Alhamdulillah, kami dah selamat pergi dan pulang dari Hatyai. Trip singkat 3hari 2malam (7-9hb April 2017) ini adalah kali ke-3 kami berpeluang ke sana. Jadi trip kali ini lebih berfokus untuk makan dan pergi ke 1-2tempat lawatan sekitar Hatyai yang baru berbanding dua trip terdahulu pada tahun 2012 & 2015 😉
Perjalanan kali ini sedikit berbeza kerana kami memandu kenderaan sendiri (hingga ke sempadan Malaysia-Thai) berbanding tahun 2012 (menaiki pesawat) dan 2015 (menaiki minibus direct dari Penang ke Hatyai).
Jadi entri kalini ini mungkin membantu mereka yang ingin cuba memandu sendiri hingga ke sempadan Malaysia-Thailand jika merancang untuk bercuti ke Hatyai.
Kami memulakan perjalanan menelusuri Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke arah Bukit Kayu Hitam.
Apabila masuk daerah Changlun, akan ada banyak hentian, servis tukar wang, insuran, parking untuk ke Thailand. Ada Stesen minyak dengan ATM (kalau last minute nak ambil duit), ada Marrybrown (kami singgah sebab lapar). 3km dari Pekan Changlun dah masuk daerah Bukit Kayu Hitam. Kami singgah di Masjid Bukit Kayu Hitam untuk solat Jumaat dan kemudian baru masuk Ke Thailand.
Nampak depan tu? Macam tol kan? Sebenarnya itulah kaunter Imigresen Malaysia. Kita drive thru je untuk cop pasport. Tak payah turun kereta. Macam tol aje. Mudah dan cepat.
Lepas melewati Imigresen Malaysia, kita akan melewati The Zon Free Duty. Di situlah tempat letak kereta bagi yang nak ke Thailand tapi taknak bawak kereta sendiri.
Parking Rate: RM16 satu malam
Bagi saya ia satu kadar yang berbaloi kerana persekitarannya kelihatan terjamin, berpagar dan ada pengawal. Di kawasan parking The Zon Free Duty ini juga ada beberapa kiosk teksi untuk bawa kita masuk ke Thailand. Bukanlah teksi sangat, ianya kenderaan 4WD/pickup truck.
Ini lah dia bangunan The Zone Free Duty dari luar.
The Zone Free Duty ni shopping mall ye.
Inilah kadar parking di sini.
Inilah kawasan parking. Zon D untuk yang bermalam. Ada yang berbumbung, tapi dah penuhlah masa kami sampai. Kami parking tempat yang tak ada bumbung. Tapi ok je. Untuk dua malam tak ada masalah untuk kami. Dah biasa memang kereta selalu parking tempat takda bumbung pun selama ni kat rumah :p
Inilah salah satu kiosk teksi. Ada paparan harga mengikut destinasi yang ingin dituju dipamerkan. Semua harga tetap, minta kurang 1Baht pun tak dapat :p
Harga untuk ke Hatyai dari sini ialah 700Baht utk sehala. Sekitar RM90 mengikut kadar tukaran wang pada masa itu. Agak mahal, tapi berbaloi. Kenderaan yang selesa dan jarak perjalanan dari sini ke hotel kami adalah 59km, yang memakan masa perjalanan sekitar 1jam 15minit. Ada option yang lebih murah jika anda berniat untuk ke Hatyai secara backpackers dan lebih adventures. Boleh naik minibus dari sempadan dengan harga sekitar puluhan Baht sahaja (saya tak dapat kongsikan caranya kerana saya sendiri tidak berpengalaman naik minibus dari sempadan. Saya dapat info ini hasil perbualan dengan kenalan yang sama-sama beratur waktu nak cop pasport di Imigresen Thailand). Tapi memandangkan kami dengan anak kecil, itu bukanlah pilihan yang sesuai. Dan jika kita pergi dalam kumpulan yang lebih ramai, juga lebih berbaloi sebab boleh kongsi-kongsi bayar tambang yang 700Baht tu :-)
Inilah route perjalanan kami.
Selepas memindahkan segala bagasi dari kereta kami ke teksi, kami di bawa ke Imigresen Thailand pula. Tapi Imigresen Thailand tak boleh drive thru ye. Kena turun dan beratur. Kereta yang kita naiki akan turunkan kita sebelum kaunter, dan tunggu kita di depan, selepas kaunter. Jadi pastikan kita ingat jenis kereta, nombor plate atau muka pemandu kita ye. Ada arrival dan departure form yang perlu kita isi dan serahkan kepada pegawai kastam Thai yang nak cop passport kita bersama RM2. OK?
Alhamdulillah, setelah lebih 1jam perjalanan dari sempadan Malaysia - Thailand, kami selamat tiba di Get Guest House, hotel bajet yang kami tempah via Traveloka dengan harga RM67 satu malam di Hatyai.
Wafiy dah tertidur dari dalam kereta, tak sedar langsung, letih lah tu :-p Tambah pulak sambung tidur di katil empuk, sejuk air-cond, memang tambah lena ;-) Namun begitu, sebenarnya polisi hotel ini tidak membenarkan kanak-kanak apatah lagi bayi untuk menginap di sini. Saya tak perasan terms & condition semasa booking hotel ni via Traveloka. Sebanarnya ada tulis. Dan saya lupa memang ada hotel-hotel bajet yang memang buat peraturan begitu. Maklumlah hotel bajet ni kadang-kadang dindingnya pun tak tebal, jadi kalau budak-budak menangis ditengah malam mungkin akan menganggu penginap lain. Kami mengerti situasi itu. Tapi alhamdulillah, budi bicara dari puan pemilik hotel tetap membenarkan Wafiy check-in bersama. Terima kasih. Tapi kalau anda dengan anak kecil janganlah ye, kesian nanti owner hotel tu. Serba salah dia nanti. Kalau anda bersama anak kecil, boleh menginap di Hotel P-Residence, Kami dulu menginap di hotel tu. Boleh bawa anak kecil dan sangat selesa juga :-) Cuma, saja nak try hotel lain kalini. Boleh baca tentang review Hotel P-Residence dengan klik disini.
Kelengkapan hotel lengkap. Untuk harga RM67 satu malam, saya rasa amat berbaloi untuk menginap di sini. Lokasi juga tak jauh dari pusat kota Hatyai, restoran halal, dan 7eleven juga dekat. Mudah dapatkan tuktuk juga. Semua walking distance less than 10minites.
Ini antara kelengkapan yang diberikan. Dengan tuala mandi juga ;-)
Waktu solat antarabangsa dengan mudah diperoleh dari www.muslimpro.com |
Lepas Wafiy pun dah fully recharge, Kami pun dah puas rehat, Kami memulakan pengembaraan mencari makan malam di Hatyai selepas Solat Maghrib.
Jalan kaki sekitar 50meter dari hotel, dah sampai jalan besar. Kat sini banyak tuktuk yang menunggu penumpang. Jadi kami nyatakan destinasi kami ingin tuju ialah Asean Night Bazar. Pemandu tuktuk setuju untuk bawa kami dengan harga 60Baht ke sana.
Super besar rupanya tempat ni. Walaupun ini kali ke-3 kami ke Hatyai, namun ini kali pertama kami berkunjung ke sini. Terima kasih kepada driver teksi kami yang mencadangkan untuk kami ke sini kerana katanya tempat ini berbumbung, banyak pilihan barangan, banyak makanan muslim dan murah-murah. Jadi walaupun hujan, tak ada masalah untuk berkunjung ke sini.
Sebagai pelancong kenalah bergambar di mercu tanda, ye tak? :p
Antara yang menarik di sini adalah dekorasi lampunya.
Tempat ni mmg sangat besar. Kalau dengan anak kecil, memanglah letih sikit kalau diorang nak berjalan. Jadi bila pakai baby carrier ni, memanglah sangat membantu. Tempat sesak pun kita tak risau, anak sentiasa dalam pantauan. Dia anak pun selesa. Dia pun happy sebab dia tinggi sama dengan kita. Dia boleh tengok macam-macam. Tapi pastikan kita pakai baby carrier yang selesa macam Bobita SSC ni, rekaannya yang ergonomik buatkan anak terasa ringan dari berat sebenar dan memberi keselesaan kepada anak dan kita yang menggendong tau.
Memandangkan tujuan kami malam ni adalah hunting for food, jadi kami tercari-cari makanan. Rupanya tempat ni 2tingkat. Tingkat bawah tu hampir semuanya menjual barangan kering seperti pakaian dan sebagainya. Tingkat 2 baru makanan dan disitulah syurga makanan Thailand dan kebanyakannya Halal. Ada juga yang bukan peniaga Muslim, tapi tak sampai 10% dari kesuluruhan gerai makanan yang terdapat di situ.
Ini antara yang menarik perhatian. Tak pasti apa nama kuih ni, sebab namanya dalam bahasa Thai :p Yang pasti harganya 30Baht dan rasanya sedap. Tak rugi mencuba.
Antara yang popular untuk dicuba jika ke Thailand ialah nasi ayam kuning mereka. 45Baht.
Ini pun menarik, sotong-sotong segar ini akan dipanggang apabila kita nak beli dan akan disertakan kuah sos cili istimewa Thai yang sedap untuk dicicah bersama.
Selain itu, ada banyak gerai buah-buahan, antaranya yang menjual strawberi yang sedap ni.
Saya tak pasti kenapa ada banyak gerai sushi kat sini. Disebabkan comel-comel sushinya, saya pun teringin lah nak cuba :p
Jus buah sememangnya tak patut dilepaskan kalau ke sini. Murah, dan sedap. Kita pilih aje gelas mana yang kita nak dengan kombinasi buah-buahan yang tersedia, mereka akan blend dan juskan untuk kita. Nak gula? Nak susu? apa aje diorang akan custom made atas permintaan kita.
Buah-buah lagi...memang kat sini kaya dengan jajanan yang sihat. Memang pasti dirindui~
Ha...nampak tu? saya bergambar dari tingkat 2, dari area yang menjual makanan berlatar belakangkan tingkat 1 atau ground floor Asean Night Market ni. Memang besar kan? Macam-macam ada...
Sambung round tempat makan, cari apa lagi yang menarik. Gerai ni menjual Tomyam dan lain-lain.
Sushi yang comel. Pasti penggemar sushi rasa nak beli semua. Saya yang tak minat sushi pun rasa nak beli :p
Saya beli yang ni. Total 30Baht aje.
Comel sangat sushi telur goreng ni. Kecik-kecik aje telur ni, saiz macam 50sen je.
Oklah, dah dapat apa yang dihajati untuk malam ni. Kami tapau aje semua bawak balik. Boleh juga kalau nak makan kat sana, tapi memandangkan kami dengan anak kecil, lebih selesa rasanya makan kat hotel aje. Sekarang dalam tuktuk nak balik hotel. Tambang balik lebih mahal, iaitu 100Baht.
Ini maggi Tomyam yang kami beli dari puan berpurdah tadi, 50Baht. Tomyam Thai asli memanglah ada bezanya dari yang kita selalu makan di Malaysia ni tau~
Ini sushi 30Baht
Inilah dia hasil tangkapan kami di malam pertama di Hatyai dari Asean Night Bazaar. Memang puas :-)
Selesailah sudah hari & malam pertama kami di Hatyai. Tunggu pengembaraan kami seterusnya pada esok hari di entri Cuti-cuti Hatyai (Part 2) ok? :-)
Ini video amatur kami untuk Hatyai 2017 Part 1 :-)
Kalau ada yang berminat nak baca perjalanan ke Hatyai kami pada tahun 2015 yang lalu, boleh klik di link-link berikut:
Halo,
ReplyDeleteIni adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)
Assalam, jika berdua, boleh tuan tlng suggest transport yg sesuai utk ke hatyai
ReplyDeleteMaaf, baru terlihat komen ini. Mungkin tuan dah selamat pergi dan selamat balik pun dari Hatyai sekarang. Apa-apa pun, jika berdua, berbaloi kalau naik bas dari Penang ke Hatyai. Lebih jimat kos & jimat tenaga ;-)
DeleteRasa macam nak pi hatyai lah...😁
ReplyDeleteSilaaaa 😁
Delete