-suka nak cuba kerana tak pernah tengok baby carrier ada seat macam ni. Suami cuba dahulu, dia kata sedap. Dia round-round satu kedai, katanya memang tak sakit langsung dan rasa ringan sangat. Setelah itu saya juga mencuba. Betul, saya pun suka. Mungkin kerana adanya waist strap, tali dipinggang itu memberi sokongan pada pinggang dan membuat berat beban bayi disebar sama rata menjadikan anak terasa ringan. Wafiy pun nampak ceria ketika itu, Jadi tanpa dirancang, kami pun beli carrier ini.

Baby carrier ini memang lebih baik dari jenis narrow base atau crotch kerana kaki bayi tidak lurus ke bawah. Namun seat baby carrier tersebut tidak cukup lebar untuk menampung seluruh peha bayi hingga ke pelipat lutut menyebabkan lutut bayi berada lebih rendah dari punggung. Boleh lihat anak panah merah di bahagian kaki bayi. Ini adalah tidak ergonomik. Selain itu, ia juga seolah-olah memaksa bayi untuk duduk dalam keadaan tulang belakangnya melentik. Ini sebenarnya berbahaya terutama kepada bayi yang belum boleh duduk sendiri kerana tulang yang masih lembut. Untung saja kami menggunakan hip seat ini ketika Wafiy memang telah boleh duduk. Tapi apabila melihat kembali gambar-gambar lama, kami amat berharap Wafiy tidak ada apa-apa.
Ini antara fakta tentang baby carrier jenis hip seat dan postur tulang bayi. Ianya tidak baik.

#3
BOBITA GEN2 (SSC BABY CARRIER)

Ini dia SSC Bobita Gen2 kami. Waktu ni pertama kali pergi jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang :-)

Ketika Wafiy umur sekiar 8-9bulan macam tu saya ada menonton di TV, tentang pemakaian baby carrier yang selamat dan liputan gathering yang dibuat oleh Malaysian Babywearers. Jadi sejak itu saya mula membaca dari internet, mengikuti perbincangan di FB Group berkaitan baby carrier ni. Waktu itu baru saya tahu yang baby carrier jenis hipseat tidak baik. Saya bagitahu pada suami, tapi dia tidak percaya dan fikir ia hanya perkara remeh (saya tahu, pasti ramai suami/ayah yang macam ni kan?).

Pada suatu hari kebetulan kami ke sebuah butik bayi, nak beli baju raya untuk Wafiy yang masa tu 10bulan. Ada pelbagai jenis baby carrier jenis SSC di situ. Ada satu yang display di patung, Jenama Bobita. Jadi saya minta suami cuba. Dia pun cuba dengan Wafiy. Dia kata memang sedap. Selesa dan rasa lebih mantap dari hip seat yang kami gunakan. Dia belek-belek material talinya, bucklenya, memang nampak kuat dan meyakinkan. Tengok pula tag harga, RM379.90. Aduhhhh...patut lah.. kami tak terus beli..harus fikir 2-3kali juga ni. Tapi sejak tu, suami pun asyik teringat-ingatkan Bobita SSC tu :p

Kami ada juga hadiri gathering yang di anjurkan oleh Malaysian Babywearers di Space U8 kalau tak silap masa tu. Ada pelbagai jenama SSC dan wrap yang dibawa ke sana oleh peserta untuk dicuba-cuba. Di situ saya dan suami cuba pelbagai jenama seperti Jumpsac, Snuggbaby, Cuddle Me, Tula, dan mungkin ada yang saya tak ingat lagi. Ada juga mummy di situ yang sudi ajar kami pakai wrap. Kami juga dapat lihat dan pegang sendiri material dan kualiti setiap carrier yang ada. Terima kasih atas tunjuk ajar. Gathering itu sangat membantu dalam kami belajar tentang baby carrier dan memberi pengalaman merasai pelbagai jenis SSC. Ada yang sedap, ada juga yang kurang ngam di badan suami. Dia masih teringat-ingat Bobita juga :p

Akhirnya kami dapatkan Bobita Gen2 dengan harga yang lebih murah dari kedai sebelum ini. Pembelian SSC yang ergonomik dengan ilmu. Dan ternyata ia satu pembelian yang amat berbaloi buat kami. Merata sudah kami pergi dengan Bobita. Dari urusan kerja rumah, shopping, melancong, dan menjalani ibadah umrah juga Bobita telah menemani kami. Alhamdulillah. Jika nak baca tentang pengalaman kami bersama Bobita Gen2, boleh klik di entri ini :) Jika anda juga ingin dapatkan Bobita Gen2 seperti kami, boleh ke FB PAGE Bobita Baby Carrier - Malaysia untuk maklumat lanjut.
Alhamdulillah, perjalanan umrah kami lebih mudah dengan Bobita Gen2 ini. Rekaannya yang ergonomik, Wafiy selesa kerana kedudukannya tidak melenguhkan. Kami yang menggendongnya juga tidak menggunakan tenaga yang banyak dan tidak sakit badan.
Ini pula kami bercuti di Hatyai, Thailand. Alhamdulillah, perjalanan kami juga jadi senang. Wafiy boleh tidur dengan mudah dan kedudukannya tetap ergonomik dan selamat.

Inilah dia coretan pengalaman kami menggunakan beberapa jenis baby carrier dan sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan agar bermanfaat buat ibu-ayah yang sedang  merancang untuk membeli baby carrier. Semoga ibu ayah sekalian tidak tersalah beli dan ia bukan sahaja akan membazirkan wang, malah mungkin membahayakan anda dan anak anda. Jadi belilah baby carrier yang baik seperti SSC ini, walaupun harganya mahal sedikit, tapi ianya berbaloi, Insyaallah.

Wednesday, 2 September 2015

Resipi: Kek Pisang Kukus & Microwave

Bahan utama yang nenjadikannya kek pisang ialah PISANG  :-P

RESIPI KEK PISANG VERSI KUKUS & MICROWAVE

BAHAN-BAHAN
2        Cawan tepung gandum
1 1/2 Cawan gula
1        Cawan minyak makan (sawit/jagung)
1        Sudu kecil serbuk penaik
1        Sudu kecil soda bikarbonat
1        Sudu kecil esen vanilla
5        Biji pisang
4        Biji telur

CARA-CARA

#1
Pukul gula dan telur dengan mixer hingga kembang (nak guna blender pun boleh).

#2
Ramas pisang hingga lumat. Ada ketul-ketul pisang sedikit pun tidak mengapa.

#3
Masukkan pisang dan semua bahan lain ke dalam mixer/blender. Pukul/blend hingga sebati.

#4
Untuk mengukus, siapkan dan panaskan kukusan. Tuang adunan ke dalam loyang. Dan masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukuslah sekitar 50minit atau sehingga masak (saya kukus 1jam).

*kebetulan adunan saya berlebihan, tak muat dalam loyang. Jadi saya decide untuk cuba membakar baki adunan menggunakan microwave.

Saya gunakan bekas cupcake kertas. Untuk membakar atau memasak menggunakan microwave pastikan bekas yang kita gunakan memang sesuai untuk kegunaan microwave. Bekas besi seperti loyang tidak boleh digunakan dalam microwave.

Masukkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian dan gunakan kepanasan paling tinggi, misalnya high untuk tempoh 5minit jika adunan banyak. Jika sedikit cukup sekadar 3minit. Bergantung kepada berapa banyak adunan kek.
Adunan sebelum kukus dan masuk microwave.

#5
Pastinya kek microwave siap lebih dahulu dan diikuti oleh kek kukus satu jam kemudian. Mari kita lihat hasilnya ;-)
SIAP~ Inilah hasilnya. Ternyata ada perbezaannya.

PERBEZAAN ANTARA KEK PISANG KUKUS DAN MICROWAVE

#KUKUS
Lebih moist tapi tetap gebu. Warna lebih gelap tapi menarik. Kelihatan serat-serat pisang. Ambil masa yang lama, 1jam++.

#MICROWAVE
Kek kering dan gebu. Warna jadi cerah dan tiada serat-serat pisang kelihatan. Masa membakar cuma 5minit.

Kedua-dua kek tetap ada rasa pisang, cuma bagi saya kek pisang kukus lebih enak. Tapi tidak salah untuk mencuba beberapa teknik. Mana tahu ada emergency nak buat kek cepat, kaedah microwave pasti menjadi pilihan ;-)

SELAMAT MENCUBA~!!!
Wafiy kagum dengan kek pisang yang dia buat pakai microwave :-p

Review: International Border Tea

INTERNATIONAL BORDER TEA, SUNGAI DUA (ISLAND), PULAU PINANG.
Pada suatu malam, kami on the way nak pulang ke rumah kami telah singgah ke gerai International Border Tea ini. Sebenarnya kami dah lama perhatikan gerai ni sejak ia bertapak. Gerainya ceria dengan signboard yang menarik dan hiasan gerai yang berwarna-warni. Akhirnya malam ini kami singgah jua ;-)

Sign board International Border Tea yang jelas kelihatan dari jauh.

Seperti yang tertera di gambar, ada bendera Thai dan Malaysia membuatkan secara tidak langsung kita mengerti ia menjual teh dari sempadan Thai dan Malaysia. Walaupun kami tiba di gerai ini pada saat-saat akhir gerai nak di tutup (pukul 12tgh malam dah sebenarnya), kami tetap di sapa mesra oleh mereka yang di gerai :-)

"Kami first time nak try ni, apa yang nak suggest?" Itu kalimat kebiasaan saya apabila nak mencuba sesuatu yang baru di mana-mana kedai pun. Brader kedai pun suggest kepada kami Teh Ais dan Green Tea. Kedengaran macam biasa aje kan? Tapi sebebarnya tidak. Serbuk kedua-dua teh ini didatangkan asli dari Thailand. Brader tu siap tunjuk pada kami serbuk teh hijau yang dia gunakan (tak serbuk sangatlah, lebih kepada daun teh yang dikisar kasar). Siap bagi kami cium baunya lagi. Dan tatkala itu juga kami teringat bau teh yang pernah kami minum di Songkla, Thailand dulu. Betul, memang sama :-)

Kami pun decide nak order satu green tea dan satu thai ice tea. Harga? Ada dua harga. RM4.50 dan RM10. Yang RM4.50 teh diisi dalam plastik cup biasa, atau pelbagai jenis beg yang tersedia. Saya rasa macam tak reti nak minum dalam beg-beg tu. Jadi decide untuk guna plastik cup sahaja. Yang RM10 pula teh diletakkan dalam thermos yang mampu mengekalkan kesejukan air sehingga 7-8jam. Menurut brader tu lagi, thermos ofkos boleh bawak balik, dan kalau nak refill, boleh datang bawak thermos tu semula. Harga untuk refill saya lupa nak tanya :p Thermos tu juga mungkin asli dari Thailand.
Gambar atas: pilihan air yang disediakan selain dari teh. Gambar tengah: Thermos sejuk yang berwarna-warni. Gambar bawah: Thai Drinking Water juga terdapat di sini.

Sekitar 5minit kemudian teh-teh kami pun siap. Kami pun naik kereta balik rumah nak mencuba teh-teh ini. RASA: Thai Ice Tea memang rasa seperti yang kami pernah minum di Hatyai, Thailand. Rasa teh yang jelas dan lemak manis dari susu yang sempurna. Ewahhh :p cuma taklah berbuih-buih macam di Thai sebab di Thai memang namanya teh tarik ais. Yang ni tak lah ditarik ;) Next, Ice Green Tea. Kami pernah mencubanya sebelum ini di sebuah kedai makan di Samila Beach, Songkla, Thailand. Apabila kami minum teh ini, kami teringat teh tersebut. Tapi, yang ini lagi sedap~!!! Jadi jika anda nak rasa teh asli Thai, anda tak perlu bersusah-payah ke Thai. Dapatkannya di International Border Tea ini saja ok?

Lokasi. Betul-betul di hadapan Tesco Extra Sungai Dua dan bersebelahan U Hotel. Kalau nak pakai google map, search lah antara dua landmark tersebut. Insyaallah jumpa. Waktu operasi: 12pm-12am. Mereka ada FB page juga, boleh lah rujuk FB PAGE INTERNATIONAL BORDER TEA untuk sebarang perkembangan tentang mereka :-)
Google Map: Lokasi International Border Tea.
Kami mungkin pelanggan terakhir malam tu :p Gelas teh nya besar. Minum sorang rasanya memang tak larat. Sesuai untuk beli, lepak sambil minum. Kalau sambil makan sekali mau mengah :p Jadi, harga RM4.50 segelas itu memang sesuai dengan portionnya yang besar. Si Wafiy pun suka sangat. Berebut dengan dia. Nak minum kat dia sorang :p

p/s: kalau nak baca tentang pengalaman kami makan-makan di Thai boleh klik di sini :-)

Resipi: CheeseKut

Bahan-bahan untuk membuat CheessKut.


Resipi yang sedap dan senang.

[cheesekut]

Cheese Biscuit Cake. 
Anak suka. Mak&bapak pun suka 

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
****************************
1 paket biskut Cream Crackers
1 cawan susu
1/2 tin susu pekat manis
1 tube cream cheese (250g)

Cara-cara
***********-
(1)
Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. 

(2)
Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit.Pukul lagi.

(3)
Ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.

(4)
Lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar menutupi.

(5)
Lapis lagi biskut2 yang da dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan-tekan sikit bagi dia mampat sikit. Ulang lagi step 3 dan 4 sampai habis bancuhan creamcheese tadi.
Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye.

(6)
simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras skit senang nak potong.
esok pagi bukak peti ais, taraaaa!!! Hasilnya.. Selamat Mencuba ;-)

Review: Laksa Tempurung

Laksa Tempurung, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

LAKSA TEMPURUNG

Entri ni kira throwback la jugak, sebab makan Laksa Tempurung ni bulan Jun 2015 yang lalu setelah viral di FB :P

Lokasi: Di Teluk Kumbar, jika datang dari Bayan Lepas, lokasinya sekitar 100meter selepas Masjid Sungai Batu. Jika nak senang, boleh juga Google Map 'Warung Hashim', di situlah lokasi Laksa Tempurung ni :)
Google Map: Lokasi Laksa Tempurung di Warung Hashim

Waktu kami pergi dulu, kami parking tepi jalan saja. Sebenarnya ada ruang tanah lapang untuk parking sebelah kedai. Jadi kalau nanti ada yang nak pergi, slow kan kereta bila dah dekat supaya tak terlepas lorong masuk parking ye sebab kalau dah terlepas susah nak patah balik.

Tatkala kami masuk ke kedai, tiada meja yang kosong. Ramai orang...ada meja yang tiada orang, tapi belum dibersihkan. Kami duduklah juga kerana tiada pilihan. Kami tak menunggu lama, suami terus ke kaunter untuk order. Kerana nampak gaya kalau nak tunggu staff dia datang tanya macam berjanggut la juga ni. Sebab orang ramai, staff pun macam ahli keluarga sendiri saja, ada yang nampak macam masih sekolah rendah pun ada. Jadi dari segi servis memang agak slow sikitlah di sini. Kesabaran anda adalah dituntut :p

Kami order laksa dan cendol. Harga dah tak ingat sebab dah lama pergi kan baru nak update kat blog :p RASA: untuk laksa sedap. Cuma bagi saya tiada yang istimewa. Sama macam yang ada dijual di pasar malam, malah saya pernah makan laksa yang lebih enaklah dari ini. Walaubagaimanapun rasanya tidak mengecewakan. Dengan pengalaman makan dalam tempurung, ia mungkin berbaloi untuk anda ke sini. Untuk Cendol pula, kami order cendol pulut. Cendol juga dalam tempurung. Pulutnya menggunakan pewarna yang berwarna-warni. Biru, Ungu, Merah, Kuning. Memang terang. Nak makan pun macam takut sebenarnya :p Pulutnya keras seperti tak cukup masak. Rasa cendol pun biasa-biasa saja. Mungkin nasib kami saja yang kurang baik hari ini. Mungkin hari lain cendolnya lebih sedap ;) 

Jangan takut untuk mencuba. Rasa makanan ni subjektif. Lidah orang ni rasa masin, belum tentu lidah kita juga masin. Mungkin hari ni dia buat kurang sedap, tapi semalam sedap, atau esok lusa lagi sedap kan? Selamat menjamu selera ;-)