Kini ramai yang mula buat perniagaan secara kecil-kecilan terutamanya secara online. Saya mula menjalankan perniagaan online sejak tahun 2010. Namun tidak pernah memiliki akaun bank perniagaan sendiri walaupun telah berdaftar dengan SSM sejak tahun 2014. Bagi yang nak tahu cara mudah untuk mendaftar perniagaan di SSM boleh klik di sini.
Kini saya mengorak langkah untuk lebih serius dalam perniagaan barangan bayi yang berkualiti seperti Bobita Gen2 SSC Ergonomic Baby Carrier yang kini telah berada di beberapa outlet barangan bayi di seluruh Malaysia. Dan ia boleh dibeli secara offline dan online dari www.facebook.com/bobitamalaysia
Oleh itu, penting bagi saya untuk menguruskan kewangan perniagaan yang lebih baik dengan cara membuka akaun bank perniagaan sendiri di samping memberi keyakinan kepada pelanggan dan pemborong produk yang saya pasarkan apabila menggunakan akaun bank syarikat berbanding akaun atas nama peribadi. Selain daripada itu, banyak lagi kepentingangan akaun perniagaan ini bagi yang serius untuk berniaga. Antaranya adalah untuk membuat pinjaman perniagaan dan pengambilan staff/pekerja secara rasmi kelak. Mungkin banyak lagi kepentingannya yang tidak dapat saya nyatakan kerana saya pun belum tahu. Hehe...tapi apa yang saya tahu dan apa yang boleh saya kongsikan adalah cara-cara membuka akaun bank perniagaan; secara spesifiknya adalah di Maybank. Prosedur mungkin berbeza bagi setiap bank.
LANGKAH #1
Pergilah ke cawangan Maybank yang terdekat atau paling mudah anda nak parking kereta walaupun jauh sikit dari rumah anda :-p Beritahu pada pegawai bank yang bertugas di kaunter nombor giliran tu yang anda nak buka Current Account Company. Nanti dia akan bagitaulah nak kena jumpa siapa atau ke kaunter mana. Setelah berjumpa, pegawai bank akan beri borang Introducer yang perlu di isi.
Okey, macam ni lah borang nya. simple aje. Yang penting ia perlu diisi oleh seorang Introducer. Siapa yang boleh jadi introducer ni? Satu saja syaratnya. Beliau perlu memiliki current account dengan Maybank sekurang-kurangnya 2tahun dan masih aktif hingga ke hari ini. Tak kisah akaun peribadi atau perniagaan. Jika pemegang akaun adalah orang peribadi, cukup sekadar mengisi nama penuhnya sebagaimana di akaunnya dan nombor akaunnya. Jika pemegang akaun adalah akaun perniagaan/syarikat, beliau perlu copkan juga cop perniagaannya lengkap dengan nama & nombor SSM pada borang. Itu saja. mudah kan?
LANGKAH #2
Setelah borang tersebut telah dilengkapkan, bawa dokumen-dokumen berikut ke bank semula:
1- Borang introducer yang telah lengkap di isi.
2- Dokumen pendaftaran SSM yang 3muka surat tu.
3- Kad Pengenalan (MyKad).
4- Cop yang ada tertulis nama perniagaan dan nombor SSM.
5- RM 2,000 diperlukan untuk buka akaun bank (tapi tak perlu bawa lagi masa ni. bawa dokumen aje)
Ini contoh cop perniagaan yang saya gunakan.
LANGKAH#3
Pembukaan akaun perniagaan ni tak selesai dalam satu hari ye. Ia mengambil masa 2-3hari bekerja. Jadi, baliklah rumah dahulu dan tunggulah panggilan dari pihak bank. Pengalaman saya, lusanya bank dah telefon memaklumkan akaun telah boleh dibuka dan bolehlah bank in RM2,000 untuk mengaktifkan akaun. Pegawai yang telefon tu akan beri nombor akaun kita untuk bank in. Tapi saya memilih untuk ke bank sendiri keeseokan harinya dan bank in RM 2,000 tersebut di bank. Lagipun kita memang perlu ke bank lagi kerana ada lagi borang yang perlu kita tandatangan.
LANGKAH#4
Berjumpa lagi dengan pegawai yang bertanggungjawab. Mereka akan beri nombor akaun untuk kita masukkan RM 2,000 (minima) nak masukkan lebih pun boleh ke akaun tersebut. Setelah itu, kita perlu isi borang untuk permohonan buku cek. Ini wajib, tak boleh taknak. Jadi ikutkan ajelah walaupun mungkin kita tak nak guna pun cek. Setelah itu, kita akan diberi guidance untuk membuka akaun Maybank.2u. Apabila akaun dah siap, memang dah adalah duit RM 2,000 kita kat dalam tu. Wang yang kita masukkan tu tak beku, boleh digunakan atau dikeluarkan semula jika perlu. Selesai tu, boleh lah balik. Tapi sebelum balik, korang nak tanya apa-apa, tanya aje pada pegawai tu supaya tiada kekeliruan kelak. Saya tanya macam-macam jugak seperti had pengeluaran, dan sebagainya. Oh ye. Akaun perniagaan tak ada ATM card ye. Kalau nak keluarkan duit perlu guna cek atau transferlah ke akaun peribadi dulu, dan kemudian baru keluarkan di ATM ok? Online transfer sama aje prosesnya macam Maybank.2u akaun peribadi kita.
Macamnilah rupa Maybank.2u nya. Sama aje kan dengan yang akaun peribadi. Tapi kita kena buka akaun Maybank.2u asing, tak boleh combine satu akaun.
LANGKAH#5
Ini step terakhir. Iaitu kembali lagi ke bank dan ambil buku cek yang setebal 100helai. Banyak....hahaha...buku cek ini dicas RM15 ditolak dari akaun. Tak ada tarikh luput untuk cek ini. Jadi tak pakai cepat-cepat pun tidak mengapa. Cuma kalau guna, cek ini sah selama 6bulan dari tarikh yang tertulis pada cek dan akan dicas 53sen termasuk GST ke akaun kita untuk setiap cek yang ditunaikan.
Inilah dia buku cek setebal 100keping yang akan disertakan untuk setiap pembukaan akaun perniagaan.
Demikianlah langkah-langkah umum untuk membuka akaun perniagaan di Maybank. Moga kita semua sama-sama akan maju dalam perniagaan demi mencari rezeki yang halal dan berkat untuk dunia dan akhirat. Insyaallah.