Translate: Choose your language :-)

Monday, 26 September 2016

4hari 3malam di Bandung - Destinasi jalan-jalan, Makan-makan, & Shopping.

Alhamdulillah, kami telah selamat pergi dan selamat pulang dari Bandung, Indonesia. Satu perjalanan yang indah. Ternyata 4hari 3malam sebenarnya tidak cukup untuk menikmati keseluruhan keindahan tanah tinggi ini apatah lagi nak membeli belah di semua kedai-kedai yang best di sini....hehehe~ 

Entri ini lebih fokus kepada tempat-tempat yang sempat kami lawati untuk jalan-jalan, makan-makan, dan shopping selama 4hari 3malam di sana. Untuk cerita yang terperinci ketika kami di sana, boleh klik pada link-link berikut:

Day3 (Floating Market, Lembang)
Day3 (Kopi Luwak, Cikole)
Day3 (Kampung Daun & Rumah Kain)
Day4 (Kartika Sari & Iga Bakar Mas Giri)

Haaa....banyak part kan~ so kalau tak larat nak baca satu-persatu, boleh baca entri ni aje. Ringkasan senarai tempat yang kami sempat lawati :-)  (tapi bacalah entri yang banyak-banyak tu kalau korang betul-betul nak pergi Bandung k~saya ada share tips, harga tiket dan sebagainya secara detail. Dan lebih banyak gambar juga~). Selamat membaca :-)

JALAN-JALAN
#1 Alun-alun Kota Bandung
Spot wajib kalau nigt walk di Kota Bandung :-) 
Full Story: Klik di sini.
Kami pakai baby carrier Bobita SSC ni. Senang bergerak dengan si kecik Wafiy ;)

#2 Farm House
Wajib pergi jugak ni. Best boleh minum susu segar free~
Full Story: klik di sini

#3 Floating Market
Anda akan teruja dengan keindahan tempat ini :-)

#4 Kopi Luwak
Was-was dengan Kopi Luwak? Pastinya tidak lagi selepas anda melawati tempat ini :-)



MAKAN-MAKAN
#1 Paskal Food Market

Ratusan gerai makan dengan pelbagai jenis makanan. Dari yang tradtional hingga moden. Tempat cantik dan selesa.
Full Story: Klik di sini

#2 Floating Market

Sangat seronok. Jangan lupa cuba sate arnab dan durian bakar di sini :-)

#3 Kampung Daun

Makan dalam keindahan dan kedamaian. Satu pengalaman yang membahagiakan :-)

#4 Kartika Sari

Tempat wajib singgah. Macam-macam jenis kuih traditional Indonesia yang sedap-sedap belaka :-)

#5 Iga Bakar Mas Giri

Iga Bakar. Apa tu? Haaa...menarik kan :-)

SHOPPING
#1 Pasar Baru

Syurga beli belah~ Ratusan kedai. Ribuan produk. Satu hari tak cukup untuk explore semua kedai di sini.
Full Story: Klik di sini

#2 Taman Kopo

Katanya sini kain paling murah :-)
Full Story: Klik di sini

#3 Grutty, Cihampelas

Nak tengok deretan kasut dan beg yang superbanyak? Di sinilah tempatnya.
Full Story: Klik di sini

#4 Toko 3

Tempat jeans no.1
Full Story: Klik di sini

#5 Eiger Central

Penggemar sukan hiking? berkhemah? anda pasti tak mahu lepaskan untuk ke sini.
Full Story: Klik di sini

#6 Rumah Kain

Anda pasti akan teruja~
Full Story: Klik di sini

Demikianlah tempat jalan-jalan, makan-makan, dan shopping yang sempat kami hadiri selama 4hari 3malam di Bandung. Ternyata ia satu masa yang singkat. Kami perlu kembali lagi ke sini untuk banyak lagi tempat yang ingin kami lawati tapi tak sempat :-) Kalau nak pergi semua, kena duduk Bandung seminggu kot :-P

No comments:

Post a Comment