Selepas Farm House Lembang, kami ke Floating Market Lembang pula :-)
Memang seronok di Floating Market Lembang ni. Kalau anda pernah ke Hatyai, ada juga floating market kan? Tapi ini sangat lah berbeza ye. Memang sangat best terutama kalau bersama anak-anak kecil :-) Berikut serba ringkas yang boleh saya kongsikan;
Tiket masuk Rp20,000 sekitar RM6 macam tu :-)
Yang bestnya, tiket masuk tadi boleh redeem air secawan. Memang best. Jadi dapatlah kita menyegarkan diri dengan minuman panas dalam kedinginan suasana Bandung. Nak ambik air sejuk/ais pun ada. Tapi saya pilih Nescafe panas masa ni :-)
Untuk membeli-belah di sini tak boleh pakai cash. Kena pakai token ni. Jadi boleh tukar duit kepada token di kaunter-kaunter yang disediakan.
Seronoklah anak berkawad. Janji kita kawal lah ye. Jangan mula-mula kawad, lepas tu berenang pulak dalam tasik :-P
Once kita masuk, memang tak nampak lagi floating marketnya. Sebab di sini bukan sekadar floating market. Ada macaaammm-macammmm :-) Kalau nampak, seberang dari tasik itu lah baru kawasan floating market. Jadi kalau nak short-cut, ada sampan yang tersedia untuk kita kalau nak naik terus ke sana dengan bayaran Rp2,000 aje seorang. Sekitar 60sen duit kita. Tapi kami memilih untuk berjalan sendiri dan pilihan kami tepat kerana memang sangat banyak benda menarik dalam perjalanan nak ke area floating market tersebut :-)
Kalau anak anda gila kereta, ini akan agak menganggu sebenanrnya. Sebab anak saya takmau gerak bila tengok kereta banyak-banyak ni :p Lama juga kami sangkut kat sini. Lebih 30minit. Hhahaaa~ takpalah, asalkan anak happy kan :-)
Lepas dah puas main kereta, kami mulakan pengembaraan :-)
Jumpa itik angsa :-)
Memang best untuk bergambar :-)
Damai suasana~
Jom masuk~
Cantik kan view? :-)
Sawah padi dengan tradisi suku Sunda~
Pondok-pondok untuk berehat:-)
Sawah padi cantik...sejuk dan damai~
Bergambarlah sebanyaknya :-)
Ini kawasa surau :-) Tapi surau kat sini open-air. Tak ada pintu. Macam ala-ala pondok. Cantik dan bersih dan unik juga. Nak solat pun damai rasanya. Tapi tempat wudhuk pun outdoor. Tempat solat pun tak asing lelaki-perempuan. Jadi waktu ni suami saya aje yang solat dulu. Saya solat kat tempat lain, selepas keluar dari sini. Payah sikitkan kita orang perempuan. kena jaga batas aurat terutama waktu nak wudhuk tu. Disebabkan sedang bermusafir, jadi waktu solat lebih panjang, tak risau sangat :-)
Okey, dah sampai ke floating marketnya. Kami order Duren Bakar iaitu Durian Bakar. Memang rare kan :-)
Wafiy bersungguh-sungguh menunggu Duren Bakar yang diorder hingga siap :-)
Wafiy fokus makan dengan replika durian sekali dia angkut :P
Durian bakar ni memang sedap. Patut anda cuba kalau ke sini :-)
Nak sikit~ dia pulun sorang ja :p
Lepas tu kami beli juga Sate Arnab & Pisang Bakar. Semuanya sangat sedap dan menyelerakan :-)
Ini pula namanya BATAGOR. Macam mana rasa dia? silalah ke sini ya. Sedap~!!!
Suasana di sini. Macam-macam makanan :-)
Kalau ada anak kecil, sediakanlah duit extra sebab dia mungkin minta beli sesuatu yang lebih banyak dari kita :p
Seronok makan kat sini. Suasana pun nyaman tanah tinggi :-)
Lama jugak kami habiskan masa kat sini. Makan, santai :-)
Menu terakhir, Es Duren. iaitu durian yang dimakan dengan ais. Haha...bukan ais krim durian ye, tapi durian yang dimakan dengan ais dan ada kuah-kuah sikit. Silalah ke sini untuk cuba ye :-) Ada lagi few menu yang kami makan, tapi tak sempat nak ambik gambar semua :p
Lepas makan, santai-santai tengok ikan yang super cantik dan super banyak ni :-)
Lepas aje dari gambar ni tak ada gambar dah sebab hari hujan renyai-renyai, jadi kami sepantas kilat menuju ke kereta :-P Walhal banyak lagi benda-benda menarik kat sini yang kami tak sempat nak explore tau~
Akhir kata, pergilah ke Floating Market Lembang. Anda akan teruja dan tidak akan menyesal. Insyaallah.
Kalau anda ada anak kecil, disarankan untuk pakai baby carrier ok? Pastikan juga baby carrier anda adalah yang ergonomik, selesa dan selamat macam Bobita SSC. Baru seronok jalan-jalan jauh :-)
No comments:
Post a Comment