Translate: Choose your language :-)

Monday, 26 October 2015

Umrah Bersama Bayi

Assalamualaikum ibu ayah sekalian. Alhamdulillah kini makin ramai orang muda berinisiatif untuk menunaikan Umrah dan syukur yang tidak terhingga telah berpeluang menjadi Duyufurrahman, yakni tetamu Allah. Jika ibu ayah mula membaca entri saya ini, pasti anda sedang bercadang untuk mengerjakan umrah bersama bayi anda. Saya doakan segala urusan pergi, semasa, dan pulang anda sekeluarga penuh bahagia dan dilimpahi barakah. Insyaallah. Moga entri ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat bermanfaat buat ibu ayah beserta bayi anda sebagai Duyufurrahman. Amin.

Persediaan sebelum berangkat.
PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT
  1. Banyakkan pembacaan/rujukan tentang hukum membawa tawaf bersama bayi. Ini kerana terdapat banyak pendapat yang berbeza mengenainya. Secara umumnya, hukum tawaf bersama bayi adalah sama seperti hukum solat bersama/sambil mendukung bayi. Iaitu bayi haruslah bebas najis sebelum kita mulakan ibadah tersebut. Bertawakallah kepada Allah untuk selebihnya.
  2. Baca/tanya pengalaman orang yang pernah membawa anak seumur anak anda.
  3. Mula memberikan supplemen untuk tenaga dan imunisasi. Minima seminggu sebelum berangkat.
  4. Sediakan uabatan/keperluan asas anak (ubat demam, minyak bayi, cool fever, termometer, baby carrier).
  5. Doa yang bersungguh-sungguh agar Allah memudahkan segalanya.

Ketika sepanjang perjalanan
KETIKA SEPANJANG PERJALANAN
  1. Patikan anak sentiasa kenyang.
  2. Sediakan makanan, permainan, dan video kegemaran anak. (perjalanan dengan pesawat/bas hingga 9jam++ mungkin menyebabkan anak kebosanan)
  3. Bawa baju dan lampin anak dengan anggaran diganti 3kali sehari atau lebih.
  4. Sentiasa berdoa agar anak tidak menimbulkan masalah dan sentiasa bersyukur dan ucap Alhamdulillah apabila anak berkeadaan baik.
  5. Penggunaan baby carrier amat disarankan. Keadaan yang sentiasa sesak, menyebabkan anda perlu banyak mendukung anak anda.

Babywearing semasa umrah.

'BABYWEARING' SEMASA UMRAH
  1. 'Modify' telekung dengan sediakan bahagian terbuka berzip/berbutang agar pemakaian telekung ketika memakai carrier lebih mudah.
  2. Disarankan untuk 'front carry' ketika tawaf dan saie kerana kepadatan orang dan kebarangkalian anak tertidur sangat tinggi. Ia memudahkan pemantauan (terutama ketika tawaf kerana kita tidak boleh memalingkan bahu kiri dari Kaabah.
  3. 'Back Carry' ketika suasana santai seperti shopping.
  4. Bertenanglah dan kuatkan semangat. Umrah sememangnya memerlukan kekuatan fizikan dan mental.
Telekung yang saya 'modify'
Inilah sedikit informasi berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri ketika mengerjakan umrah bersama anak saya, Wafiy ketika dia berumur 1tahun 5bulan yang dapat saya kongsikan. Untuk pengalaman penuh saya di sana, boleh baca di pautan-pautan berikut:
  1. UMRAH PART 1
  2. UMRAH PART 2
  3. UMRAH PART 3
  4. UMRAH PART 4

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
MOGA UMRAH KITA SEMUA DITERIMA ALLAH
INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment