Translate: Choose your language :-)

Wednesday, 19 October 2016

4hari 3malam bercuti di Bandung - Day 4 (Kartika Sari & Iga Bakar Mas Giri)

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bandung. Pagi tadi kami dah ke Pasar Baru sekali lagi untuk last minute shopping. Kalau ada yang nak baca tentang Pasar Baru, boleh lah klik di sini :-)

Ini adalah hari ke-4 merangkap hari terakhir. Kami akan berangkat ke Jakarta pula. Jika anda nak baca kisah perjalanan kami di Bandung pada hari-hari sebelum ini, bolehlah klik di link-link di bawah:


Kartika Sari memang terkenal di Bandung. Di sini anda boleh dapati pelbagai kuih-muih tradisional Indonesia yang sedap-sedap belaka. Ada juga pelbagai kek seperti brownies dan kek lapis yang menjadi kegilaan para pengunjung untuk beli dan bawa pulang ke Malaysia :-)

Memang rambang mata nak memilih. semua nya sedap-sedap dan tak rugi untuk anda cuba :-)

Tengoklah, anda pasti teruja :-)

Kek moden pun ada. Murah dari di Malaysia :-)

Ini hasil tangkapan kami di Kartika Sari. Sedap sungguhhhh :-)

Untuk makan tengah hari yang terakhir di Bandung, kami cuba Iga Bakar. Kalau Google, makanan sedap di Bandung, Iga Bakar Mas Giri ni juga sering tersenarai :-)

Iga ni apa? Iga bermaksud rusuk. Jadi semua yang di sini bertemakan rusuk seperti rusuk lembu dan rusuk kambing :-)

Ini antara menu yang boleh dipilih :-)

Minuman jus yang super sedap dan pekat. Takkan dapat nak makan jus buah sesedap ini kalau di Malaysia dengan harga yang murah :-)

Ada antara kami yang order lebih dari satu jus sebab memang super sedap :-)

Ini dia Iga Bakar. Saya pilih Iga Sapi, iaitu rusuk lembu :-)

Ada juga Iga penyet. Macam ayam penyet tu, tapi dari rusuk :-)

Ini pula Tengkeleng Kambing Solo. Macam gulai. Berbeza dari gulai atau masak lemak atau kurma. Ia ada rasa tersendiri dan memang sedap. Set ni dari Iga Kambing, iaitu rusuk kambing :-)

Ahamdulillah, kenyang makan di sini. Kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Jakarta :-)

Hasil shopping di Bandung. penuh kereta sampai ada yang kena duduk dengan barang :-p

Sekian kisah 4hari 3malam di Bandung. Kami menuju ke Jakarta pula :-)

No comments:

Post a Comment