Translate: Choose your language :-)

Wednesday 19 October 2016

4hari 3malam bercuti di Bandung - Day 4 (Kartika Sari & Iga Bakar Mas Giri)

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bandung. Pagi tadi kami dah ke Pasar Baru sekali lagi untuk last minute shopping. Kalau ada yang nak baca tentang Pasar Baru, boleh lah klik di sini :-)

Ini adalah hari ke-4 merangkap hari terakhir. Kami akan berangkat ke Jakarta pula. Jika anda nak baca kisah perjalanan kami di Bandung pada hari-hari sebelum ini, bolehlah klik di link-link di bawah:


Kartika Sari memang terkenal di Bandung. Di sini anda boleh dapati pelbagai kuih-muih tradisional Indonesia yang sedap-sedap belaka. Ada juga pelbagai kek seperti brownies dan kek lapis yang menjadi kegilaan para pengunjung untuk beli dan bawa pulang ke Malaysia :-)

Memang rambang mata nak memilih. semua nya sedap-sedap dan tak rugi untuk anda cuba :-)

Tengoklah, anda pasti teruja :-)

Kek moden pun ada. Murah dari di Malaysia :-)

Ini hasil tangkapan kami di Kartika Sari. Sedap sungguhhhh :-)

Untuk makan tengah hari yang terakhir di Bandung, kami cuba Iga Bakar. Kalau Google, makanan sedap di Bandung, Iga Bakar Mas Giri ni juga sering tersenarai :-)

Iga ni apa? Iga bermaksud rusuk. Jadi semua yang di sini bertemakan rusuk seperti rusuk lembu dan rusuk kambing :-)

Ini antara menu yang boleh dipilih :-)

Minuman jus yang super sedap dan pekat. Takkan dapat nak makan jus buah sesedap ini kalau di Malaysia dengan harga yang murah :-)

Ada antara kami yang order lebih dari satu jus sebab memang super sedap :-)

Ini dia Iga Bakar. Saya pilih Iga Sapi, iaitu rusuk lembu :-)

Ada juga Iga penyet. Macam ayam penyet tu, tapi dari rusuk :-)

Ini pula Tengkeleng Kambing Solo. Macam gulai. Berbeza dari gulai atau masak lemak atau kurma. Ia ada rasa tersendiri dan memang sedap. Set ni dari Iga Kambing, iaitu rusuk kambing :-)

Ahamdulillah, kenyang makan di sini. Kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Jakarta :-)

Hasil shopping di Bandung. penuh kereta sampai ada yang kena duduk dengan barang :-p

Sekian kisah 4hari 3malam di Bandung. Kami menuju ke Jakarta pula :-)

4hari 3malam bercuti di Bandung - Day 3 (Kampung Daun + Rumah Kain)

Kampung Daun. Kalau kita Google tempat makan best di Bandung, pasti Kampung Daun ni akan ada di setiap senarai. Jadi, kami pun tak mahu lah melepaskan peluang untuk ke sini selepas seharian berjalan-jalan ke Farmhouse Lembang, Floating Market,Lembang, dan Kopi Luwak Cikole :-)

Sesampai saja di sini tak boleh terus duduk. Kita kena pergi kaunter reservation untuk maklumkan kita berapa ramai nak makan dan mereka akan minta kita tunggu sebentar di ruang menunggu. Oleh kerana Wafiy yang dari dalam kereta tidur lena, sampai pindah masuk dalam carrier pun masih tidur lena, kami jalan-jalan lah sikit sementara menunggu.

Selfie sikit di papan tanda :-) Wafiy tidur tak sedar apa dalam Bobita SSC yang best tu. Tambah pulak kat sini sejuk, baru lepas hujan. Seronok jugak jadi budak kecik kan :-p

Sekitar 5minit lepas tu, kami dah dapat pondok kami untuk makan :-)

Kampung Daun ni bukan macam restoran biasa. Kat sini ada puluhan pondok-pondok untuk setiap pelanggan. Jadi bila kita ke kaunter resevation tu, mereka akan check pondok mana yang kosong dan akan berikan pondok tersebut kepada kita. Jadi suasana sangat privasi untuk setiap pondok. Kalau macam kami ada anak kecil ni, memang lagilah suka. Nak menyusu pun senang, anak nak tidur pun boleh baringkan terus di kusyen lantai yang tersedia :-) Kalau kita nak sembang-sembang sesama kita pun tak menganggu orang lain :-)

View dari dalam pondok kami ke luar :-)

Benda pertama yang mereka hantar adalah air dalam teko ni. Bukan seteko, tapi seorang seteko tau. Menariknya, setiap teko tu bahagian bawahnya adalah cawan. Jadi kita nak minum, tuang aje dalam cawan. Takmau minum letak balik teko atasnya. Jimat space :-P

Ini set yang kami order untuk makan berempat (kalau campur Wafiy sekcik tu jadi 5). 
Memang puas hati makan set ni, ada ikan bakar, ada ayam bakar, sup yang sedap, tempe & tauhu goreng, sambal asli ala Sunda. Memang puas hati. Harga set ni Rp400ribu, Sekitar RM130 duit kita. Ok lah tu...makan tempat best, sedap pulak tu untuk 4-5org :-)

Wafiy pun makan banyak :-)

Suasana dalam pondok kami :-)

Tu tengok tu, Wafiy tengah minum teh dari cawan yang di bawah teko tadi.

Waktu nak balik, hujan pula. Tak sempat kami nak jalan-jalan sekitar Kampung Daun ni. Tempat ni luas, sampai ke atas bukit.

Memandangkan kami tak ada payung, jadi kena lah speed up pergerakan. Mujur ada Bobita SSC ni. Buckle up Wafiy, senang, tak payah susah-susah dukung atau suruh dia lari sendiri. Dengan pantas kami menuju ke kereta :-)

Ini souvenir shop. Kalau nak beli apa-apa buat kenangan boleh lah juga :-)

Waktu ni baru pukul 5pm++ rasanya. Tapi dah nak gelap sebab memang Bandung cepat gelap dan kebetulan hujan, jadi mendung lah sikit :-)

Memandangkan masih ada masa, jadi kami singgah shopping sikit. Tempat ni dinamakan Rumah Kain - Sulam Pesona, tak jauh dari Kampung Daun. Ia terletak dalam kawasan perumahan mewah - Komp. Graha Puspa, Chideung, Bandung. Dan rumah kain ini sendiri adalah sebuah Banglo mewah tapi dijadikan kedai kain. Melangkah aje masuk, anda pasti teruja :-)

Ini sudut telekung. Kami beli telekung sikit untuk sourvenir :-)

Ini antara telekung travel kami beli untuk bagi-bagi orang. Moga bermanfaat dan memudahkan untuk solat di mana sahaja. Insyaallah.

Memang rambang mata nak pilih :-)

Yang bestnya kat sini, walaupun dengan anak kecil, kita nak belek kain pun rasa tenang. Sebab tempatnya tertutup. Jadi Wafiy pun masa ni memang happy dan tak boring sebab banyak aktiviti dia boleh buat :-p

Antara suasana dalam banglo ni. Best kan? :-)
Oh ye, ada surau juga disediakan. Jadi mudahlah nak solat ;-)

Kakak saya borong sungguh dia...hehehe~

Demikianlah perjalanan kami di hari ke-3 di Bandung. Jika anda nak baca kisah Day-1 dan Day-2 boleh lah klik pada link itu ya.

Kami nak balik dulu, sambung perjalanan di Bandung esok dan terus ke Jakarta :-)

Jika anda nak beli baby carrier yang best macam kami pakai, boleh lawati:

Tuesday 18 October 2016

4hari 3malam bercuti di Bandung - Day 3 (Kopi Luwak Cikole)

Dari Floating Market Lembang, next stop kami adalah Kopi Luwak Cikole. Kalau yang rajin Google, mesti tau Cikole ni dekat-dekat dengan Tangkuban Perahu. Alkisahnya kami tak plan pun nak ke sini, Kami nak ke Tangkuban Perahu. Elok je sampai di entrance Tangkuban Perahu, hujan agak lebat. Masuk pula Rp200ribu seorang which is sekitar RM60++ seorang. Kami khuatir perjalanan kami tak berbaloi sebab hari hujan dan bayar pun agak mahal kan. Nak round area-area Cikole yang lain pun tak boleh sebab hujan walaupun banyak sangat tempat best area Cikole ni yang terkenal dengan hutan pinus. Tapi apakandaya, jadi pak supir kami pun bawa kami ke sini sebab tempatnya tertutup/indoor. Jadi hujan pun tak ada masalah. Ternyata, kami tak menyesal ke Kopi Luwak Cikole ini. Banyak pengalaman dan informasi baru dan berguna buat kami tentang Kopi Luwak :-)

Bergambar dululah di entrance. Masuk ke sini FREE aje. Wafiy dah tertidur dari dalam kereta. Jadi masukkan dia dalam bay carrier Bobita SSC tu, memang sedap lah dia lena belakang ayah dia :-)

Ramai yang tahu kopi luwak ni macam mana kan? Dan ramai yang kata Halal ke? Boleh makan ke kopi dari najis? hohoho~

Kalau anda ke sini, anda akan diceritakan tentang bagaimana penghasilan kopi luwak ini sebenarnya. Jadi tak ragu dah nak minum kopi luwak. Sijil Halal yang dikeluarkan ini sebenanrnya khusus untuk kopi luwak yang dihasilkan di sini. Kalau kopi luwak lain mungkin ok jugak, cuma kalau yang ada sijil halal ni, prosesnya semua dah terjamin dan dipantau :-)

Bapak ni sangat gigih menerangkan macam mana diet luwak atau musang ini. Kalau korang dengar sendiri, memang impressive ;-)

Wafiy memang tidur lena. mana taknya, letih berlari-lari di Farmhouse dan Floating Market tadi. Dapat pulak tidur dalam Bobita SSC yang sedap ni, memang lagi lama la dia tidur. Charge battery :-p

Inilah dia luwak atau bahasa melayu kita musang ;-)

Memang seriau jugak lah...luwak ni kuku dia tajam :-P Ala-ala kucing gitu~

Kalau berdiri kat area sangkar ni, bau wangi pandan tau~ tapi takda orang sembur pewangi atau pokok pandan kat sini. Bau wangi tu dari luwak pandan/musang pandan. Memang musang tu bau badannya macam bau pandan. Wangi. Ia sebenanrnya mekanisma menyelamatkan diri dari pemangsa. Contoh macam harimau ke nak menyerang, dia keluarkan bau pandan denga lebih banyak untuk mengelirukan pemangsa, Tapi bukan dia kentut. Memang bau dia. Macam mana terhasil bau tu tak pastilah :-p Wafiy memang tidur lena dalam Bobita SSC, tak dapatlah dia tengok luwak.

Benda yang paling saya suka kat sini ialah suraunya. Suraunya ada tempat khusus untuk perempuan. Tempat wudhuk pun tertutup. Telekung bersih tersedia. Jadi kalau korang ke Lembang/Cikole bolehlah singgah sini untuk solat dengan tenang :-)

Kami sempatlah duduk mencuba secangkir dua kopi luwak :-)

Memandangkan masuk ke sini free, jadi minum kenalah beli :-p Secawan ni Rp50ribu, sekitar RM15 duit kita. Memang mahal. Kopi luwak memang antara yang termahal di dunia. Ada hotel-hotel yang jual hingga ratusan ringgit secawan tau. Selain keunikan proses penghasilannya, kopi luwak ni sebenarnya ada khasiat yang lebih dari kopi biasa. Antaranya ialah low acid. Di mana ia selamat di minum untuk golongan yang ada gastrik dan sebagainya :-) Kalau ada yang pernah ke Bali, tempat kopi luwaknya masuk free, dapat pulak 7jenis kopi/teh free kan. Kat sini takde lah macam tu. Tapi ok lah. Jangan harap benda free banyak sangat ye~ :p

Posing dulu dengan kopi mahal :-p

Memandangkan mahal, kami share-share je secawan kopi minum 4 orang...hahaha...nak try rasa lah katakan. Mana Wafiy? dia dok tidur lagi dalam Bobita kat belakang ayahnya tu. tak sedar apa :-p

Biji kopi luwak ada juga dijual kalau nak beli bawa pulang :-)

Ini antara suasana kafe. Bukan sekadar kopi luwak aje kat sini, ada juga makanan berat yang lain. Jadi kalau lapar, boleh juga jadikan destinasi makan-makan di sini :-)

Secara ringkas, Kopi Luwak Cikole wajar anda lawati untuk satu pengalaman baru dan informasi yang berguna. Macam lawatan sambil belajarlah. Biar tambah ilmu. Bukan jalan-jalan kosong, ye tak? :-)