Translate: Choose your language :-)

Wednesday 18 May 2016

Perkhidmatan Uber di Pulau Pinang

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini saya tak pernah tahu kewujudan perkhidmatan Uber ni sehinggalah keluar berita di TV kekecohan tentang ketidakpuasan teksi-teksi terhadap Uber baru-baru ni. Jadi oleh kerana itu saya pun mula google tentang Uber ni. Orang kata ia lebih murah dan mudah. Jadi saya pun inginlah mencuba. Jadi review ini lebih kepada PENGALAMAN PERTAMA saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang khususnya kerana saya tinggal di Pulau Pinang. Saya gunakan perkhidmatan Uber dari rumah kami untuk ke Lapangan Terbang Pulau Pinang dan kali ke dua adalah waktu dari Lapangan Terbang untuk pulang ke rumah kami.

Pertama sekali, downloadlah apps Uber di Google Store ;-)
Bila buka google store, macam ni lah rupanya ;-)

Setelah siap di download, Uber akan loading.

Lepas tu...taraa~ makesure anda on GPS/Location serta data/wifi untuk gunakannya. Sebab aplikasi ini memerlukan internet okey :-) Dari sini anda akan nampak berapa buah kenderaan Uber yang available di sekitar anda. Contoh macam dalam gambar di atas ni, cuma ada satu kereta. Kadang-kadang boleh dapat lebih banyak pilihan. Bergantung pada masa yang anda nak pakai Uber ni lah...maklumlah rata-rata pemandu Uber ni adalah part time driver sahaja.

Seterusnya, anda taiplah destinasi yang ingin anda tuju. Jadi secara langsung pemandu Uber ni dah tahu ke mana bakal penumpang ingin tuju. Jadi jika mereka mahu menghantar, mereka akan accept dan kita terus dapat tahu siapa yang akan datang menjemput kita berserta jenis kereta dan nombor plate sekali. Mudahkan? Kita juga boleh tahu lokasi mereka di mana dan anggaran berapa minit lagi mereka akan tiba di tempat kita. Oh ya... Perkhidmatan Uber ini adalah serta merta. Maksudnya kita tak boleh nak booking waktu. Contoh nak mereka jemput satu jam lagi misalnya, 6pm sedangkan sekarang baru 5pm. Tak boleh macam tu. Jadi korang jangan main-main tekan request tu. Sebab memang diorang akan datang terus serta merta. Jadi, bila korang dah betul-betul ready nak jalan/bertolak baru request Uber ni ok? So far tak lama pun, less dan 10minutes diorang dah boleh datang jemput. Contoh dalam gambar ni, 6minit aje :-)

Kadang-kadang teknologi pun ada batasnya. Macam kes ni, gps signal lost. Jadi Uber driver ni taktau mana nak tuju. Dah dekat sangat dah dengan rumah kami sebenarnya. Tapi takde masalah, diorang boleh terus tekan call untuk call kita untuk tanya exact location. Uber apps detect ada problem sikit, jadi mereka pun bagi mesej ni pada kita untuk mohon maaf. Sejuk rasa hati :-p

Kami pun selamat menaki Uber ni. Kami pun sembang-sembang la dengan brader driver ni pasal best ke bawak Uber etc. Excited jugalah, sebab first time naik Uber. Sebelum ni kalau nak ke airport memang naik teksi aje lah. So, kami pun secara tak langsung bagitaulah kat driver tu yang kami ni first time naik uber ;-) Dia kata "Ooo ya ka? U boleh dapat diskaun RM10 tau kalau first time. U key-in ini code" ha, macam tu lah lebih kurang ayat dia :-p Dia pun bagi code diskaun tu, saya pun key in la. Tadaa~ dapat diskaun RM10. Bestnya :-)

Sepanjang perjalanan pun kita boleh tengok secara live movement kereta kita dan anggaran lagi berapa minit nak sampai ke destinasi. Alhamdulillah, kami selamat sampai akhirnya walaupun jalan agak sesak, maklumlah peak hours, orang balik kerja. Jadi jam lah sikit :-)

Inilah total akhir jumlah yang perlu saya bayar untuk trip kali ini. RM26.99 adalah berpatutan. Dengan servis yang cepat, harga ini lebih daripada baik bagi saya :-)

Ini adalah ringkasan perjalanan pada hari tesebut. Ia di e-mailkan kepdada kita. Lengkap dengan masa bertolak dan masa tiba di destinasi. Baguskan?

Ini pula fare brakedown di mana segala charge di tulis secara terperinci. Jika anda perasan, normal fare sebenarnya cuma RM13.21. Namun kerana petang itu adalah waktu puncak, Uber akan meminta persetujuan dari awal, untuk dicaj 2.8kali ganda dari normal fare untuk menarik perhatian pemandu uber agar ingin membawa kita. Saya telah klik Agree. Dan walaupun telah dicaj 2.8kali ganda, harganya masih berpatutan.

************************************

PENGALAMAN KE-DUA
Setelah berpuas hati dengan pengalaman pertama, saya tidak ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan Uber untuk kali ke-dua. Iaitu ketika ingin pulang ke rumah dari Lapangan Terbang Pulau Pinang. Ehh, kami bukan saja-saja pergi airport dan balik ke rumah untuk naik Uber, kami telah terbang ke KLIA2, untuk pulang ke rumah parents di Bangi. Di sana kami tak sempat nak guna Uber, kerana kami telah menaiki ERL Transit dan dijemput oleh keluarga di Terminal Putrajaya :-) Kami memang suka naik public transport :-p Meh nak share lah jugak sikit gambar-gambar masa travel menaiki kenderaan awam ni (AirAsia & ERL)

Kami selalu travel dengan Wafiy sejak dia masih bayi. Jadi penggunaan stroller agak sukar buat kami. Malah Wafiy pun tidak suka di stroller. Dia akan panjat dan turun dari stoller. Maka, sejak itu kami hanya menggunakan baby carrier sehingga kini (Wafiy sudah 2thn 8bulan) jika ingin ke mana-mana. Ia lebih praktikal, mudah, dan selesa. Tapi, pastikan ia baby carrier yang ergonomik dan selamat. Tak semua baby carrier sedap dan selesa di pakai seperti Bobita SSC ni. Walaupun Wafiy dan hampir 12kg beratnya, kita yang menggendong rasa anak lebih ringan dan tak lenguh atau sakit badan untuk dukung dalam jangka masa yang lama. Jadi travel dengan anak kecil lebih mudah dengan Bobita Baby Carrier ni :-)
Nak juga baby carrier seperti ini? boleh KLIK DI SINI.

Kami jumpa Cheetah jinak lah di Stesen ERL KLIA2 ni :p
Mana Wafiy? dia sedang tidur dalam Baby Carrier Bobita dibelakang ayahnya. Mudahkan? Anak memang tidur lena kalau rasa badan kita. Jadi even anak tidur ke, berjaga ke, pergerakan kita tak terbatas. Kita tak risau, hati pun tenang :-)


Ok, berbalik kepada pengalaman ke-dua kami menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang ;-)

Sesampainya kami di airport Penang, saya terus on apps Uber ni. Set ke mana destinasi, dan sekelip mata ada driver yang berdekatan yang sedia menjemput kami dalam tempoh seminit. Baguskan? Alhamdulillah :-)

Trip kali ini sebelah malam, jadi jalan pun tak jam. Lengang. Cepat je sampai rumah :-)

Taraaa~ dari airport ke rumah kami cuma RM8.27~!!! sangat murah. Kalau pakai teksi/limosin airport....siaplah atleast RM30++ okey...itu rate biasa yang kami sering bayar untuk pulang ke rumah dengan teksi. Beza banyak kann~ Kami nak bagi lebih pada En. Hasmizi ni, sebab rasa murah sangat pula nak bayar RM8.27 aje. Tapi dia menolak. Dia siap return lebih pulak. Menjadikan kami cuma bayar RM8 pada dia... Ya Allah, moga En. Hasmizi ini dimurahkan rezeki yang berterusan. Amin....

Ini fare breakdown yang di emailkan kepada saya. Happy nya boleh jimat dan servis pun tiptop ;-) 

Inilah serba ringkas pengalaman saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang. Mungkin akan membantu anda yang mahu bercuti di Pulau Pinang tanpa kenderaan sendiri dan mungkin datang ke Penang dengan pesawat, bas, atau keretapi. Jadi buatlah pilihan yang bijak dan selamat untuk poket anda :-p 

Selamat ber-Uber ;-)

Sunday 15 May 2016

Review: Countryside Stables Penang

Hari minggu yang lalu tanpa dirancang kami telah berkunjung ke Coutryside Stables Penang ini. Asalnya cuma nak ambil angin petang di Pantai Malindo, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapi waktu on the way tu ternampak tempat ni. Jadi kami singgahlah sewaktu perjalanan pulang tu ;-)

Kalau guna Google Map, search aje. Pasti jumpa. Cuma beberapa meter saja dari Pantai Malindo ;-)

Kami makan laksa & lai chee kang di Pantai Malindo ni. Pantai Malindo ni bukanlah macam pantai Batu Feringghi, tak boleh mandi-mandi pun. Ia adalah kuala nelayan. Ada banyak bot-bot nelayan naik di sini. Kalau anda bernasib baik dan datang ke sini waktu nelayan baru pulang, bolehlah beli hasil laut seperti ikan dan udang segar terus daripada nelayan. Di sini juga ada banyak gerai makanan dan pelbagai pilihan. Ada playground juga. Jadi memang strategik juga buat keluarga dengan anak kecil untuk duduk santai-santai di sini.

Selesai makan, kami pun singgahlah di Countryside Stables Penang. Di papan tanda ni jelaslah kot berapa bayaran masuk, lokasi, dan waktu operasinya ;-)

Inilah tiket masuk.

Masuk aje ke dalam, akan terus jumpa rusa dalam kandang ni.

Ini antara dekorasi di pintu masuk.

So, tangkap gambar lah sikit ;-)

Nama tempat pun stables, so banyaklah kandang. Berpuluh-puluh kandang dengan pelbagai sepesis kuda.

Wafiy takut tengok kuda. Mak dia pun nervous jugak :-p

Bukan semua kuda berada dalam kandang. Ada banyak juga kuda yang dibiar bebas. Jadi kita boleh lah tengok kuda-kuda ni dari jarak dekat malah boleh sentuh juga :-)

Kuda-kuda ni jinak sebenarnya. Tapi kita la yang takut :-p

Kalau ada anak kecil yang macam Wafiy ni, awasilah. Kadang-kadang macam takut. Kadang-kadang terlebih berani. Jadi hati-hatilah ya. 

Suasana kat sini memang damai. Kuda bebas meragut rumput. Kita pun feeling-feeling macam nak ada kuda jugak jadinya :-p

Antara suasana petang di sini.

Kalau ada yang ingin cuba menunggang kuda pun boleh. Tapi ada bayaran tambahan. Saya tak ingat harga dan berapa lama tempoh menunggang. Wafiy pun takut nak pergi dekat dengan kuda. Sentuh kuda pun dia menjerit. Apatah lagi nak naik. Memang taklah kan... Insyaallah kalau nanti Wafiy besar sikit, bolehlah cuba naik. Lagipun berkuda ni Sunnah Rasulullah, banyak mafaat.

Wafiy menonton saja dulu buat masa ni :-P

Ada juga cafe di sini. Jadi kalau nak duduk-duduk santai sambil minum atau makan aiskrim pun boleh.

Hari semakin petang. Wafiy say good bye ;-)

Alhamdulillah, walaupun tanpa dirancang...petang ini menjadi satu petang yang bermakna buat kami, terutamanya Wafiy. Sebelum ni tengok 'horse' di buku dan kartun saja. Kalini dia dapat tengok dan sentuh 'horse'. Terima kasih Countryside Stables Penang, Insyaallah kami datang lagi :-)


Sedikit video kenangan kami di sini:


Nak cari homsestay di Penang? Klik di sini.
Nak mudah bercuti atau travel dengan bayi? Pakailah baby carrier yang ergonomik, selamat, dan selesa. Nak dapatkan satu? KLIK DISINI.

Tuesday 10 May 2016

Review: Restoran Fizo Mawar, Bangi

Ini bukan kali pertama sebenarnya saya makan di Restoran Fizo Mawar ni. Yes I am a repeated customer restoran ini. Tapi saya tak pernah ada sehelai pun tudung Fareeda dan tak pernah sempat nak merasa Hot Burger lagi :-P

Minggu lepas, setelah berjalan-jalan di sekitar Bangi, shopping + window shopping berjam-jam sampai anak pun tertidur dalam carrier lebih 2jam. Tu yang syok pakai baby carrier yang macam Bobita Gen2 SSC ni, anak tidur selesa, kita yang carry pun tak lenguh tangan, tak sakit badan. Relax je jalan sana-sini tengok itu ini. Anak pun lagi lena rasa macam dibuai-buai kot ;-) So, kalau nak senang shopping + jalan-jalan, pakailah baby carrier yang ergonomik yang selesa macam Bobita ni ok? Jadi, lepas dah selesai jamu mata, rasa macam nak jamu perut pulak. Jadi kami decide nak ke Restoran Fizo Mawar ni lah :-D

Alhamdulillah, kami dapat parking betul-betul depan restoran. Dari jalan utama dah boleh nampak signboard yang jelas, terang, dan nyata ini :-)

Wafiy sambung tidur (memang dia tak terjaga langsung dari dalam carrier, masuk kereta, sampai masuk kedai, even sampai kami habis makan). Sebab tu saya boleh relax-relax duduk nak buat review ni dan ambil-ambil gambar.Kalau Wafiy tak tidur, memang tak ada harapan saya nak bergambar ria :p

Beginilah dekorasi restoran ini. Saya dapati ia telah direnovasi sedikit berbanding kali pertama saya ke sini pada Februari 2016 yang lalu. Secara peribadi, saya merasakan dekorasi dan ubahsuai terkini ini lebih baik kerana ruang berhawa dingin menjadi lebih luas dan mampu menampung jumlah pelanggan yang lebih ramai dan selesa.

Suasana agak lengang sebab waktu ni baru pukul 5pm, weekdays pula tu :p Kalau weekend, malam... Time gaji ke pulak macam kami pergi dulu, memang penuh semua ni. Berpeluh-peluh Fizo layan pelanggan. Angkat dan ambil order :-)

Jom tengok menu pula. Ini dia muka depan menu.

Ini antara menu. Semua masakan Thai. Tapi tak sama macam makanan Thai yg biasa kita makan di kedai-kedai Tom Yam lain. Bagi yang pernah ke Thai, dan merindui masakan Thai yang pelbagai, bolehlah ke sini :-)

Banyak juga variasi menu. Dari makanan ringan, hingga makanan berat.

Kami order ni, SweetyMawar namanya. Macam lai chee kang la. Sedap. Wangi dengan ada nangka fresh dan buah-buah lain. Cukup rasa, sedap dan memang patut cuba.

Ini pula namanya Nam Kun. Kalau orang Kelantan mungkin dah biasa makan Mi Celup. Haa, mi celup la ni. Sedap tak? Sedap ni kan subjektif. Bagi saya ini antara mi celup yang sedap yang pernah saya rasa (saya bukan orang Kelantan). Tapi pernah juga rasa mi celup yang lebih sedap dari ni. Tapi, Nam Kun ini tidak mengecewakan. Mengimbau kenangan la jugak waktu makan di Hatyai dulu ;-) Anda bolehlah cuba kalau ke sini ok?

Ini gambar lama, masa kami ke sini Feb 2016 dulu. Berpeluh-peluh Fizo angkat dan hantar order ke meja-meja sebab tak cukup staff kot. Apa-apa pun, tahniah atas usaha. Insyaallah ada masa kami akan kembali untuk cuba menu yang lain pula :-)

Monday 2 May 2016

Sarapan di Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon memang telah menjadi tumpuan sarapan pagi warga Pulau Pinang sejak sekian lama. Tapi kini, para pelancong dari luar turut telah menjadikan Taman Tun Sardon sebagai destinasi sarapan ketika bercuti di Pulau Pinang. Dengan aneka pilihan makanan seperti serabai, nasi lemuni, mi sotong, pelbagai kuih muih dan pelbagai lagi pasti menggamit selera. Tidak hairanlah banyak rancangan TV, artis popular turut singgah ke sini untuk menikmati sarapan di sini. Anda boleh lihat plat Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 di kedai-kedai terpilih menunjukkan team produksi tersebut pernah membuat liputan di sini :-)

Alhamdulillah, cuti hari pekerja baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi bersarapan di sini sekali lagi. Seawal jam 7.45pagi astaka Tun Sardon ini telah dibanjiri pengunjung. Jadi jika anda berkereta, tabahlah untuk mencari parking. Kami pagi itu hanya bermotorsikal. Itupun agak sukar juga nak cari parking. Jadi anda boleh bayangkan bertapa tempat ini memang diminati ramai untuk bersarapan :-p

Ini lah dia astaka Taman Tun Sardon, tak ada sign board, tapi jika guna google map senang aje nak jumpa. Ia terletak bersebelahan Pasar Taman Tun Sardon.
Jika dari AbbyJay Homestay, perjalanan cuma mengambil masa sekitar 13minit untuk sampai ke sini.

Kali ini kami memilih untuk memulakan sarapan kami dengan Nasi Lemuni. Tengoklah tu, pelbagai pilihan nasi dengan harga yang murah.
Ini dia Nasi Lemuni sambal bilis dan telur. Kalau di KL, memang tak pernah nak merasa makan macam ni. 29tahun hidup, ini pertama kali cuba. Hehe... Antara menu rare yang patut anda cuba.
Ini pula Nasi Lemuni Gulai Daging. Nampak menyelerakan betul tak?
Seawal jam 7.45pagi, Wafiy masih tak sedarkan diri. Maklumlah pergi taska pun selalunya dibangunkan pukul 8.30pagi macam tu :-p Jadi, dari katil, kami angkat dia, masuk dalam carrier tak sedar langsung. Kalau nak tahu, baby carrier ni dari jenis yang ergonomik (jenama Bobita), jadi bila anak digendong dalam ni, mereka berasa seperti dakapan ibu secara semulajadi. Jadi memang sedap. Kita yang pakai pun selesa. Anak tidur pun kita relax boleh makan, dan guna kedua-dua tangan kita. Ada baby carrier dah tolong 'pegangkan' anak. Mudahkan? Jadi kalau ibu ayah dengan anak kecil nak bercuti, amatlah disarankan untuk pakai baby carrier yang selesa macam ni. Walaupun dah 11kg, 2tahun 7bulan macam Wafiy ni, kita still relax. Tak lenguh-lenguh nak ampu dia tidur :-) Nak carrier macam ni? Boleh visit FB Page Rasmi Bobita Baby Carrier Malaysia.
Kami pilih meja untuk duduk kebetulan depan gerai ni. Ada char kuew tiaw. Ada dua pilihan, nak yang kering atau yang basah.
Suami saya pilih char kuew tiaw kering. Rare sikit kan? Tapi rasanya memang sedap. Berbaloi. Anda patut cuba juga ;)
Kuih-muih memang macam-macam jenis. Memang rambang mata nak pilih. Semua kuih ni total RM4. OK la kan? :-)
Saya dah siap makan, sambil tunggu suami habiskan minumannya, Wafiy dah buka mata sikit. Jom la selfie satu :p
Ini antara suasana di sini. Orang beratur panjang nak beli serabai istimewa ni. Memang terkenal. Ia di makan dengan kuah seri kaya yang dibuat sendiri oleh mereka. Dah pernah masuk TV3, rancangan JJCM tau ;-)
Ini gambar lama sebenarnya, dulu dah pernah ke sini makan serabai. Tapi ini serabai kedai lain. Tetap sedap. Anda patut cuba juga ;-)
Ini antara koleksi gambar sarapan di sini. Sumber: google.
Ini pun gambar lama. Niat nak makan ni juga pagi tu, tapi tak buka pula gerainya. Mee Sotong Tun Sardon ni biasanya dibuka sepanjang hari, tidak terhad hanya pada waktu sarapan ;-)

Sekianlah informasi dan pengalaman yang dapat saya kongsikan pada entri ini. Oh ya. Astaka Taman Tun Sardon ini ditutup pada hari Rabu ye. Manakala pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) adalah hari yang paling meriah sekali.

Selamat bercuti dan menjamu selera di Pulau Pinang ;-)