Translate: Choose your language :-)

Tuesday, 1 September 2015

Bersama Bobita Gen2 SSC Baby Carrier, ke mana telah kami pergi?

Kami pengguna Bobita Gen2, baby carrier dari jenis Soft Structured Carrier (SSC) yang ergonomik, selesa, dan selamat. Alhamdulillah, telah merata tempat kami pergi bersama Bobita Gen2 kesayangan kami. Wafiy selesa dan gembira, kami juga sebagai ibu dan ayah hati senang. Ini antara perkongsian saya tentang pengalaman kami menggunakan Bobita Gen2 dalam melayari keindahan bercuti, travel, dan kehidupan harian bersama Bobita :-D

#1
BUKIT TINGGI, COLMAR TROPICALE (BERJAYA HILL), PAHANG, MALAYSIA.
Tempat pelancongan ini terkenal dengan cuaca yang dingin, udara yang segar, dan binaan bangunan seperti di perkampungan Perancis. Agak kurang 'stroller-friendly' kerana kawasan berbukit dan banyak tangga. Kita juga perlu naik trem untuk ke taman-taman lain seperti Taman Jepun. Di situ amatlah tidak digalakkan untuk menggunakan stroller. Anda perlu mendukung anak anda. Menaiki bukit dan laluan berbatu akan mengganggu mobiliti dan mengerah tenaga yang banyak apatah lagi sambil mendukung anak. Oleh itu, penggunaan baby carrier amatlah membantu untuk membolehkan anda menikmati suasana indah itu dengan lebih tenang dan gembira :)
Colmar Tropicale: Wafiy tertidur masa ni, mungkin kerana suasana nyaman dan enak dalam dakapan.
Colmar Tropicale: Bagus juga back carry, rasa macam galas beg aje. Selesa dan terasa ringan.
Buckle Bobita Gen2 dari jenis Military Standard dengan 3-point lock system. Insyaallah lebih selamat.

#2
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.
Sebut saja Port Dickson, tentu saja kita fikirkan laut dan pantai. Tapi tidaklah kami mandi laut pakai baby carrier pula :p Di pesisir pantai Port Dickson banyak premis jualan seperti downtown untuk kita cuci mata dan membeli belah cenderahati seperti t-shirt dan juga peralatan mandi laut seperti pelampung. Untuk keselamatan dan keselesaan, dukung lah anak anda. Khuatir kita terleka melihat dan membelek barang, anak dah lari entah ke mana. Biarlah dia sentiasa dalam dakapan kita. Penggunaan stroller di gerai-gerai yang sempit, atas kawasan berpasir dan tanah berbatu juga akan menyukarkan pergerakan. Oleh itu, jika mahu ke Port Dickson, penggunaan baby carrier adalah digalakkan. Memudahkan pergerakan, dan anak juga terpantau :-D
Port Dickson: Night Market. Beli Pelampung untuk esok nak mandi laut :-)
Menikmati indahnya pantai dan laut membiru bersama yang tersayang.
Port Dickson: Ayah nak makan, Wafiy tertidur. Takpalah, tidurlah dengan damai ye :-)

#3
AKUARIUM TUNKU ABDUL RAHMAN, PULAU PINANG, MALAYSIA.
Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan akuarium ini di Batu Maung, Pulau Pinang. Ini destinasi bajet dan alternatif selain dari Aquaria KLCC yang harga tiketnya puluhan ringgit. Di sini hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Baby macam Wafiy yang berumur 1thn++ tak perlu bayar. Ia mungkinlah tidak sehebat Aquaria KLCC, tapi berbaloilah dengan harga yang  kita bayar :)

Akuarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung, Pulau Pinang, Malaysia.

#4
PESTA PULAU PINANG, MALAYSIA.
Acara ini biasanya dibuat setahun sekali pada musim cuti sekolah hujung tahun sekitar bulan November dan Disember selama sebulan setiap kali ia diadakan. Terdapat banyak kedai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, dan perhiasan rumah seperti karpet dengan harga murah terutama di hari-hari terakhir pesta. Suasana di pesta sememangnya meriah dan ramai orang. Penggunaan stroller di kawasan luar kedai tiada masalah kerana jalannya dari tar dan simen. Cuma jika kita ingin masuk ke kedai-kedai yang ramai orang dan penuh dengan barangan, kita perlu mendukung anak kita dan meninggalkan stroller di luar kedai. Ini agak menyulitkan dan keselamatan stroller ditinggal tanpa pengawasan mungkin berbahaya. Selain itu terdapat ruang pameran yang bertangga dan taman tema  di kawasan tanah berbatu. Kesesakan orang agak menyukarkan penggunaan stroller. Oleh demikian, penggunaan baby carrier ke Pesta Pulau Pinang akan memudahkan pergerakan dan selesa buat kita dan anak :-D
Pesta Pulau Pinang 2014.
#5
LANGKAWI, KEDAH, MALAYSIA.
Sebuah pulau lagenda yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdapat pelbagai tarikan pelancong di Langkawi dari pantai, gunung, dan pulau-pulau yang indah. Antara yang wajib dikunjungi adalah Dataran Lang, Langkawi Cable Car dan mungkin Pantai Cenang. Selain daripada itu Underwaterworld, Perkampungan Mahsuri, Wildlife Park, Tasik Dayang Bunting, Telaga Tujuh, antara yang menarik untuk dikunjungi. Sesungguhnya terlalu banyak lagi tempat tumpuan pelancong yang tak dapat saya senaraikan. Anda boleh google tentang tempat menarik di Langkawi yang lainnya.

Bagi saya, Langkawi adalah tempat yang anda perlu gunakan baby carrier jika ingin ke sana dengan anak kecil. Bermula dengan keberangkatan, jika menaiki feri, penggunaan stroller akan menghambat pergerakan anda. Dengan cerun dan tangga, perlu melangkah jeti untuk masuk ke feri, anda perlukan tenaga yang banyak untuk menguruskan stroller serta beg-beg yang lain dan yang pasti anda perlu mendukung anak anda. Tidak kurang juga jika menaiki pesawat, keadaannya hampir sama. Jadi, penggunaan baby carrier akan menjimatkan banyak masa dan tenaga disamping anak kita sentiasa selamat dalam dakapan kita.

Jika anda sebelum ini anda pernah ke Langkawi sebelum zaman ada anak kecil, cuba bayangkan sejenak pengalaman anda sebelum ini. Menaiki Langkawi cable car misalnya. Pastinya stroller tidak wajar diangkut bersama. Nak dukung anak sepanjang 1jam beratur dan naik turun cable car mungkin akan memeras tenaga yang banyak dan mengakibatkan keletihan dan secara tidak langsung merosakkan mood anda untuk menikmati keindahan suasana Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang. Penggunaan baby carrier yang ergonomik seperti Bobita Gen2 akan membuatkan anak selesa dalam gendongan dan kita juga tidak penat atau lenguh mendukung anak :-D
Naik turun pesawat lebih mudah. Tangan bebas tanpa perlu dukung anak, memudahkan jika ada hand luggage yang perlu di angkat.
Dataran Lang: Wafiy tertidur dalam carrier dengan selesa. Rasa damai dipeluk ayah agaknya ;)
Langkawi Cable Car.
Langkawi Wild Life Park. Kadang-kadang kita tak perlu gendong anak kita untuk mereka explore. Mudah saja dengan Bobita Gen2, keluarkan anak dan galas Bobita Gen2 seperti beg. Tidak mengganggu pergerakan kita. Senangkan?

#6
MADINAH, ARAB SAUDI (UMRAH)
Ini merupakan perjalanan terindah. Pastinya bukan hanya bagi kami, tapi seluruh umat Islam sedunia :-) Ada yang khuatir tentang membawa anak kecil ke Tanah Suci, Insyaallah dengan adanya baby carrier, urusan kita lebih mudah di sana. Ketika di Madinah, kita perlu banyak berjalan, terutama ke Masjid Nabawi. Selain itu, kita juga akan banyak melawat dan ziarah. Naik turun bas, ke ladang kurma dan kawasan tanah berpasir seperti Jabal Uhud (Medan peperangan dan perkuburan Uhud). Semuanya memerlukan pergerakan yang cepat dan pantas. Bagi saya, pemakaian baby carrier di sana amat membantu dan selesa. Tidak semua tempat sesuai menggunakan stroller, tapi mendukung anak untuk jangka masa yang panjang akan memudaratkan badan. Dengan bantuan baby carrier, Alhamdulillah, anak pun selesa, nak tidur bila-bila masa pun boleh dengan tenang dalam dakapan kita. Terima kasih Allah.
Di dalam Masjid Nabawi, Madinah.
Ladang kurma, Madinah.
Kota Madinah. Saya tidak dapat bayangkan untuk tolak stroller di sini. Jika dukung anak tanpa baby carrier,  pasti memeras tenaga dua kali ganda dari yang sepatutnya. Baby carrier yang ergonomik seperti ini akan membuatkan anak kita terasa lebih ringan :-)

*Untuk membaca secara detail tentang perjalanan kami di Madinah, boleh klik di sini :-)

#7
MEKAH, ARAB SAUDI (UMRAH)
Apabila sebut sahaja ke Mekah, ia pasti berkait dengan ibadah Umrah. Ibadah Umrah itu sendiri memang memerlukan kekuatan fizikal yakni minima berjalan untuk tempoh 3-4jam bermula dari Tawaf hinggalah ke Saie. Jika diukur dengan meter, satu pusingan tawaf adalah sekitar 314meter, dikali dengan 7pusingan menjadikan ia 2,198meter atau 2.19km. Manakala untuk Saie, jarak dari Safa ke Marwah adalah sekitar 420meter, dikali 7kali berulang alik menjadikannya 2,940meter atau 2.94km. Ditambah dengan jarak tawaf tadi, totalnya ialah 5,138meter atau 5.1km hanya untuk urusan ibadah umrah. Belum lagi di campur jarak hotel kita ke Masjidil Haram. Mungkin boleh mencecah sehingga 6-7km untuk pergi dan balik dengan berjalan kaki. Stroller adalah dilarang dibawa masuk ke Masjidil Haram. Anda ingin mendukung anak anda sejauh 6-7km, dengan tangan begitu sahaja? Jangan mudaratkan diri anda kerana ia mungkin akan menjejaskan ibadah anda. Kesesakan umat Islam yang tiada surutnya, keadaan berbukit, pasti anda akan sangat bersyukur jika baby carrier membantu anda meringankan beban berat anak anda. Anak pun selesa dan kita juga rasa senang. Insyaallah.
Di Bukit Marwah. Ketika ini baru selesai Umrah kali pertama. Wafiy sedikit pun tidak merengek, dia tertidur ketika pusingan Saie ke-5. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana telah memberi kemudahan kepada kami.
Melawat ternakan unta di padang pasir. Wafiy dah tertidur dari dalam bas, waktu nak turun, masukkan ke dalam carrier, dia tak sedar dan tetap tidur.
Malam terakhir di Mekah.

#8
BUKIT MERAH, TAIPING, & IPOH, PERAK, MALAYSIA.
Di Perak banyak juga tempat menarik untuk di kunjungi dengan anak-anak kecil. Antaranya Bukit Merah Laketown Resort - Ecopark. Kita boleh bagi makan haiwan-haiwan seperti rusa, arnab, monyet dan lain-lain. Jika ke Taiping pula, jangan lupa ke Zoo Taiping. Selain itu, Ipoh juga menarik untuk dikunjungi. Boleh ke Stesen Keretapi Ipoh yang meriah di waktu malam dengan keindahan air pancut berwarna-warni, jualan dan sewaan permainan buih, skuter, kasut roda seperti di Dataran Putrajaya. Ada juga persembahan busking menambah keceriaan suasana.
Bukit Merah Laketown Eco Park. Wafiy seronok bagi binatang-binatang makan :) Baby carrier macam Bobita Gen2 ni mudah, kalau nak bagi anak turun dan explore, keluarkan saja anak, dan galaslah Bobita seperti beg. Tidak akan menggangu pergerakan kita :-)
Zoo Taiping luas dan besar. Perlu banyak berjalan. Dengan baby carrier, Insyaallah kurang lah penat dan enjoy~ ;)
Dataran Stesen Keretapi KTM Ipoh. Ada air pancut berirama yang cantik. Anak-anak pasti terpukau :)

#9
HATYAI & SONGKLA, THAILAND.
Thailand adalah negara bersempadan yang terdekat dengan Malaysia tanpa sebarang batasan seperti Singapura kita perlu melintas laut. Banyak yang dapat kita nikmati di Hatyai dan Songkla ini bersama anak kecil. Dari makanan yang enak, pantai yang cantik hinggalah konservasi haiwan seperti gajah dan ikan jerung dapat kita lihat. Sesungguhnya sekali lagi, jika ke Hatyai & Songkla dinasihatkan untuk menggendong anak kita dengan baby carrier untuk keselesaanya dan memudahkan pergerakan. Di Hatyai kita akan banyak naik dan turun tuktuk untuk ke destinasi yang di tuju. Saya tidak dapat bayangkan betapa lelahnya jika perlu menaik dan menurunkan stroller berkali-kali. Selain itu, untuk berjalan di kota Hatyai yang sentiasa ramai orang dan gerai-gerai di laluan pejalan kaki akan menyukarkan pergerakan jika kita menggunakan stroller.

Ketika kami di sana, ada juga satu keluarga dengan anak kecil yang menggunakan stroller. Saya kira anaknya sebaya dengan Wafiy. Anaknya menangis tidak mahu duduk di stroller. Maka si ibu terpaksa mendukungnya dan si ayah menolak stroller dalam kesesakan dan kepanasan kota Hatyai. Kelihatan di wajah mereka agak tertekan dengan keadaan itu. Saya amat berharap ia tidak terjadi kepada ibu-ayah yang lain untuk bergembira menikmati percutian di tempat orang. Ada juga satu keluarga lain, anaknya 4orang dan seorang daripadanya adalah bayi. Anaknya di gendong dengan SSC baby carrier seperti kami juga. Saya nampak betapa mudahnya dia mengurus anak-anak untuk naik dan turun tuktuk dengan anak kecilnya yang sentiasa erat dalam dakapan tanpa perlu khuatir dan kelihatan keluarga itu sungguh ceria. Alhamdulillah. Jika nak baca pengalaman penuh kami ke sana, boleh klik di sini :-)
Hatyai: Inilah tuktuk, kenderaan utama kami ketika di sana.

Jika ke Hatyai, jangan lupa ke sini: Kloanghae Floating Market.

Samila Beach, Songkla. Mudahnya kami bergerak dengan anak dalam baby carrier. Ayah carry anak, mak seronok-seronoklah  berlenggang kangkung dan shopping :p

#10
JAKARTA
Apabila sebut sahaja Jakarta, terbayang kesibukan kotanya, dan tempat-tempat beli-belah yang sesak ramainya, Kami telah ke sana bersama Wafiy yang berusia 2tahun 11bulan ketika itu. Berat sekitar 11kg. Umur begini agak sukar dikawal jika berada ditempat sesak. Nak dukung untuk jangka masa yang lama memang tak mampu. Jadi mujur ada Bobita SSC ini. Disebabkan rekaannya yang ergonomik, anak yang kita carry rasa lebih ringan. Jadi mudahlah pergerakan ketika di sana :-)

Mangga Dua, pusat beli belah yang terkenal di Jakarta. Ribuan kedai jualan. Kalau nak round semua, dengan anak kecil agak mustahil kalau tak pakai Bobita ni.

Taman Mini Indonesia Indah ni tempat wajiblah pergi kalau dah ke Jakarta. Tempat ni sangat besar. Kalau nak senang bergerak, pakailah Bobita SSC macam kami ya :-)

Sedia maklum, lapangan terbang perlu banyak berjalan. Dengan beg yang banyak, nak dukung anak lagi pula, memerlukan kudrat yang banyak. Tapi syukur ada Bobita, jadi pergerakan lebih mudah dan tak penat dukung anak :-)

Naik turun kapal terbang lebih mudah bila anak 'melekat' pada kita tanpa perlu pegang dia. Jadi kita mudah nak angkat hand luggage dan bergerak :-)


#11
BANDUNG
Bandung pula terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan kedinginan cuacanya. Banyak tempat yang menarik di Bandung dan kita perlu banyak bergerak. Di kotanya yang sibuk dan ramai orang, kita perlu memantau anak kita sentiasa. Di tempat peranginan tanah tinggi pula jalan berbukit dan tidak rata mungkin bertangga di sana-sini. Kita perlu banyak mendukung anak kecil kita. Jika ingin membeli belah pula, suasana pastinya sentiasa sesak bukan sahaja dengan pelanggan dan pengunjung malah kedai-kedai juga penuh barangan. Penggunaan stroller adakalanya tidak begitu sesuai dan akan melambatkan pergerakan. Jadi penggunaan baby carrier yang ergonomik dan selesa seperti Bobita SSC ini amatlah disarankan.

Alun-alun Kota Bandung. Antara destinasi wajib yang perlu anda kunjungi jika berjalan-jalan di Kota Bandung. Tapi awas, malam minggu mungkin sangat ramai orang dan banya kereta di jalan. Hati-hati ketika melintas, apa lagi dengan anak kecil. Kalai pakai Bobita SSC macam kami, Insyaallah lebih mudah :-)


Bobita peneman setia :-)

Seronoknya pakai Bobita ni, kita boleh carry anak kita agar pandangannya tinggi hampir sama dengan kita. Jadi mudah dia nak lihat sesuatu yang menarik bersama kita tanpa perlu mendukungnya :-)

Kampung Daun ni antara destinasi kulinari yang popular. Makan di dalam pondok-pondok yang tersedia sepanjang dari kaki bukit hinggalah ke atas. Kalau nak nak dukung anak naik ke atas tu mencabar lah juga. Dengan Bobita, si ayah pun steady aje carry anak :-)

#12
PULAU PINANG
Banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang kita boleh kunjungi dengan anak kecil kita. Tapi kebanyakan tempat jalan-jalan di Pulau Pinang ni kena banyak berjalan. Mungkin kerana kekangan tempat letak kereta, kita perlu parking jauh dari tempat yang kita tuju. Untuk pengalaman yang lebih menarik mungkin kita akan seronok menaiki shuttle bas percuma keliling Georgetown, keretapi Bukit Bendera, naik feri dan sebagainya. Namun begitu, aktiviti-aktviti ini mungkin akan memakan tenaga yang banyak jika kita nak dukung anak dengan tangan sepanjang masa. Jadi pakailah baby carrier yang ergonomik seperti Bobita ni, jadi memang semua aktiviti jadi lebih mudah dan lancar :-)

Wonderfood Museum ni best. Mesti anak-anak pun suka. Bobita SSC ni mudah, kalau dah turunkan anak boleh galas je kat belakang macam beg, Jadi tak perlu pening-pening nak simpan atau pegang.
Entopia: Walaupun agak mahal tiket masuknya, tapi berbaloi :-)

Penang memang seronok untuk jalan-jalan dengan anak dan lebih mudah bila pakai Bobita :-)
Dinosaur pun ada kat Penang tau :-)

Bukit Bendera antara destinasi wajib jika anda ke Penang. Nama pun bukit, memang kena perlu tenaga hiking sikit lah :-P Kalau pakai Bobita, legalah sikit :-) Suasana nyaman, anak pun boleh tidur lena dalam Bobita yang selesa ni :-)


#13
KEDAH
Kedah pun banyak tempat yang kita boleh lawati. Kami dah sampai ke sini dengan Bobita juga ;-)

Menara Alor Setar. Boleh datang malam atau siang untuk menikmati permandangan kota Alor Setar dari aras tinggi. Ada restoran juga kat atas tu tau~

Muzium ni best. Tapi nak naik ke tempat ni, tingginya ya ampun. Kalau tak pakai carrier memang semput la nak dukung anak. Waktu pergi ni, kebetulan Wafiy tidur lena dalam Bobita :-)
#14
AKTIVITI HARIAN - SHOPPING MALL, KENDURI, DAN PASAR MALAM
Selain pergi makan angin atau melancong, Bobita Gen2 telah menemani kami dalam aktiviti harian. Shopping barang dapur di Tesco, pergi pasar malam, makan kenduri dan kadang-kadang memasak dan sidai kain pun pakai baby carrier.

Makan Kenduri, Wafiy tidur. Mak bergambar lah dengan pengantin :p
Senangnya ke Bazar Ramadhan.
Beli barang dapur pun jadi mudah. Wafiy memang suka tidur dalam carrier. Apa lagi di Tesco dengan aircond kuat, lagi lenalah :p
Ke Pasar Malam pun senang nak beli barang dan pegang plastik-plastik barang belanjaan.
Laksa sedap. Wafiy tidur pulak :p Senang nak makan.
Beratur panjang di cashier~!!! Kalau tak duduk dalam carrier, tak larat kejar Wafiy yang suka lari ke sana- ke mari :p
Berjalan ambil angin petang...baru 15 minit jalan tertidur lagi dia. Bobita Gen2 ada sleepy dust ni :p

Inilah antara pengalaman terindah kami dengan Bobita Gen2. Anda juga boleh akan menikmatinya dengan Bobita Gen2 macam kami. Kalau nak beli, boleh ke FB page Bobita Baby Carrier Malaysia:-)

9 comments:

  1. Tumpang tanya. Harga berapa ye. Sbb kat fb tu harga nya rm259.. yang sis beli ni brand apa ye

    ReplyDelete
  2. Ya sis, yang saya pakai ni Brand Bobita :-)
    Bobita Gen2 SSC, harga dari RM249/RM259/RM269 depends pada Set yang kita pilih :-)

    ReplyDelete
  3. Assalam sis. Ada jual lagi bobita ni ke? Mcm terpikat lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :)
      Ada, anytime boleh beli dari page FB Bobita Baby Carrier Malaysia :-)
      www.facebook.com/bobitamalaysia

      Delete
  4. Bhgian body dia guna material apa? Nylon or cotton? Sbb anak saya mudah berpeluh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Body panel Bobita Gen2 SSC ini dari material cotton 100% dan bahagian tengah ada 3D-Mesh (jaring) untuk pengudaraan agar baby lebih sejuk :-)

      Delete
  5. Trm ksih byk2 ats prkongsian. Ianya sgt2 mmbntu.. 👍

    ReplyDelete
  6. Trm ksih byk2 ats prkongsian. Ianya sgt2 mmbntu.. 👍

    ReplyDelete