Translate: Choose your language :-)

Monday 26 October 2015

Umrah Bersama Bayi

Assalamualaikum ibu ayah sekalian. Alhamdulillah kini makin ramai orang muda berinisiatif untuk menunaikan Umrah dan syukur yang tidak terhingga telah berpeluang menjadi Duyufurrahman, yakni tetamu Allah. Jika ibu ayah mula membaca entri saya ini, pasti anda sedang bercadang untuk mengerjakan umrah bersama bayi anda. Saya doakan segala urusan pergi, semasa, dan pulang anda sekeluarga penuh bahagia dan dilimpahi barakah. Insyaallah. Moga entri ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat bermanfaat buat ibu ayah beserta bayi anda sebagai Duyufurrahman. Amin.

Persediaan sebelum berangkat.
PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT
  1. Banyakkan pembacaan/rujukan tentang hukum membawa tawaf bersama bayi. Ini kerana terdapat banyak pendapat yang berbeza mengenainya. Secara umumnya, hukum tawaf bersama bayi adalah sama seperti hukum solat bersama/sambil mendukung bayi. Iaitu bayi haruslah bebas najis sebelum kita mulakan ibadah tersebut. Bertawakallah kepada Allah untuk selebihnya.
  2. Baca/tanya pengalaman orang yang pernah membawa anak seumur anak anda.
  3. Mula memberikan supplemen untuk tenaga dan imunisasi. Minima seminggu sebelum berangkat.
  4. Sediakan uabatan/keperluan asas anak (ubat demam, minyak bayi, cool fever, termometer, baby carrier).
  5. Doa yang bersungguh-sungguh agar Allah memudahkan segalanya.

Ketika sepanjang perjalanan
KETIKA SEPANJANG PERJALANAN
  1. Patikan anak sentiasa kenyang.
  2. Sediakan makanan, permainan, dan video kegemaran anak. (perjalanan dengan pesawat/bas hingga 9jam++ mungkin menyebabkan anak kebosanan)
  3. Bawa baju dan lampin anak dengan anggaran diganti 3kali sehari atau lebih.
  4. Sentiasa berdoa agar anak tidak menimbulkan masalah dan sentiasa bersyukur dan ucap Alhamdulillah apabila anak berkeadaan baik.
  5. Penggunaan baby carrier amat disarankan. Keadaan yang sentiasa sesak, menyebabkan anda perlu banyak mendukung anak anda.

Babywearing semasa umrah.

'BABYWEARING' SEMASA UMRAH
  1. 'Modify' telekung dengan sediakan bahagian terbuka berzip/berbutang agar pemakaian telekung ketika memakai carrier lebih mudah.
  2. Disarankan untuk 'front carry' ketika tawaf dan saie kerana kepadatan orang dan kebarangkalian anak tertidur sangat tinggi. Ia memudahkan pemantauan (terutama ketika tawaf kerana kita tidak boleh memalingkan bahu kiri dari Kaabah.
  3. 'Back Carry' ketika suasana santai seperti shopping.
  4. Bertenanglah dan kuatkan semangat. Umrah sememangnya memerlukan kekuatan fizikan dan mental.
Telekung yang saya 'modify'
Inilah sedikit informasi berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri ketika mengerjakan umrah bersama anak saya, Wafiy ketika dia berumur 1tahun 5bulan yang dapat saya kongsikan. Untuk pengalaman penuh saya di sana, boleh baca di pautan-pautan berikut:
  1. UMRAH PART 1
  2. UMRAH PART 2
  3. UMRAH PART 3
  4. UMRAH PART 4

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
MOGA UMRAH KITA SEMUA DITERIMA ALLAH
INSYAALLAH

Review Restoran Boat Noodle @Flamingrill Bangi

Sebagai ibu dengan anak kecil yang sedang melasak, saya sangat sukakan kedai ini. Sebab apa? Jom baca dan tengok sampai habis :-p
Sign board di depan kedai. Kedai ni terletak betul-betul di bawah butik tudung Emma Maembong. Jadi ada gambar Emma besar kat atas tu ;-)
Kami tiba di kedai sekitar jam12.30 tengah hari pada hari Ahad. Tapi kedai belum buka sepenuhnya. Mereka minta kami tunggu 15minit. Jadi kami round-round lah area Bangi Sentral yang sememangnya banyak kedai-kedai dan butik-butik. Sekitar jam 1pm, kami kembali lagi ke restoran ini. Belum beroperasi, tapi dah boleh masuk. Jadi kami masuklah tunggu kat dalam.
Suasana dalam kedai.
Cara pembelian macam McD dan KFC, order dan bayar terus di kaunter. Di dinding ada banyak gambar-gambar. salah satunya ialah "Recommendation for newbie. 6 Bowls (Adults). Ha...macam dasyatkan nak makan 6mangkuk. Hehe...selain itu ada juga makluman ianya 100% Halal. Insyaallah tiada masalah makan di sini untuk kita umat Islam. Kedainya selesa, luas dan yang paling best untuk mak-ayah yang ada kanak-kanak ialah....ada mini indoor playground :-)
Indoor Playground di Bangi Boat Noodle
Dulu-dulu masa kecik, selalu main indoor playground di McD aje. Tapi sekarang selain daripada dah boikot McD, memang dah takde pun indoor playground macam ni. Susah nak dapat kedai makan yang ada indoor playground sekarang ni. Sekarang dah jumpa, boleh la jadikan restoran ni sebagai pilihan utama kalau nak pergi makan. Sebab Wafiy ni bukan jenis stay still kat meja untuk duduk makan. Jenis tak layan video hp tab semua ni kalau kat luar. Jadi bagi ibu ayah yang ada anak macam Wafiy, pasti akan suka juga kedai ni macam mana saya rasa bahagia sangat makan kat sini. Hahaha...over pulak :p OK, bukan saja restoran ni best sebab ada indoor playground, tapi makanan nya pun memang sedap. Kira pakej lengkap la :-P

Ini dia Boat Noodle dan air dalam cup Flamingrill. Kedai ni sharing, jadi bekerjasama lah mereka.
9mangkuk untuk 6 orang. Tak cukup. Order lagi 9 mangkuk ok? Total kami makan 18mangkuk.
Tak pasti ini wajah kenyang atau masih rasa tak cukup. Nak tambah lagi Boat Noodle?
Si kecik ni pun makan dekat 2mangkuk. Haha...percayalah, mesti anda pun akan makan bermangkuk-mangkuk d sini :p
Selera sungguh. Orang lain habis makan, dia tak habis-habis sebab sebok makan satu suap, nak pi main. Lepastu datang lagi makan satu suap, pergi lagi main :p
Ini bil untuk 9mangkuk. Order 8 mangkuk, free 1mangkuk. Semangkuk RM1.80

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa hal makan banyak sangat ni? Sebenarnya porsi mangkuk ni kecik-kecik aje. Maybe 3-4suap habis semangkuk. Sebab tu si kecik Wafiy tu pun boleh makan sampai dua mangkuk. Menunya ringkas, iaitu Mihun/KuewTiaw/Mi sup. Tapi mi dan kuewtiaw dia halus, tak macam mi kuning yang selalu kita makan tu. Sup pun lain, sedap. Secara ringkasnya, satu pengalaman makan yang menarik dan saya sangat berpuas hati. Insyaallah akan kembali lagi.

Saturday 24 October 2015

Resipi Keli Goreng Cili


BAHAN-BAHAN
(Untuk 2orang)

2 ekor ikan keli
5 batang cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
2 helai daun limau purut
garam dan gula 

CARA-CARA

#1
Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng ikan keli hingga garing dan ketepikan.

#2
Kisar cili, bawang, dan tomato.

#3
Tumis bahan kisar hingga kering. Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut yang telah dikoyak kasar.

#4
Setelah cukup rasa semua, tuangkan sambal tersebut ke atas ikan keli goreng tadi. SIAP~!!!

Makan dengan nasi panas-panas sedap ni ;-)

SELAMAT MENCUBA

Friday 23 October 2015

Range harga baby carrier di Malaysia


Kini ibu bapa di Malaysia makin mengenali penggunaan baby carrier yang banyak memberi manfaat kepada anak mereka serta ibu bapa itu sendiri. Ramai yang makin memahami tentang baby carrier yang ergonomik dan baik. Untuk baca tentang serba ringkas tentang beberapa jenis baby carrier, boleh klik di sini.

Tapi,

Setelah mengenal jenis baby carrier yang baik seperti SSC (Soft Structure Carrier), menjadi persoalan tentang harganya. Ada ibu bapa yang mencari-cari baby carrier yang baik tetapi tidak tahu range harga baby carrier yang baik di pasaran Malaysia. Baby carrier yang baik ini bermaksud: ia ergonomik, menepati ciri-ciri keselamatan, kukuh, selesa, tidak membahayakan postur tulang, dan asli. Awas terdapat banyak baby carrier tiruan di pasaran Malaysia pada hari ini.

Setakat hari ini, belum ada SSC baby carrier yang baik dan selamat harganya di bawah RM100. Ini wajar kerana material untuk membuat baby carrier bukanlah calang-calang. Bucklenya haruslah heavy duty, dari material yang tahan lasak dan khas untuk baby carrier yang mampu menampung minima belasan kilogram. Bucklenya tak sama macam beg tadika anak-anak kita ye. Selain itu, harga baby carrier berbeza juga kerana material kainnya yang pelbagai. ada yang dari cotton, canvas, 3D-Mesh, dan juga woven material, iaitu yang termahal boleh mencecah ribuan ringgit dan tiada hadnya.

Selain material, perbezaan harga dari seratusan ringgit ke ribuan ringgit ini ada beberapa faktor. Antaranya; negara pengeluar. Ada yang buatan China, Vietnam, Amerika, India, Indonesia, dan juga Malaysia. Ini menyebabkan kos pengeluaran carrier itu sendiri akan berbeza. Selain itu, kos shipment dari negara-negara tersebut juga menyumbang kepada perbezaan harga tersebut. Sesetengah carrier dari luar negara perlu melalui akredetasi tertentu dan cukai kastam. Itu juga merupakan kos dan ia bukanlah murah. Setiap baby carrier juga mempunyai ciri-ciri khas tersendiri seperti aksesori dan keistimewaan masing-masing dan ini turut menjadi faktor perbezaan harga bagi setiap baby carrier walaupun dari jenama yang sama.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat harga-harga baby carrier yang terdapat di pasaran Malaysia secara online dan offline.
Ergo & Boba adalah jenama yang paling mudah kita temui di keda-kedai barangan bayi.

ERGO original (asli) harganya bermula dari RM400++ hingga RM600++. Jenama Ergo ini paling banyak yang tiruan beredar di pasaran dunia termasuk Malaysia. Harga Ergo tiruan boleh diperoleh dari RM50++ di kedai-kedai borong barangan bayi. Jadi awas, ada juga penjual yang menjual Ergo tiruan dengan harga seperti yang asli. Adakalanya mereka kononya memberi diskaun sehingga 70% untuk Ergo asli walhal ianya adalah Ergo palsu. Jadi berhati-hatilah ye kerana kualiti Ergo tiruan amatlah dikhuatiri kerana ia diperbuat dari material bermutu rendah. Ada banyak kes bucklenya pecah dan jahitan terputus mengakibatkan bayi jatuh dan ada yang koma. Ia amat memilukan. Ergo asli boleh di dapati di kedai barangan bayi seperti Mothercare.

BOBA juga mempunya banyak variasi baby carrier jenis SSC. bermula dari harga RM200++ untuk Boba Air. Namun Boba Air tidak begitu sesuai untuk kegunaan jangka masa panjang kerana materialnya dari nylon dan banyak kekurangan. Anda boleh google ciri-ciri Bobita Air ini. Seterusnya Boba ada juga siri 3G dan 4G. Ini adalah baby carrier pilihan ramai kerana ia mudah didapati di kedai-kedai dan ciri-cirinya lebih baik dari Boba Air. Harganya bermula dari RM400++ hinggalah RM500++. Kadangkala ada kedai membuat sale, dapatlah harga RM300++ tapi tidaklah selalu.

Onya dan Moby Go
ONYA adalah satu jenama yang boleh didapati di kedai-kedai bayi terpilih seperti Lunatots. Ada beberapa jenis siri SSC dari jenama ini. Harga normal adalah RM500++. Namun jika bernasib baik, adakalanya kedai-kedai membuat promosi dan boleh didapati dengan harga RM400++. 

MOBY GO juga boleh di dapati di kebanyakan kedai barangan bayi seperti Mothercare dan Manjaku. Harganya RM200++. Namun mengikut review, ia mempunyai sedikit kekurangan berbanding SSC jenama lain kerana pemakaiannya perlu disilangkan talinya. Jika ingin membuat back carry terutama buat para ibu, akan mengalami kejanggalan dan mungkin tidak selesa.

Pognae dan Manduca
POGNAE boleh didapati juga di butik-butik bayi terpilih. Harganya sekitar RM300++. Adakalanya terdapat diskaun menjadikannya sekitar RM280++. Ia dilengkapi dengan mesh untuk pengudaraan. Ia antara pilihan untuk bayi yang berbadan kecil kerana saiznya yang kecil.

MANDUCA masih boleh ditemui di kedai-kedai barangan bayi namun kurang. Harganya bermula dari RM599 ke RM699 pada kebiasaanya. Manduca mempunyai ciri-ciri istimewa, antaranya ialah buckle Manduca adalah military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Anda boleh saja google image 'buckle manduca' dan anda akan dapat melihat bagaimana rupanya.

Bobita dan Cuddle Me
BOBITA agak sukar ditemui di kedai-kedai barangan bayi. Namun dengan mudah boleh dibeli secara online kerana terdapat pengedar rasmi jenama Bobita di pasaran Malaysia (klik di sini untuk ke page rasmi Bobita Malaysia). Harganya sekitar RM200++. Bobita memiliki hampir semua ciri-ciri baby carrier SSC yang baik. Bucklenya sama seperti jenama Manduca dan Lenny Lamb iaitu dari military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Ia juga dilengkapi 3D-Mesh untuk pengudaraan agar bayi tidak panas. Selain itu, terdapat aksesori seperti foot rest dan purse strap yang tidak didapati pada kebanyakan baby carrier lain. Salah satu keistimewaan Bobita Gen2 SSC juga adalah dengan kehadiran panel cover yang bercorak. Ianya boleh dipasang atau dibuka. Jadi ibu ayah semua boleh bertukar-tukar corak panel cover carrier anda kerana panel cover tersebut juga boleh dibeli secara berasingan. Adakala anda ingin pakai baby carrier tanpa corak. Adakalanya anda mahu pakai bercorak. Tiada masalah. Dengan satu baby carrier Bobita Gen2 SSC, anda seolah-olah mempunyai banyak baby carrier dengan pelbagai gaya. Ia datang dengan standard size di mana sesuai dipakai dari bayi 4bulan hingga berat anak 20kg. Selagi anak belum 20kg, boleh pakai. Tiada had umur. Rata-rata yang menggunakannya sehingga anak berumur 3-4tahun. Ada juga yang menggendong anak yang berusia 5tahun dengan Bobita Gen2 SSC ini~!!!

CUDDLE ME boleh di dapati dari harga RM170++. Setakat ini belum pernah lagi jumpa jenama ini dengan harga RM200 ke atas. Jika anda jumpa penjual dengan harga lebih RM200, itu adalah mahal dan anda boleh dapatkan dengan lebih murah dari penjual lain. Cuddle Me sesuai sebagai baby carrier bajet dan jika anak anda bertubuh kecil kerana baby carrier ini bersaiz kecil. Anda mungkin tidak dapat menggunakannya untuk jangka masa yang lama.

Jumpsac, Snuggbaby, dan Tugeda
JUMPSAC adakalanya boleh didapati di kedai barangan bayi seperti Fabolous Mom. Namun stock selalunya terhad. Terdapat pelbagai jenis SSC keluaran Jumpsac dan harganya bermula RM300++ dan ke atas.

SNUGGBABY juga adakalanya boleh didapati di kedai barangan bayi seperti Fabolous Mom. Namun stock selalunya terhad. Terdapat pelbagai jenis SSC keluaran Snuggbaby dan harganya bermula RM300++ dan ke atas.

TUGEDA terdapat beberapa variasi dalam rekaan SSC-nya. bermula dari harga RM200++ hinggalah RM400++ dan mungkin lebih bergantung kepada ciri-ciri tambahan bagi setiap SSC.

Tula, Emeibaby, dan Fidella
TULA baby carrier amat sukar untuk ditemui di kedai barangan bayi namun boleh dibeli secara online. Harganya bermula dari RM499 dan RM570 ke atas.

EMEIBABY turut dikenali sebagai baby carrier hybrid. Ia seperti gabungan wrap dan SSC. Harganya sekitar RM700++.

FIDELLA pula boleh didapati secara online. Harganya RM500++. Diperbuat dari material woven atau woven wrap conversion.
Madame  Googoo, Kokadi, dan Lennylamb
MADAME GOOGOO terkenal dengan rekaannya yang unik dan pelbagai. Harganya antara yang termahal sekitar RM800++ hingga ribuan ringgit.

KOKADI Flip pula daripada material woven atau dari woven wrap jenama Kokadi sendiri. Terdapat pelbagai saiz, harganya dari RM600++ dan ke atas.

LENNYLAMB juga terkenal. Namun hanya terdapat secara online. Bucklenya sama dengan SSC jenama Bobita dan Manduca iaitu dari military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Namun harganya lebih mahal iaitu dari RM600++ dan ke atas berbanding Bobita hanya RM200++. Harganya mahal kerana ianya diperbuat dari material woven. Material woven ini jika ada yang tidak tahu, kainnya seperti pashmina. Tapi lebih tebal. sesuai untuk menggendong bayi.

Ini antara harga baby carrier jenis SSC yang ergonomik dan asli  yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Ada lagi beberapa jenama lain yang boleh didapati. Yang saya kongsikan ini sebahagian daripadanya yang bermula RM170++. Ingat ye. Tiada yang lebih murah daripada itu setakat ini. Jika ada, ia mungkin baby carrier tiruan atau tidak ergonomik malah membahayakan. Lebih mahal harga carrier tidak bermaksud ia lebih baik. Ada juga baby carrier yang berharga RM500-RM600 tapi tidak ergonomik malah merbahaya. Ia mungkin mahal hanya kerana jenama. Tetapi rekaannya membahayakan bayi dan anda juga sebagai penggendong. Untuk lihat baby carrier yang mungkin berbahaya boleh klik [di sini].

MOGA BERMANFAAT





Wednesday 21 October 2015

Resipi Puding Roti - Kukus

Ini juga satu resipi manisan yang mudah dan murah. Kalau ada roti yang nak expired tu, jangan bazirkan. Buat puding roti ni. Sedap. Satu keluarga pun pasti berselera.

BAHAN-BAHAN
4 keping roti (dipotong empat)
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
Kismis

CARA-CARA

#1
Masukkan susu, telur, gula, dan esen vanila ke dalam satu bekas dan gaul sebati.

#2
Sapu butter pada roti. Kemudian susun dalam bekas atau loyang dan taburkan kismis. Kemudian tuang adunan susu dan lain-lain tadi ke dalam bekas roti. Tekan-tekan roti agar semua roti menyerap adunan susu tersebut. Kemudian kukus selama 20-25minit.

#3
Setelah masak, sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan. Nikmati ketika sejuk. Kerana ia akan lebih keras dan mudah dipotong. Siap~!!!
Nota: Puding Roti ni enak dimakan dengan sos kastad. Macam dalam gambar di atas yang warna kuning tu sos kastad saya. Tapi salah buat. Itu filling kastad sebenarnya, untuk buat filling donut macam Dunkin Donut punya tu atau cream puff :p

Resepi Sos Kastad Sebenar:

BAHAN-BAHAN
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastard
2 Sudu Besar Gula

CARA-CARA
Masukkan susu dan tepung ke dalam periuk. Gaul rata agar tidak berketul. Panaskan di atas api. Setelah agak panas (tak perlu mendidih), masukkan gula. Setelah gula larut. Tutup api. SIAP~!!!

Resepi Filling Kastad (macam yang saya buat) - sesuai untuk creampuff, filling donut, dll.

BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu pekat
3 sudu tepung kastad
sedikit air

CARA-CARA
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api dan masukkan sedikit air untuk mengawal kepekatan. SIAP~!!!

Silap tanggapan berkaitan penggunaan baby carrier

[Silap tanggapan #1]
“Anak saya ni lasak, hyper-active, dan sukar dikawal. Tak boleh nak gendong pakai baby carrier.”


Yang sebenarnya;
Anak yang lasak, hyper-active, dan sukar dikawal inilah yang lebih lagi perlu digendong dengan baby carrier.


Kenapa?
Kerana anak hyper-aktif suka berkeliaran dan berlari hingga kita tidak sempat mengejarnya di tempat awam. Ia amat membahayakan. Penggunaan baby carrier akan membantu anda mendukung anak anda tanpa kerahan tenaga yang tinggi. Baby carrier yang kukuh seperti Bobita Gen2 SSC akan membantu anda ‘memeluk’ erat anak anda dan mereka tidak akan terlepas dari ‘dakapan’ anda. Gendong anak kita demi keselamatannya.


[Silap tanggapan #2]
“Anak saya ni chubby, berat. Tak boleh nak gendong pakai baby carrier.”

Yang sebenarnya;
Anak yang chubby dan berat inilah yang lebih lagi perlu digendong dengan baby carrier.

Kenapa?
Kerana anak chubby dan berat ini menyukarkan kita mendukung mereka seperti biasa. Kita akan cepat lenguh dan mungkin sakit-sakit badan jika perlu mendukung mereka untuk jangka masa yang lama. Penggunaan baby carrier akan membantu anda mendukung anak anda tanpa kerahan tenaga yang tinggi. Baby carrier yang ergonomik seperti Bobita Gen2 SSC akan membantu anda mendukung anak anda dengyan selesa. Berat anak anda akan tersebar lebih merata dan anak anda akan terasa lebih ringan.

[Silap tanggapan #3]
“Anak saya dah berjalan, tak perlu nak gendong pakai baby carrier.”

Yang sebenarnya;
Anak yang dah mula berjalan inilah yang lebih lagi perlu digendong dengan baby carrier.


Kenapa?
Kerana anak yang dah mula berjalan dan berlari kadangkala kita tidak sempat mengejarnya di tempat awam. Ia amat membahayakan. Penggunaan baby carrier akan membantu anda mendukung anak anda tanpa kerahan tenaga yang tinggi. Baby carrier yang kukuh seperti Bobita Gen2 SSC akan membantu anda ‘memeluk’ erat anak anda dan mereka tidak akan terlepas dari ‘dakapan’ anda. Gendong anak kita demi keselamatannya.


[Perkongsian - Dukung/Gendong anak untuk keselamatan]

Kini banyak kes kehilangan anak. Jika anak kita jenis berlari ke sana sini, carilah tempat yang sesuai untuk mereka berlari. Untuk tempat-tempat yang tidak selamat untuk mereka berlari, gendonglah mereka.
Bobita Gen2 SSC, adalah pembantu anda untuk menggendong anak-anak direka ergonomik membolehkan anda nenggendong dengan selesa malah lebih selamat.

Dapatkan satu untuk keluarga anda.
PM atau Whatsapp kami 0102314714

.....

Sunday 18 October 2015

Resipi Ikan Masak Asam

Ini adalah salah satu lagi resepi masakan ringkas yang mak-mak selalu buat. Bukan sahaja cepat disediakan malah ia adalah resepi yang mesra ekonomi :p Kenapa begitu? Kerana kita boleh gunakan ikan goreng tak habis semalam. Bagus kan? Tapi make sure simpan ikan goreng tu elok-elok, dalam peti ais ke...ok?

BAHAN-BAHAN
(2orang makan)
2 ekor ikan kerisi/kembung
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 biji cili padi
1/2 biji tomato
2 sudu besar pati asam jawa
Air, Gula & Garam secukup rasa

CARA-CARA

#1
Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng garing dan ketepikan. Jika guna ikan semalam, dah siap goreng, tak payah la goreng lagi sekali :p

#2
Hiris bawang putih dan besar. Tumis hingga naik bau bersama daun kari.

#3
Masukkan pati asam jawa dan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

#4
Setelah mendidih, masukkan ikan, cili padi yang dibelah, tomato, garam dan gula secukup rasa. Renehkan semua seketika. Siap~

Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya~!!!

SELAMAT MENCUBA

Resipi Puding Karamel


BAHAN-BAHAN
(A-Puding)
5 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin air
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila

(B-Karamel)
3 sudu besar gula pasir

CARA-CARA

#1
Cairkan gula pasir di dalam non-stick pan hingga keperangan. Kemudian tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

#2
Masukkan semua bahan (A-Puding) ke dalam blender dan kisar sebati. Nak pakai mixer pun boleh.


#3
Tuang adunan yang dikisar kedalam loyang yang telah dituang karamel tadi dan kukus selama 45minit atau sehingga masak.


#4
Setelah masak, sejukkan. Bolehlah dinikmati. Jika ingin dimakan dingin, bolehlah simpan dalam peti ais beberapa jam.

#5
Setelah sejuk, telangkupkan ke atas piring. Siap untuk dinikmati ;-)

Nota: Puding Karamel saya kalini warna kehijauan sebab saya letak Thai Green Tea. Jadi ini ialah puding karamel teh hijau ;-)

SELAMAT MENCUBA

Saturday 17 October 2015

Resipi Ayam Goreng Cili Senang & Sedap

Ini adalah menu ringkas apabila kering idea nak masak apa. Kalau malas masak, ini antara lauk pemalas tapi sedap...hehe...anak suka...bapak anak pun kata sedap jadi saya pun share lah kat sini ;-)

BAHAN-BAHAN
(2orang makan)

4 ketul ayam (kepak/dada/peha)
5 batang cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
Garam & Gula secukup rasa

CARA-CARA

#1
Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng hingga masak / garing. Ketepikan.

#2
Kisar cili, bawang besar, dan bawang putih.

#3
Tumis bahan kisar hingga kering. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sekata. Masukkan cuka dan sos ikan (kalau takda sos ikan pun takpa, jadi jugak)

#4
Tambah garam secukup rasa. Tambah gula. Automatik warna merah akan naik selepas masuk gula. Jika nak kurang pedas, banyakkan gula. Memandangkan saya ada anak kecik umur 2tahun yang nak makan, jadi saya masukkan 3sudu besar gula.

#5
Lepas dah rasa semua cukup masin, manis, pedas, masukkan daun limau purut yang dikoyakkan. Gaul satu minit. Tutup api dan SIAP~!!!

Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya~

SELAMAT MENCUBA

Resipi Inti Kari Kentang untuk Karipap, Samosa dan sebagainya.


BAHAN-BAHAN
5 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari (diambil daun sahaja)
2 sudu besar serbuk kari
4 biji kentang (siap direbus)
3 tangkai daun sup (dicincang)
1 sudu/kiub pati ayam
Air, garam, gula secukupnya.

CARA-CARA

#1
Tumis bawang putih dan daun kari

#2
Masukkan serbuk kari, setelah garing, masukkan air agar serbuk kari tidak hangit.

#3
Masukkan kentang yang telah siap direbus. Jika ingin gunakan kentang mentah, tambah air hingga paras kentang dan reneh hingga kentang empuk. Tambah air jika air mengering tapi kentang masih belum empuk. (Kerana itu saya gunakan kentang yang siap direbus, untuk mempercepat proses memasak. Maklumlah dengan anak kecik kena ekspres sikit :p )

#4
Setelah air mengering dan kentang cukup masak, tambah pati ayam, garam, dan gula secukup rasa. Terakhir, masukkan daun sup yang dicincang ke dalam masakan daun gaul rata.

#5
Teruskan masak sehingga kuah kering dan seperti yang anda mahukan sesuai sebagai inti untuk karipap/samosa/pau anda. Siap~!!!

SELAMAT MENCUBA


Gambar bonus: inilah samosa saya menggunakan inti kari kentang yang saya buat. Percubaan kali pertama. Susah juga nak lipat samosa ni rupanya :p

Friday 16 October 2015

Bobita Gen2 SSC Ergonomic Baby Carrier

Bobita Gen2 SSC adalah salah satu baby carrier yang ergonomik, yang terdapat di pasaran. Bobita adalah satu jenama antarabangsa dan mempunyai pelbagai rangkaian produk bayi yang lain seperti Bobita Baby Wrap. Namun untuk pasaran Malaysia lebih berfokus kepada Bobita Gen2 SSC di mana ia merupakan pilihan ramai ibu bapa kerana ianya amat praktikal, selesa, dan mudah dipakai.

Ingin dapatkan maklumat lanjut? Ada sebarang pertanyaan? Berminat untuk dapatkan Bobita Gen2?

Mudah saja. Anda boleh ke

atau

WhatsApp
+60102314714

Terdapat 4 cara untuk menggendong bayi menggunakan Bobita Gen2 SSC.
Bobita Gen2 SSC ini menepati ciri-ciri keselamatan posisi menggendong bayi yang ergonomik. Bayi akan berada dalam keadaan yang optimum dan terbaik. Ia tidak akan membahayakan struktur tulang bayi jika dipakai dengan betul. Bayi juga tidak akan berasa lenguh atau sakit ketika berada di dalam Bobita Gen2 malah selesa dan lebih baik dari didukung dengan tangan seperti biasa. Ibu ayah atau yang menggendong bayi juga merasa selesa dan bayi terasa lebih ringan kerana berat bayi disebar sama rata ketika kita menggendongnya. Tiada masalah untuk menggendong bayi untuk jangka masa yang lama sehingga berjam-jam.

Gambarajah berkaitan kedudukan bayi yang betul di dalam baby carrier.
Gambarajah berkaitan penyebaran beban yang sekata membuatkan bayi terasa lebih ringan dan tidak menyakitkan badan.
Bobita Gen2 SSC ini adalah generasi ke-2 Bobita Baby Carrier jenis SSC (Soft Structure Carrier) di mana ia telah dinaik taraf dari generasi yang pertama setelah menjalani penilaian dan kajian. Antara kelebihan Bobita Gen2 ini adalah:

Bobita Gen2 buckle is a lab tested buckle supported up to 20kg of weight. It made by international buckle manufacture known as Duraflex from United States. Buckle type: Military. 3-Point Lock.
The straps made from high density material which are high durability and strong enough to support up to 20kg weight.
Sleeping Hood were use to support baby’s head when baby fall asleep. It also can be use as shield when in sunny or light rainy day. Other than that, it could be a nursing cover when you are nursing in carrier. The hood also detachable and adjustable using the buttons available.
Connection and buckles are securely webbed with X-Box stitch
The shoulder straps made from thick cushy material that gives comfort to the wearer for not feel shoulder aches when carry a baby
The Rubber Strap function is to hold the excessive strap that might be too long
Bobita Gen2 made by 2 types of material.
     (1) 100% soft material that baby skin friendly.
     (2) 3D-Soft Mesh that enhance air circulation. Reduce heat and breathable. 
Panel Cover is a detachable parts of Bobita Gen2. It comes with various designs which can be wear or take-off with own preferences. Also can be use to hide the hood when not in use. It made from light weight colourful material (outer part) and stretchable cotton (inner part).
Outer Surface: Made by light and breathable material.
     Inner Surface: Made by stretchable 100% cotton.
     Super soft and baby skin friendly material. Sweat absorbent. 

Selain daripada ciri-ciri yang di atas, Bobita Gen2 SSC juga dilengkapi 4aksesori asas yang kadang kala tidak dimiliki oleh SSC jenama lain seperti:
1- Sleeping Hood
(berfungsi untuk menutup kepala bayi dan menyokong kepala bayi apabila bayi tidur)
2- Foot Rest
(untuk meletak kaki anak yang telah besar - toddler)
3- Purse Strap
(untuk menyangkut tali beg tangan agar tidak terjatuh)
4- Mesh Bag
(Berfungsi sebagai beg untuk menyimpan carrier dan untuk tujuan penyucian carrier)
4 Aksesori asas Bobita Gen2 SSC
Contoh penggunaan Purse Strap. Ibu-ibu tak perlu risau tentang beg tangan yang suka menggelongsor dari bahu lagi. Purse strap 'pegangkan' untuk anda.
Contoh penggunaan Sleep Hood. Menyokong kepala anak apabila tertidur. Sleep Hood Bobita Gen2 juga direka dengan rekaan yang memberi pengaliran udara yang baik ketika anak tidur.
Contoh pengunaan Foot Rest: untuk meletakkan kaki anak supaya sentiasa berada dalam keadaan yang optimum.
Bobita Gen2 mudah dicuci kerana setiap set dilengkapi dengan Mesh Bag untuk penyucian menggunakan mesin basuh.
Selain daripada aksesori asas tersebut, ada juga aksesori tambahan untuk Bobita Gen2 SSC ini. Iaitu; Panel Cover dan Drool / Teething Pad.

Panel Cover adalah sarung yang bercorak kepada Bobita Gen2 SSC. Ia satu-satunya setakat ini di dunia. Tiada lagi jenama baby carrier lain yang mempunyai kelebihan ini. Ianya boleh dibuka atau dipakai atau ditukar-tukar jika anda memiliki lebih dari satu panel cover kerana ianya juga dijual secara berasingan dan boleh dibeli pada bila-bila masa. Anda boleh bergaya sambil menggendong anak dengan pelbagai rekaan corak yang menarik tanpa perlu menukar baby carrier. Anda cuma perlu dapatkan panel cover, dan boleh bertukar-tukar design mengikut kesukaan anda setiap kali memakainya.

Drool / Teething Pad pula adalah dipasang pada bahagian tali carrier. Bayi cenderung untuk menghisap dan menggigit tali carrier. Oleh itu, ia dipasang untuk melindungi bahagian yang sering digigit atau dihisap oleh bayi. Atas faktor kebersihan, menjadikan ia mudah dicuci dengan penggunaan Drool / Teething Pad ini. Kita tidak perlu mencuci keseluruhan carrier secara kerap. Cukup sekadar mencuci Drool / Teething Pad sahaja. Ia juga boleh dibeli secara berasingan dan boleh juga dipakai pada carrier jenama lain.

Inilah dia contoh panel cover. Sarung kepada Bobita Gen2 SSC
Antara pilihan panel cover. Design berubah dari semasa ke semasa membolehkan anda menjadikan panel cover sebagai koleksi peribadi anda dan bertukar-tukar design setiap kali menggendong anak. Menarik kan?
Antara contoh penggunaan Bobita Gen2 SSC yang sama, cuma bertukar-tukar panel cover dan juga ada yang tanpa menggunakan panel cover.
Contoh penggunaan Teething / Drool Pad
Pilihan warna Teething / Drool Pad yang pelbagai untuk disuai padan dengan carrier, dan panel cover anda.
Kini sudah ratusan ibu ayah di Malaysia menggunakan Bobita Gen2 SSC ini. Kesemua mereka berpuas hati dengan kualiti dan keselesaan Bobita Gen2 ini. Para penggendong bayi yang berpengalaman turut mengagumi ketelitian dan kerapian jahitan Bobita Gen2. Dengan material yang lembut, terdiri dari 3D - Mesh memberi pengaliran udara yang lebih baik dan membuatkan anak kita kurang rasa panas ketika berada di dalam carrier. Buckle pula dari jenama Duraflex, iaitu pengeluar buckle antarabangsa dengan military grade serta 3-point lock system memberi keyakinan untuk menggendong anak sehingga berat maksima 20kg. Buckle ini turut digunakan oleh beberapa jenama baby carrier antarabangsa yang lain. Seperti SSC lain, Bobita Gen2 sesuai dari bayi berumur 4bulan dan tiada had umur penggunaannya asalkan berat anak yang digendong tidak melebihi 20kg. Rata-rata ibu bapa yang menggunakannya sehingga anak berumur 3-4 tahun. Malah ada yang menggendong anak yang berumur 5tahun.

Berikut antara wajah-wajah ceria ibu bapa yang menggunakan Bobita Gen2 SSC yang ergonomik ini;

Untuk lebih banyak review boleh click [di sini]

Berminat untuk dapatkan Bobita Gen2 SSC ini?

Harga Bobita Gen2 SSC

(SET 1)
BOBITA PLAIN SET - RM249
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-PosLaju untuk Semenanjung. Sabah & Sarawak tambah RM5.

(SET 2)
BOBITA WITH PANEL COVER SET - RM259
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Panel Cover Bercorak 
7-PosLaju untuk Semenanjung. Sabah & Sarawak tambah RM5.
*Jimat RM19.90 (Harga asal RM278.90)

(SET 3)
BOBITA COMPLETE SET - RM269
Setiap set dilengkapi:
1-Bobita Gen2 SSC
2-Sleeping Hood
3-Foot Rest
4-Purse Strap
5-Mesh Bag
6-Panel Cover Bercorak
7-Drool / Teething Pad
8-PosLaju untuk Semenanjung. Sabah & Sarawak tambah RM5.
*Jimat RM39.80 (Harga asal RM308.80)

DAN

Jika ingin beli Drool / Teething Pad atau Panel Cover sahaja secara berasingan harganya RM29.90.

TETAPI 

Jika anda pengguna Bobita Gen2* anda layak mendapat potongan 20% untuk pembelian aksesori seterusnya.

Ingin dapatkan maklumat lanjut? Ada sebarang pertanyaan? Berminat untuk dapatkan Bobita Gen2?

Mudah saja. Anda boleh PM

atau

WhatsApp
+60102314714


Terdapat 6pilihan warna untuk Bobita Gen2 SSC
Rajah berkaitan kedudukan yang betul ketika bayi di dalam baby carrier.
Kedudukan yang betul ialah lutut bayi berada tinggi sedikit dari punggungnya.

Untuk lebih banyak review boleh click [di sini]

Berminat untuk dapatkan Bobita Gen2 SSC ini?

Harga: RM249 sahaja
Termasuk aksesori berikut:
-sleeping hood
-foot rest
-purse strap
-mesh bag

DAN

Jika ingin beli Drool / Teething Pad atau Panel Cover sahaja secara berasingan harganya RM29.90.

TETAPI

Jika anda pengguna Bobita Gen2 anda layak mendapat potongan 20% untuk pembelian aksesori seterusnya.

Ingin dapatkan maklumat lanjut? Ada sebarang pertanyaan? Berminat untuk dapatkan Bobita Gen2?

Mudah saja. Anda boleh PM

atau

WhatsApp
+60102314714