17hb Ogos 2015. Hari ke-3 dan terakhir kami di Hatyai, Thailand. Untuk tengok aktiviti kami pada hari pertama klik di sini, dan hari ke-2 boleh klik di sini.
#SARAPAN.
Kami mulakan hari dengan sarapan ringkas di balkoni bilik hotel kami. Kami dah beli sebuku roti dan sebotol jem strawberi semalam di 7eleven berdekatan hotel.
Roti & Jem Thai. Sebelum beli check tanda Halal ye. |
#CHECK-OUT.
11.50am kami pun melangkah keluar dari bilik hotel kami yang best ni. Nak baca detail review tentang hotel kami di Hatyai ni boleh klik di sini :)
Selfie dulu sebelum check-out ;) Wafiy dan secured buckled dalam baby carrier. Cara paling mudah, selesa dan selamat untuk travel dengan anak kecil. |
Selepas check-out, kami minta tumpang beg kami di reception hotel. Baik staff hotel ni. Tolong simpankan beg kami. Van untuk balik ke Penang akan jemput kami di hotel pukul 3pm nanti. Jadi sekarang kami nak lunch dan round-round Hatyai buat kali terakhir.
#MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN SALMA.
Dengan cuma 6minit berjalan kaki, kami sampai di Restoran Salma. Kami makan nasi dan green curry, bubur nasi ikan tenggiri, air pegaga, dan air serai. Total 185Baht: Untuk review lengkap tentang restoran ini boleh baca di entri Makan-makan di Hatyai & Songkla.
Air Pegaga, Air Serai, Nasi dan Green Curry. |
Bubur nasi ikan tenggiri. |
#JALAN-JALAN SEKITAR HATYAI.
Setelah kenyang, kami pun berjalan-jalan sekitar kota Hatyai, masuk ke Lee Garden, Cental, dan banyak kedai lagi mencari-cari kalau ada sesuatu yanh menarik untuk dibeli.
Inilah tuktuk yang akan bawa kita ke mana sahaja di Hatyai. |
Syurga kasut di Lee Garden. Memang murah-murah dan cantik-cantik. |
Pejabat pos bergerak di tengah-tengah Hatyai. |
Pisang bakar memang terkenal di Thailand. Dimakan dengan sos caramel Thai. Sedap!!! Saya ada juga cuba buat sos caramel butterscotch ala Thai ni bila pulang ke rumah. Boleh klik di sini untuk resipi :) |
Kami dapat beli seluar Muay Thai untuk Wafiy. Cukup lah pencarian kami. |
#SOLAT DI SURAU CENTRAL SHOPPING MALL, HATYAI.
Terdapat surau di Central Shopping Mall, Hatyai. Bersebelahan Lee Garden. Naiklah ke tingkat atas sekali, dan pergi ke kaunter customer service. Maklumkan kepada pegawai di situ bahawa anda ingin menggunakan surau. Mereka akan meminta pasport kita, dan akan ditunjukkan surau. Solatlah dengan tenang.
Central Hatyai. Sumber imej: Google. |
#SELAMAT TINGGAL HATYAI
Di lobi hotel menunggu van untuk kembali ke Malaysia. Bawalah bekalan air yang mencukupi terutama untuk anak kita ye. P |
Kami di dalam van untuk balik ke Malaysia. RM40 / 400 Baht sehala. |
Sekitar suasana sempadan Thai-Malaysia |
SELAMAT TINGGAL HATYAI
Insyaallah jika dimurahkan rezeki, kami akan kembali lahi ke Thailand di masa hadapan.
Terima kasih Allah.
Video amatur kami ketika di Hatyai & Songkla