Translate: Choose your language :-)

Thursday, 13 October 2016

Kisah Speech Therapy #2

Alhamdulillah, Wafiy telah menjalani speech therapy untuk kali ke dua. Bagi yang nak baca kisah speech therapy #1 boleh klik di sini. 

Setibanya kami di luar bilik therapy, Wafiy excited sangat dan tak sabar nak masuk ke dalam. Tapi tak boleh masuk terus, maklumlah, kena tunggu giliran :-p

Apabila tiba masanya, Puan Ruby buka pintu, Wafiy dah meluru masuk sambil berlari pantas. Satu petanda baik, yang Wafiy sangat seronok untuk menjalani terapi dengan Puan Ruby. Alhamdulillah. Untuk sesi terapi kali ini, Wafiy sahaja yang masuk ke dalam. Saya dan suami tunggu saja di luar. Di ruangan kelas. Ada banyak tempat duduk disediakan.

Oh ya, untuk makluman, bilik terapi Puan Ruby ni terletak di dalam kelas Al Quran Al Baghdadi. Jadi sementara Wafiy di dalam bilik terapi, kami duduklah baca pamplet-pamplet berkaitan Al Baghdadi. Selepas 45minit, Puan Ruby pun memanggil kami masuk. Wafiy kat dalam tengah seronok main, sikit pun tak kisah saya tak ada. Alhamdulillah terapi berjalan lancar.

Berikut antara maklumbalas dari Puan Ruby berkaitan terapi Wafiy pada kali ini:

#1- Hari ini Wafiy nak ikut kebanyakan perkataan yang diajarkan.

#2- Tapi sangat susah nak suruh dia cakap 'nak' apabila kalau dia nakkan sesuatu. Dia akan tetap cakap words yang undetactable...haha betul ke eja camtu... Maksudnya Wafiy tetap gunakan perkataan yang tak jelas untuk replace perkataan 'nak'. Dia taknak sebut dia 'nak' something macam nak makan atau nak minum. Dia cuma akan cakap makan atau minum. Jadi kita kena paham sendiri la dia nak apa. Contoh lain, dia akan cakap 'air lemon' kalau nak minum air lemon. Dia tak cakap 'nak air lemon'.

#3- Wafiy ada echolalia. Bermaksud dia akan ikut atau ajuk apa yang di cakap dan tak pasti sama ada dia faham atau tidak perkataan-perkataan tu. Contoh; kita cakap "makan apa tu?" Dia akan ulang ayat tu tanpa menjawab soalan.

#4- Wafiy kenal banyak benda. Puan Ruby test dengan pelbagai gambar benda/binatang, semua Wafiy tahu. Bererti kosakatanya /vocab nya banyak. Alhamdulillah. Wafiy pun mudah ingat kalau di ajar nama benda/haiwan. Jadi sekarang apa yang perlu difokuskan ialah mengajarnya membuat ayat dengan baik dan betul.

#5- Antara yang penting, adalah kebolehan menggerakkan lidah. Rupanya ada kaitan dengan pertuturan. Puan Ruby bagitahu, Wafiy boleh menggerakkan lidah ke bawah, kiri dan kanan. Tapi tak boleh ke atas. Jadi perlu sering praktis. Ohh...baru kami tahu. Puan Ruby kata, ajak dia duduk depan cermin, dan ajak dia cuba-cuba gerakkan lidah ke atas terutamanya. Kerana setakat ini, Wafiy belum boleh.

Ini antara contoh gambar senaman lidah. Haha...taktau pun selama ni wujud. Ok, kalau ada anak yang speech delay juga, boleh cuba ye. Ini gambar saya google je. Tak lengkap sebenarnya. Tapi boleh faham kot. Caranya jelirkan lidah ke bawah, bawah kanan & kiri. Begitu juga ke atas, atas kanan & kiri.

#6- Suara Wafiy kuat. Puan Ruby tanya, pernah buat pemeriksaan ENT? Kadang-kadang budak suara kuat ni ada masalah tahi telinga keras...jadi dia tak dapat dengar suaranya sendiri, jadi dia cakap kuat...hehe, rasanya Wafiy tak ada masalah tu kot.. Wafiy cakap kuat sebab keturunan maybe :p Jadi jika anak anda bersuara kuat berbanding kakak/abangnya, boleh cuba check telinga mereka ye :-)

#7- Last but not least, mainlah bersama-sama. Waktu di bilik terapi tu, Wafiy khusyuk main satu mainan ni, saya pun cakap, nanti nak beli jugalah macam ni. Puan Ruby pun kata, yang penting, main dengan dia, kacau dia main, contoh ambil sebentar mainannya dan minta dia cakap 'nak' atau sebagainya. Insyaallah membantu.
Lebih kurang macam ni lah permainannya. Mungkin di Toy R Us ada la kot ;-)

Jadi, lepas balik je dari sesi terapi, kami pun singgah satu kedai mainan dekat-dekat rumah kami...

Tapi kedai ni takdak la pulak jual mainan yang seperti dihajati. Masuk kedai je terus nampak Arlo & Spot ni. Wafiy memang peminat setia diorang ni. So, beli lah kat dia...sebab dah excited sangat bila jumpa Arlo & Spot dalam bentuk nyata, bukan sekadar visual dalam video :p Dia punya seronok tu macam kita jumpa artis yang kita minat la kot. Selalu tengok dalam tv aje, ni jumpa betul-betul. Macam tu lah kot perasaannya :p By the way, dah seminggu genap Wafiy tak menonton video youtube. Moga boleh berterusan agar Wafiy terhindar dari masalah ketagihan gajet atau screen over expose. Ya Allah, permudahkanlah dan berikanlah yang terbaik kepada Wafiy.

Satu hari, pergi tesco jumpa ni set raket ni, RM15. Jadi apa lagi, belilah kan. Excited lah dia bila tengok ni. Tapi tak sempat main betul-betul lagi. Baru sesi pengenalan. Sebab masa nak main tu, Wafiy distracted dengan makanan. Lapar kot. Baru balik dari Taska masa tu. Terus tak jadi sambung main, kami pun naik ke rumah. Insyaallah akan cari masa untuk ajar main badminton ni :-)
Kalini ke Daiso pulak. Jumpa toys ni. Memang.murah sangatlah RM5.30 aje satu barang kan... So saya beli dua benda, mainan pancing-pancing ikan dan set tanah liat :-)
Jadi saya buka mainan pancing ikan dulu. Bagusnya yang Daiso punya ni sebab tak pakai bateri. Dia pakai pusing manual. Wafiy pun seronok nak pusing benda tu. Banyak interaksi boleh dibuat bila main permainan ni. Mengenal warna, ketangkasan dan juga fokus.
Few days later, start buka set tanah liat pulak. Dalam satu bucket ni ada 10warna. Harganya cuma RM5.30 di Daiso. Ok lah, sebab sebelum ni beli PlayDoh aje, mahal kan... Rasanya macam sama je dengan yang murah ni. Tepung gandum jugak bahan asasnya :-)
Hasil kreativiti ayah si Wafiy :-) Seronok boleh ajar Wafiy cakap dan faham yang cili pedas dan lemon masam. Macam-macam lagi boleh sembang dan ajar dia dengan aktiviti macam ni. Alhamdulillah :-)

Pada satu malam, saya tunjuk gambar tok, wan, paksu, dan paklang Wafiy di handphone. Dia dah mula kenal dan boleh sebut siapa orang-orang tu :-) Lepas tu secara tak sengaja saya terbuka video-video MSQD Wafiy dengan topeng Batman, Harimau, Bear, dan lain-lain yang pernah dirakam suatu masa dahulu. Secara tak langsung, play jugalah beberapa video seperti twinkle-twinkle little stars dan wheelson the bus. Memang seronoklah dia. Nampak muka bahagia campur rindu mungkin kepada video-video tu. Memang dia taknak stop play, repeat dan repeat dan repeat. Saya dah susah hati...adakah usaha kami untuk 'video free' kan Wafiy hampir 2minggu ni akan gagal? Saya berdoa agar ia tidak berpanjangan :-( Malam tu, terpaksa berhentikan tontonannya secara paksa. Menangislah dia. Tapi tak lama, lepas tu dia tertidur. Alhamdulillah :) Namun saya tak putus berdoa agar esok Wafiy lupa akan video yang dia tonton di handphone saya dan tak minta untuk buka video.
Esoknya saya terjumpa mainan ni di mall. Saya teruslah beli supaya sekurang-kurangnya adalah mainan baru apabila dia pulang dari taska nanti. Nervous saya, takut dia minta tengok video di handphone. Mainan telur dinosour :-)

No comments:

Post a Comment