Translate: Choose your language :-)

Thursday 31 December 2015

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Permulaan cuti sekolah hujung tahun ini kami mulakan dengan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Harga tiket standard untuk dewasa warganegara Malaysia RM10. Ada juga tiket ekspress segala bagai RM30. Ada juga tiket promosi RM3 aje. Ada juga tiket sehala. Agak complicated. Tak larat nak explain, boleh buka website Penang Hill untuk details harga tiket ye :p

Tren naik ke puncak Bukit Bendera bermula seawal jam 6.30pagi dan trip terakhir untuk turun ke kaki Bukit Bendera ialah jam 11.00malam. Kami haritu ke sana pada hari Jumaat, sekitar jam 4.00petang.
Ini antara permandangan menarik ketika menaiki tren untuk ke puncak Bukit Bendera. Tren ni laju ya amat. Macam naik rollercoaster pun ada. Jadi jika anda jenis gayat, phobia tinggi, fikirlah 2-3kali untuk ke sini ye.
Lihatlah kepadatan orang. Ini musim cuti sekolah. Mungkin kalau hari-hari biasa tak macam ni ;-)
SKY WALK~!!! Antara tarikan terbaru yang dirasmikan pada Feb 2015. Menyajikan permandangan indah sekitar Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. 

Dengan jelas, kita boleh melihat Jambatan Pulau Pinang yang pertama dari deck Sky Walk ini, Bandar Gerogetown dan KOMTAR juga begitu kecil dilihat dari atas sini :p
Pelbagai tarikan lain di atas Bukit Bendera, antaranya Owl Museum. Ia berbayar. Jadi, jika ada budget lebih, boleh lah cuba masuk dan tengok ada apa di dalam tu :p Kami tak masuk pun. Ambil gambar kat signboard pun jadilah ye.
Di sini juga terdapat deretan teropong berbayar untuk kita zoom in suasana dan permandangan. Tak mahal, RM1 aje untuk beberapa minit tak ingat. Boleh lah...enjoy jugak tengok teropong ni :-)

Bukit Bendera ni pun ada banyak love lock ni. Cantiklah buat cuci mata. Waktu ni hujan renyai-renyai. Tak dapatlah nak bercanda ria sangat. Ada anak kecik kan...kang demam pulak. Orang lain rilek je ambik-ambik gambar macam takde apa-apa yang berlaku. Haha~

Memandangkan hari hujan, kami pun masuklah ke food court. Ada dua tingkat tau. Satu tingkat jual makanan dan cenderahati aje. Kami ni tak lapar pun sebenarnya. Konon-konon nak minum yang hangat-hangat. Maklumla sejuk kat sini, hujan pulak tu. bertambah-tambah la sejuknya :p Tapi takde orang jual air pun? Rupa-rupanya minuman di tingkat bawah. kami pun turun lah tangga beli minuman dan bawa naik ke tingkat atas :-)
Bila turun bawah tu, nampak sorang kakak ni bawak platter buah-buah potong. Uishh...nampak sedap. ada gerai yang jual buah potong milik Melayu, Islam. Kat food court ni banyak kedai cina. Kami pun order la satu platter buah ni, RM10. Kalau nak tambah asikrim RM12. Sejuk-sejuk ni asikrim apa nya...buah sudahlah...tu pun nampak macam akan kenyang...mmg besar pinggan dia. Anak sedara saya teringin ABC, nampak sedap katanya. Haha...sejuk-sejuk pun bantai je lah ABC. RM5 satu. Ok lah. Puas hati :-)
Lepas kenyang makan buah, hujan pun dah berhenti. Kami pun round-roundlah sekitar Bukit Bendera tu. Agak besar juga. Memang memerlukan tenaga dan stamina ye untuk ke sini :-)
Pada asalnya kami merancang nak solat Asar di bawah aje. Di parking bertingkat tu ada surau. Tapi bila kami nak beratur turun tren tu, amatlah panjang. Kami takut terlepas pula waktu Asar sebab dah pukul 6pm masa tu. Jadi kami pun patah balik dan mendaki tangga yang agak tinggi untuk ke Masjid. Jangan terkejut, di atas Bukit Bendera ni ada Kuil, Balai Polis, dan Klinik Kesihatan juga ye :-)
Di atas Puncak Bukit Bendera juga ada playground. Jadi bagi mereka yang ada anak kecil, bolehlah bersantai di sini sambil menikmati kenyamanan Bukit Bendera ;-)

Penggunaan baby carrier yang ergonomik dan selesa seperti Bobita SSC ini memang memudahkan. Anak tidur pun kita tetap bebas beraktiviti mahupun makan ;-)

Teringin jugak nak posing romantik :p
Antara keseronokan kami di Bukit Bendera :p

Sekitar jam 7pm kami selamat sampai ke kaki Bukit Bendera dan bergambar kenang-kengangan :)
Satu pengalaman yang menarik. Walaubagaimanapun, jika anda tiada anak yang bersekolah, pergilah waktu bukan cuti sekolah. Insyaallah ia lebih selesa terutama yang bersama anak kecil. Bagi yang ada anak yang sedang bersekolah, atau anda sendiri seorang guru, apakandaya. Hanya cuti sekolah masa yang anda ada, ye tak? SELAMAT BERCUTI~!!!

Thursday 3 December 2015

Resipi Udang Masak Lemak Cili Padi


Resipi ini boleh dikatakan sebagai kids friendly. Tak pedas sangat dan sesuai untuk yang ada anak umur sekitar 2tahun macam saya. Bila ada anak kecil ni, bila nak masak sesuatu, kena fikir menu yang sesuai untuk anak dan bapak anak sekali :p

BAHAN-BAHAN
(untuk 2orang makan)

10 ekor udang sederhana besar
1 inchi halia
1 inchi kunyit
1 inchi lengkuas
1 kotak santan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 keping asam keping saiz kecil
1/2 batang lobak merah
Garam secukup rasa

CARA-CARA

#1
Kisar kunyit, halia, lengkuas, bawang besar,bawang putih, cili padi.

#2
Tumis bahan kisar hingga kering dan masukkan udang dan lobak merah.


#3
Setelah udang kemerahan, masukkan santan dan asam keping. Setelah mendidih, bolehlah tambah garam dan gula secukup rasa. Setelah lobak empuk, bolehlah dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
SEDAPNYA
SELAMAT MENCUBA


Wafiy umur 2thn, dia pun suka. Budak besar ni sibuk nak makan sendiri aje. Jadi saya gumpalkan nasi jadi seketul-seketul tu...senang dia suap terus masuk mulut. Taklah bersepah sangat :p

Monday 23 November 2015

Resipi tauhu telur dengan cendawan dan blackpaper

Menu ni kita sering lihat dan makan di kedai-kedai makan ketika waktu tengah hari. Malah ini antara menu kegemaran saya jika makan tengah hari di luar atau tapau lauk bawak balik rumah. Tapi tak pernah masak sendiri di rumah. Hari ini saya cuba buat sendiri. Tanpa rujuk mana-mana resipi, pakai instinct aje. Menjadi juga. Inilah cara saya buat:

BAHAN-BAHAN

1 tube tauhu telur
1 batang cili merah
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
5 tangkai cendawan
Garam

CARA-CARA

#1
Kerat tauhu telur kepada 6kerar dan goreng hingga kulit luarnya agak keras. Hati-hati ye sebab tauhu ni lembut sangat dan mudah pecah. Setelah siap goreng, ketepikan.

#2
Bawang besar dihiris nipis manakala bawang putih dan halia diketuk bagi pecah aje. Tak perlu hiris. Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.

#3
Masukkan 2cawan air ke dalam tumisan. Sementara menunggu air itu mendidih, bancuh tepung dengan sedikit air.

#4
Masukkan bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan kuah yang anda mahu. Setelah itu masukkan bahan-bahan lain seperti cendawan (diracik-racik), serbuk lada hitam, cili merah yang di hiris serta tauhu yang telah digoreng tadi.

#5
Tambah garam secukup rasa. Agak-agak cendawan dah cukup masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh juga nak tambah sayur lain seperti lobak merah atau sayur campur (peas+jagung+carrot) - mix vege.

Mudahkan? Makan dengan nasi panas-panas sedapnya.... Anak saya yang umur 2tahun tu pun makan nasi banyak suap sebab menu ni.

SELAMAT MENCUBA

Monday 16 November 2015

Resipi Ayam Buttermilk


Ayam Buttermilk ni sangat mudah dan Alhamdulillah, percubaan pertama saya buat, anak saya makan nasi dengan berselera. Menu ni juga bagus untuk kanak-kanak yang nak dinaikkan berat badan. Tapi bagi mak-mak yang nak kurus, paham-paham lah... butter lah katakan :p

BAHAN-BAHAN
(untuk 2-3orang makan)

2 ketul dada ayam
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 tangkai daun kari
2 sudu besar butter 
1/2 cawan susu cair/segar
Garam

CARA-CARA

#1
Bersihkan dada ayam, buang tulang dan potong kecil sesuai saiz yang anda mahu.

#2
Celup ayam dalam telur kemudian dalam tepung jagung dan goreng garing. Boleh masukkan sedikit garam di dalam telur sebagai perasa. Siap goreng semua ayam, ketepikan.

#3
Cairkan butter di dalam kuali/pan. Tumis daun kari. Setelah naik bau, masukkan susu.

#4
Setelah agak pekat, masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.

#5
Siap~!!!
Hidangkan dengan nasi panas-panas. Sedapnya. Makan dengan tomyam ke. Memang terangkat.
SELAMAT MENCUBA

Wednesday 11 November 2015

"Busy Board" bukan permainan biasa-biasa



Saya mula google tentang busy board ni apabila ada yang share tentangnyadi FB. Saya memang cepat terpengaruh kalau apa-apa yang berkaitan untuk permainan anak-anak yang menarik dan menjana minda ni. Dah lama teringin nak buat. Akhirnya terealisasi juga. Di sini saya nak kongsikan pengalaman pembikinannya dan hasilnya. Moga bermanfaat.

Inilah antara barang yang saya beli untuk buat Busy Board ni.

Ternyata tidak semudah yang disangka nak kumpulkan barang-barang yang sesuai. Bukan apa, sebab nak bajet. Kalau tak kisah harga mungkin selamba je la beli apa saja dan pastinya board akan lebih meriah. Untuk versi bajet ni pun dah memakan RM30 macam tu. Nanti kita hitung satu persatu secara detail di hujung entri ni ye. Kebanyakan peralatan ini kami beli di Mr. DIY dan ada beli di TESCO dan ada yang dibeli di kedai alat tulis. Jadi ia bukanlah sekali shopping, satu tempat dapat semua. Kena masuk banyak kedai juga. Diulang, ini versi nak bajet. Misi mencari yang murah-murah aje :p
Wafiy tertarik betul dengan dawai bulu-bulu tu. Masa ni baru 95% siap. Belum tampal di dinding lagi.
Untuk suis dan soket, saya gamkan aje pakai gam gajah tu. Untuk selak-selak pintu tu saya skru kan. Skru memang dah disediakan kalau beli selak. Jadi tak perlu susah-susah cari skru. Pastikan anda ada pemutar skru jugalah ye. Skru kan dengan berhati-hati di board ok? Oh ya... saya gunakan memo board, yang biasa orang cucuk pin warna warni tu untuk lekatkan memo. Board yang saya beli ni agak nipis, jadi bila skrukan peralatan-peralatan tu semua mata skru akan tembus ke belakang dan menyebabkan bahagian belakang tidak rata. Jadi saya lekatkan pula polisterine board dibelakang untuk ratakan permukaan dengan double sided tape dan tampal di dinding.
Acara perasmian :p
Wafiy memang suka main selak tu. Tak jemu-jemu
Kegemaran hampir semua budak-budak kot. Suka main suis. Jadi memang seronoklah dapat main tanpa dihalang :p

Hasilnya memberangsangkan. Wafiy leka main. Bangun tidur buka mata ternampak board, terus bangun nak petik suis. Tengah-tengah malam sebelum tidur selak dulu pintu :p Alhamdulillah, nampak ada improvement dalam skill menyelak dia. Sebab setiap selak tu tak sama. Ada teknik dan step yang berbeza

Setakat hari ini, Wafiy belum faham macam mana nak guna selak berantai tu. Dia ada cuba, tapi asyik terlepas. Takpa, practice make perfect :p Bab tekan suis memang tak perlu ajar, tapi memang dia perlu belajar teknik mengumpul tenaga untuk tekan suis. Dari pemerhatian saya, ada jari dia yang kuat dari jari yang lain. Jadi dia akan pilih untuk tukar jari bila satu-satu jari tu tak mampu nak tekan suis tu. Pada saya ini suatu aktiviti yang baik bukan sahaja untuk fizikalnya malah mindanya.
Kos? Ya agak tinggi. Walaupun simple macam ni harganya sekitar RM30.

Okey, mari kita lihat kosnya secara terperinci;

Lock Berantai RM4.90
Spot Mirror RM3.30 (2pcs-guna 1pc sahaja)
Basket RM1.30
Board RM 5.30
Socket RM 2.50
Switch RM 3.20
Lock Besar RM3.50
Lock Kecil RM 1.80
Colours Stripe RM3.30 (satu pek-guna setengah pek sahaja)
Hook RM0.50 (satu-guna dua)
Polisterine Board RM7.50 (satu keping-guna suku keping sahaja)
Double sided tape RM3.50 (satu gulung-guna setengah gulung sahaja)

Cuba totalkan: RM41.10 adalah jumlah sebenar yang dibelanjakan. Tapi memandangkan ada bahan yang kita tak guna semuanya macam double sided tape tu, saya taklah guna sampai segulung. Tapi tetap juga kena beli segulung. Ye tak? Selain tu, polisterine board tu pun guna 1/4 aje. Ada lebih lagi. Nanti kalau nak buat busy board lagi, bolehlah guna.

Kalau-kalau ada ibu ayah yang rasa nak juga buat busy board ni untuk anak, tapi takde masa nak cari bahan dan apatah lagi nak buat. Saya sudi menerima tempahan. Harga / budget / upah kita boleh discuss. WhatsApp saya di 0102314714 okey? Bagi yang nak buat sendiri, SELAMAT MENCUBA.


Video: Wafiy bermain Busy Boardnya

Tuesday 10 November 2015

Review: Laksa Sotong di Warung Bendang

Selama ini selalu tengok di TV, di FB orang share tentang Laksa Sotong. Encik Suami memang teringin sangat nak rasa, tapi lokasi laksa sotong tu mesti jauh dan tak pasti lokasi di mana. Tiada yang berdekatan. Suatu hari nan indah kami berniat nak makan Laksa Janggus di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapi mungkin jodoh dan rezeki kami nak dapat makan Laksa Sotong, waktu on the way tu, kami ternampak satu gerai tepi sawah bendang. Rasa macam menarik je. Tapi kami teruskan juga perjalanan ke Laksa Janggus. Tiba saja kami di sana, takdak tempat nak parking kereta. Tengok orang pun beratur panjang, tempat duduk pun penuh. Jadi kami pun batalkan niat nak makan kat situ dan patah balik ke warung tepi bendang tadi. Waktu tu tak tahu pun gerai tu ada jual laksa sotong. Waktu abang ambik order tu tanya nak makan apa, dia tanya nak laksa biasa ka laksa sotong? Wahhh...bagai mimpi. Laju je la Encik Suami jawab nak laksa sotong. Saya pula order bihun sup. Saja ambil menu lain-lain sebab nak cuba.
Saujana mata memandang. Wafiy tidur pulak. Kalau tak mesti dah berlari sampai hujung :p
Wafiy pun tidur dengan damai.
Susah nak dapat makan sambil tengok view macam ni kan~
Senarai harga: Laksa biasa RM2.50. Laksa Sotong RM3.00, Bihun, Mi, & Kuew Tiaw Sup RM3.00.
Total makan & minum RM8.50
Laksa Sotong: laksa + sambal sotong. Sedap~!!! Nanti nak pi lagi nak minta extra sambal kata En. Suami :p
Bihun Sup: supnya bukanlah sup daging atau ayam. Tapi sedap dengan sambalnya. Ada fishcake dan fishball. Tidak berempah macam sup mamak. Ianya tersendiri dan sedap rasanya :-)

Insyaallah kami akan kembali lagi. Lokasi: Sawah padi bendang Sg. Burung, Balik Pulau, Pulau Pinang. (Berdekatan dengan rumah Dr. Hilmi)

Saturday 7 November 2015

Resipi Kek Coklat 2minit (Microwave)


Sebagaimana dalam gambar, kek ini sangat mudah dan menyeronokkan apatah lagi jika buatnya dengan anak kecil. Mereka pasti gembira. Selamat mencuba~!!!

BAHAN-BAHAN
(adunan untuk satu mug)

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula icing (kalau guna biasa, mungkin perlu 3 sudu besar)
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu cair/susu segar/susu tepung yang dibancuh
1 sudu kecil tepung penaik
1 sudu besar minyak masak/jagung
1 biji telur

CARA-CARA

#1
Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan tiada sebarang ketulan.

#2
Tuang ke dalam mug.

#3
Masukkan ke dalam microwave. Set kepada level high dan masa selama 2minit.

#4
Ting~!!!~ Siap. Tunggu sejuk dan bolehlah dinikmati. Nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan ais krim pun boleh (klik di sini untuk resipi home made aiskrim) atau dengan topping coklat pun boleh (klik di sini untuk resipi topping coklat ala Anis). Nak makan dengan sos custard (resipi) pun sedap atau topping cream cheese (resipi) . Nyum nyumm... 

Saya dah cuba resipi kek coklat 2minit ni banyak kali. Kadang-kadang teringin nak makan kek coklat secara tiba-tiba. Tengah-tengah malam pulak tu. Jadi resipi inilah yang jadi pilihan. Ini antara kerajinan saya di waktu malam :p


Dengan adunan yang sama saya dapat buat 7cupcake bersaiz sederhana. Masukkan separuh cupcake sahaja sebab nanti kek akan naik.
Ting~!!!~ Selepas 2minit, kek siap~!!!
Kek gebu. Pernah makan Twiggies? Rasa dia macam tu lah :-)
Kami makan dengan Ais Krim. Ais Krim ni pun buat sendiri. Nak resipi Ais Krim? {Klik Disini}
Ini lah dia Kek Coklat 2minit kami,

Harga Baby Carrier Bobita SSC

Bobita SSC sesuai dari bayi berumur 4bulan hingga berat maksima 20kg. Jadi tiada had umur, selagi anak belum 20kg tetap boleh pakai. Rata-rata parents pakai hingga anak umur 3-4tahun. Ada juga yang carry anak umur 5tahun

Harga Bobita Gen2 SSC:
RM249 (plain colours)
PosLaju:
Semenanjung + RM9
Sabah/Sarawak + RM15

*Terdapat juga pakej-pakej pilihan untuk tambahan aksesori seperti Panel Cover Bercorak, Teething Pad, & Toddler Extender

PILIHAN 1
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
.
Harga: RM249
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15

PILIHAN 2
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Teething Pad
.
Harga: RM259
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15

PILIHAN 3
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Panel Cover
.
Harga: RM259
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15

PILIHAN 4
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Teething Pad
7-Panel Cover
.
Harga: RM269
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15
.
PM/WhatsApp ðŸ“²0102314714

PILIHAN 5
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Toddler Extender
.
Harga: RM284
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15

PILIHAN 5.1
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Panel Cover
7-Toddler Extender
.
Harga: RM294
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15

PILIHAN 5.2
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Teething Pad
7-Toddler Extender
.
Harga: RM294
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15

PILIHAN 6
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Panel Cover
7-Teething Pad
8-Toddler Extender
.
Harga: RM304
PosLaju Semenanjung RM9
PosLaju Sabah/Sarawak RM15

Terdapat 6pilihan warna untuk carrier

Terdapat 6pilihan warna untuk carrier


Antara pelbagai corak dan design
Terdapat juga dalam rekaan batik
PANEL COVER
Terdapat pelbagai pilihan corak panel cover untuk dijadikan koleksi. Ianya boleh dipasang dengan disarungkan kepada carrier Bobita SSC dan boleh juga dibuka jika tidak mahu menggunakannya. Anda boleh bertukar-tukar corak dan gaya bersesuaian dengan kesukaan anda dari semasa ke semasa. Corak atau design yang berada dipasaran juga berubah dari semasa ke semasa.

Boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM29.90 sahaja. Terdapat tawaran diskaun istimewa untuk pengguna Bobita SSC sedia ada sebanyak 20% apabila berkongsi gambar dan review. Menjadikan harganya serendah RM24 sahaja.

Fungsi Drool / Teething Pad
Terdapat 10 warna pilihan

TEETHING / DROOL PAD
Dipasang pada bahagian tali carrier. Bayi cenderung untuk menghisap dan menggigit tali carrier. Oleh itu, ia dipasang untuk melindungi bahagian yang sering digigit atau dihisap oleh bayi. Atas faktor kebersihan, menjadikan ia mudah dicuci dengan penggunaan Drool / Teething Pad ini. Kita tidak perlu mencuci keseluruhan carrier secara kerap. Cukup sekadar mencuci Drool / Teething Pad sahaja. Ia juga boleh dibeli secara berasingan dan boleh juga dipakai pada carrier jenama lain.

Boleh juga dibeli secara berasingan dengan harga RM29.90 sahaja. Terdapat tawaran diskaun istimewa untuk pengguna Bobita SSC sedia ada sebanyak 20% apabila berkongsi gambar dan review. Menjadikan harganya serendah RM24 sahaja.

TODDLER EXTENDER
Toddler Extender adalah aksesori untuk menambah kelebaran body panel Bobita SSC untuk menjadikan ia toddler size. Selalunya, apabila anak semakin membesar dan tinggi kita terpaksa membeli carrier baru yang lebih besar. Jadi dengan Bobita Toddler Extender kita tak perlu beli carrier baru. Cukup sekadar beli Toddler Extender sahaja.








Ingin tanya sesuatu?

PM atau WhatsApp
0102314714

"Bobita SSC bukan calang-calang baby carrier. Ianya kukuh dengan standard military. Anak selesa seolah-olah dalam dakapan. Ibu ayah pula tak terasa beban berat anak ketika menggendong menggunakan Bobita SSC ini. Sungguh selesa~!!! Satu pembelian yang berbaloi. Insyaallah"