Translate: Choose your language :-)

Thursday, 29 September 2016

4hari 3malam Bercuti di Bandung (Itenerari a.k.a sinopsis)

Alhamdulillah, kami telah selamat pergi dan selamat pulang dari Bandung, Indonesia. Satu perjalanan yang indah. Ternyata 4hari 3malam sebenarnya tidak cukup untuk menikmati keseluruhan keindahan tanah tinggi ini apatah lagi nak membeli belah di semua kedai-kedai yang best di sini....hehehe~ 

Entri ini lebih fokus kepada tempat-tempat yang sempat kami lawati untuk jalan-jalan, makan-makan, dan shopping selama 4hari 3malam di sana. Untuk cerita yang terperinci ketika kami di sana, boleh klik pada link-link berikut:


Haaa....banyak part kan~ so kalau tak larat nak baca satu-persatu, boleh baca entri ni aje. Ringkasan senarai tempat yang kami sempat lawati :-)  (tapi bacalah kalau korang betul-betul nak pergi Bandung k~saya ada share tips, harga tiket dan sebagainya secara detail). Selamat membaca :-)

DAY-1
(Malam)

Kami sampai petang di Bandung. Lepas check in hotel, letih. Rehat sampai lepas Maghrib baru keluar. Bandung gelap cepat. Pukul 6 lebih sikit dah Maghrib :-) Dengan khidmat UBER, kami menyelusuri malam di Kota Bandung. Tempat-tempat yang kami kungjungi ialah:

Alun-alun Kota Bandung

Spot wajib kalau nigt walk di Kota Bandung :-) 
Full Story: Klik di sini.
Kami pakai baby carrier Bobita SSC ni. Senang bergerak dengan si kecik Wafiy ;)



Jalan Asia Afrika
Kami dapat bergambar dengan pelbagai karakter di sini :-)
Full Story: Klik di sini.
Kami pakai baby carrier Bobita SSC ni. Senang bergerak dengan si kecik Wafiy ;)



Paskal Food Market
Ratusan gerai makan dengan pelbagai jenis makanan. Dari yang tradtional hingga moden. Tempat cantik dan selesa.
Full Story: Klik di sini

DAY-2
(Shopping Day)

Hari ke dua kami dipenuhi dengan aktiviti membeli belah dari terbit matahari hingga tenggelam matahari. Itupun rasa tak cukup lagi. Hehe...Berikut adalah tempat-tempatnya:


Pasar Baru

Syurga beli belah~ Ratusan kedai. Ribuan produk. Satu hari tak cukup untuk explore semua kedai di sini.
Full Story: Klik di sini


Taman Kopo
Katanya sini kain paling murah :-)
Full Story: Klik di sini



Grutty, Cibaduyut
Nak tengok deretan kasut dan beg yang superbanyak? Di sinilah tempatnya.
Full Story: Klik di sini


Toko Tiga
Tempat jeans no.1
Full Story: Klik di sini



Eiger Centre
Penggemar sukan hiking? berkhemah? anda pasti tak mahu lepaskan untuk ke sini.
Full Story: Klik di sini

DAY-3
(Jalan-Jalan)

Farm House, Lembang

Wajib pergi jugak ni. Best boleh minum susu segar free~
Full Story: klik di sini


Floating Market, Lembang

Anda akan teruja dengan keindahan tempat ini :-)


Kopi Luwak Centre, Lembang


Was-was dengan Kopi Luwak? Pastinya tidak lagi selepas anda melawati tempat ini :-)


Kampung Daun (makan)

Makan dalam keindahan dan kedamaian. Satu pengalaman yang membahagiakan :-)



Rumah Kain (shopping)

Lepas makan, kami singgah satu kedai ni. Rumah Kain nama panggilannya sebab ia adalah sebuah Banglo yang dijadikan kedai kain :-) Anda pasti akan teruja~
Full Story: Klik di sini

DAY-4
Pasar Baru

Selepas check-out hotel, kami singgah ke Pasar Baru dulu untuk last minute shopping kali terakhir. Sungguh, sini terlalu banyak benda best nak shopping...hehe~


Kartika Sari (brownies, kuih indonesia sedap)

Tempat wajib singgah. Macam-macam jenis kuih traditional Indonesia yang sedap-sedap belaka :-)


Iga Bakar Mas Giri (lunch)

Iga Bakar. Apa tu? Haaa...menarik kan :-)


Sekianlah 4hari 3malam kami di Bandung. Lepas lunch Iga bakar ni, kami pun berangkat ke Jakarta. Oh ye. Sepanjang kami di Bandung, kami sewa MPV+Driver (supir) dengan harga Rp500 ribu sehari. Supir pun baik, ikut aje kami nak ke mena-mana pun dia bawak :-) Jadi mudah pergerakan kami. Supir bawa kami dari pagi hingga ke malam. Satu perjalanan yang menggembirakan buat kami. Alhamdulillah. Moga perjalanan anda juga begitu :-)


NAK MUDAH TRAVEL DENGAN ANAK KECIL? DAPATKAN BOBITA GEN2 SSC ATAU BOBITA WRAP DI:
atau WhatsApp: 0102314714

Monday, 26 September 2016

4hari 3malam di Bandung - Destinasi jalan-jalan, Makan-makan, & Shopping.

Alhamdulillah, kami telah selamat pergi dan selamat pulang dari Bandung, Indonesia. Satu perjalanan yang indah. Ternyata 4hari 3malam sebenarnya tidak cukup untuk menikmati keseluruhan keindahan tanah tinggi ini apatah lagi nak membeli belah di semua kedai-kedai yang best di sini....hehehe~ 

Entri ini lebih fokus kepada tempat-tempat yang sempat kami lawati untuk jalan-jalan, makan-makan, dan shopping selama 4hari 3malam di sana. Untuk cerita yang terperinci ketika kami di sana, boleh klik pada link-link berikut:

Day3 (Floating Market, Lembang)
Day3 (Kopi Luwak, Cikole)
Day3 (Kampung Daun & Rumah Kain)
Day4 (Kartika Sari & Iga Bakar Mas Giri)

Haaa....banyak part kan~ so kalau tak larat nak baca satu-persatu, boleh baca entri ni aje. Ringkasan senarai tempat yang kami sempat lawati :-)  (tapi bacalah entri yang banyak-banyak tu kalau korang betul-betul nak pergi Bandung k~saya ada share tips, harga tiket dan sebagainya secara detail. Dan lebih banyak gambar juga~). Selamat membaca :-)

JALAN-JALAN
#1 Alun-alun Kota Bandung
Spot wajib kalau nigt walk di Kota Bandung :-) 
Full Story: Klik di sini.
Kami pakai baby carrier Bobita SSC ni. Senang bergerak dengan si kecik Wafiy ;)

#2 Farm House
Wajib pergi jugak ni. Best boleh minum susu segar free~
Full Story: klik di sini

#3 Floating Market
Anda akan teruja dengan keindahan tempat ini :-)

#4 Kopi Luwak
Was-was dengan Kopi Luwak? Pastinya tidak lagi selepas anda melawati tempat ini :-)



MAKAN-MAKAN
#1 Paskal Food Market

Ratusan gerai makan dengan pelbagai jenis makanan. Dari yang tradtional hingga moden. Tempat cantik dan selesa.
Full Story: Klik di sini

#2 Floating Market

Sangat seronok. Jangan lupa cuba sate arnab dan durian bakar di sini :-)

#3 Kampung Daun

Makan dalam keindahan dan kedamaian. Satu pengalaman yang membahagiakan :-)

#4 Kartika Sari

Tempat wajib singgah. Macam-macam jenis kuih traditional Indonesia yang sedap-sedap belaka :-)

#5 Iga Bakar Mas Giri

Iga Bakar. Apa tu? Haaa...menarik kan :-)

SHOPPING
#1 Pasar Baru

Syurga beli belah~ Ratusan kedai. Ribuan produk. Satu hari tak cukup untuk explore semua kedai di sini.
Full Story: Klik di sini

#2 Taman Kopo

Katanya sini kain paling murah :-)
Full Story: Klik di sini

#3 Grutty, Cihampelas

Nak tengok deretan kasut dan beg yang superbanyak? Di sinilah tempatnya.
Full Story: Klik di sini

#4 Toko 3

Tempat jeans no.1
Full Story: Klik di sini

#5 Eiger Central

Penggemar sukan hiking? berkhemah? anda pasti tak mahu lepaskan untuk ke sini.
Full Story: Klik di sini

#6 Rumah Kain

Anda pasti akan teruja~
Full Story: Klik di sini

Demikianlah tempat jalan-jalan, makan-makan, dan shopping yang sempat kami hadiri selama 4hari 3malam di Bandung. Ternyata ia satu masa yang singkat. Kami perlu kembali lagi ke sini untuk banyak lagi tempat yang ingin kami lawati tapi tak sempat :-) Kalau nak pergi semua, kena duduk Bandung seminggu kot :-P

Berniaga sendiri: Cara buka akaun KWSP.

Alhamdulillah, setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, seterusnya membuka akaun bank perniagaan, kini saya melangkah untuk membuka akaun KWSP. Apa pentingnya?

#1 Jika anda serius untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan untuk jangka masa panjang.
#2 Pendaftaran di KWSP adalah salah satu langkah awal yang perlu dilakukan dalam proses menjadikan perniagaan anda sebagai satu pekerjaan rasmi di 'mata' bank.
#3 Akaun KWSP adalah antara yang akan dilihat oleh pihak bank jika anda ingin membuat pinjaman (perumahan/kenderaan/peribadi) mahupun kad kredit. 
#4 Jadi untuk memastikan tiada masalah dalam proses permohonan pinjaman, anda perlulah mempunyai slip gaji, akaun KWSP sepertimana orang lain yang kerja makan gaji.
#5 Selain itu, apabila perniagaan anda semakin berkembang, mungkin anda memerlukan pekerja kelak. Jadi sebelum anda menggaji orang lain, anda perlulah menggaji diri sendiri dahulu. Ye tak?

Oleh itu, ikuti langkah-langkah ini:

#1 Pergilah ke cawangan KWSP terdekat dengan tempat anda. 
Pergilah pada waktu mereka beroperasi ye :p

#2 Masuk dan teruslah ke kaunter pertanyaan, dan maklumkan tujuan anda. Seperti saya, saya beritahu "saya buat perniagaan sendiri, saya nak buka akaun KWSP untuk saya sendiri. Apa yang perlu saya buat?" Lepas je saya cakap macam tu, dengan senyuman pegawai tu pun beritahu, "puan boleh daftarkan akaun di kiosk itu" sambil tunjuk ke touch screen machine ala-ala macam nak check in Air Asia tu :p
Inilah dia kiosk pendaftaran tu. Akan ada pegawai manis dan baik hati yang akan bantu kita menggunakannya. Yang penting, anda cuma perlu bawa SATU DOKUMEN SAHAJA, IAITU MYKAD ;-) MyKad kita akan dimasukkan ke dalam mesin macam slot ATM tu. Setelah itu semua maklumat asas kita akan terpapar. Semak semua maklumat, pastikan tiada kesilapan dan key in nombor telefon dan email kita. Setelah itu. Siap~!! Tunggu beberapa saat, mesin tu akan printlah maklumat pendaftaran lengkap dengan nombor KWSP kita.

Taraa~ dah siap. Mudah kan? tak sampai 5minit selesai. Tak perlu ambil nombor, tak perlu beratur. Saya macam tak percaya dan rasa macam tak puas lagi duduk kat pejabat KWSP tu...hahaha...senang sangat :-p

Setelah siap ni nak buat apa? Sebagai pemilik perniagaan, kita cuma perlu membuat 'Self Contribution' secara bulanan dengan minima RM50. Nak letak lebih pun boleh, tapi maksima RM60.000 setahun. Kenapa macam tu? saya tak tahu. Kena tanya KWSP sendiri lah kot :p

Macam mana nak buat pembayaran? Ada dua cara: (1) Ambil borang di pejabat KWSP dan bayar di kaunter bank. (2) Guna Maybank2u. Online banking. Cara kedua nampak lebih mudah kan? Jadi saya guna cara online banking saja :-)

Cara transfer duit ke akaun KWSP via Maybank2u.com

1) Aktifkan akaun KWSP anda di laman web KWSP.
2) Log in Maybank.2u.com seperti biasa
3) Pilih 'Investment'
4) Pilih 'EPF'
5) Add Account - masukkan maklumat akaun KWSP anda
5) Pilih 'Self Contrubution'
6) Masukkan jumlah yang anda ingin transfer. Siap :-)

Begitulah kisahnya. Mudah kan? Moga entri ini membantu anda yang ingin baru ingin membuat akaun KWSP. Selamat maju jaya. Moga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai di Cawangan KWSP Bay Avenue, Bayan Baru, Pulau Pinang atas kerjasama dan dedikasinya anda semua melayan pelanggan. Moga maju jaya dalam kerjaya dan turut bahagia dunia akhirat :-)

Sunday, 18 September 2016

4hari 3malam bercuti di Bandung - Day 3 (Farm House, Lembang)

Hari ke-3 di Bandung~!!!
Kalau anda nak baca kisah hari pertama dan ke-dua kami yang sebelum ini, bolehlah klik pada link okey ;-)

Pagi ini kami bergerak dari hotel sekitar jam 8.45pagi. Kami tiba di destinasi pertama kami, Farm House, Lembang ini sekitar pukul 9.30pagi. Memang nyaman suasana di sini. Saya tak pernah tau pun tentang Farm House ni. Supir kami bawa, jadi turun je lah kan. Dan apa yang saya boleh katakan, Farm House ni memang super best dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Style masuk kebanyakan taman kat sini ialah bayar di entrance waktu masuk dengan kereta tu. Takde kaunter-kaunter tiket bagai. Tiketnya dibayar dan diberi masa nak masuk parking tu. Harga tiket ialah Rp20ribu seorang. Sekitar RM6. Tapi tiket boleh digunakan untuk dapatkan segelas susu segar (perisa asli/strawberi/coklat). Jadi, masuk tu macam free lah sebab dapat susu segar satu gelas besar. Memang best :-)

Baru lepas dapat susu masing-masing ;-)
Waktu ni masih  back carry Wafiy pakai Bobita. Senang, selesa dan mudah nak bergerak dari parking sampai ke entrance ni :-)

Masuk je dalam, disambut oleh air terjun yang indah :-)

Wafiy pun menikmati keindahan. Dia memang suka ikan. Seharian duduk tepi kolam ikan pun dia tak kisah :-p

Wafiy dah diturunkan dari carrier. Dia kalau dah nampak air, ikan memang tak layan dah nak ambik gambar ni. Jadi bergambar berdua je lah. Untung ada yang sudi ambikkan gambar :-p Oh ye, nampak ayah Wafiy macam galas beg kan? Sebenarnya itu Bobita SSC Baby Carrier. Bila kita turunkan anak, kita boleh galas kosong macam tu. Jadi lebih mudah, tak perlu fikir nak pegang atau letak dalam beg. Bila galas macam ni pergerakan pun tak terganggu dan yang paling penting ianya selamat, tak akan nak tertinggal kat mana-mana. Banyak kes orang hilang baby carrier sebab tertinggal bila tak pakai :-( Jadi, pakailah Bobita SSC macam ni, insyaallah lebih mudah dan selesa :-)

Ada rumah Hobbit kat sini :-)

Kalau budak kecik boleh je masuk dalam pagar tu. Wafiy jalan-jalan dalam pagar rumah Hobbit tu. Kalau kita tak lepas, kena merangkak kot, sebab bumbung dia rendah...hehe~

Cantik kan~ effect romantis di situ. Kat sini banyak hiasan akar macam ni. Cantik sangat :-)

Signboard pun cantik :p

Love locks~

Memang penuhlah orang mengunci cinta di sini :p

Lepas kunci, diorang campak kunci mangga tu dalam telaga ni ;-)

Ini cinta kami. Tak dikunci, dia bebas berlari. Memang jenuh jugak mengejar...haha~

Karya mangga-mangga ini memang cantik :-)
\
Saya tak pasti ini kali ke berapa kami naik turun tangga ni. Nasib baik anak baru sorang, boleh la melayan dia naik turun sampai puas :-p

Nak jugaklah gambar satu dekat akar-akar ni :-)

Memiliki gambar keluarga yang sempurna masih menjadi impian :p

Kambing Biri-biri. Ada simbol 'no camera'. Jadi tak berani pi ambik gambar dekat-dekat. Mungkin kambing-kambing ni takut kamera juga selain takut air. Mngkin lah~ :p

Ini anak-anak lembu. Sebenarnya di sini tempat kita nak try bagi susu pada anak lembu. Tapi kami datang awal, susu dalam botol untuk anak-anak lembu ni belum ready. Nak tunggu macam lama lagi nak siap sebab diorang tengah mandikan anak-anak lembu masa ni :-)

Anak-anak lembu yang comel.

Ini tempat landak bermain :-)

Rabbit in the house~!!!

Boleh beli seikat carrot dengan harga Rp2ribu untuk bagi arnab makan :-)

Anak kambing biri-biri yang comel. Sebenanrnya boleh masuk dalam kandang dan pegang-pegang biri-biri ni. Tapi tak sempat nak ambil gambar pulak. Wafiy agak tidak keruan ketika di dalam ni :p

Farmhouse ni super besar. Ini another side of it. Ala-ala portugis :-)

Kat sini ramai yang pakai baju kembang-kembang macam ni. Tak pasti kena bayar ke tak untuk nak pakai baju ni. Kami taktau pun pasal boleh pakai baju ni. Kalau tau, memang teringin gak nak pakai. Kitorang sampai je terus masuk area Hobbit House tu. So, kalau korang teringin nak pakai, masuk je Farmhouse nanti, terus cari atau tanya staff kat situ mana nak cari baju ni. Kalau dari entrance, pergi ke sebelah kiri kot. Tempat baju ni di tingkat atas. Kami tengok beratur jugaklah orang nak pakai. Bermakna tak mahal atau free lah kot. Dan stok baju ni macam banyak je sebab boleh kata 50% pengunjung pakai baju ni dan boleh pakai untuk ronda seluruh Farmhouse ni. Menarik kan~ :-)

Ini restoran. Kami tak makan kat sini. Tumpang bergambar saja :-)

Wafiy dok berkenan tengok kakak skirt kembang. Kakak ajak ambk gambar, malu :-P

Dating couple~ :-P

Saya adik, dia kakak :-)

Nak kena tangkap jadi Superman baru boleh nak dapat gambar berlima dengan agak sempurna :-P

Akhirnya Wafiy agak keletihan di situ kerana rela didukung...hehe~

Demikianlah sedikit coretan pengalaman dan perkongsian tentang Farmhouse, Lembang ini. Kenapa saya kata sedikit? kerana jika anda ke sana sendiri, anda akan melihat jauh lebih banyak benda di tempat yang best ini. Saya tak dapat nak dokumentasikan satu persatu. Apa yang pasti, jika anda ke sini buat kali pertama, pasti anda akan akan sangat kagum dengan keindahan dan kesungguhan pemilik tempat ini untuk menjadikan ianya satu tempat yang berbaloi untuk dikunjungi disamping memberi kenangan terbaik buat anda sekeluarga.  Akhir kata dari saya, jika ke Bandung, jangan lupa ke Lembang. Jika dah ke Lembang, pastikan ke Farmhouse, jangan banyak sembang :-P

Ikuti cerita dan pengalaman kami ke destinasi seterusnya, Lembang Floating Market okey~ coming soon.