Translate: Choose your language :-)

Thursday, 13 October 2016

Kisah Speech Therapy #3


Alhamdulillah, Wafiy dengan gembira telah menjalani sesi speech therapy bersama Puan Ruby untuk kali ke-tiga. Jika ada yang berminat untuk mengetahui kisah speech therapy yang terdahulu, boleh klik di sini (kisah #1) dan klik di sini (kisah #2).

Seperti sesi sebelum ini, Wafiy masuk ke bilik Puan Ruby dengan happy sekali. Saya dan suami tunggu di luar saja. Hampir satu jam kemudian, Puan Ruby memanggil kami masuk. Waktu tu, memang kelihatan Wafiy seronok sekali sedang pegang cawan dan dinosour permainan :-)

Berikut antara nota penting berkaitan maklumbalas Puan Ruby untuk sesi therapy kali ini:

#1 - Echolalia Wafiy masih berlarutan. Dia tetap suka mengulang apa sahaja yang kita tuturkan. Malah jika kita menukar nada atau berbisik, dia juga mengikuti nada tersebut dan ikut berbisik.

#2 - Wafiy mempunyai kosa kata yang banyak. Dia tahu semua nama perbuatan juga selain nama benda dan binatang. Dia boleh menyebutnya dengan baik. Contoh, apabila ditunjuk flash card kanak-kanak yang sedang menggosok gigi, dia akan sebut "gosok gigi". Begitu juga untuk pelbagai perbuatan lain yang terdapat pada flash cards.

#3 - Walaubagaimanapun, Wafiy tidak boleh membuat ayat mahupun menyambung ayat walau cuma satu perkataan. Contoh: apabila kita tunjuk gambar flash card kanak-kanak makan epal, dia tahu sebut "makan epal". Apabila kita sebutkan "kakak makan epal", dia boleh mengulang ayat itu dengan penuh juga. Namun, apabila kita sebut "kakak makan.....pause" (kita berharap untuk dia sambung), namun dia sangat susah untuk menyambung ayat tersebut walau cuma satu perkataan, iaitu epal.

#4 - Menurut Puan Ruby, seorang kanak-kanak perlulah mampu menyambung ayat dengan satu perkataan dahulu, kemudian diikuti dengan dua, tiga, empat perkataan dahulu hingga menjadi ayat sebelum kita boleh expect dia boleh menjawab soalan dan berbual.

#5 - Homework untuk kami, kena banyak praktis untuk ajak Wafiy sambung ayat. Caranya ialah, contoh macam tadi, "kakak makan epal", jadi kita pause pada "kakak makan....." berhenti dan paksa dia sambung dengan cara ulang-ulang ayat tu. Jangan tanya kakak makan apa? Nanti dia cuma menjawab "epal", bukan melengkapkan ayat. Kita perlu latih untuk membina ayat. Puan Ruby demo juga pada kami caranya...memang berjaya. Setelah ulang ayat yang sama3/4kali, akhirnya Wafiy sambung juga ayat tu ;-) Insyaallah kami akan praktikkan.

#6 -Wafiy selalu menambah bunyi untuk satu-satu perkataan. Contoh: "bola", Wafiy akan sebut "bola wettt". "Main" jadi "main ettt" dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dia boleh sebut betul tanpa penambahan perkataan aneh tu, tapi sering juga dia tambah-tambah macam tu. Menurut Puan Ruby, ini kes yang agak rare. Tak pernah dia jumpa lagi :-p

#7 - Untuk kes ini, Puan Ruby ajarkan cara nak membetulkan sebutan dan membiasakan yang betul. Contoh: jika dia nak bola, minta dia sebut "bola". Jika dia sebut "bola wettt" atau apalah penambahan bunyi lain, jangan beri. Minta dia ulang dan beri apabila ia disebutkan dengan betul. Selain itu, jika dalam perbualan seharian, kalau dia sebut salah, tunjukkan reaksi bahawa ianya salah dan tidak benar. Kerana kita khuatir dia fikir apa yang dia cakap itu betul. Jadi perlu betulkan serta merta. Betul juga, Wafiy kan susah sangat nak keluarkan perkataan sebelum ni, jadi bila dia boleh sebut walaupun ada tambahan bunyi, dah pastilah kami seronok. Jadi mungkin dia pun rasa itu cara yang betul nak sebut.

#8 - Secara umum, Wafiy adalah Speech Delay yang unik, tapi normal tanpa sebarang abnormality yang lain seperti Autism dan sebagainya. Insyaallah. Cuma perlu banyakkan latihan bertutur selepas ini.

Begitulah hasil maklumbalas sesi ke-tiga Speech Delay Therapy Wafiy yang dibuat 3minggu berturut-turut. Seminggu satu kali bersama Puan Ruby. Kami akan kembali untuk sesi yang ke-4 dua minggu lagi. Insyaallah :-)
Oh ye, ini satu permainan yang kami jumpa di Ikea. Dilengkapi tukul kayu dan batang-batang kayu yang dicacakkan. Wafiy seronok menukul. Saya lihat permainan ini baik untuk motor skill dan komunikasi :-) Kami bagi tahu dia untuk ketuk warna merah/biru/kuning/hijau dan dia pun ikut. Bukan tu saja, kadang kala kami bergilir. Dia pula bagi arahan pada kami untuk ketuk warna yang mana. Secara tak langsung aktiviti ni merangsang komunikasi yang positif. Alhamdulillah :-)

No comments:

Post a Comment