Translate: Choose your language :-)

Saturday, 26 September 2015

Review: Roti Benggali - Maliia Bakery

Maliia Bakery: Transfer Road, Penang.

Roti benggali adalah suatu yang tidak asing bagi masyarakat Pulau Pinang. Bagi yang tak tahu macam mana rupa roti benggali, berikut adalah rupanya;
Roti Benggali
Jika anda buka website www.maliiabakery.com anda dapat lihat pelbagai jenis lain roti benggali seperti perasa coklat dan arang.

Alkisah saya boleh ke sini adalah kerana nak beli roti untuk cicah sup pada Hari Raya Korban yang lalu. Asalnya nak beli roti di Tesco saja, tapi pak-pak menakan sarankan untuk beli roti benggali di Maliia Bakery di Jalan Transfer, Georgetown yang jaraknya belasan kilometer dari lokasi kami. Tapi dek kerana raya korban bukan selalu, kami dengan senang hati gagahi jua. Dapat juga merasa roti benggali yang di sebut-sebut itu :-)

Dengan bantuan aplikasi Waze, kami tiba dengan selamat ke lokasi.
WAZE: Type saja Marliia Bakery.

Marliia Bakery, kedainya di corner lot, mudah nampak.

Kami tiba di kedai sekitar jam 7.30malam. Tiada pelanggan lain, maklumlah waktu Maghrib, pastilah kurang orang. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 8pagi hingga 11malam. Maliia Bakery bukan menjual sekadar roti. Ada juga ruang cafe dengan deretan meja dan kerusi untuk menikmati minuman dan makanan seperti nasi briyani, shawarma, burger dan pelbagai lagi. Ini adalah persekitaran kedainya;
Ruang makan cafe yang santai.
Pelbagai pilihan roti dan kek.
Kaunter order dan cashier
Pelbagai jenis tart. RM2.50 setiap satu. Saiznya besar.

Memandangkan masa kami yang suntuk (Maghrib), kami tidak duduk makan-makan di situ, kami cuma beli dan bawa pulang. Apa yang kami beli?

2bantal roti benggali plain.
1bantal roti benggali coklat.
1/2bantal roti benggali arang.
*1bantal=8buku roti
8biji tart.
1botol kecil kaya.

Selain roti benggali yang kami beli ada juga roti benggali wholemeal. Untuk orang diet, bolehlah cuba.
Terdapat pelbagai saiz botol seri kaya. Jika ke sini jangan lupa beli seri kayanya. Bagus juga sebagai ole-ole kerana rasa seri kaya benggali ni memang berbeza dan sedap dari seri kaya Gardenia tu :p
Harga: RM2.30 - Botol paling kecil 90gm.

Roti Benggali disimpan dalam rak khas.

Harga roti benggali:
Plain: 1buku - RM1, 1bantal - RM8
Coklat & Arang: 1buku - RM2++, 1bantal x 8 (tak ingat harga yang tepat...sorry)
Wholemeal: tak beli jadi taktau harga...hehe :-p
Inilah dia 1bantal roti benggali dengan 8buku roti setiap bantal.

Pembelian kami: Total RM62.70. Penuh satu kaunter.
Saya dan Wafiy bersama 2bantal roti benggali.

Selesai membeli, kami pun berangkat pulang dengan segera. Tapi waktu hujung-hujung sebelum pulang ramai juga yang datang untuk beli roti. Ada yang masuk sekadar untuk beli satu roti yang disapu kaya sahaja. Lepas dah masuk kereta, rasa rugi pula tak beli yang itu. Takpa, next time. Makan dulu yang berbantal-bantal ni. Selamat Hari Raya Korban~!!!

***********************Hari Korban pun tiba********************

Inilah sup tulang yang super sedap dari lembu korban oleh MakSu
Roti Benggali siap dipotong dadu untuk dimakan dengan sup tulang lembu korban.
Dari kiri: Plain, Chocolate, Charcoal.

Sedikit komentar tentang rasa. Rata-rata 'responden' sukakan roti benggali plain (biasa) dan charcoal (arang) jika untuk di makan dengan sup atau begitu sahaja. Rasa chocolate seperti kurang serasi dengan sup. Namun demikian, oleh kerana sup tu memang super sedap, cicah dengan roti apa pun jadi sedap :-)

P/S: Terima kasih yang tidak terhingga kepada seisi keluarga, pak-pak menakan, mak-mak menakan, sepupu-sepapat dan orang kampung kerana telah menjayakan program korban pada tahun ini. Moga di tahun-tahun akan datang kita dapat berbagi lagi untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini. "Sesungguhnya tiada amalan lain yang lebih disukai Allah selain melaksanakan korban di Hari Raya Aidil Adha"

Monday, 21 September 2015

Resipi Pizza Simple

Inspirasi Internet:
Piza Simple, Senang & Sedap

(1) Rebus Sosej & Ketam Fillet
(2) Sapu sos atas roti, letak cheese, ketam, layer lagi dgn cheese, sosej,layer lagi dgn cheese. (Suka hati nak berapa layer tapi make sure bawah dan atas sekali adalah cheese ye. Setiap bijik benda semua tersentuh cheese. Supaya topping tak tercabut atau terlerai).
(3) Dalam toster oven 9minit je.
(4) Siap!!!

*resipi ni sangat ringkas..pakai apa yg ada kat rumah. Korang boleh la tambah isi ayam..capsicum dan sebagainya untuk menjadikannya lebih sihat. Selamat mencuba. Anak-anak pasti suka*

Resipi Crunchy Caramel Popia

[Resipi - Crunchy Caramel Popia]

Bahan-Bahan (sekali makan)
10 keping kulit Popia
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu besar butter

Cara-cara
(1)
Gulung kulit Popia. Di hujung setiap gulungan di sapu bancuhan tepung gandum dengan sedikit air sebagai gam/pelekat agar gulungan tidak terbuka.

(2)
Potong serong, dan goreng hingga keperangan. Ketepikan.

(3)
Cairkan butter bersama gula. Setelah cair, masukkan kulit popia yg siap dogorengkan tadi dan gaul rata. Apabila gula kelihatan perang dengan pantas tuang kan semua ke dalam bekas lain. Jangan terlalu lama, khuatir gula hangit.

(4)
Siap!!!

(5)
Tunggu sejuk, anak pun tak sabar nak makan!!!

Selamat Mencuba...krupp krupp krupp ;-)

Resipi Apam Susu


[Resipi untuk Si Kecil]
********************
Apam Susu + Coklat
********************

BAHAN-BAHAN
4 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung penaik
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar serbuk koko 

CARA-CARA
(1)
Pukul telur,gula,esen vanila hingga kembang.
(2)
Masukkan susu pekat,air, pukul lagi.
(3)
Masukkan tepung gandum dan tepung penaik, minyak. Pukul lagi hingga tergaul rata.
(4)
Panaskan pengukus.
(5)
Asingkan adunan kepada dua adunan. Satu dimasukkan serbuk koko dan gaul rata.
(6)
Tuang adunan ke dalam loyang/acuan.
(7)
Kukus sekitar 30minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba!!!

Destinasi percutian yang kurang mesra stroller.

Destinasi percutian yang kurang mesra stroller.

Entri ini saya pernah tulis sebelum ini
dalam bahasa inggeris. Saya copy paste kembali di blog ini. Moga bermanfaat buat ibu-ayah dengan anak kecil :-)

Top destinations to travel with family, babies and small kids that NOT really STROLLER FRIENDLY:

#1 Bandung, Indonesia
- Pasar Baru. The paradise of shopping. Always crowded with people and stuff!! What ever u need is under one roof called Pasar Baru!!!
- Tangkuban Perahu. An active valcano. A hilly area yet magnificent view. Make sure you on flat shoe since there is need to climb stairs and lot of walking up and down. Since then, stroller will make your mobility slower or u just gave up and decide to stay with your stroller and not enjoying the panaroma at the max.

#2 Langkawi, Malaysia
- Langkawi cable car. Unforgetable view and experience on Mount Mat Cinchang. The hill and sea scenery will wide open your eyes. Ready to hop in the cable car and relax then carefully hop out ya!!!

#3 Cameron Highland, Malaysia
- BOH tea plantation is a must visit spot if you visiting cameron highland. Here you will got the chance to be in the tea bushes and take memorial photo with your family. Feel the freshness of the cool air. However please keep in mind that the high slope and very hilly make the tea plantation is a big no for stroller.

#4 Colmar Tropicale / Bukit Tinggi / Berjaya Hill, Malaysia.
-Japanese Garden is the first japanese garden in tropical climate in the world!!! For sure u dont want to miss it. The beautiful landscape garden with fish pond will give u sense of refreshment. The cool temperature in hilly area will make u sweatless and stay dry even u have to climb lot of staires in the garden. You can take buggy from the main Colmar entrance to the garden. If u bring stroller along, maybe u need to left it behind.

#5 Bukit Bendera / Penang Hill, Malaysia
- If you visiting Penang, dont miss to pay a visit t the highest hill in Penang. There is a train that build from colonial era to bring you up to the top of the hill. Nowadays the train is full aircond. Beware your steps since there is quite number of stairs and hilly area too. There also have mini bird park, museum, restaurants and many more at the top. Experience the cool breeze at Bukit Bendera 

#6 Hatyai, Thailand
- Floating Market is the most favorate spot by tourist in Hatyai. Quite crowded but worth the experience to taste vary of unique food of Thailand. Stroller just make you keep aplogizing people bacause you hit their foot.

#8 Malacca, Malaysia
- A Famosa is the famous historic place in Malaysia. A must visit spot if u drop by in Malacca. The hill need you to climb stairs. However the sweat paid off with the nice view of Malacca from the top of the hill.

Since then, stroller is not recommended for those travelling place. Carrying your babies bare hand will consume a lot of energy that will ruin your excitement of travelling and vacation. Make your holiday worth. Use a baby carrier to keep your baby safe with you with less hindrence of mobility.

Happy Holiday!!!


Resipi: Udang Masak Labu

Resipi udang masak labu dari mak :-)

Pertama kali saya makan menu ni di Restoran Sharin Low, masakan Cina Muslim di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sangat sedap, jadi mak cuba buat sendiri di rumah. Dan inilah hasilnya. Bila dah ada anak yang baru 2tahun ni, kadang-kadang pening nak masak apa. Jadi saya cuba menu ini. Alhamdulillah Wafiy suka. Ayah Wafiy pun suka ;-) Jadi saya sarankan menu ni untuk ibu-ibu kerana satu keluarga boleh makan. Tak pedas tapi rasa berempah sikit dari daun kari dan bawang. Selain itu ia juga berkhasiat~!!! Selamat Mencuba :-)

RESIPI UDANG MASAK LABU

BAHAN-BAHAN
1/2 biji labu sederhana besar
15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar atau bawang holland
3 tangkai daun kari
1/4 buku mentega (butter)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan: Labu direbus lembut, udang dibuang kepala, daun kari, bawang dihiris nipis, mentega (butter).

CARA-CARA

#1
Rebus labu hingga lembut dan ketepikan.

#2
Tumis bawang dan daun kari dengan mentega (butter).
Tumis bawang besar dan daun kari hingga bawang layu dan lembut.

#3
Masukkan labu yang telah direbus lembut dan gaul rata.
Lenyek dan gaul rata labu

#4
Masukkan udang, gaul rata hingga udang masak.
Masukkan udang, gaul rata hingga masak.

#5
Hampir siap. Sesi touchup. Cuba rasa, jika kurang masin, tambah garam secukup rasa. Gaul rata dan siap~!!!
Hasilnya: Siap untuk dimakan dengan nasi panas ;-)
Wafiy makan tengah hari 2kali hari ini dengan lauk ni. Mula-mula dia makan sorang, lepas tu dia tengok ayah dia makan pulak, dia nak makan lagi ;-)

Tips: Bawa Bayi Naik Pesawat

Malindo Air, 1hb Januari 2014, Wafiy 3bulan++

Pertama kali nak bawa bayi naik pesawat pasti membuatkan ibu-ibu risau dan berdebar. Khuatir akan keselamatan anak dan mungkin juga takut anak menangis di dalam pesawat. Saya juga sebagai ibu ketika pertama kali ingin terbang bersama Wafiy di usianya 3bulan sibuk bertanya pada orang yang lebih berpengalaman dan banyakkan pembacaan tentang membawa bayi atau anak kecil menaiki pesawat. Kini, sudah banyak kali Wafiy menaiki pesawat. Bermula jarak pendek seperti KL-PENANG (40minit), jarak sederhana; KL-BALI (3jam), dan jarak jauh; KL-JEDDAH (9jam). Oleh itu, saya ingin kongsikan pengalaman dan tips membawa Wafiy menaiki pesawat dari umurnya 3bulan hingga 2tahun.

Secara umumnya, bayi di bawah umur 2tahun tidak akan mempunyai tempat duduk sendiri. Harga tiket pula flat rate, iaitu RM50 sehala ke mana jua destinasi dengan Air Asia. Jika tiket promo dewasa RM29, tiket bayi atau infant tetap RM50 dan kita perlu meribanya. Manakala jika tiket dewasa mencecah ratusan ringgit, tiket infant tetap RM50 juga. Bagi syarikat penerbangan lain saya tak ingat harga tiket bayi kerana saya kerap menaiki Air Asia sahaja. Malindo Air cuma pernah sekali dan MAS sekali. Belum pernah naik FireFly bersama Wafiy. Selain itu kita juga akan diberikan infant seat belt untuk dipasang pada bayi dan disangkut pada seat belt kita. Bergantung pada kru kabin yang bertugas, ada yang mengatakan jika kita nak peluk anak, kita tak perlu pakaikan anak infant seat belt itu. Ada kru kabin yang strict, dia tunggu dan pastikan kita pakai. Ada yang bagi, dan tak periksa pun Wafiy pakai atau tidak. Sebenarnya leceh pakai infant belt tu. Maklumlah budak kecil, bukan tau duduk diam. Lagi-lagi nak breastfeed. Kejap kiri, kejap kanan. Memang menyukarkan. Kalau anak tidur dan masih kecil macam 3bulan tu OKlah nak pakai. Tapi bila dah setahun ke atas, memang banyak kerenah. Persediaan untuk naik pesawat bersama bayi atau anak kecil ini mungkin akan berbeza mengikut peringkat umurnya. Moga perkongsian ini dapat dijadikan rujukan dan memberi gambaran buat ibu-ibu mengikut peringkat umur bayi.

#BAYI 3 BULAN
Penerbangan pertama kami adalah dengan pesawat Malindo Air dari KLIA ke Penang dengan tempoh penerbangan sekitar 40minit. Sebenarnya bawa bayi kecil adalah lebih mudah dari bayi besar. Bayi diusia 3bulan lebih banyak tidur dan belum banyak kerenah. 

Walaubagaimanapun impak tekanan ketika pesawat berlepas dan mendarat mungkin membuatkan bayi seawal 3bulan ini kurang selesa. Jadi, cara mengurangkan impak tekanan tersebut adalah dengan #1 menutup atau menyumbat telinga bayi. Ada penutup telinga bayi dijual dikedai-kedai traveller. Tapi harganya mahal mungkin kerana ianya barang import. Ada juga penyumbat telinga yang di jual di farmasi yang jenis pakai buang dan harganya belasan ringgit. Alternatif terakhir adalah menggunakan gumpalan kapas. Cara ini paling menjimatkan dan praktikal. Kita boleh anggarkan jumlah kapas yang sesuai dengan saiz telinga anak kita agar tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Seterusnya #2 susukan anak. Jika anak masih menyusu badan, susukanlah agar anak lebih tenang. Pakailah baju khas untuk menyusu agar lebih mudah. Begitu juga boleh susukan dengan botol. Selain itu, jika anak #3 gunakan pacifier, ia juga membantu menenangkan anak.
Selepas breastfeed, Wafiy tertidur dan kami beri dia hisap pacifier dan sumbat telinganya dengan kapas sebelum pesawat berlepas.
Sekitar 5minit lagi ingin mendarat, Wafiy terjaga dari tidur. Alhamdulillah, dia tenang dengan kapas di telinga.

#BAYI 9/10BULAN
Ketika Wafiy 9bulan kami telah ke Bali yang memakan masa 3jam penerbangan dari KLIA2. Ketika 10bulan kami ke Aceh dari KLIA2 selama 1jam 30minit penerbangan. Di umur begini dah tak perlu nak tutup telinganya, tapi jika nak buat boleh juga. Saya cuma breastfeed Wafiy di dalam flight dan dia tertidur. Umur begini dia dah mula makan solid food dan boleh mengunyah biskut bayi. Jadi saya berikan padanya supaya dia lalai dengan makanannya. Selain itu, jika anak anda ada mainan kegemaran, jangan lupa bawa bersama untuk mengisi masa ketika penerbangan.
Penggunaan baby carrier membantu memudahkan pergerakan di lapangan terbang.
Wafiy 9bulan ketika ke Bali, 3jam penerbangan. Selepas breastfeed, dia tidur.

#BAYI 1-2 TAHUN
Pada usia ini adalah yang paling mencabar kerana mereka telah mempunyai perasaan yang jelas, tahu bosan dan mempunyai tenaga yang banyak (kuat fizikal-meronta & kuat vokal-menangis/menjerit) serta dah boleh berjalan~!!! Mereka mungkin tidak mahu kekal di tempat duduk dan mahu berjalan-jalan di dalam pesawat yang sempit itu (maklumlah naik kelas ekonomi aje).

Saya pernah menaiki pesawat beberapa kali bersama Wafiy cuma berdua tanpa ditemani orang lain. Dan ianya bukan suatu yang mudah. Tetapi saya terpaksa juga kerana ada keperluan. Ini tips travel berdua dengan bayi yang boleh saya kongsikan;
Terbang berdua bersama Wafiy yang ketika itu 1tahun 1bulan

TIPS NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI

*Pertama
Hand luggage. Yang terbaik adalah cuma satu beg galas belakang untuk memudahkan pegerakan anda. Jika terpaksa, tambahan beg sandang/beg tangan. Anda akan menghadapi kesukaran untuk memantau kesemua beg anda. Apatah lagi KLIA2 kini amat besar dan jarak berjalan kaki yang amat panjang. Anda memerlukan tenaga yang banyak.

*Kedua
Pastikan anak kenyang.
Sebelum check in, pastikan anak telah kenyang untuk mengurangkan kemungkinan anak mengamuk di dalam kapal terbang. Ohh...pastikan lampin anak anda juga. Ganti dengan yang baru

*Ketiga
Jangan biarkan anak anda berkeliaran (bagi yang sudah boleh berjalan). Hal ini bukan sahaja memenatkan anda, malah menyangkut soal keselamatan anak dan barangan anda. Penggunaan baby carrier amatlah penting supaya anak anda sentiasa bersama anda walau apa jua keadaan.

*Keempat
Bagi anak dibawah satu tahun, dinasihatkan untuk sumbat telinga dengan kapas untuk mengelakkan gangguan tekanan. Selain itu boleh cuba breastfeed atau gunakan pacifier untuk menenangkan mereka terutama ketika take-off dan landing.

*kelima
Untuk anak yang dah pandai tengok video, sediakan video-video kegemaran mereka untuk ditonton ketika di dalam flight. Charge hp/tab penuh-penuh ye :-) 
Menaiki pesawat dari Langkawi ke Penang.
(1) Minimakan hand luggage. (2) Penggunaan baby carrier memudahkan kita naik dan turun tangga pesawat yang tinggi. Tangan kita perlu bawa hand luggage lagi. (3) Breastfeed anak. Insyaallah dia akan tenang dan tertidur. (4) Sampai ke destinasi. Anak tidur dari dalam pesawat, masuk dalam baby carrier yang ergonomik, dia akan tetap tidur dengan selesa.

Ini pula ketika perjalanan mengerjakan Umrah, Wafiy berusia 1tahun 5bulan. Penerbangan KLIA-JEDDAH mengambil masa 9jam++ perjalanan terpanjang kami setakat ini. Ketika ini Wafiy sedang breastfeed. Pakailah baju khas untuk ibu menyusu agar memudahkan.

Setelah breastfeed, Wafiy tidur selama 5jam!!!

Pilihlah set makanan yang sesuai untuk bayi anda juga. Ketika ini kami menaiki pesawat MAS.

Umur Wafiy 1tahun 5bulan, dah pandai tengok tab dan ada video kegemaran. Jadi chargelah tab penuh-penuh dan keluarkan bila perlu untuk mengelakkan kebosanan.

Jika boleh pilih seat, pilihlah yang dekat dengan tingkap. Bukan sahaja memberi lebih privasi, malah sewaktu berlepas dan mendarat anak kita boleh tengok luar dan mengalih perhatian mereka dari menangis ketakutan dari bunyi pesawat yang kuat dan tekanan telinga.

LAST BUT NOT LEAST, berdoalah agar penerbangan anda bersama bayi anda berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Berusahalah untuk yang terbaik, selebihnya bertawakallah kerana Allah jua yang maha menjaga dan menentukan. Saya doakan penerbangan ibu-ayah sekalian bersama bayi anda berjalan lancar dengan tips yang saya kongsikan ini.

P/s: jika nak dapatkan baby carrier yang ergonomik, selamat dan selesa seperti yang saya pakai boleh klik disini, FB PAGE Bobita Baby Carrier - Malaysia.

Review: Jus Nenas (kotak & tin - 3jenama)

Bagi mengisi masa bersama keluarga dihujung minggu, kami buat aktiviti membanding beza jus nenas dari 3jenama dan keluaran negara yang berbeza seperti berikut:
Jus Nenas: Pran, Dole, F&N Fruit Tree

Dari perbandingan harga dan isipadu, yang termurah adalah jenama Pran, diikuti oleh F&N, dan yang termahal ialah Dole. Jom kita tengok warna jusnya pula :-)

Warna Jus: Pran (Kuning terang, agak jernih), Dole (kuning pudar, keruh), F&N ( kuning dan lebih pudar, keruh)

Setelah tengok warna, jom rasa. Berikut adalah markah rasa per sepuluh untuk setiap jus. Makin tinggi markah bererti lebih sedap (pada lidah masing-masing).
Hasil pemarkahan.

Majoriti merasakan F&N yang paling sedap. Pran yang ke-2 sedap dan Dole yang paling tak sedap. Walaubagaimanapun terdapat percanggahan pendapat antara setiap tukang rasa. Mungkin rasa ini berbeza kerana kandungan setiap jus itu sendiri. Jom kita lihat secara ringkas.
Pran (paling banyak campuran), Dole (100% jus nenas, tanpa gula), F&N (jus nenas & gula)

Kesimpulannya, yang paling tak sedap tu adalah yang paling berkhasiat dan asli. Dole memang rasanya masam, tapi ia asli jus nenas sebenar. Bagi peminat jus nenas, mungkin entri ini membantu anda untuk memilih jenama yang terdapat di pasaran. Selamat memilih :-)

Sunday, 20 September 2015

Resipi: Sambal Bilis Belimbing Buluh (Sambal Hitam)

RESIPI SAMBAL BILIS DENGAN BELIMBING BULUH (SAMBAL HITAM)
Resipi Sambal Bilis dengan Belimbing Buluh

BAHAN-BAHAN

2 Cawan Ikan Bilis (siap dikopek)
1 Cawan Belimbing Buluh (direbus dengan garam)
3 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
5 Biji Cili Merah (jika mahu extra pedas boleh tambah cili padi)
Kicap, Gula, Garam secukup rasa

CARA-CARA

#1
Kisar bawang besar,bawang putih dan cili.

#2
Tumbuk ikan bilis. Tidak perlu hingga lumat. Cukup sekadar separa hancur.
Tumbuk ikan bilis separa hancur.
#3
Tumbuk belimbing buluh yang telah siap direbus hingga lumat.
Saya beli belimbing buluh yang telah siap direbus dalam pack botol macam ni.
Saya lumatkan belimbing tersebut.
#4
Tumis bahan yang dikisar hingga masak dan naik bau.
Tumis bahan kisar: bawang besar, bawang putih, cili merah.

#5
Setelah hampir kering, masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk. Gaul rata.
Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk.
#6
Masukkan belimbing, kicap, garam dan gula secukup rasa. Untuk buatkan sambal lebih gelap dan hitam tambah lebih banyak kicap. Gaul rata, SIAP~!!!
Siap. Sedia untuk dihidangkan.

*Mudahkan? Boleh makan dengan nasi atau roti. Saya buat pakai cili merah saja, jadi tidak terlalu pedas. Wafiy yang umur 2tahun pun boleh makan dengan roti (sebenarnya pedas juga, tapi Wafiy memang tahan dan suka pedas). Kalau mahu lebih pedas boleh tambah cili padi. SELAMAT MENCUBA*
Sedia untuk dinikmati. Boleh simpan beberapa hari di dalam bekas kedap udara.