RESIPI SAMBAL BILIS DENGAN BELIMBING BULUH (SAMBAL HITAM)
Resipi Sambal Bilis dengan Belimbing Buluh |
BAHAN-BAHAN
2 Cawan Ikan Bilis (siap dikopek)
1 Cawan Belimbing Buluh (direbus dengan garam)
3 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
5 Biji Cili Merah (jika mahu extra pedas boleh tambah cili padi)
Kicap, Gula, Garam secukup rasa
CARA-CARA
#1
Kisar bawang besar,bawang putih dan cili.
#2
Tumbuk ikan bilis. Tidak perlu hingga lumat. Cukup sekadar separa hancur.
Tumbuk ikan bilis separa hancur. |
Tumbuk belimbing buluh yang telah siap direbus hingga lumat.
Saya beli belimbing buluh yang telah siap direbus dalam pack botol macam ni. |
Saya lumatkan belimbing tersebut. |
Tumis bahan yang dikisar hingga masak dan naik bau.
Tumis bahan kisar: bawang besar, bawang putih, cili merah. |
#5
Setelah hampir kering, masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk. Gaul rata.
Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk. |
Masukkan belimbing, kicap, garam dan gula secukup rasa. Untuk buatkan sambal lebih gelap dan hitam tambah lebih banyak kicap. Gaul rata, SIAP~!!!
Siap. Sedia untuk dihidangkan. |
*Mudahkan? Boleh makan dengan nasi atau roti. Saya buat pakai cili merah saja, jadi tidak terlalu pedas. Wafiy yang umur 2tahun pun boleh makan dengan roti (sebenarnya pedas juga, tapi Wafiy memang tahan dan suka pedas). Kalau mahu lebih pedas boleh tambah cili padi. SELAMAT MENCUBA*
Sedia untuk dinikmati. Boleh simpan beberapa hari di dalam bekas kedap udara. |
pandainyer
ReplyDelete