INTERNATIONAL BORDER TEA, SUNGAI DUA (ISLAND), PULAU PINANG.
Pada suatu malam, kami on the way nak pulang ke rumah kami telah singgah ke gerai International Border Tea ini. Sebenarnya kami dah lama perhatikan gerai ni sejak ia bertapak. Gerainya ceria dengan signboard yang menarik dan hiasan gerai yang berwarna-warni. Akhirnya malam ini kami singgah jua ;-)
Sign board International Border Tea yang jelas kelihatan dari jauh. |
Seperti yang tertera di gambar, ada bendera Thai dan Malaysia membuatkan secara tidak langsung kita mengerti ia menjual teh dari sempadan Thai dan Malaysia. Walaupun kami tiba di gerai ini pada saat-saat akhir gerai nak di tutup (pukul 12tgh malam dah sebenarnya), kami tetap di sapa mesra oleh mereka yang di gerai :-)
"Kami first time nak try ni, apa yang nak suggest?" Itu kalimat kebiasaan saya apabila nak mencuba sesuatu yang baru di mana-mana kedai pun. Brader kedai pun suggest kepada kami Teh Ais dan Green Tea. Kedengaran macam biasa aje kan? Tapi sebebarnya tidak. Serbuk kedua-dua teh ini didatangkan asli dari Thailand. Brader tu siap tunjuk pada kami serbuk teh hijau yang dia gunakan (tak serbuk sangatlah, lebih kepada daun teh yang dikisar kasar). Siap bagi kami cium baunya lagi. Dan tatkala itu juga kami teringat bau teh yang pernah kami minum di Songkla, Thailand dulu. Betul, memang sama :-)
Kami pun decide nak order satu green tea dan satu thai ice tea. Harga? Ada dua harga. RM4.50 dan RM10. Yang RM4.50 teh diisi dalam plastik cup biasa, atau pelbagai jenis beg yang tersedia. Saya rasa macam tak reti nak minum dalam beg-beg tu. Jadi decide untuk guna plastik cup sahaja. Yang RM10 pula teh diletakkan dalam thermos yang mampu mengekalkan kesejukan air sehingga 7-8jam. Menurut brader tu lagi, thermos ofkos boleh bawak balik, dan kalau nak refill, boleh datang bawak thermos tu semula. Harga untuk refill saya lupa nak tanya :p Thermos tu juga mungkin asli dari Thailand.
Gambar atas: pilihan air yang disediakan selain dari teh. Gambar tengah: Thermos sejuk yang berwarna-warni. Gambar bawah: Thai Drinking Water juga terdapat di sini. |
Sekitar 5minit kemudian teh-teh kami pun siap. Kami pun naik kereta balik rumah nak mencuba teh-teh ini. RASA: Thai Ice Tea memang rasa seperti yang kami pernah minum di Hatyai, Thailand. Rasa teh yang jelas dan lemak manis dari susu yang sempurna. Ewahhh :p cuma taklah berbuih-buih macam di Thai sebab di Thai memang namanya teh tarik ais. Yang ni tak lah ditarik ;) Next, Ice Green Tea. Kami pernah mencubanya sebelum ini di sebuah kedai makan di Samila Beach, Songkla, Thailand. Apabila kami minum teh ini, kami teringat teh tersebut. Tapi, yang ini lagi sedap~!!! Jadi jika anda nak rasa teh asli Thai, anda tak perlu bersusah-payah ke Thai. Dapatkannya di International Border Tea ini saja ok?
Lokasi. Betul-betul di hadapan Tesco Extra Sungai Dua dan bersebelahan U Hotel. Kalau nak pakai google map, search lah antara dua landmark tersebut. Insyaallah jumpa. Waktu operasi: 12pm-12am. Mereka ada FB page juga, boleh lah rujuk FB PAGE INTERNATIONAL BORDER TEA untuk sebarang perkembangan tentang mereka :-)
Google Map: Lokasi International Border Tea. |
Kami mungkin pelanggan terakhir malam tu :p Gelas teh nya besar. Minum sorang rasanya memang tak larat. Sesuai untuk beli, lepak sambil minum. Kalau sambil makan sekali mau mengah :p Jadi, harga RM4.50 segelas itu memang sesuai dengan portionnya yang besar. Si Wafiy pun suka sangat. Berebut dengan dia. Nak minum kat dia sorang :p |
p/s: kalau nak baca tentang pengalaman kami makan-makan di Thai boleh klik di sini :-)
Bagaimana memulakan bisnes minuman anda dalam masa yang singkat dengan kos minima, dalam masa sama anda mempunyai pelanggan setia.
ReplyDeleteAzlan Ahmad
http://www.usahawanminuman.com