Translate: Choose your language :-)

Saturday 7 November 2015

Resipi Kek Coklat 2minit (Microwave)


Sebagaimana dalam gambar, kek ini sangat mudah dan menyeronokkan apatah lagi jika buatnya dengan anak kecil. Mereka pasti gembira. Selamat mencuba~!!!

BAHAN-BAHAN
(adunan untuk satu mug)

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula icing (kalau guna biasa, mungkin perlu 3 sudu besar)
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu cair/susu segar/susu tepung yang dibancuh
1 sudu kecil tepung penaik
1 sudu besar minyak masak/jagung
1 biji telur

CARA-CARA

#1
Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan tiada sebarang ketulan.

#2
Tuang ke dalam mug.

#3
Masukkan ke dalam microwave. Set kepada level high dan masa selama 2minit.

#4
Ting~!!!~ Siap. Tunggu sejuk dan bolehlah dinikmati. Nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan ais krim pun boleh (klik di sini untuk resipi home made aiskrim) atau dengan topping coklat pun boleh (klik di sini untuk resipi topping coklat ala Anis). Nak makan dengan sos custard (resipi) pun sedap atau topping cream cheese (resipi) . Nyum nyumm... 

Saya dah cuba resipi kek coklat 2minit ni banyak kali. Kadang-kadang teringin nak makan kek coklat secara tiba-tiba. Tengah-tengah malam pulak tu. Jadi resipi inilah yang jadi pilihan. Ini antara kerajinan saya di waktu malam :p


Dengan adunan yang sama saya dapat buat 7cupcake bersaiz sederhana. Masukkan separuh cupcake sahaja sebab nanti kek akan naik.
Ting~!!!~ Selepas 2minit, kek siap~!!!
Kek gebu. Pernah makan Twiggies? Rasa dia macam tu lah :-)
Kami makan dengan Ais Krim. Ais Krim ni pun buat sendiri. Nak resipi Ais Krim? {Klik Disini}
Ini lah dia Kek Coklat 2minit kami,

No comments:

Post a Comment