Selamat hari ke-2 di Hatyai. Kalau nak baca tentang hari pertama kami, boleh klik disini. Jom ikut kami jalan-jalan di Hatyai ok? :-)
Kami mulakan hari ini agak lewat, iaitu selepas Zuhur sebab kami memang tak merancang nak ke banyak tempat pun. Lagipun kami memilih untuk solat Jamak Zuhur-Asar siap-siap sebelum keluar untuk memudahkan pergerakan kerana kami merancang untuk pulang semula ke hotel pada sebelah malam. Jadi kami dapatlah menikmati perjalanan tanpa risau untuk mencari tempat solat kelak. Harini Alhamdulillah cuaca baik, jadi kami bergambar sikitlah di ruang 'lobi' hotel ni :-)
Santai di ruang lobi. Ada kolam ikan kecik. Cukup menghiburkan Wafiy.
Nak duduk-duduk sementara tunggu tuktuk pun selesa.
Ada ruang balkoni kecil di luar lobi.
Depan pintu masuk.
Wafiy memang happy sangat dapat bagi makan ikan 😉
Sebelum tu, nak share la tips kalau travel dengan toddler yang dah tak pakai pampers ni. Boleh spare portable urinal bottle ni. Penting masa travel. Tambah-tambah kat tempat orang kan. Nanti tiba-tiba anak nak terkencing, taklah menggelabah nak cari toilet. Budak umur 3thn++ macam Wafiy ni jenis last minute bagitau nak terkencing. Bagai telur dihujung tanduk baru nak bagitau. Kadang-kadang terkincit juga dalam seluar. Jadi elok bagi pakai Toddler Training Pants. Macam spender, tapi waterproof. Jadi kalau terkincit tu, taklah basah seluar jalan-jalannya ;-)
Boleh beli dari www.facebook.com/babybasecamp
Bangunan luar hotel. Comel kan? :p
Oh ye, bagi yang ada anak kecil, amatlah disarankan untuk guna baby carrier yang ergonomik seperti Bobita SSC ni. Bukan sahaja selesa, malah selamat. Kita tak risau anak terlepas dari kawalan, dan anak pun happy :-)
Dari hotel kami jalan kaki, tak sampai 10minit, sampailah kami di Restoran Salma. Ini kali ke-2 kami ke sini. Dulu tahun 2015 pun kami ada makan di sini. Saya memang recommend untuk sesiapa yang ke Hatyai untuk makan di sini. Jika dengan anak kecil, ia sangat sesuai dan selesa. Kedai tertutup, air-cond. Kalau ada anak kecil yang tak reti duduk diam, kedai ni sesuai. Dia nak tawaf satu restoran pun tak risau sangat. Kedai sederhana besar. Jadi anak sentiasa dalam jangkauan penglihatan kita. Staff restoran pun sangat mesra kanak-kanak.
Jumlah lunch kami harini THB399. Memang tak murah, tapi bagi saya berbaloi dengan rasa dan keselesaan kedai ;) Oh ye, harini tak order Tom Yam. Kami cuba sup pulak. Sedap!
Seterusnya, ambik duit dulu. Travel ni memang duit mengalir je. Tak boleh kedekut sangat...hehe. Tapi cara nak hadkan pengaliran tu, keluarkan sikit-sikit je. Jangan pegang cash banyak sangat. Nanti belanja pun banyak...haha. Teknik ni boleh aplikasi kat Hatyai je lah sebab Hatyai banyak CIMB. Kita boleh tarik duit CIMB tanpa sebarang charge. Dan kadar tukaran pun rendah dari money changer. Jadi lagi untung ambil duit di atm CIMB Hatyai daripada tukar cash siap-siap ;)
Pengembaraan bermula. Nak travel dengan toddler 3tahun++ ni eloklah carry macam ni je. Bergerak senang, dia pun happy sebab boleh nampak sama macam kita nampak sebab tinggi :-)
Ini tuktuk bertuah kami :p Kami bgtau pada driver yg kami nak ke Hatyai Wonderland, Floating Market, dan Asean Night Bazaar. Kemudian hantar pulang ke Hotel. Lepas deal, 3 tempat ni 600Baht. Tiada had masa, sampai ke malam. Waktu ni dalam pukul 2.15pm mcm tu ;) Lepas tu driver offer nak bawak ke tempat gajah for free. So total jadi 4tempat. Kitorang ok je lah
Antara tips yang boleh saya kongsikan dalam pemilihan tuktuk ni antaranya:
#1 Pilih driver yang boleh berbahasa Inggeris agar memudahkan komunikasi. Kalau dapat yang boleh berbahasa Melayu lebih baik. Ada juga driver tuktuk yang boleh berbahasa Melayu dan Islam.
#2 Nego harga. Tapi sebelum nego, google lah dulu berapa selalu blogger share harga tuktuk diorang. Macam kami 4tempat 600baht setelah tawar menawar.
#3 Kalau dengan anak kecil, pilih untuk naik tuktuk untuk destinasi sekitar Kota HatYai sahaja. Jangan sampai ke Songkhla. Jauh perjalanan. Kesian anak. Tapi kalau semua dewasa, kaki travel bajet, oklah nak pakai tuktuk. Bukan apa, perjalanan sampai sejam lebih sehala kalau dengan tuktuk, seat terbuka, tak ada aircond. Kot nak menyusu anak ke apa sangatlah tak kondusif. Kalau nak travel sampai ke Songkhla, disarankan untuk guna perkhidmatan travel agency, naik mpv. Pengalaman saya dahulu, 1hari dari pagi hingga ke malam untuk satu kereta jenis 4WD 1500baht.
Wafiy dah ready untuk adventure hari ke-2 di Hatyai dengan tuktuk ;-)
Destinasi pertama kami ialah Chang Puak Camp Hatyai. Disebabkan kami on budget travel, Kami bagi makan Gajah je lah... 100Baht utk satu bakul pisang
100baht untuk satu bakul pisang. Banyak jugak pisangnya. Kenyang la gajah tu makan. Masuk sini percuma. Ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan, antaranya: naik gajah, pertunjukan gajah, memanah, menunggang ATV dan pelbagai lagi. Bayaran dikenakan mengikut aktiviti. Ada pakej-pakej juga untuk penjimatan. Insyaallah kalau ke sini lagi boleh lah nak cuba sebab Wafiy pun dah besar nanti, berbaloilah nak naik 😉
Sempat jugalah bergambar di entrance sebelum meninggalkan Chang Puak Camp.
Seterusnya, Destinasi ke-dua kami ke Hatyai Wonderland di Hatyai Municipal Park. Tak jauh dari Chang Puak Camp. Sekitar 2minit perjalanan tuktuk. Hatyai Wonderland ni baru. Dulu namanya ICE DOME. Sekarang ais dah cair, takde dah :p Diorang tukar dan re-branding jadi Hatyai Wonderland. Kat sini menarik juga, ada 3D Glow in the Dark Museum, Magic Show macam dalam TV tu, potong-potong orang, orang hilang-hilang semua tu. seronok dan berbaloi bagi saya :-)
Harga tiket: 300baht Dewasa, 200baht kanak-kanak.
Tapi Wafiy 3thn+ tak kena bayar pulak. Sebab total 600baht saja kami bayar :-)
Inilah antara pertujukan silap mata yang dipersembahkan. nampak tu, orang tu badan dia putus :p
Pertunjukan bayang tangan ini pun menarik. Encik silap mata tu pandai buat pelbagai karakter haiwan, gesture manusia dan pelbagai lagi dengan tangannya! Menarik kan? :)
Nampak tu burung comel dari bayang tangannya. Boleh rekod video sepanjang persembahan. Balik boleh la belajar buat juga ;P
Lama juga pertunjukan silap mata ni, sekitar 30minit. Memang seronok dan dipenuhi gelak ketawa kerana pemainnya pandai berjenaka sambil buat silap mata ;)
Selepas silap mata, kami masuk ke ruang 3D Glow in the Dark Museum. Kena pakai cermin mata 3D dalam ni. Anda mungkin lihat gambar-gambar yang saya tangkap ni tidak seberapa. Tapi jika berada di sana sendiri, semua lukisan ini timbul dan sangat menarik!
Roarrr.... Dinosaur!
Kalau anak-anak suka dinasour macam Wafiy, mesti ini tempat yang amat menggembirakan mereka :-)
Wafiy memang tak boleh tengok camera dah. Sibuk nak tengok segala benda lain yang da kat situ ;P
Ini entrance nya. Nak balik baru sempat bergambar. Tadi waktu masuk laju je...hehe...
Destinasi seterusnya yang ke-tiga ialah Klong-Hae Floating Market.
Tempat wajib kalau berkunjung ke Hatyai. Ini kali ke-3 kami ke sini :-)
Kesemua makanan di sini Halal, Insyaallah.
Minuman dalam bekas tanah liat ni 50baht satu. Bekasnya boleh bawa balik. Nak refill air saja pun boleh, air 30baht.
Kuih unik dan comel ni intinya kacang. Luarnya tepung pulut. Macam koci/mochi lah lebih kurang. 20baht saja satu pack ni.
Wafiy excited nak makan 'cili'....hehe...
Wajah gembira. Kalau nak datang sini bagusnya waktu perut lapar. Sebab sangatlah banyak makanan yang patut dicuba. Kalau kenyang...rugi...tak dapat nak menikmati. Bukan senang nak ke sini kan :-)
Bila dah kenyang, kita jalan-jalan pulak. Floating market ni bukan sekadar ini saja. Ada banyak lagi yang boleh di-explore di atas daratnya.
Destinasi ke-empat dan yang terakhir pada hari ini ialah ASEAN NIGHT BAZAAR di sebelah malam.
Semalam kami dah ke sini. Tengok-tengok je. Mimpi dulu nak beli apa. Harini hari merealisasikan apa yang dihajati. Shopping time! Esok nak balik dah~
Si ayah fokus memilih. Si anak tolong pilih jugak. Dia pun syok tengok baju. Pakai baby carrier macam ni senang. Kita nak memilih sakan pun tak risau. Anak tetap dalam pantauan. Dapat mengelakkan kes anak berlari-lari ntah ke mana dan palinh dikhuatiri anak hilang. Nauzibillah. Dengan cara ini alhamdulillah semuanya menjadi lebih selamat, mudah dan senang.
Tapi mesti ada yang tanya, tak berat ke carry anak besar tu? Jawapannya ialah, kalau pakai baby carrier yang ergonomik macam Bobita SSC ni berat anak disebar sekata. Jadi anak terasa lebih ringan dari berat mereka sebenar. Dan tak lah lenguh tangan dan badan macam dukung biasa tu. Baby Carrier adalah alat/gajet bantu mendukung yang paling effektif.
Antara benda yang wajib beli dan berbaloi untuk beli ialah Boxer dan baju tidur. Murah dan selesa.
Boxer pelbagai corak dan saiz. 100Baht 3helai. Murah!
Ada juga pameran binatang-binatang peliharaan di sini. Wafiy kami offer dia untuk turun dari carrier. Tapi dia taknak. Takut! haha..penakut rupanya. Tapi bagus jugak. Silap-silap kalau dia dah turun tak nak naik balik, nak main kat situ je jenuh jugak :p Tapi kami sentiasa memberi kebebasan untuk dia mencuba jika dia mahu. Namun tidak memaksa.
Memang syurga baju. Pilihlah yang mana mahu. Sila tawar menawar untuk dapatkan harga yang terbaik :)
Kat sini yang bestnya ialah, sangat banyak jual jus minuman. Pilih je pra campuran buah yang mana, dah sedia mereka letak dalam gelas-gelas tu. Bagi je yang mana kita nak, mereka akan buat kan jusnya.
Kita boleh pilih, nak gula ke taknak, nak jadikan ice blended ke, atau nak jadi smoothie campur susu ke. As we wish. Best kan? :-)
Ini jus Lima Mandarin. Asli. Tanpa gula tapi manis!
Cermin mata pun murah...tapi tak ori lah kan..u get what u pay lah ;)
Ini hasil tangkapan Wafiy. Puas lah hati dia. Memang dia lah yang shopping paling banyak sebenarnya,
SEKIAN HARI KE-DUA KAMI
Ini pagi terakhir kami. Sekitar jam 11pagi kami check-out dan rancangnya nak BRUNCH terus dan berangkat pulang. Rupanya pagi di Kota Hatyai ni ada pasar pagi, jual macam-macam. Sekitar jam 11pagi++ ni diorang dah nak tutup dah sebenarnya. Tapi sempatlah kami beli sikit tshirt untuk ole-ole buat kenalan. 3helai Tshirt kanak-kanak 270Baht.
Ini sarapan saya: Nasi Kerabu. Rupa dia lain kan dari yang kita dok makan di Malaysia? Nasinya bawah telur tu. warna biru, dikelilingi serunding ikan yang halus, kelapa, isi ikan goreng dan ulan-ulaman. Patut cuba jika mahukan kelainan ;)
Ini pula pilihan suami. Ini semua set untuk sarapan ye. Kalau lepas pukul 12tgh rasanya dah tak available. Total kali ni dengan air 154Baht.
Percutian Hatyai kami semakin ke penghujungnya. Apollo Travel pilihan kami untuk charter kenderaan pulang dari Hatyai ke sempadan Malaysia-Thai di mana kami parking kereta kami.
Menunggu ketibaan kereta, bergambar lah dulu.
Inilah dia kenderaan yang akan membawa kami ke sempadan. 700Baht. Memang harga tetap. Tak boleh tawar. Masa kami datang pun harganya sama. Memang dah selaras standard macam ni kot harganya. Ya, bagi saya agak mahal, tapi demi keselesaan bersama anak kecil, saya pula sedang hamil 5bulan pada ketika ini. Jadi ia satu pilihan yang baik untuk kami buat masa ini.
Sekitar 1jam perjalanan, kami tiba di Imigresen Thai. Tak ada gambar yang saya ambil, kerana kesesakan manusia yang amat ramai, dan sebenarnya memang tak boleh ambil gambar juga di Imgresen kan ;P
Alhamdulillah, kami dah selamat sampai di The Zon, di mana kami parking kereta kami. Ni tengah bayar parking di mesin Autopay.
Ini ialah kadar bayaran parking. RM16 satu malam. Kami parking 2malam, jadi total RM32.
Untuk pengetahuan, di The Zon ni ada supermarket barangan bebas cukai juga. Kalau saja-saja nak datang shopping kat sini pun boleh.
Ini lah kawasan parking. Ada juga yang berbumbung. Tapi biasalah selalu penuh. Kalau bernasib baik boleh lah dapat yang berbumbung tu. Kami park tempat terbuka je.
Setelah dapat kereta, kami pun menuju ke Imigresen Malaysia pula. Imigresen Malaysia senang. Beratur macam tol aje. Bagi pasport pun dari dalam kereta je. Jadi tak lah teruk nak beratur.
*Key-chain ni driver kereta dari Hatyai-Sempadan tadi bagi kat Wafiy. Baik dia tu. Walaupun tak pandai bahasa inggeris sangat, tapi dia cuba juga berkomunikasi dengan kami. Siap offer kami makanan dia. Tapi kami tak berani ambil, takut tak halal. Hehe...apa-apa pun, ia satu perjalanan yang menyeronokkan.
Demikianlah perjalanan singkat kami melalui jalan darat ke Hatyai pada April 2017.
Ini beberapa kompilasi video sepanjang percutian kami di Hatyai tempohari:
Ini beberapa kompilasi video sepanjang percutian kami di Hatyai tempohari:
Hatyai 2017 - PART 1
Hatyai 2017 - PART 2
Hatyai 2017 - PART 3
Kalau nak baca Part 1, boleh klik disini.
Kalau nak baca trip Hat Yai saya yang terdahulu, boleh juga klik di link ini: