Translate: Choose your language :-)

Thursday, 31 December 2015

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Permulaan cuti sekolah hujung tahun ini kami mulakan dengan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Harga tiket standard untuk dewasa warganegara Malaysia RM10. Ada juga tiket ekspress segala bagai RM30. Ada juga tiket promosi RM3 aje. Ada juga tiket sehala. Agak complicated. Tak larat nak explain, boleh buka website Penang Hill untuk details harga tiket ye :p

Tren naik ke puncak Bukit Bendera bermula seawal jam 6.30pagi dan trip terakhir untuk turun ke kaki Bukit Bendera ialah jam 11.00malam. Kami haritu ke sana pada hari Jumaat, sekitar jam 4.00petang.
Ini antara permandangan menarik ketika menaiki tren untuk ke puncak Bukit Bendera. Tren ni laju ya amat. Macam naik rollercoaster pun ada. Jadi jika anda jenis gayat, phobia tinggi, fikirlah 2-3kali untuk ke sini ye.
Lihatlah kepadatan orang. Ini musim cuti sekolah. Mungkin kalau hari-hari biasa tak macam ni ;-)
SKY WALK~!!! Antara tarikan terbaru yang dirasmikan pada Feb 2015. Menyajikan permandangan indah sekitar Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. 

Dengan jelas, kita boleh melihat Jambatan Pulau Pinang yang pertama dari deck Sky Walk ini, Bandar Gerogetown dan KOMTAR juga begitu kecil dilihat dari atas sini :p
Pelbagai tarikan lain di atas Bukit Bendera, antaranya Owl Museum. Ia berbayar. Jadi, jika ada budget lebih, boleh lah cuba masuk dan tengok ada apa di dalam tu :p Kami tak masuk pun. Ambil gambar kat signboard pun jadilah ye.
Di sini juga terdapat deretan teropong berbayar untuk kita zoom in suasana dan permandangan. Tak mahal, RM1 aje untuk beberapa minit tak ingat. Boleh lah...enjoy jugak tengok teropong ni :-)

Bukit Bendera ni pun ada banyak love lock ni. Cantiklah buat cuci mata. Waktu ni hujan renyai-renyai. Tak dapatlah nak bercanda ria sangat. Ada anak kecik kan...kang demam pulak. Orang lain rilek je ambik-ambik gambar macam takde apa-apa yang berlaku. Haha~

Memandangkan hari hujan, kami pun masuklah ke food court. Ada dua tingkat tau. Satu tingkat jual makanan dan cenderahati aje. Kami ni tak lapar pun sebenarnya. Konon-konon nak minum yang hangat-hangat. Maklumla sejuk kat sini, hujan pulak tu. bertambah-tambah la sejuknya :p Tapi takde orang jual air pun? Rupa-rupanya minuman di tingkat bawah. kami pun turun lah tangga beli minuman dan bawa naik ke tingkat atas :-)
Bila turun bawah tu, nampak sorang kakak ni bawak platter buah-buah potong. Uishh...nampak sedap. ada gerai yang jual buah potong milik Melayu, Islam. Kat food court ni banyak kedai cina. Kami pun order la satu platter buah ni, RM10. Kalau nak tambah asikrim RM12. Sejuk-sejuk ni asikrim apa nya...buah sudahlah...tu pun nampak macam akan kenyang...mmg besar pinggan dia. Anak sedara saya teringin ABC, nampak sedap katanya. Haha...sejuk-sejuk pun bantai je lah ABC. RM5 satu. Ok lah. Puas hati :-)
Lepas kenyang makan buah, hujan pun dah berhenti. Kami pun round-roundlah sekitar Bukit Bendera tu. Agak besar juga. Memang memerlukan tenaga dan stamina ye untuk ke sini :-)
Pada asalnya kami merancang nak solat Asar di bawah aje. Di parking bertingkat tu ada surau. Tapi bila kami nak beratur turun tren tu, amatlah panjang. Kami takut terlepas pula waktu Asar sebab dah pukul 6pm masa tu. Jadi kami pun patah balik dan mendaki tangga yang agak tinggi untuk ke Masjid. Jangan terkejut, di atas Bukit Bendera ni ada Kuil, Balai Polis, dan Klinik Kesihatan juga ye :-)
Di atas Puncak Bukit Bendera juga ada playground. Jadi bagi mereka yang ada anak kecil, bolehlah bersantai di sini sambil menikmati kenyamanan Bukit Bendera ;-)

Penggunaan baby carrier yang ergonomik dan selesa seperti Bobita SSC ini memang memudahkan. Anak tidur pun kita tetap bebas beraktiviti mahupun makan ;-)

Teringin jugak nak posing romantik :p
Antara keseronokan kami di Bukit Bendera :p

Sekitar jam 7pm kami selamat sampai ke kaki Bukit Bendera dan bergambar kenang-kengangan :)
Satu pengalaman yang menarik. Walaubagaimanapun, jika anda tiada anak yang bersekolah, pergilah waktu bukan cuti sekolah. Insyaallah ia lebih selesa terutama yang bersama anak kecil. Bagi yang ada anak yang sedang bersekolah, atau anda sendiri seorang guru, apakandaya. Hanya cuti sekolah masa yang anda ada, ye tak? SELAMAT BERCUTI~!!!

Thursday, 3 December 2015

Resipi Udang Masak Lemak Cili Padi


Resipi ini boleh dikatakan sebagai kids friendly. Tak pedas sangat dan sesuai untuk yang ada anak umur sekitar 2tahun macam saya. Bila ada anak kecil ni, bila nak masak sesuatu, kena fikir menu yang sesuai untuk anak dan bapak anak sekali :p

BAHAN-BAHAN
(untuk 2orang makan)

10 ekor udang sederhana besar
1 inchi halia
1 inchi kunyit
1 inchi lengkuas
1 kotak santan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 keping asam keping saiz kecil
1/2 batang lobak merah
Garam secukup rasa

CARA-CARA

#1
Kisar kunyit, halia, lengkuas, bawang besar,bawang putih, cili padi.

#2
Tumis bahan kisar hingga kering dan masukkan udang dan lobak merah.


#3
Setelah udang kemerahan, masukkan santan dan asam keping. Setelah mendidih, bolehlah tambah garam dan gula secukup rasa. Setelah lobak empuk, bolehlah dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
SEDAPNYA
SELAMAT MENCUBA


Wafiy umur 2thn, dia pun suka. Budak besar ni sibuk nak makan sendiri aje. Jadi saya gumpalkan nasi jadi seketul-seketul tu...senang dia suap terus masuk mulut. Taklah bersepah sangat :p